Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Siti Hasnah DiMurtadkan & Di Perangkap,IFC & PKR Menyerang

Majlis Agama Islam Pulau Pinang


Filed Under ( siti hasnah vangarama ) by pisau

Sebelum ini, begitu banyak artikel dan berita di siarkan oleh Malaysiakini berkenaan Siti Hasnah Vangarama yang
"terkejut " beliau di Islamkan tanpa disedari. Malah begitu banyak serangan ,cacian maki hamun dilontarkan kepada
Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan tidak langsung diberi pembelaan. klik sini ,klik sini , klik sini 

Malah yang paling menarik sekali Parti isle PAS pun tutup mulut,tidak langsung memberi sebarang respon.Barangkali
tidak berani bersuara atau pun tidak mahu terbabit dengan kerja PKR untuk menyerang Artikel 11 Perlembagaan. 

Yang menjuarai kes ini adalah seorang peguam dari PKR Gooi Hsiao Leung,beliau begitu bersungguh sungguh untuk
perjuangkan hak Siti Hasnah agar disahkan sebagai seorang Hindu. Mereka mempertikaikan bagaimana Siti hasnah di
tukarkan agama tanpa pengetahuannya. 

Gooi Hsiao Leung

Sila baca laporan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk menjawap segala persoalan: 
Keep Reading

[2] LATAR BELAKANG KES


2.1 Pengislaman penama telah dibangkitkan dalam Malaysiakini.com pada 19 November, 2009 yang
melaporkan hasrat penama yang beragama Islam untuk menukar status agamanya kepada Hindu
bagi membolehkan penama mendaftar perkahwinan beliau dengan seorang lelaki India beragama
Hindu. Timbul dakwaan bahawa penama telah diIslamkan ketika berumur 7 tahun apabila sijil
Akuan Masuk Islam dikeluarkan pada 28 Disember, 1989 tanpa kebenaran ibu bapa
penama. Timbul juga persoalan bagaimana penama berumur 7 tahun ketika itu boleh
menandatangani surat Akuan Masuk Islam. Penama juga terperanjat apabila pegawai Jabatan
Pendaftaran Negara memberitahu bahawa beliau seorang Islam apabila beliau ingin mendaftarkan
perkahwinan dengan seorang lelaki berbangsa India beragama Hindu (Malaysiakini, 19
November, 2009).
[3] KRONOLOGI KES
3.1 13 Ogos, 1982. Penama dilahirkan di Kongsi Ladang Blok 8, Karatong, Pahang. Ibunya bernama
Latchumy a/p Ramadu (nama Islam Siti Aisyah) dan meninggal dunia 25 Disember,1989,
dikebumikan di Kawasan Perkuburan Qaryah Bagan Lebai Tahir, Butterworth manakala ayahnya
bernama Subramaniam a/l Bangaraiah (nama Islam Mohd Yusof) dan meninggal dunia pada 2004,
dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teh, Bukit Mertajam. [Lampiran 1 – Sijil Kelahiran
penama].
3.2 30 November,1983. Kedua ibubapanya telah memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Daerah
Rompin, Pahang pada 30 November, 1983. [Lampiran 2 : Sijil Akuan Orang Yang Memeluk
Agama Islam, Surat Akaun Bersumpah, Pengesahan Pemelukan Agama Islam dari Majlis Ugama
Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang bertarikh 9 Januari, 1990 dan 26 November, 2009] .
3.3 Pada tahun 1988. Kedua ibubapanya dan 4 anak mereka (Mohd Ali, Mohd Rasul , penama dan Siti
Khadijah) berhijrah dari Rompin, Pahang ke Kepala Batas, Pulau Pinang sekitar tahun 1988
menziarahi ibu saudara sebelah ibunya dan tinggal sementara di sana.[Perbualan percakapan
dengan abang penama : Mohd Ali bin Mohd Yusof bertarikh 29 November, 2009 , jam 11.10 pagi
dan Puan Shabariah bt Abu Bakar bertarikh 1 Disember, 2009, jam 9.30 pagi].Keluarga penama
telah keluar dari rumah ibu saudara mereka dan hidup dalam keadaan susah sehinggakan mereka
sanggup tinggal di kawasan Pasar Cina (tempat jualan daging Khinzir ) di Pekan Kepala Batas.
[Percakapan melalui telefon dengan Puan Shabariah bt Abu Bakar pada 1 Disember,2009,jam
9.30 pagi].Mereka sekeluarga telah pergi ke Pejabat Agama Islam daerah Kepala Batas untuk
meminta bantuan dengan menyatakan mereka sekeluarga telah memeluk Islam.
3.4 Puan Shabariah binti Abu Bakar (ketika itu Pembantu Tadbir bertugas di Pejabat Agama Islam
Daerah Kepala Batas) membantu keluarga ini dengan memberikan makanan dan bantuan
berbentuk kewangan. [Percakapan Ustazah Hanidawati Hafiza Ng dengan Puan Shabariah bt
Abu Bakar bertarikh 26 November, 2009 bertempat di TH-1, Lorong 8,Taman Seri Tanjung,
Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah dan percakapan dengan Ustaz Mohamad Fazli dengan Puan
Shabariah binti Abu Bakar 29 November, 2009 bertempat di Kompleks Darul Hidayah,
Permatang Tok Gelam, Penaga]. Menurut Puan Shabariah lagi kedua ibubapa penama merupakan
keluarga yang daif, pemabuk dan hidup susah disebabkan kemiskinan. 
3.5 Tahun 1989. Ekoran kesusahan yang dialami, dan tiada tempat tinggal, mereka adik beradik telah
dihantar oleh ayah penama ke SRJK (T) Ramakrishna, Jalan Scotland, Pulau Pinang dengan
bantuan Tukang Gunting Rambut Brother. [Percakapan Mohd Ali, bertarikh 29 November,2009
bertempat di Kompleks Darul Hidayah]. SRJK (T) Ramakrishna juga menempatkan anak-
anak India yang miskin dan yatim. Ayah dan ibu penama dan seorang lagi adik mereka Siti
Khatijah (ketika itu masih menyusu badan) masih tinggal di sekitar Kepala Batas.
3.6 28 Disember, 1989.  Sijil Akuan Masuk Islam penama dikeluarkan. [Lampiran 2 – Sijil Akuan
Masuk Islam]. Pada ketika itu pendaftaran masuk Islam dijalankan oleh PERKIM di hadapan
Kadi. Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mendaftarkan orang masuk Islam mulai tahun 1999
apabila Kaedah-Kaedah Cara Pendaftaran, Jagaan dan Pengajaran Orang Masuk Islam (Pulau
Pinang) Tahun 1999 diwartakan.

