Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

4

Perang Candu 1 (1839-1842) Sebab berlakunya Perang Candu


Hubungan Antarabangsa

1. China menganggap bahawa hanya negara mereka yang bertamadun. Dan negara lain sebagai
“babarian”.
2. Anggapan ini berlaku berdasarkan kepercayaan bahawa hanya wujud satu empayar dunia seperti
kewujudan hanya satu matahari.
3. China mengamalkan hubungan dengan negara-negara lain mengikut sistem ufti.
4. Setiap wakil Inggeris dan Barat dilayan seperti pembawa ufti dari negara naungannya. Setiap
rombongan mesti tunduk kepada perundangan dan peraturan China,mereka mesti kow-tow iaitu
tunduk kepada Maharaja China.
5. Konsep ini bertentangan dengan konsep Inggeris yang mengamalkan konsep persamaan taraf
dalam hubungan antara negara dan sistem ufti ditolak Inggeris.
6. Inggeris pernah cuba mendapatkan layanan yang baik daripada kerajaan China demi untuk
mendapatkan persamaan taraf.
7. Pada 1816, Lord Amherst diutus ke Peking untuk menjalin hubungan dengan China dan untuk
mendapatkan persamaan taraf. Tetapi gagal kerana utusan tersebut enggan kow-tow kepada
Maharaja China. Mereka diusir keluar.

Masalah Perdagangan Bebas


1. Perdagangan terhad dan mesti melalui “Co-Hong” di pelabuhan Macao-Canton bertentangan
dengan konsep perdagangan bebas “free trade” Barat.
2. China anggap mereka mempunyai segala-galanya untuk hidup.
3. Inggeris memerlukan China untuk memasarkan barangan industrinya selain ingin mendapatkan
barangan dari China seperti teh, tembikar dan sutera yang mendapat pasaran tertinggi di
Eropah.
4. Disebabkan China menolak konsep perdagangan bebas,mereka telah mengenakan pelbagai
syarat kepada pedagang asing. Peraturan ini berdasarkan Dekri Maharaja tahun 1757 dan sangat
menyusahkan Inggeris.
5. Peraturan ini telah digubal pada 1835.Antara syarat perjanjian adalah:
 Pedagang asing dihadkan di Canton sahaja dan tinggal di kawasan kilang sahaja.
 Pedagang asing hanya boleh berurusan melalui Co-hong.
 Pedagang asing tidak boleh membawa ahli keluarga ke Canton.
 Pedagang asing tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun di Canton. Hanya boleh
tinggal di kawasa kilang mereka dan pada musim sejuk. Perlu pulang ke Macao selepas
berniaga dari Oktober- Januari. Barang dagangan ditentukan Co-Hong.
 Pedagang asing dikenakan cukai yang tinggi dan tak tetap.
 Pedagang asing dilarang belajar bahasa Cina.
 Pedagang asing dilarang keras menggaji wanita China.
 Pedagang asing dilarang membawa masuk senjata ke Canton.
6. Jelas menunjukkan orang asing dilarang membuat hubungan langsung dengan orang China.
7. Barat ingin mendapatkan keuntungan dan pihak China terikat dengan adat dan sikap angkuhnya
sehingga merugikan dirinya sendiri.
8. Sebelum 1900 perdagangan berat sebelah apabila hanya orang Inggeris membeli barangan
China, orang China pula kurang membeli barangan Inggeris.

Perang Candu 1 | Azwan Zul Aizat


4

Masalah Sistem Perundangan

1. Menurut sistem perundangan China seseorang itu didapati bersalah sehingga dia berjaya
membuktikan dirinya tidak bersalah.
2. Sistem Perundangn Inggeris pula seseorang itu tidak bersalah sehingga kesalahannya
dibuktikan.
3. Perundangan China berasaskan tanggungjawab kumpulan bukan atas individu. Contohnya jika
seseorang itu bersalah maka ahli keluarganya turut bersalah. Ini berbeza dengan perundangan
Barat dan mereka anggap sistem ini tidak adil.
4. Peristiwa kapal “Lady Hughes”. Seorang kelasi telah melepaskan tembakan hormat sebaik tiba di
Whampao dan telah mengakibatkan kematian dua orang China. Kelasi tersebut diserahkan
kepada kerajaan China. Dia telah dicekik sampai mati tanpa bicara.
5. Peristiwa “Kapal Emily” tahun 1821, seorang kelasi A.S telah sebabkan kematian warga China.
Kelasi tersebut telah dicekik sampai mati di Canton.
6. Ini telah akibatkan Inggeris enggan serahkan pesalah-pesalah kepada kerajaan China.
Contohnya seorang rakyat China bernama Lin Wei-Hsi dipukul oleh Thomas Findeer, seorang
kelasi kapal Inggeris yang sedang mabuk. Findeer minta perlindungan daripada Panglima Inggeris,
Kapten Clark. China minta pesalah tersebut diserahkan kepada Inggeris. Tetapi tidak dilayan.
7. Mereka dibicara mengikut undang2 British dan didapati bersalah. Mereka didenda 50 Paun dan
3 bulan penjara.

