Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 31

1.

0 Tajuk Kajian

Kerja kursus ini dijalankan untuk mengkaji Institusi Pentadbiran Tempatan di negara

kita iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

1
2.0 SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Muka

1.0 Tajuk Kajian 1

2.0 Senarai Kandungan 2

3.0 Penghargaan 3

4.0 Objektif Kajian 4

5.0 Kaedah Kajian 5

6.0 Hasil Kajian 6

7.0 Rumusan

8.0 Lampiran

9.0 Rujukan

2
3.0 PENGHARGAAN

Saya SAI MURALI a/l MANAKARAN dari kelas 3 ZAMRUD ingin mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

guru sejarah saya iaitu Pn. Lim Ai Kiaw kerana banyak memberi tunjuk ajar sehingga saya

berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa iaitu En.Manakaran

dan Pn. yang secara tidak langsung turut membantu dan menyokong saya sewaktu

menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak ketinggalan juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya

iaitu Arjun,Dhinnesh,Chong,Samuel dan lain-lain yang turut sama membantu berkongsi

maklumat dan pendapat yang berguna sehingga kerja kursus ini berjaya disiapkan.

3
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kerja kursus SEJARAH ini telah merangkumi objektif- objektif yang berikut:

Kajian ini dijalankan secara-amnya untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang

sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,

jelas dan tepat

Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti contoh-contoh institusi pentadbiran

yang terdapat di Malaysia. Tambahan pula, saya juga ingin mengenalpasti matlamat, visi,

misi dan sistem pengurusan pentadbiran yang terdapat dalam sesuatu institusi pentadbiran di

Negara kita.

Dengan membuat kajian ini, saya dapat memperoleh iktibar daripada institusi

pentadbiran tempatan Negara kita seperti mengetahui corak pentadbiran yang teratur,

4
mengenalpasti sumbangan institusi pentadbiran tempatan kepada warga dan bangsa Negara

kita.

5.0 Kaedah Kajian

a) Penyelidikan:

Saya telah merujuk kepada beberapa buku di perpustakaan bagi memahami institusi

pentadbiran tempatan di Negara kita dengan lebih mendalam lagi. Antaranya, saya telah

merujuk buku-buku ilmiah dan surat khabar, majalah dan lain-lain tentang institusi pentadbiran

di Negara kita. Data-data yang dikumpul telah dianalisa dengan teliti supaya sesuai dengan

kajian ini.

b) Kaedah Pemerhatian:

Saya telah memerhatikan institusi-institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di Negara

kita. Maklumat-maklumat tentang institusi pentadbiran tempatan telah dicatat dalam buku

catatan untuk membuat laporan nanti. Saya juga mengambil gambar tentang institusi

pentadbiran tempatan.

5
c) Melayari internet:

Pada zaman yang semakin maju ini, internet senang digunakan dan mengandungi

maklumat yang tidak terhingga. Saya telah menggunakan kemudahan ini untuk mengumpulkan

maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti peta kawasan kajian dan maklumat-

maklumat lain. Antara laman web yang telah saya layari untuk memperolehi maklumat tentang

bangunan bersejarah yang saya kaji, iaitu

http://www.fhtelda.net.my/feldav2/attachments/310_BKKFM%2002_2009.pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_Tanah_Rancangan_Felda

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Institusi Pentadbiran Tempatan

a) Nama

Saya telah membuat kajian tentang intitusi pentadbiran FELDA atau nama rasminya

ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

b) Lokasi

6
Peta menunjukkan Tanah rancangan felda di semenanjung Malaysia

c) Matlamat/ objektif/ visi/ misi penubuhan adalah

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai

1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.

Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti

berikut :

a) Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

b) Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan

perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan

komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA

diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang

dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. 

c) Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian

di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam

kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran

hasil keluaran pertanian dan ternakan.

7
d) Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-

kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan

FELDA. 

Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan

menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib

Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. 

Visi Felda adalah:

FELDA sebagai peneraju industry sawit dunia dan warga peneroka menjadi

kelas pertengahan menjelang 2010

Misi Felda adalah:

Pengurusan FELDA bertahap World Class dan menjadi pelaku global.


