Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067.

JN-PPAR-030914-0001 1
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

1. Pengenalan

1. Objektif

Sekolah adalah tempat menimba ilmu dan adalah menjadi kemudahan asas
di setiap kawasan perumahan khususnya. Kawasan perumahan sekitar
Selangor, Kuala Lumpur dan Johor sedang membangun dengan pesat dan
menyebabkan keperluan sekolah semakin mendesak.
Walaubagaimanapun sehingga kini pembinaan sekolah secara konvensional
masih menjadi pilihan utama disebabkan beberapa faktor terutamanya tenaga
pekerja tidak mahir mudah didapati dan murah. Walaupun kehadiran mereka
dihargai dalam membantu membangunkan sektor pembinaan, negara tidak
terlepas dari masalah yang timbul dari kehadiran mereka seperti mutu kualiti
pembinaan yang rendah, kelewatan, pembaziran, masalah sosial, penyakit
berjangkit dan sebagainya.
IBS adalah alternatif untuk menyelesaikan masalah pembajiran pekerja asing
tidak mahir, tempoh pembinaan yang lama dan kualiti lemah.

2. Dasar Kerajaan mengenai IBS

Kerajaan telah bersungguh-sungguh dalam memberikan penekanan terhadap


implementasi IBS dalam industri Pembinaan di Malaysia. Polisi IBS telah
dirangka dan mengandungi elemen-elemen penting seperti di bawah:-

a. Green Mission
b. IBS RoadMap 2003-2010
c. Ucapan Bajet 2006
d. Surat Arahan Ketua Setiausaha Perbendaharaan
e. Garis Panduan unit Perancangan Ekonomi
f. Teras 4 dalam Rancangan Malaysia ke 9.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 2
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

Kerajaan juga akan memberikan insentif seperti kelulusan pelan


pembangunan secara green lane dan pengecualian levi Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB) kepada semua pelan standard yang direka bentuk
berpandukan komponen koordinasi bermodul dan komponen bangunan
standard. Disamping itu tumpuan turut akan diberikan kepada R&D yang
berkaitan dengan perkhidmatan bangunan mampan dan teknologi yang mesra
alam berpandukan konsep 3P (pengurangan penggunaan dan pengitaran
semula) seperti mengitar semula air sisa dan kecekapan tenaga.

2. Ringkasan Eksekutif
Kertas kerja ini akan mencadangkan tatcara pelaksanaan rekabentuk baru
sekolah menggunakan IBS dengan merujuk kepada dasar dan polisi kerajaan
melalui Roadmap IBS 2003-2010 dan arahan kerajaan melalui Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2008. Perician rekabentuk IBS dalam cadangan ini
merujuk kepada Manual Pelaksanaan Kaedah IBS bagi Projek Kerajaan,
Kordinasi Modular, MS 1064(IBS), Content Scoring System oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Kertas ini juga akan
mengkaji kebaikan dalam penggunaan IBS, kekangan dan persepsi yang
diterima dikalangan mereka yang terlibat dalam industri pembinaan dan juga
cadangan penambahbaikan dalam melaksanakan rekabentuk IBS terutamanya
di JKR.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 3
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

3. Tinjauan Literatur

1. Definasi IBS
Merujuk kepada Manual Pelaksanaan Kaedah IBS bagi Projek Kerajaan
definasi Sistem Binaan Industri (IBS) bermaksud satu sistem atau kaedah
pembinaan yang mana komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal
(di kilang atau di tapak bina), diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan
dengan menggunakan pekerja yang minimum di tapak

2. Sejarah IBS
IBS telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1964 bila kerajaan telah
membangunkan dua projek perintis IBS dengan pembinaan Tuanku Abdul
Rahman Flat dan Flat di Riffle Range Road di Pulau Pinang. Semenjak itu
terdapat beberapa projek IBS telah dipilih sekiranya pembinaan
mementingkan tarikh siap yang cepat, tepat dan berkualiti. Walaupun IBS
adalah tidak asing lagi di negara ini penggunaannya dalam sebagai pilihan
masih rendah berbanding dengan negara Amerika Syarikat, Eropah dan
Jepun.