3.7 Tahun 1990. Kemasukan adik beradik tersebut ke SRJK (T) Ramakrishna telah sampai ke


pengetahuan Puan Shabariah melalui ibu penama lalu berita tersebut telah dimaklumkan kepada
Ustaz Muhamad Abdul Karim bin Wahab (ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Ukhuwah) .
Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ketika itu, Tuan Haji Mohd Yusoff bin Rejab
mengarahkan sepasukan Penguatkuasa yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Yusoff bin Abu Bakar
(ketika itu Ketua Penguatkuasa ) untuk mengambil adik beradik tersebut memandangkan mereka
adalah anak orang Islam. [Perbualan telefon dengan Us Mohd Yusoff bin Abu Bakar bertarikh 30
November, 2009] . Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama pihak polis telah berjaya
membawa keluar adik beradik tersebut dari SRJK (T) Ramakrishna setelah perbincangan diadakan
di antara Allahyarham Ustaz Mohd Khir (ketika itu bertugas sebagai Kadi Bandaraya) dengan
pentadbiran sekolah di sana dan mereka diserahkan kepada Tuan Haji Raimi.
[Lampiran 3 - surat persetujuan ayah penama kepada Petadbiran SRJK (T) Ramakrishna untuk
mengeluarkan anak-anaknya dan diserahkan kepada Tuan Haji Raimi bin Abdullah bertarikh 9
Jan,1990].
3.8 Semasa dalam jagaan Tuan Haji Raimi, ketiga-tiga mereka telah dimasukkan ke Sekolah Agama
Masriyah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. [Percakapan Tuan Haji Raimi bin Abdullah bertarikh
29 November, 2009 di Kompleks Darul Hidayah dan juga pengakuan yang dibuat oleh Mohd Ali
bin Mohd Yusof, pada 29 November, 2009 bertempat di Kompleks Darul Hidayah]. Disebabkan
prestasi kanak-kanak tersebut tidak memuaskan, Mohd Ali dan Mohd Rasul telah berhenti dari
pengajian dan Tuan Haji Raimi telah menyerahkan kepada Puan Shabariah. Tidak berapa lama
kemudian, penama telah melarikan diri daripada sekolah tersebut dan tinggal kembali dengan
Tuan Haji Raimi.