   Pengeluaran hasil sawit dan getah terbaik didunia.
   Peneroka memperoleh pendapatan yang stabil.
   Keluarga peneroka mempunyai tahap pendidikan yang sesuai.
   Menikmati kemudahan infrastruktur yang moden.
   Memiliki persekitaran yang harmoni dan sejahtera. 
d) Carta organisasi FELDA

8
9
e) Senarai pentadbir

Di bawah merupakan senarai menteri yang diamanahkan menjaga FELDA:-

 Y.B. Encik Bahaman Bin Samsudin (31.08.1957 - 16.11.1959)

 Y.A.B. Tun Abdul Razak Bin Hussein (17.11.1959 - 22.09.1970)

 Y.B. Encik Abdul Ghafar Bin Baba (23.09.1970 - 1.12.1972)

 Y.B. Datuk Haji Mohd Asri Bin Haji Muda (01.01.1973 -11.1977)

 Y.B. Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir Bin Yusuf (01.01.1978 - 15.09.1980)

10
 Y.B. Dato' Shariff Bin Ahmad (16.09.1980 - 28.04.1982)

 Y.B. Dato' Seri Rais Bin Yatim (29.04.1982 - 16.07.1984)

 Y.B. Datuk Seri Adib Bin Adam (17.07.1984 -11.08.1986)

 Y.B. Datuk Dr. Sulaiman Bin Haji Daud (12.8.1986 - 14.6.1989)

 Y.B. Datuk Kasitah Gaddam (14.6.1989 -26.10.1990)

11
 Y.A.B. Encik Abdul Ghafar Baba (27.10.1990-15.10.1993)

 Y.B. Dato' Anuar Musa (11.12.1993 - 27.12.1993)

 Y.B. Tan Sri Datuk Sakaran Bin Dandai (28.12.1993 - 16.03.1994)

* Y.B. Senator Tan Sridatuk Kasitah Gaddam (26.06.1998 - 05.01.2004)

 Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (06.01.2004 )

 Y.B Datuk Maslan

12
6.2 Latar Belakang

6.2.1 Sejarah penubuhan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) (bahasa Inggeris: Federal Land

Development Authority (FELDA) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani

penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru

dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. FELDA ditubuhkan pada 6 Julai 1956

dan diaktifkan pada Julai 1958. Pengerusinya ialah Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. Ia

mempunyai pekerja seramai 23,000 orang pada tahun 2010.

13
FELDA diasaskan pada 6 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956)

dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri

daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun

1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang

bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan

Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang

pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka

serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an

dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan

kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung

dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah

rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit. FELDA bertumpu di Semenanjung

Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada

pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.

Rajah berikut menunjukkan evolusi logo Felda.

14
6.2.2 Garis panduan penubuhan

Peserta rancangan Felda digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang

Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21

hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk

berladang. Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang

tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya. Semua

peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²)

di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika,

infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan, kemudahan tersebut kini

diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.

Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai koperasi yang sebagai ganti

untuk setiap peneroka memiliki tanah sendiri, mereka memiliki sebahagian pemilikan yang

sama bagi skim mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka tidak suka akan skim ini kerana

pekerja-pekerja yang tidak berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. Oleh itu,
15
kerajaan kemudian mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa

pertama, koperasi itu masih merupakan mekanisme bagi peneroka-peneroka belajar

bagaimana berladang. Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan dalam

fasa ketiga, mereka diberikan hak milik tanah mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka

dilarang menjual tanah tanpa kebenaran FELDA atau kerajaan persekutuan.

Kos memperoleh dan memajukan tanah ditanggung oleh peneroka FELDA melalui

pinjaman yang dibayar balik melalui ansuran-ansuran bulanan yang dipotong daripada

pendapatan peneroka selama 15 tahun.

Walaupun peneroka-peneroka harus menumpukan kegiatan-kegiatan mereka pada

pertanian, telah dilaporkan bahawa sebilangan besar juga terlibat dalam kegiatan-kegiatan

yang lain seperti berkedai dan berniaga. Terdapat juga mereka yang bekerja di luar

petempatan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan kawasan-kawasan bandar

telah menyebabkan peningkatan nilai tanah yang amat besar bagi sebilangan petempatan.