3. Klasifikasi IBS di Malaysia

IBS boleh dikategorikan ke dalam lima (5) kumpulan utama, iaitu:-

(a) Sistem Kerangka. Panel dan kekotak Konkrit Pra-Tuang


Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai dan panel
dinding pra-tuang. Termasuk juga di bawah kumpulan ini adalah komponen
pasang siap 3-dimensi seperti tangga, langkan dan tandas.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 4
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

(b) Sistem Acuan


Acuan bagi komponen konkrit tuang disitu seperti acuan untuk tiang, rasuk,
papak lantai dan panel dinding yang boleh digunakan berulang kali. Acuan ini
biasanya diperbuat dari plastik, fibreglass, keluli, aluminium dan bahan logam
lain.

(c) Sistem Kerangka Keluli


Komponen di bawah kumpulan ini terdiri daripada tiang. rasuk, kerangka
portal dan sistem kekuda bumbung dan seumpamanya yang diperbuat
daripada keluli.
(d) Sistem Kerangka Kayu PasangSiap
Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai, sistem
kekuda bumbung pasangsiap dan seumpamanya yang diperbuat daripada
kayu.

(e) Sistem Blok


Sistem ini merujuk kepada penggunaan blok jitu (precision blockworks)
termasuk blok konkrit ringan, blok terkunci (interlocking block) dan
seumpamanya.

(f) Sistem Terbuka


Sistem terbuka bermaksud sistem pembinaan bangunan atau komponen
bangunan secara IBS yang tidak terhad kepada pemunya atau proprietor
tertentu sahaja.

(g) Reka Bentuk Standard


Rekabentuk standard bermaksud bentuk atau rupa bentuk lazim komponen
yang telah ditentukan saiz dan ukuran.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 5
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

4. Kebaikan IBS
Kebaikan IBS adalah ketara sekiranya masa menjadi faktor utama kerana
konsep IBS memungkinkan rangka struktur utama bangunan sekolah boleh
disiapkan dalam masa 3 bulan merujuk kepada pengalaman JKR membina
Sekolah Kebangsaan Brickfields 1 di Kuala Lumpur pada tahun 2003,
sekiranya komponen yang diperlukan boleh diperolehi dari pembekal atau
pengeluar komponen IBS. Penggunaan buruh yang kurang dalam pembinaan
IBS akan mengurangkan masalah sosial dikawasan sekitar tapak. Pada
masa yang sama juga tapak akan menjadi lebih bersih, tersusun dan kemas
kerana kurang persiapan tapak diperlukan kerana komponen hanya dibawa
ditapak untuk dipasang dari kilang. Bangunan IBS juga lebih sesuai untuk
ditambah ruang dimasa hadapan berbanding bangunan konvensional.

5. Kekangan IBS di Malaysia

1. IBS kurang popular dikalangan perekabentuk


2. Kurang pengetahuan IBS dikalangan profesional
3. Keperluan untuk menukar tanggapan buruk IBS melalui promosi dan
hebahan
4. Situasi tunggu dan lihat dikalangan stakeholder
5. Kurang sokongan dan kurang minat dikalangan pihak swasta
6. Sistem IBS berasaskan hakcipta di Malaysia
7. Kualiti produk yang rendah di Malaysia
8. Tiada standard/penyelarasan rekabentuk alur sambungan komponen
menyebabkan penumpuan rekabentuk kepada pembekal tertentu.
9. Ekonomi pengeluaran dan permintaan dalam komponen IBS oleh
pengeluar.
10. Kontraktor kurang berminat kerana isu kos dan risiko
11. Kurang koordinasi dari peringkat rekabentuk lagi
12. Komunikasi lemah dan tiada koordinasi dalam rangkaian pembekal bahan
binaan
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 6
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

13. Faktor tapak perlu diambil kira kerana IBS melibatkan komponen yang
besar dan berat
14. Operator pengangkutan perlu bersedia dengan lori yang boleh membawa
komponen-komponen IBS

6. Sistem Pembinaan Terbuka (Open Building System)


Menggunakan sistem IBS terbuka iaitu sistem komponen IBS yang
menekankan reka bentuk sesuatu bangunan berdasarkan penggunaan
piawaian Kordinasi Modular, MS 1064 dan tidak menetapkan penggunaan
sesuatu sistem komponen IBS semasa perolehan. Ianya berdasarkan
kepada katalog, termasuk piawaian yang boleh digunapakai oleh semua
pihak tanpa sekatan rekabentuk;

7. Kordinasi Modular (Modular Co-ordination)


Modular merupakan komponen yang lengkap kerana ia memerlukan
perancangan yang baik. Pilihan rekabentuk adalah banyak dan akan
membawa kearah pembinaan yang utuh.

