Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah dan

pengetua, Pn. Faizah bt. Yusoff yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk

menyiapkan Folio Kerja Kursus Sejarah ini.

Selain itu, tidak lupa kepada guru mata pelajaran saya, Pn. Norazizah Azmi yang

telah banyak memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk membuat folio ini.

Selain itu, saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-

rkan saya yang telah banyak memberi maklumat dan sanggup meluangkan masa

untuk memberi tunjuk ajar kepada saya.

Seterusnya, saya juga berhuntang budi kepada ibu bapa saya yang banyak

memberi maklumat tentang sejarah SMK Seri Serdang.

Objektif Kajian
- Mengenali dan memahami sejarah perkembangan Sekolah Menengah

Kebangsaaan Seri Serdang.

- Mengenali nama dan lambing-lambing Sekolah Menengah Kebangsaan

Seri Serdang.

- Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan

Seri Serdang.

- Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Serdang.

- Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat

tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang.

Kaedah Kajian

1. Kaedah analisis dokumen :


a) Untuk menyiapkan kursus ini, saya telah menganalisis beberapa dokumen

yang mengandungi sebarang maklumat mengenai sejarah sekolah.

2. Kaedah pemerhatian:

a) Saya telah membuat pemerhatian ke atas kemudahan infrastruktur seperti

pusat sumber untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang saya perlukan,

Hasil Kajian

A) Latar Belakang Sekolah:

Asal-usul nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang ialah dari sebatang
pokok yang bernama “Serdang” ini digunakan kerana terdapat sebatang pokok

yang di tanam di tepi dewan sekolah kami iaitu pokok “Serdan” ini. Nama

“Serdang” ini mula digunakan sejak sekolah ini mula dibuka lagi iaitu pada 2

Januari 1983. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang ini pada asalnya

kawasan yang rata dan bersebelahan dengan bekas lombong bijih timah yang kini

ditebus guna untuk dijadikan taman reakreasi. Tempat ini dipilih kerana amat

sesuai didirikan sekolah serta berdekatan dengan kawasan perumahan. Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Serdang telah dirasmikan penubuhannya 2 Julai 1994

oleh yang berhormat Dota’ Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud, Menteri Malaysia

ketika itu.

B) Pembangunan Fizikal Sekolah Dari Tahun 1983 Hingga Kini


Kali pertama sesi persekolahan hanya dua blok bangunan iaitu BLOK A dan
BLOK B, sebuah kantin, dan sebuah bangunan bengkel seni perusahaan, Oleh itu,
bangunan BLOK D dibina pada tahun 1987. Tahun berikutnya, bangunan 3 tingkat
BLOK C diranchang pembinaaanya pada tahun 1991.

Bangunan ini dapat menampung 14 buah kelas dan 3 buah bilik makmal sains.
Pertambahan penduduk di kawasaan Serdang menyebabkan sekolah masih
menghadapi masalah kekurangan kelas, Maka, pada tahun 1992, bangunan kayu
(BLOK E) dibina. Bangunan segera lagi dibina untuk mengatasi kekurangan kelas
pada tahun 1994 iaitu BLOK F. Pada bulan Jun 1993, bangunan milik pemaju
perumahan Seri Serdang diambil alih oleh pijak sekolah untuk dijadikan bangunan
pejabat pentadbiran sekolah.

Kini SMK Serdang mampu menampung 72 buah kelas, 6 Makmal Sains, sebuah
Perpustakaan, Bilik Audio Visual, Bilik Guru, Bilik Pengawas, Bilik Sukan, Bilik
Koperasi, Surau, Pusat Tarbiah, Bilik Jahitan, Bilik Masakan, Café Seri, Bilik
Landskap, Dewan Seri, Gelari Inovatif. Kewujudan pelbagai bilik bantuan menjana
kecermerlangan akademik dan kokurikulum.

Untuk membantu perkembangan fizikal dan mental pelajar, gelanggang


badminton dan bola keranjang menjadi medan pelajar untuk mengeluarkan peluh
untuk menyihatkan badan. Pembentukan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran telah merangsangkan pihak sekolah menyediakan 2
buah pondok bacaan yang dikelilingi oleh kehijauab flota. Udara yang segar dapat
membantu anak didik mencetus ilham yang bernas sepanjang sesi persekolahan
mereka.
Pada tahun 2003, merupakan tahun yang tidak dapat dilupakan oleh warga
pejabat. Mereka telah mendapat 1 ruang yang lebih selesa untuk menjalankan
perkhidmatan mereka di tingkat 1 BLOK A baru. Pejabat yang baru dan selesa ini,
diharapkan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan mereka selaras dengan usaha
mereka untuk meningkatan kecekapan pengurusan dan pentadbiran melalui
pendekatan kolaboratif dan pertisipatif ke tahap yang cemerlang.

You might also like