Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PINJAMAN KENDERAAN

1. Siapakah yang boleh memohon pinjaman kenderaan kerajaan persekutuan?


I. Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap
II. Pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak

Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah
dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan
Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

2. Apakah syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan?


I. Membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang
pegawai.
II. Memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.
III. Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok.
IV. Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari
jumlah gaji pokok dan elaun bulanan.
V. Pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta.
VI. Mempunyai lesen memandu yang sah.

3. Berapakah had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan ?

I. Pembelian Kereta adalah mengikut jawatan


Pembelian Kereta adalah mengikut jawatan
Jawatan Had Pinjaman( RM )

Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas, Timbalan


70,000
Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong
65,000
Penguasa Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis
Kumpulan Sokongan @ Ketua Inspektor polis dan ke bawah 55,000

I. Pembelian motosikal RM 5,000


II. Pembelian Motobot RM 4,000
III. Pembelian enjin motobot RM 3,500
IV. Pembelian bot RM 700
V. Pembelian basikal RM 500
4. Bagaimana perkiraan jumlah pinjaman yang boleh diluluskan?
Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan
bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan atau aksessori
opsyenal yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga bersih kenderaan ialah harga
jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan
penahan lumpur. Kecuali pinjaman untuk membeli bot dan basikal jumlah pinjaman wang yang
diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang. Misalnya, bagi
membeli kereta yang berharga bersih RM59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai
kelayakan maksima meminjam:-

a. Jika RM65,000 - pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900.


b. Jika RM55,000 - pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000.

5. Berapa lamakah tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan?

Jenis Kenderaan Tempoh


a) Kereta baru Tidak melebihi 108 bulan
b) Kereta terpakai Tidak melebihi 96 bulan

c) Motorsikal Baru
- Prinsip Al-bai´bithaman´ajil Tidak melebihi 72 bulan
- Prinsip konvensional Tidak melebihi 60 bulan
d) Motorsikal terpakai Tidak melebihi 48 bulan
e) Motobot Tidak melebihi 48 bulan
f) Enjin Motobot Tidak melebihi 48 bulan
g) Bot Tidak melebihi 24 bulan
h) Basikal Tidak melebihi 20 bulan

6. Bolehkah pegawai membuat pinjaman kali kedua?


Boleh, setiap 5 tahun sekali dengan syarat pinjaman pertama telah genap 5 tahun dan telah
diselesaikan sepenuhnya. (SPP 5/2001 berkuatkuasa mulai 1 April 2001)
7. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil bagi mengelakkan terlebih potongan gaji
peminjam apabila tempoh pinjaman kenderaan telah tamat?

Peminjam perlu mengemukakan permohonan pertanyaan baki melalui jabatan peminjam untuk
penamatan potongan kepada JMS(a)/BPOPA(b) (yang mana berkenaan). Disarankan untuk
mengemukakan pertanyaan baki 3 bulan sebelum tempoh tamat. Ini membolehkan jabatan
pegawai yang meminjam dapat membuat perubahan gaji tepat pada masanya.

Nota:
1. JMS (Jabatan Mengakaun Sendiri) terdiri daripada Jabatan/Kementerian berikut:
1. Jabatan Perdana Menteri
2. Kementerian Pertahanan
3. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
4. Kementerian Pelajaran
5. Kementerian Kesihatan
6. Kementerian Dalam Negeri
7. Kementerian Kerja Raya
8. Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
9. Kementerian Pengangkutan
10. Kementerian Pengajian Tinggi

2. BPOPA (Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi di Jabatan Akauntan Negara)
untuk Jabatan/Kementerian yang bukan di bawah JMS.

8. Bagaimana peminjam boleh mendapat pembatalan catatan �HAK MILIK DITUNTUT

OLEH KERAJAAN' ?
Peminjam perlu mendapatkan pengesahan baki pinjaman daripada JMS/BPOPA(yang mana
berkenaan) melalui Bahagian Kewangan jabatan peminjam. Catatan ini hanya boleh dibatalkan oleh
pihak Jabatan Pengangkutan Jalan apabila jabatan peminjam mengeluarkan surat bahawa
pinjaman itu telah diselesaikan dengan sepenuhnya.

9. Bolehkah pegawai mengguna pinjaman kenderaan kerajaan untuk menyelesaikan baki


(re-finance) bagi kenderaan yang telah dibeli mengunakan pinjaman bank?
Tidak boleh, sebab Skim Pembiayaan Kenderaan bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam
adalah untuk membiaya pinjaman baru sahaja bukan untuk pinjaman semula. (Pekeliling
Perbendaharaan Bil 7/1993 perenggan 13.1 dan Bil. 8/1993 perenggan 14.1)
10. Bagaimana prosedur untuk membuat penyelesaian awal baki pinjaman kenderaan?

10.1 Dapatkan pengesahan baki pinjaman melalui proses pertanyaan baki untuk
penyelesaian sekaligus/ tamat potongan samada melalui :-

a) Secara bersurat, peminjam perlu mengisi format surat pertanyaan baki dan
dihantar kepada JMS/BPOPA(yang mana berkenaan) melalui jabatan
peminjam. Maklumbalas kepada pertanyaan baki ini akan dikemukakan melalui
Ibu Pejabat jabatan peminjam;

Atau

b) Perkhidmatan online: Maklumat Pinjaman Kenderaan, di laman web rasmi


www.anm.gov.my di mana peminjam boleh mengunci masuk butir-butir
pinjaman sendiri. Tidak perlu melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam. Walau
bagaimanapun maklumbalas kepada pertanyaan baki ini akan dikemukakan
melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam.

10.2 Peminjam seterusnya perlu membuat pembayaran berdasarkan baki yang disahkan
dan mematuhi tempoh tarikh yang ditetapkan:-

a. Bagi pinjaman dibawah Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan Persekutuan,

dibayar tunai/bank deraf atas nama �Akauntan Negara Malaysia�, melalui

Bahagian Kewangan jabatan peminjam;

Atau

b. Bagi pinjaman dibawah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan(GSVL) Bank


Simpanan Nasional(BSN), dibayar terus di kaunter BSN.

You might also like