Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Antara peranan 

ibu bapa ialah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan mereka
dengan jiran tetangga. Hal ini demikian, kerana ibu bapa memberi pengaruh yang kuat terhadap sikap
anak-anak mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang menyatakan,  anak-anak ibarat
kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Selain itu, tingkah laku ibu bapa merupakan
elemen didikan tidak formal bagi mengukuhkan sikap positif dalam diri anak-anak. Menurut Datuk Dr.
Fadzillah Kamsah, sebanyak 70 peratus masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada suri
teladan tidak baik yang dipamerkan oleh ibu bapa di rumah. Di samping itu, ibu bapa boleh menunjukan
nilai perpaduan dengan jiran tetangga melalui amalan ziarah , tolong-menolong,bertoleransi dan menjaga
kepentingan jiran. Sekiranya, ibu bapa berjaya menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak
maka hubungan antara jiran yang jauh mampu dirapatkan dan hubungan jiran yang rapat mampu
dikukuhkan.

* suri teladan (role model)

“1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” merupakan idea


bernas yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohamad Najib Bin
Tun Abdul Razak. Objektif prima gagasan 1 Malaysia diperkenalkan adalah untuk
mengeratkan lagi perpaduan kaum yang sudah sekian lama bermukim di negara
ini.Gagasan 1 Malaysia merupakan rentetan daripada gagasan Rukun Negara yang
ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. 1 Malaysia ditubuhkan adalah untuk
mengingatkan kita kepada peristiwa pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei
kerana mengikut ahli falsafah barat iaitu George Santayana, “ Mereka yang melupai
sejarah pasti mengulanginya” jadi kita semestinya tidak menginginkan pisang
berbuah dua kali. Oleh sebab itu, gagasan 1 Malaysia amat vital untuk direalisasikan
oleh semua golongan masyarakat terutamanya golongan pelajar kerana merekalah
yang bakal memacu negara pada masa akan datang. Persoalannya, apakah yang
sepatutnya dilakukan oleh golongan pelajar dalam merealisasikan konsep 1
Malaysia?

De factonya, terdapat variasi peranan yang perlu dimainkan oleh golongan


pelajar dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia. Salah satu daripada peranan
tersebut adalah dengan mengaktifkan diri dalam aktiviti kenegaraan dan
kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan sebagai contoh Program
Latihan Khidmat Negara ( PLKN) dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
( RIMUP ). Penglibatan diri dalam program anjuran pihak kerajaan berupaya
membantu pelajar mengukuhkan nilai perpaduan dalam diri di samping dapat
membantu pelajar memahami erti konsep 1 Malaysia yang faktualnya seperti yang
diuar-uarkan oleh Perdana Menteri. Namun, apabila pihak kerajaan mengadakan
aktiviti-aktiviti kenegaraan dan kemasyarakatan kebanyakan para pelajar
akan menarik diri daripada menyertai aktiviti tersebut walhal aktiviti sedemikianlah
yang mampu merapatkan mereka dengan masyarakat yang berbilang ras dan etnik.
Sepatutnya untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia golongan pelajar berlumba-
lumba untuk menyertai aktiviti seperti PLKN dan RIMUP. Sekiranya hanya
sebilangan kecil pelajar yang tidak berminat untuk menyertai aktiviti kenegaraan
dan kemasyarakatan maka konsep 1 Malaysia tetap tidak dapat direalisasikan
dengan sepenuhnya kerana peranan untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia
memerlukan penglibatan semua pelajar bak kata pepatah, “Bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Oleh itu, semua pelajar perlulah
mengaktifkan diri dalam program yang dianjurkan pihak kerajaan kerana
penglibatan diri dalam program tersebut merupakan satu langkah dogmatik dan
pragmatik yang wajar dilakukan oleh pelajar dalam merealisasikan konsep 1
Malaysia.