Masalah Perdagangan Candu


1. Barat memerlukan teh dan sutera. China tidak memerlukan apa-apa dari Barat. Keadaan ini
merugikan Barat.
2. Barat membawa masuk candu melalui Benua Kecil India bagi imbangi perdagangan.
3. Tahun 1821 sebanyak 4,224 peti (1 peti bersamaan 133 paun) candu dibawa masuk ke China.
1836, meningkat kepada 40,000 peti. Wang perak China mengalir keluar sebanyak 37.9 Juta
Pound bagi membayar harga candu. Ini memberi kesan buruk kepada ekonomi China.
4. Candu beri kesan buruk kepada moral dan kesihatan orang China. 1839, seramai 4juta penagih
candu di China.
5. Candu dibawa masuk melalui penyeludupan.
6. 1839, Maharaja Tao Kuang hantar Pesuruhjaya Lin Tze Hsu ke Canton untuk hapus perdagangan
Candu.
7. Pesuruhjaya Lin Tze Hsu keluar perintah agar semua orang asing serahkan candu kepada
kerajaan China.
8. Mereka diberi pengakuan bahawa mereka tidak akan membawa masuk lagi candu ke China.
Pesuruhjaya Lin Tze Hsu juga pernah merayu,mengancam,merampas dan membakar candu.
9. Kepten Charles Elliot serah 20,283 peti candu kepada kerajaan China.
10. Tetapi enggan serah surat pengakuan dan menuntut ganti rugi tetapi tidak dilayan China.
11. Perkara ini diburukkan lagi dengan peristiwa pembunuhan Lin Wei Hsi.

Perang Candu 1 | Azwan Zul Aizat


4

Kesan daripada Perang Candu 1

Kesan Politik

1. China terpaksa bersetuju untuk membuat rundingan dengan Inggeris. China diwakili oleh
Chin-Yin dan Inggeris diwakili oleh Pottinger. Perjanjian Nanking telah ditandatangani pada
29 Ogos 1842. Antara syarat Perjanjian Nanking adalah:
a) Kerajaan China bersetuju membenarkan saudagar 2 Inggeris serta keluarga mereka
tinggal tanpa sekatan dan berniaga tanpa gangguan di lima pelabuhan iaitu Canton,
Amoy, Foochow, Ningpo, Shanghai.
b) Monopoli perdagangan oleh saudagar2 dalam konteks perdagangan antara China dan
negara luar dibatalkan dan sebagai gantinya saudagar2 luar bebas berniaga dengan
sesiapa sahaja.
c) Konsul British bebas ditempatkan di setiap bandar yang telah dipersetujui bagi
mengawasi warganegara British beserta harta mereka dan konsul 2 tersebut bebas
berhubung dengan pegawai 2 China.
d) Hong Kong akan diserahkan kepada Inggeris bagi kepentingan kapal2 Inggeris untuk
mendapatkan bekalan dan juga untuk kerja membaikinya.
e) Kerajaan China terpaksa membayar semula harga candu yang dirampas iaitu
sebanyak $ 6Juta dan ganti rugi perang sebanyak $12Juta.
f) Persamaan taraf orang Cina dan Inggeris diakui.
g) Peraturan perdagangan dan satu bentuk cukai import dan eksport akan diperinci
dalam perjanjian yang lain.
2. China juga terpaksa tandatangani perjanjian dengan negara lain seperti
Norway, Sweden dan Rusia. Perjanjian Bogue 8 Oktober 1843, Perjanjian Wanghia dengan
Amerika pada 3 Julai 1844 dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis pada 24 Oktober 1844.
3. Britain berjaya mendapat hak wilayah asingan dan mendapat taraf negara berkemudahan
istimewa.
4. China terpaksa membuka lima buah pelabuhan kepada Barat iaitu Canton, Amoy, Foochow,
Ningpo, Shanghai dan menyebabkan pengaruh Barat berkembang di China.
5. Dinasti Manchu semakin lemah dan mula dicabar oleh rakyatnya melalui Pemberontakan
Taiping. Selepas 1850, banyak pemberontakan berlaku seperti Pemberontakan Nien,
Muslim dan Miao.

Perang Candu 1 | Azwan Zul Aizat


4

Kesan Ekonomi
1. Candu merupakan faktor utama Perang Candu atau Perang Inggeris-China.Dalam Perjanjian
Nanking tidak menyentuh mengenai candu. Perdagangan candu diteruskan.
2. Ekonomi China merosot dengan kemasukan barang2 Barat yang lebih bermutu dan murah.
Perusahaan tempatan tidak mampu bersaing menyebabkan ramai yang bankrap dan
menganggur.
3. Membuka jalan kepada kemunculan ekonomi moden di China.

Kesan Sosial
1. Amalan Kow-Tow telah dihapuskan.
2. Mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di pelabuhan2 perjanjian.
3. Orang Cina terdedah kepada pemikiran dan pengaruh budaya Barat. Kemasukan agama
Kristian menyebabkan kemerosotan kebudayaan, adat resam dan agama Taoist serta
Buddha.
4. Telah membawa episod hitam dalam sejarah China.

Perang Candu 1 | Azwan Zul Aizat

You might also like