Dengan kebenaran, banyak peneroka telah menjual ladang mereka dan menjadi jutawan

segera.

Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA

diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung

Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam

bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan

peneroka. Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos

pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi

Hak peneroka pula, FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri

supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai

peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran

Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri. Bagi peneroka yang telah

16
menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada

waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka

yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat

Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan. Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi

melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan

seluruh negara.

Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk

membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada

berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos

pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.

6.2.3 Perincian peranan pentadbir

Ahli lembaga pengarah FELDA terdiri daripada berikut:

1. Y. Bhg. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab

Pengarah Besar FELDA

2. Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

3. Y.Mulia Datuk Raja Sharifuddin Hizan bin Raja Zainal Abidin

Pengerusi Malayan Sugar Manufacturing Co.Bhd

4. Encik Shamsudin bin Othman

Naib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru (Wakil Peneroka)

5. Dr. Omar B Salim

Ketua Unit Kawal Selia

Jabatan Perdana Menteri

17
6. Y.B. Dato' Haji Tan Mohd Aminuddin bin Haji Ishak

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA

Negeri Pahang

7. Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin Said

Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah

8. Y.Bhg. Dato' Noriyah bt Ahmad

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi

Jabatan Perdana Menteri

9. Y.B Ir. Haji Hamim Haji Samuri

Ahli Parlimen Ledang

10. Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib

Ahli Parlimen Maran

11. Y.Bhg. Dato' Sabri Ahmad

Group President/ Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn

Bhd (FGVH)

6.2.4 Cara perlantikan pentadbir

Pada mulanya, Felda ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, kemudian ia

berpindah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Koperasi dan

Usahawanan dan kini diletakkan kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

18
6.3 Peranan FELDA

6.3.1 Ekonomi

FELDA telah mempelbagaikan kegiatannya daripada kegiatan pembangunan tanah

yang asal kepada usaha-usaha ekonomi yang lain - sebilangannya kegiatan itu langsung tidak

berkait dengan petempatan semula. Walaupun FELDA mempunyai anak-anak syarikat yang

terlibat dalam perniagaan-perniagaan seperti pemasaran, pengangkutan, dan kilang-kilang, ia

juga telah dilaporkan mempunyai kepentingan di sebilangan bank Malaysia yang utama,

umpamaya Maybank.

6.3.2 Pendidikan

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi (SMKC ) ialah sebuah sekolah

bantuan penuh kerajaan Malaysia. Sekolah ini terletak di daerah Bentong dan dikongsi oleh

dua buah Felda iaitu Felda Chemomoi dan juga Felda Kemasul. SMKC mampu menampung

kapasiti pelajar lebih kurang 700 orang. Warga pelajar di SMKC bukan sahaja dari Felda

Chemomoi, tetapi dari 3 buah daerah iaitu Felda Kemasul, Kampung Chemomoi serta

Simpang Pelangai. Namun begitu, majoriti yang paling banyak adalah dari Felda Kemasul

serta Felda Chemomoi.

Menurut Utusan online, pelbagai program pengajian dan biasiswa ditawarkan dalam

membantu generasi baru FELDA mendapatkan pendidikan tinggi dan berkualiti di universiti

LimKokWing. Kok Wing berkata, hari ini terbukti apabila mereka menamatkan pengajian di

universiti ini dan berjaya melalui tranformasi sehingga menjadi rebutan oleh firma-firma

korporat. Kata beliau, ramai anak peneroka ini terbukti dan mampu mendapat pekerjaan

yang baik selepas menamatkan pengajian dan tidak kurang juga yang bekerja di beberapa

agensi ternama dunia. Semua graduan Felda umpamanya berjaya memperoleh pekerjaan dan

mereka juga disambut baik oleh industri di negara ini. Antara pencapaian terbaik anak-anak

19
peneroka ini, apabila mereka menamatkan pengajian di sini, kemahiran penulisan dan

komunikasi berbahasa Inggeris mereka amat membanggakan. Menurut Kok Wing, graduan

tajaan Felda yang belajar di universiti ini turut mendapat pujian daripada syarikat-syarikat

korporat ketika sedang mengikuti latihan industri.