Seterusnya, untuk menjadikan gagasan 1 Malaysia menjadi kenyataan para


pelajar seharusnya menghayati Rukun Negara sepenuh hati supaya para pelajar
lebih mengerti nilai perpaduan kaum bagi sesebuah negara. Rukun Negara
merupakan gagasan pertama yang dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969 oleh
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Rukun Negara digubal adalah untuk
menyelesaikan persengketaan yang berlaku antara kaum akibat sentimen
perkauman. Rukun Negaramengandungi lima prinsip dan kelima-lima
prinsiptersebut menjurus ke satu matlamat iaitu mengukuhkan perpaduan antara
semua kaum di negara ini. Jadi Rukun Negara merupakan gagasan yang syumul
dalam mengeratkan perpaduan kaum yang utuh. Oleh sebab itu, para pelajar perlu
menghayati Rukun Negara untuk menanam semangat perpaduan dalam diri dan
seterusnya untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat
sejumlah pelajar hanya memandang sebelah mata sahaja terhadap Rukun Negara
dan terdapat juga pelajar yang tidak mengingati langsungterhadap lima prinsip
Rukun Negara. Seandainya, para pelajar tidak menghayati Rukun Negara maka tidak
hairanlah konsep 1 Malaysia tidak dapat direalisasikan dan rusuhan kaum berlaku
sekali lagi seperti yang dilakukan oleh kumpulan HINDRAF pada tahun 2007.Sudah
terang lagi bersuluh, menghayati Rukun Negara merupakan peranan yang paling
wajar dilaksanakan oleh golongan pelajar dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Menjaga hubungan baik antara kaum merupakan satu lagi minhaj yang boleh
dilakukan oleh golongan pelajar untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia. Para
pelajar sejamaknya perlu memelihara relasi yang baik antara ras supaya sentimen
perkauman tidak timbul dan semestinya untuk mengalicaukan rusuhan kaum
daripada terjadi. Para pelajar dapat menjaga hubungan yang baik antara kaum
dengan kerap mengunjungi rumah jiran tetangga dan sahabat handai yang
berlainan kaum selain menghormati budaya serta adat resam kaum lain. Untuk
menjaga hubungan yang harmoni antara kaum para pelajar bukan sahaja perlu
membantu bangsa lain yang dalam kesusahan bahkan para pelajar perlu berusaha
mengenali dan mendekatkan diri dengan kaum lain. Gagasan 1 Malaysia sebenarnya
menekan konsep persamaan taraf seperti yang terdapat dalam Piagam Madinah
pada tahun 622 Masihi. Semua rakyat diberi layanan sama rata agar tidak wujud rasa
ketidakpuasan hati dalam diri rakyat Malaysia. Andai kata, para pelajar sering
bersikap pesimis terhadap kaumlain dan bersikap perkauman nescaya para pelajar
tidak akan mampu merealisasikan konsep 1 Malaysia dan sudah pasti juga akan
wujud sentimen perkauman serta sebagai konsekuensinya rusuhan kaum
berkemungkinan besar akan berlaku. Tegasnya, para pelajar perlulah menjaga
hubungan yang baik antara kaum lain kerana mempunyai relasi yang kukuh antara
kaum merupakan peranan perdana yang harus dilaksankan oleh pelajar untuk
merealisasikan gagasan 1 Malaysia.

Selain itu, para pelajar juga sepatutnya menggunakan bahasa kebangsaan


dalam percakapan seharian dengan kaum lain supaya konsep 1 Malaysia menjadi
realiti kerana bahasa mampu menjadi alat untuk mengeratkan perpaduan.
Penggunaan bahasa yang sama antara kaum lain dapat memupuk semangat
perpaduan kaum yang jitu selain dapat meningkatkan lagi semangat cinta akan
tanah air. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling wajar digunakan oleh
pelajar semasa berkomunikasi dengan bangsa lain di Malaysia tambahan pula
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan di Malaysia telah termaktub
dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan kekukuhan
kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan jelaslah bahawa para pelajar perlu
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan antara kaum lain seperti
yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Setiap
pedagang di Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Jikalau
para pelajar enggan menggunakan bahasa kebangsaan ketika bercakap dengan
bangsa lain maka sudah tentu perpaduan tidak akan wujud dan para pelajar tidak
akan mempunyai semangat patriotik. Maka dengan itu jelaslah bahawa penggunaan
bahasa kebangsaan dalam percakapan seharian dengan kaum lain merupakan
peranan yang perlu dilaksanakan oleh golongan pelajar dalam merealisasikan
konsep 1 Malaysia.

Sentiasa memandang positif dan menyokong setiap saranan dan buah fikiran
Perdana Menteri merupakan satu lagi uslub yang sepatutnya dilaksanakan oleh
golongan pelajar dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia. Para pelajar
seharusnya mengikuti segala saranan Perdana Menteri dan memandang positif
terhadap saranan tersebut agar tidak timbul perselisihan faham antara rakyat dan
pemerintah yang boleh mengakibatkan berlaku pemberontakan. Selain itu, setiap
saranan Perdana Menteri sudah semestinya demi kebaikan rakyat dan negara. Jadi
para pelajar hasratPerdana Menteri untuk melihat semua rakyat di Malaysia hidup
bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama. Perpaduan kaum yang utuh bagi
sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk merupakan elemen yang
paling vital dalam memastikan keamanan negara terus berkekalan. Oleh sebab itu,
para pelajar perlu memandang positif terhadap ideologi Perdana Menteri dan
mendukung ideologi tersebut supaya kemerdekaan negara terus berkekalan dan
keharmonian negara terjamin. Jika para pelajar sentiasa berprasangka buruk dan
tidak mengambil peduli terhadap saranan dan ideologi Perdana Menteri maka
perpaduan kaum yang utuh tidak dapat dicapai dan sudah pasti juga gagasan 1
Malaysia tidak akan menjadi kenyataan. Secara tegas, berpandangan positif dan
menyokong ideologi Perdana Menteri ialah peranan yang harus dimainkan oleh
golongan pelajar dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Konklusinya, para pelajar mempunyai pelbagai peranan yang mampu


dilaksanakan dalam memastikan konsep 1 Malaysia menjadi kenyaatan. Walau
bagaimanapun, tugas merealisasikan konsep 1 Malaysia bukan sahaja terletak di
bahu golongan pelajar bahkan menjadi tanggungjawab semua pihak. Jikalau semua
pihak memainkan peranan masing-masing dan berkolaboratif antara satu sama lain
sudah tentu konsep 1 Malaysia dapat direalisasikan dengan mudah dan efektif
kerana bak kata pepatah, “ Muafakat membawa berkat”.Gagasan 1 Malaysia
sememangnya amat penting untuk menjadi realiti bagi membuktikan kepada
seluruh dunia betapa kukuhnya perpaduan kaum yang terjalin di Malaysia. Oleh itu,
dukunglah gagasan 1 Malaysia

You might also like