8. IBS di Malaysia
1. IBS Roadmap 2003-2010
Roadmap IBS 2003-2010 telah diluluskan oleh kabinet pada 29
Oktober 2003 dengan matlamat jangka panjangnya adalah untuk
mencapai sistem pembinaan terbuka (Open Building System) dan
perindustrian sepenuhnya sektor pembinaan Malaysia menjelang
tahun 2010.
Roadmap ini timbul untuk mengurangkan pergantungan secara
berfasa dan sebagai polisi kearah pemodenan sektor pembinaan dari
segi teknologi, teknik dan proses.
Hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kepergantunggan kepada
tenaga buruh asing ke tahap 15% pada 2010 seperti disasarkan dalam
Roadmap IBS dan lebih kearah aktiviti pesat berteraskan teknologi.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 7
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

2. IBS Content Scoring System (IBS Score)


IBS Score – (IBS Publication Series No. 17)- panduan pengiraan
kandungan peratusan IBS dalam sesuatu projek dalam mematuhi
syarat-syarat peratusan penggunaan IBS.
Prinsip-prinsip IBS Score
a. Penggunaan prefabricated dan precast concrete komponen.
b. Penyediaan Komponen di luar tapak.
c. Penggunaan komponen standard.
d. Pengulangan.
e. Rekabentuk menggunakan konsep Modular Coordination

Mempertingkatkan kandungan komponen IBS bagi setiap projek


Kerajaan pada tahap tidak kurang daripada 70%. Pengiraan
pengunaan kandungan IBS dalam sesuatu projek bangunan adalah
berdasarkan kepada Manual For Industrialised Building System (IBS)
Content Scoring System yang diterbitkan oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. (CIDB).

3. Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010)

Rancangan Malaysia ke 9. Teras 4 : Meningkatkan tahap dan


kemampanan kualiti Hidup. Bab 21: Menyediakan Perumahan dan
Perkhidmatan Bandar yang Berkualiti. Klausa 21.37 “ Pelaksanaan IBS
dalam tempoh Rancangan akan berpandukan kepada satu rangke
kerja strategik pelaksanaan, antara lain, termasuk penggunaan
komponen IBS dalam pembinaan rumah mampu milik dan projek
Bangunan Kerajaan serta penguatkuasaan penggunaan konsep
Koordinasi Bermodul melalui undang-undang kecil Bangunan Seragam
oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 8
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

4. Green Mission
Menyentuh beberapa elemen penting berkaitan IBS seperti:-
a. Mengurangkan pencemaran alam disebabkan pembuangan bahan
binaan di tapak bina
b. Penjimatan bahan binaan/pengurangan pengunaan tenaga
c. Mengurangkan pengunaan tenaga buruh kurang mahir (buruh
asing)
d. Perancangan tapak yang mampan
e. Kecekapan Tenaga dan Sumber Air

5. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2008

Para 4 menyatakan semua agensi dikehendaki mempelawa projek baru


menggunakan kaedah IBS seperti berikut:-

(i) Memasukkan syarat-syarat kontrak dan klausa keperluan


penggunaan IBS dalam projek baru Agensi dengan merujuk ke
laman web Jabatan Kerja Raya.
(ii) Merujuk kepada manual Pelaksanaan Kaedah IBS bagi Projek
Kerajaan seperti di lampiran I.

4. Pelaksanaan Proses Rekabentuk IBS di JKR

1. Pasukan Rekabentuk Multidisplin


PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 9
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

Satu perbincangan pra-rekabentuk akan berbincang tentang penglibatan


awalan. Koordinasi rekabentuk IBS akan bermula pada peringkat lebih awal
berbanding dengan rekabentuk konvensional. Kekerapan mesyuarat
koordinasi rekabentuk akan ditambah berbanding koordinasi rekabentuk
konvensional.

2. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)

SPK masih relevan dalam proses rekabentuk IBS ini. Proses kerja
merujuk kepada Prosedur Rekabentuk - JKR.PK(O).02. Dilampirkan proses
kerja dan tanggungjawab, input dan output yang diharapkan dari semua
pihak.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 10
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 11
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

3. Rekabentuk Awalan

4.3.1 GarisPanduan
Meneliti, menyesuaikan dan menggunakan garis panduan di bawah
sebagai garis panduan untuk memulakan rekabentuk awalan.

(a) Piawaian Malaysia MS 1064: Parts 1-10:2001) akan digunakan


untuk menyelaras:-
i. Semua lukisan mengikut Sistem Kordinasi Modular
ii. Katalog Komponen Bangunan untuk spesifikasi dan saiz:-
a. Pintu
b. Tingkap
c. Dinding Dalam
d. Susurtangan
e. Jeriji
f. Unit tandas
g. Perabut bina dalam
h. Kemasan
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 12
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

(b) IBS Content Scoring System (IBS Score)


(c) Modular Design Guide oleh CIDB

4.3.2 Konsep Sistem


Konsep Sistem Terbuka dipilih merujuk kepada SPP Bil.7 Tahun 2008.
Komponen-komponen standard yang digunakan hendaklah menepati
piawaian MS 1064

4.3.3 Syarat-syarat Rekabentuk IBS


a) Objektif untuk mendapatkan markah IBS score yang tinggi yang
menjadi tanda aras bahawa kejayaan pengurangan pergantungan
tenaga buruh, kurang wastage, kurang bahan binaan, kawasan
pembinaan yang bersih, kualiti tinggi, dan selamat, tempoh
pembinaan yang lebih pantas dan kos pembinaan keseluruhan
yang lebih rendah.
b) Rekabentuk akan menitikberatkan repetitiveness dalam rekabentuk
dah juga penyelesaian pembinaan yang lebih mudah untuk
mendapatkan markah yang lebih tinggi.
c) Komponen yang akan diberikan penekanan untuk mendapat skor
maksimum 100 adalah:-
I. Bahagian 1 (50%)- Sistem struktur yang akan menggunakan
pre-cast beam, steel.
II. Bahagian 2 (30%) -Sistem dinding yang akan menggunakan
pre-cast panels, kaca, dry partition, blockwork dan lain-lain.
III. Bahagian 3 (20%)-Other simplified Construction Solutions
dimana komponen akan mengikut MS 1064, 3-D prefabricated
components seperti tandas, tangga dan lain-lain.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 13
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

4.3.4 Sistem Kerangka Konkrit Pra-Tuang


(a) Komponen Struktur Utama
Komponen–komponen struktur utama adalah terdiri dari
komponen lantai, dinding, rasuk dan tiang. Pemilihan komponen
tertakluk kepada perbincangan setiap displin tentang kesesuaian
digunakan bagi setiap projek

(b) Komponen Struktur Lain


Komponen ini terdiri selain dari tiang, rasuk dan dinding dan
termasuklah bumbung, tangga, balkoni, facades, parapet, rangka,
soket tiang, cerucuk dan sebagainya.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 14
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

(c) Komponen Seni Bina


Komponen ini terdiri daripada:-

(i) Komponen Dinding Luar dan Dalam


Pemilihan bahan bergantung kepada kesesuaian projek.

(ii) Komponen Seni Bina Lain


Komponen ini terdiri dari modul tandas, tangga, arch, pintu,
tingkap, susur tangan dan juga peneduh cahaya.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 15
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

(iii) Kemasan

Terdiri dari elemen-elemen kemasan yang menjimatkan


tenaga kerja terdiri dari penutup dinding (wall cladding),
kemasan bumbung terdiri dari bumbung metal decking atau
panel komposit dan kemasan spray plaster.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 16
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