6.3.3 Petempatan

Felda Simpang Waha

Felda Simpang Waha merupakan sebuah petempatan terancang FELDA yang

terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Majoriti penghuninya adalah berketurunan Melayu.

Umumnya, kawasan ini dikenali sebagai Gugusan Waha yang terdiri daripada gabungan 3

penempatan iaitu Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Bukit Easter.

Kemasyarakatan

Jengka 21

Jengka 21 merupakan salah satu dari projek tanah rancangan dibawah seliaan agensi

FELDA. FELDA ditubuhkan atas usaha Perdana menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun

Abdul Razak dalam menjadikan DEB (Dasar ekonomi Baru) sebagai sebuah kenyataan.

Jengka 21 turut dirujuk sebagai FELDA Teratai Jengka 21 dan didiami lebih 400

keluarga. Setiap keluarga dibahagikan kepada beberapa kawasan kediaman yang dipanggil

'blok'. Terdapat 18 blok-blok dan kerja-kerja kemasyarakatan selalunya dilakukan bersama-

sama oleh warga FELDA mengikut blok masing-masing.

20
6.3.4 Pelancongan

Terdapat beberapa destinasi menarik berhampiran kawasan jengka, antaranya Pusat

Latihan Pertanian Tun Abdur Razak (Tekam Plantation Resort) yang menawarkan

pelancongan bertemakan pertanian, kompleks gua Kota Gelanggi, dan rangkaian gua-gua di

Gunung Senyum.berhampiran dengan Felda Ulu Jempol terdapat satu kawasan pelancungan

berasaskan air terjun,kawasan ini diberi nama lubuk U.Kedinginan airnya dan kehijauan

hutannya telah menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu.kedudukannya hanya 15km

dari Bandar Jengka.

21
6.4 Perkembangan FELDA

6.4.1 Sumber kewangan

Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA

diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung

Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi

dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan

perumahan peneroka.

  Bagi membantu peneroka meningkatkan taraf hidup serta menjadikan warga peneroka

sebagai golongan pertengahan, FELDA sentiasa memberikan pelbagai kemudahan bantuan

dan pinjamanTabung Bantuan Kebajikan Peneroka. Tabung ini diwujudkan untuk membantu

warga peneroka yang menghidapi:

 Penyakit kronik

 Bencana alam

 Memerlukan alat bantuan

 Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa dipikul

oleh mereka.

Skim Pinjaman Pembelian Saham Koperasi Permodalan FELDA (KPF) Kepada

Peneroka Simpanan di KPF merupakan salah satu sumber untuk menambah pendapatan bagi

melahirkan peneroka menjadi golongan berpendapatan pertengahan.  FELDA juga

menyediakan Skim Pinjaman Pembelian Saham KPF (RM1,000) dengan peruntukan

sebanyak RM120 juta dan pinjaman sebanyak RM5000 kepada 178 peneroka (peneroka daif)

dengan peruntukan sebanyak RM890,000.

22
Skim pinjaman membeli komputer kepada peneroka telah diwujudkan bagi

meningkatkan kemahiran warga peneroka di bidang teknologi maklumat. Pinjaman tanpa

faedah bernilai RM2,500.00 seorang diberi dalam bentuk satu unit komputer yang lengkap

dengan perisian kepada setiap peneroka yang layak.

6.4.2 Kemudahan infrastruktur

Felda Selasih merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Besut ,Jerteh,

Terengganu. Kampung tersebut merupakan sebuah kampung contoh di antara semua FELDA

yang terletak di negeri Terengganu. Terdapat pelbagai kawasan yang menarik di Felda

Selasih yang jarang diteroka iaitu air terjun yang menarik, kawasan hutan simpan yang

mengandungi pelbagai khazanah alam, dan antara laluan masuk ke Gunung Tebu.

Antara yang menarik di Felada Selasih ialah kemudahan infrastruktur sukan yang

lengkap.Ianya pertama kali dibina dan terbesar diantara Felda di seluruh negara iaitu Dewan

Futsal yang menjadi tumpuan anak-anak muda diseluruh Besut,malah di negeri lain datang

untuk bermain.

