Laporan Aktiviti Kemahiran Sosial

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN SOSIAL

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS


SMK PENGKALAN PERMATANG
KUALA SELANGOR
2007

Tajuk :
Aktiviti Kemahiran Sosial. ‘Kembara Alam’

Lokasi :
Bukit Malawati, Kuala Selangor dan Taman Alam, Kuala Selangor.

Penglibatan :
Seramai 15 orang murid perempuan dan 21 orang murid lelaki daripada Program Integrasi
Pendidikan Khas (PIPK) Bermasalah Pembelajaran dan Bermasalah Pendengaran SMK Pengkalan
Permatang dengan diiringi oleh 10 orang guru Pendidikan Khas, 1 orang guru kelas normal dan 1
guru Praktikum dari Universiti Perguruan Sultan Idris.

Tarikh Perlaksanaan :
Aktiviti tersebut dilaksanakan pada 28 Februari 2007 (Rabu) bermula pada jam 8.00 pagi
sehingga 1.00 petang.

Objektif :
Aktiviti yang telah dijalankan dapat:
1. Memberi peluang kepada murid-murid bermesra dengan alam melalui aktviti-aktiviti
explorasi.
2. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang realiti kehidupan.
3. Meningkatkan tahap kesabaran, kemampuan berfikir secara positif serta memperkukuhkan
kemahiran menyelesaikan masalah.
4. Memupuk perasaan sayang dan cintakan alam sekitar.
5. Mewujudkan perasaan ingin tahu dan menarik minat murid-murid untuk menghargai warisan
sejarah.
Rasional Projek :
Aktiviti tersebut adalah perlu bagi memberi pendedahan dan bimbingan awal kepada murid
PIPK SMKPP berkaitan perkara yang perlu dilakukan sewaktu menjalani aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan. Di samping itu, aktiviti ini dapat menilai sejauhmana daya tumpuan dan tahap
kesabaran murid bagi membantu murid merancang kehidupan mereka serta mampu hidup berdikari
di masa yang akan datang.

Aturcara dan Aktiviti :


Aktiviti Kemahiran Sosial adalah merupakan salah satu projek yang telah dirancangkan
dalam Takwim Pendidikan Khas kerana tuntutan terhadap keperluan murid-murid PIPK SMKPP
yang terdiri daripada 32 orang murid Bermasalah Pembelajaran dan 8 orang murid Bermasalah
Pendengaran.
Masa Aktiviti Penglibatan
7.30 pagi  Murid-murid berkumpul dan bersarapan pagi di kantin Semua guru dan
sekolah sambil menantikan ketibaan bas dan Tramp. murid.
8.15 pagi  Ketibaan sebuah bas dan sebuah Tramp Majlis Daerah Kuala Semua guru dan
Selangor . murid
 Murid-murid dan guru memasukkan alatan dan mengambil
tempat.
- Murid-murid yang terpilih (boleh menjaga keselamatan diri)
sahaja yang dibenarkan menaiki Tramp dengan dikawal oleh
7 orang guru.
- Murid-murid ‘Low function’ menaiki bas dengan dikawal
oleh seorang guru.
- 2 orang guru menaiki kenderaan sendiri bagi mengawasi
seorang murid Syndrome Down ( Lim Jin Chin) yang agak
sukar dikawal.
8.40 pagi  Tiba di Taman Alam, Kuala Selangor. Rombongan telah Semua guru dan
disambut oleh pekerja-pekerja Taman Alam National Park. murid.
 Setiausaha Program (Cik Nor Hanifah Bt Sahid) memberi
taklimat berkenaan dengan peraturan-peraturan yang mesti
dipatuhi oleh murid-murid dan guru sepanjang berada di
Taman Alam.
9.15 pagi  Aktiviti ‘Jungle Tracking’ diadakan dengan disertai oleh 35 Semua guru dan
orang murid dengan diiringi oleh 6 orang guru pengiring. murid.
- 4 orang guru tidak dapat turut serta dalam aktiviti ini kerana
mengawasi seorang murid (Lim Jin Chin) yang agak tidak
terkawal.
 Murid dibawa melalui ‘track’ berjalan kaki menyusuri denai-
denai, jambatan gantung, menara tinjau, tasik, dan
sebagainya sepanjang pengembaraan.
- Aktiviti ‘Self Confident’ turut diadakan di jambatan gantung
bagi meningkatkan jati diri murid dengan diawasi oleh guru.
10.30 pagi  Perjalanan ke Bukit Malawati dengan menaiki bas dan Semua guru dan
Tramp. murid.
10.40 pagi  Makan tengah hari di Dewan Bukit Malawati. Semua guru dan
 Ketibaan Tuan Pengetua SMK Pengkalan Permatang, Tn. murid.
Hj. Mohd Rahman B. Dollah.
11.00 pagi  Melawat ke Muzium Sejarah Bukit Malawati. Semua guru dan
 Pegawai muzium memberi penerangan berkenaan dengan murid.
bahan-bahan tinggalan sejarak yang terdapat di muzium
berkenaan kepada guru-guru dan murid-murid.
11.30 pagi  Lawatan ke Rumah Api Kuala Selangor. Semua guru dan
- Pegawai Rumah Api, En. Ismahzin memberi penerangan murid.
tentang sejarah dan fungsi Rumah Api kepada murid-murid
dan guru.
 Guru-guru dan murid-murid diberi peluang untuk menaiki
Rumah Api dan menikmati pemandangan indah di menara
rumah api.
- Tn Pengetua dengan diiringi oleh Pegawai Rumah Api, En.
Saharim, serta beberapa orang murid menjadi kumpulan
pertama yang masuk ke dalam rumah api diikuti dengan
kumpulan yang lain.

12.00 tgh  Aktiviti bermesra bersama ‘warga Bukit Malawati’ Semua guru dan
- Murid-murid diberi peluang merasai pengalaman memberi murid.
haiwan (monyet dan lotong) makan dan bermesra bersama
haiwan tersebut.
12.30 ptg  Meronda mengelilingi kawasan Bukit Malawati dan Bukit Semua guru dan
Belanda (makam anak dara) dengan menaiki bas dan Tramp. murid.
- Oleh kerana kekangan masa, guru-guru dan murid-murid
tidak dapat melawat Makam Anak Dara.
12.45 ptg  Perjalanan pulang ke sekolah. Semua guru dan
murid.

Peruntukan Kewangan :
- Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor telah bersetuju menyediakan pengangkutan berupa sebuah
bas dan tramp secara percuma kepada ahli rombongan yang terdiri daripada guru-guru dan
murid-murid.PIPK. Oleh yang demikian pihak PIPK berbesar hati memberikan wang sagu hati
kepada pemandu sebanyak RM 20 seorang (RM 40 untuk dua orang pemandu).
- Pihak pengurusan Taman Alam, Kuala Selangor telah bersetuju untuk tidak mengenakan
sebarang bayaran masuk kepada murid-murid PIPK.
- Sebanyak RM135 diperuntukan bagi tujuan makan dan minum murid. Ini bermakna Rm3.00
diperuntukan untuk seorang murid.

Penutup :
Melalui aktiviti yang dijalankan, diharap semua murid PIPK mendapat faedah dan manfaat
dalam membentuk jati diri, sahsiah, dan keyakinan diri murid bagi mengharungi hidup dimasa yang
akan datang. Di samping itu, diharapkan agar aktiviti ini menjadi titik tolak kepada permulaan
kehidupan yang lebih bermakna buat anak-anak istimewa ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………. ………………………………..
(CIK NOR HANIFAH SAHID)
Setiausaha Program

You might also like