3.9 Disebabkan tidak tahan dengan sikap penama yang suka mencuri dan beberapa tabiat buruk lain, Tuan
Haji Raimi telah menyerahkan kembali penama kepada Puan Shabariah. Puan Shabariah telah
menjaga Mohd Ali, Mohd Rasul dan penama sementara beliau merujuk perkara ini kepada Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda.
3.10 Pada 5 Mac, 1990. Penama dimasukkan ke Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas
bersama-sama dua orang abangnya (Mohd Ali dan Mohd Rasul) dan pada 6 Mac, 1990, penama
diserahkan semula untuk penjagaan Tuan Haji Raimi.
Pada 14 Mac, 1990. Abang penama (Mohd Ali bin Mohd Yusof diserahkan untuk penjagaan
Haji Hassan @ Osman b. Yaakub (Naib Kadi Penaga) beralamat 1065, Bakar Kapor, Penaga
manakala (Mohd Rasul bin Mohd Yusof) diserahkan untuk penjagaan Encik Jamal bin Morad
beralamat 482F, Kampong Bukit Kecil, Jalan Pantai Merdeka.
3.11 Pada 3 April, 1991. Penama dimasukkan semula ke Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala
Batas melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 .
3.12 8 Ogos, 1998. Penama telah melarikan diri dari Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas.
Menurut laporan perkembangan diri penama, penama sering menimbulkan masalah di kalangan
rakan-rakan dan kakitangan bertugas di sana. Sikapnya yang suka melaga-lagakan rakan-rakannya
dan gemar bercakap bohong.
3.13 13 Ogos, 2000. Penama telah mencapai usia 18 tahun dan nama penama telah dipotong dalam buku
kedatangan institusi dan fail kes penama ditutup. [Lampiran 4 -Laporan Kes Siti Hasnah yang
disediakan oleh Rumah Kanak-Kanak Taman bakti, Kepala Batas] .
3.14 19 April, 2008. Penama hadir berpakaian baju kurung ke kenduri perkahwinan adik perempuan (Siti
Khadijah) di rumah Puan Shabariah di Sungai Petani dan penama mengaku masih beragama Islam
apabila ditanya oleh Puan Shabariah.
[4] PENGISLAMAN PENAMA
Berdasarkan kepada kronologi di atas, penama adalah seorang beragama Islam sebelum Sijil Akuan
Masuk Islam bertarikh 28 Disember, 1989 dikeluarkan atas keterangan berikut :
4.1 Pengislaman Ibu & Bapa
Ayah penama Subramaniam a/l Banggaraiah (nama Islamnya Mohd Yusof bin Abdullah) telah
memeluk agama Islam bersama-sama isterinya Latchumy a/p Ramadu (nama Islamnya Siti Aishah
binti Abdullah) pada 30 November, 1983 di Rompin, Pahang dan didaftar pengIslaman masing-
masing No.78/83 (bagi Siti Aisyah) dan No.79/83 (bagi Mohd Yusof) oleh Majlis Agama Islam &
Adat Resam Melayu Negeri Pahang. Ayah dan ibu penama juga telah membuat Surat Akuan
bertarikh 30 November, 1983 masuk Islam bersama-sama 5 orang anaknya, 3 lelaki dan 2
perempuan. Menurut Seksyen 101 Bahagian VI – Muallaf, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam &
Adat Resam Melayu Pahang, Tahun 1982 yang menyebut “tiada sesiapa pun yang di bawah
umur delapan belas tahun melainkan dengan kebenaran ibubapa atau penjaganya boleh
didaftarkan untuk ke Ugama Islam :
Dengan syarat jika ibu, bapa atau yang memelihara anak itu masuk ke Ugama Islam atau jika
anak-anak itu dijumpai terbiar dan tiada diketahui ibubapanya maka bolehlah anak-anak itu
didaftarkan masuk berugama Islam.”
4.2 Keterangan Orang-Orang Pernah Memelihara / Menjaga Penama
4.2.1 Puan Shabariah binti Abu Bakar, bekas Pembantu Tadbir, Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang bertugas di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas (dari 1984 hingga 1996) telah
mengenali ibu bapa penama sebagai orang Islam apabila sering meminta bantuan
kewangan dan makanan.Puan Shabariah pernah memelihara adik beradik penama iaitu
Mohd Ali, Mohd Rasul dan Siti Khadijah. Puan Shabariah juga telah membantu
mengeluarkan penama dan abang-abangnya (Mohd Ali dan Mohd Rasul) dari SRJK (T)
Ramakrishna, Jalan Scotland, Pulau Pinang. Tindakan Puan Shabariah ini adalah atas
kesedaran bahawa penama dan adik-beradiknya adalah anak orang Islam yang ditempatkan
di bawah jagaan pihak bukan beragama Islam.Puan Shabariah telah memelihara adik
penama bernama Siti Khadijah bagi tempoh yang lama sehingga mengahwinkannya
dengan seorang beragama Islam. Pada hari perkahwinan Siti Khadijah (adik penama), 19
April, 2008, di rumah Puan Shabariah, penama telah hadir dan apabila ditanya oleh Puan
Shabariah penama mengakui beliau masih beragama Islam.
4.2.2 Tuan Haji Raimi bin Abdullah pernah memelihara penama serta memasukkan penama dan
abang-abangnya (Mohd Ali dan Mohd Rasul) belajar di Sekolah Agama Masriyah, Bukit
Mertajam. Tuan Haji Raimi juga bersama Puan Shabariah telah mengeluarkan penama dan
adik beradiknya dari SRJK (T) Ramakrishna, Jalan Scotland, Pulau Pinang kerana
menyedari mereka beragama Islam. Tuan Haji Raimi telah menyerahkan Mohd Ali dan
Mohd Rasul untuk penjagaan Puan Shabariah apabila kedua-dua adik beradik tersebut
tidak lagi belajar di Sekolah Agama Masriyah. Penama masih dipelihara oleh Tuan Haji
Raimi dan meneruskan pengajian agama di sekolah agama tersebut.Menurut Mohd Ali
(abang penama), penama lebih pandai belajar agama berbanding dengan abang-abangnya
walaupun penama akhirnya juga keluar dari sekolah tersebut dan tinggal di bawah jagaan
Tuan Haji Raimi.
4.3 Keterangan Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas.
4.3.1 Mengikut data kemasukan ke Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, pada 5
Mac, 1990, penama dicatitkan sebagai Siti Hasnah binti Mohd Yusof berumur 8 tahun
(tiada surat beranak), beragama Islam dan berbangsa India. Pada 13 Ogos, 2000, nama
penama telah dipotong dalam buku kedatangan institusi kerana penama telah mencapai
umur 18 tahun.
4.4 Keterangan Saudara Kandung Penama