6.4.3 Pengiktirafan/Penghargaan

Anugerah kecemerlangan yang diterima oleh Felda adalah seperti yang berikut:

 Ramon Magsaysay Award(government services)

 Anugerah Kebangsaan Tun Abdul Razak

 Anugerah Pengurusan Kewangan JPA

 Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Ahmad Sarji Abdul Hamid

23
 Anugerah Pengurusan Teknologi Maklumat JPA

 Anugerah Pengurusan Sumber Manusia

 Anugerah Pengurusan Projek JPA

 Anugerah Ladang Bahagia Kementerian Sumber Manusia (Felda Cenderawasih,

Lahad Datu, Sabah)

 Anugerah Leader Agriculture and Logging Sector (Felda Holdings sdn. Bhd.)

 Anugerah Khas Penternak Integrasi, Felda Farm Products sdn. Bhd.

 Anugerah Ladang Bahagia Kementerian Sumber Manusia (Ladang Felda Sempadi 1,

Sarawak)

6.4.4 Cabaran yang dihadapi oleh felda

Melihat kepada peratusan lebih 80 peratus warga Felda menyokong BN, ia menjadi

satu senjata kepada pihak tertentu khususnya mereka yang iri hati dengan kejayaan Felda.

Penubuhan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan nasib peneroka

dilihat mampu mengubah kehidupan peneroka ke arah lebih baik. Isu berkaitan penempatan

generasi kedua, hasil sawit dan getah yang tidak memuaskan sehingga kepada kemudahan di

tanah rancangan menjadi senjata kepada pihak terbabit untuk terus menyerang Felda.

Bagaimanapun segelintir pertubuhan yang kononnya memperjuangkan nasib peneroka

dilihat satu perjuangan tidak ikhlas dan mementingkan agenda politik semata-mata. Dengan

segala masalah yang boleh dijadikan isu politik maka mereka dianggap hero oleh segelintir

golongan itu yang menyifatkan nasib mereka telah dibela.

24
Mengimbas kembali usaha yang dilakukan bagi meningkatkan taraf hidup peneroka,

Perdana Menteri telah memperkenalkan lebih 50 pembaharuan kepada masyarakat Felda

bermula dengan pendapatan hasil sawit dan getah sehingga kepada kediaman mereka menjadi

cantik dan bersih. Tetapi usaha dilakukan itu masih tidak memuaskan hati segelintir

peneroka dengan menganggap hanya golongan tertentu mendapat manfaatnya.

Bagi menangani masalah itu Felda Wilayah Jengka mengorak langkah dengan

menubuhkan Unit Pemantauan Isu dan Aduan dalam mendengar rintihan peneroka seterusnya

menyelesaikan masalah mereka.

25
7.0  RUMUSAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang

ditetapkan oleh guru.  Semangat bekerjasama, tolong-menolong dan hormat-menghormati

patut disemai di kalangan rakan sebaya saya supaya kerja kursus dapat dijalankan dengan

licin.

Melalui kajian ini juga, saya berasa bersyukur kerana negara kita terdapat pelbagai

institusi pentadbiran tempatan yang memberi banyak sumbangan kepada warga dan bangsa

negara kita seperti sumbangan dari aspek ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan,

pelancongan dan lain-lain lagi.

Akhirnya, kita patut menghargai institusi pentadbiran yang terdapat di negara kita

seperti Felda, Fecra dan lain-lain lagi.

26
 

8.0  Lampiran

  

8.1  Gambar Menunjukkan peneroka felda sedang mengumpul kelapa sawit.

  

8.2  Peta Menunjukkan Lokasi Felda Bukit Goh

27
  

 8.3  Lakaran Menunjukkan Logo Felda

28
 

9.0  RUJUKAN

9.1       INTERNET

            Felda, http://www.felda.net.my/

              

9.2       BUKU ILMIAH

 Chong Mui Sen, Azizan bin Hj Abu Salmah, 2003. Geografi Tingkatan 2.  Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9.3       MAJALAH

             Dewan Siswa, Disember 2010, halaman 13 – 14.

29
9.4       AKHBAR

Utusan Malaysia, 4 MAC 2011, halaman 3.

30
31

You might also like