4.3.5 Kordinasi Modular (MC)


Merupakan peraturan penyelarasan dimensi secara modular untuk
menyelaraskan pengukuran ruang rekabentuk. Dengan adanya
penyelarasan pengukuran ruang rekabentuk, komponen-komponen
boleh dikawal dan dikeluarkan mengikut saiz-saiz lazim menggunakan
kaedah pengukuran yang sama.Koordinasi modular berteraskan
kepada beberapa perkara asas:-
(a) Penggunaan jenis-jenis ukuran modular
(b) Sistem rujukan untuk menyelaraskan ruang zon untuk elemen
bangunan dan komponen dalamnya
(c) Penetapan lokasi bangunan
(d) Penetapan saiz komponen bangunan
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 17
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

(e) Penetapan untuk preferred sizes bagi komponen-komponen


bangunan (MS 1064: Parts 1-10:2001)

4.3.6 Keperluan
Kerja
Mekanikal
dan Elektrik
Kordinasi yang baik antara kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan
elektrikal adalah faktor penting dalam memastikan kejayaan IBS dan
juga sistem Kordinasi Modular (MC). Dua (2) komponen utama yang
perlu diberi perhatian adalah:-
(a) Panel dinding
(b) Panel papak Lantai

Dimana perekabentuk arkitek hendaklah membuat kordinasi untuk


menyediakan ruang laluan perkhidmatan dan komponen-komponen
untuk mekanikal dan elektrikal.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 18
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

4.3.7 Contoh Rekabentuk IBS Sekolah


Berikut adalah contoh rekabentuk sekolah untuk 32 Bilik darjah
yang dihasilkan.
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 19
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

Fasad menunjukkan pengunaan komponen dinding

Nilai estika dipelihara dalam melaksanakan Sekolah IBS

5 Rumusan dan
Cadangan
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 20
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

Kertas kerja ini disediakan atas dasar menyokong dasar dan polisi
kerajaan dalam melaksanakan IBS di Malaysia terutamanya di peringkat JKR
sebagai agensi teknikal terbesar negara. sendiri. Penggunaan IBS dalam projek
kerajaan terutamanya sekolah-sekolah diseluruh negara adalah langkah yang
terbaik kerana rekabentuk sekolah berpotensi dijadikan rekabentuk piawai IBS
dan akan menjadi sebagai contoh dan pembelajaran untuk projek-projek IBS
kerajaan yang lain.
Kejayaan IBS bermula dengan perancangan teliti melibatkan rekabentuk,
kos, tapak dan juga dengan sokongan dari pihak pembekal komponen dan
pelanggan. Usaha berterusan untuk menwujudkan kesedaran IBS hendaklah
dibuat secara berterusan.
Kertas kerja ini juga ingin mencadangkan beberapa faktor penting dalam
merekabentuk secara IBS , antaranya:-
5.3.1 Penggunaan IT
Menggunakan perisian Buiding Information Modelling (BIM) contohnya
REVIT atau ARCHICAD untuk memastikan rekabentuk dapat dianalisa
dari segi penggunaan komponen dan sebagainya.
5.3.2 Memastikan kesedaran dan latihan IBS diberikan kepada
perekabentuk .
5.3.3 Pendedahan kepada pelanggan secara meluas tentang IBS dari segi
konsep rekabentuk.
5.3.4 Menerangkan kepentingan koordinasi dan perancangan awal
dikalangan semua perekabentuk
PTK 3 (Gred 44) Sesi 1/09 : Aidzil Adzahar Bin Ahmad.750102-08-7067. JN-PPAR-030914-0001 21
Cadangan Pelaksanaan Rekabentuk Industrialised Building System (IBS) untuk Projek JKR

6 Rujukan

1. IBS Score – (IBS Publication Series No. 17


2. IBS Roadmap 2003-2010
3. Ucapan Bajet 2006
4. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2008
5. Garis Panduan unit Perancangan Ekonomi
6. Teras 4 dalam Rancangan Malaysia ke 9
7. Pembentangan Kertas Kerja 3 oleh JKR: Pelaksanaan Sistem
Pembinaan Berindustri (IBS) . 3-4 Mei 2007
8. Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh LPIPM: Pelaksanaan Sistem
Pembinaan Berindustri (IBS) . 3-4 Mei 2007
9. Pembentangan Kertas Kerja 2 oleh INNOVACIA: IBS Implementation
from Industry Perspective . 3-4 Mei 2007

You might also like