4.4.1 Encik Mohd Ali, abang penama mengakui bahawa beliau dan semua adik beradik adalah
beragama Islam sejak ibu bapa mereka beragama Islam walaupun dari segi amalan agama
agak lemah.Kesemua adik beradik penama masih beragama Islam tetapi penama didapati
telah berkahwin dengan seorang lelaki India beragama Hindu dan tinggal di Tanjung
Piandang, Perak. Berdasarkan kepada pengakuan Encik Mohd Ali, adiknya (penama) ingin
kembali hidup sebagai seorang Islam tetapi telah terperangkap dengan hidup bersuami dan

berkeluarga dengan lelaki beragama Hindu.


4.5 Keterangan Jabatan Pendaftaran Negara
4.5.1 Mengikut rekod kad pengenalan penama dan adik beradiknya menunjukkan status agama
mereka adalah beragama Islam. [Lampiran 5 – Salinan Kad Pengenalan]
[5] KESIMPULAN
5.1 Berdasarkan keterangan di atas, penama adalah seorang yang beragama Islam sejak dari kecil apabila
ibu bapanya menganut agama Islam di Rompin, Pahang.Penama sepatutnya menyedari beliau
adalah seorang beragama Islam apabila pernah hidup bersama dengan adik beradiknya yang
beragama Islam dan pernah tinggal di bawah jagaan Tuan Haji Raimi dan Puan
Shabariah.Tambahan pula penama pernah belajar agama di Sekolah Agama Masriyah, Bukit
Mertajam bersama abang-abangnya sebelum ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti,
Kepala Batas. Penama sepatutnya mengetahui dirinya seorang Islam apabila melarikan diri dari
Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti ketika berumur 16 tahun. Timbul persoalan bagaimana
penama boleh melarikan diri dari kehidupan sebagai seorang Islam sedangkan beliau seorang
Islam.
5.2 Kenyataan yang diberikan oleh penama yang beliau terperanjat apabila diberitahu oleh
Jabatan Pendaftaran Negara (Malaysiakini.com, pada 19 November, 2009) yang beliau
beragama Islam adalah mengelirukan kerana beliau telah mengakui dirinya Islam kepada
Puan Shabariah semasa hadir di hari perkahwinan adiknya, Siti Khadijah pada 19 April,
2008.
5.3 Kesusahan hidup penama serta keluarganya menyebabkan kehidupan mereka tidak menentu serta
tidak mendapat pendidikan agama Islam yang sewajarnya hingga menyebabkan amalan seorang
Islam tidak dapat disempurnakan.
5.4 Walaupun status agama penama telah ditentukan sebagai seorang Islam tetapi masalah kehidupan
berkahwin dengan seorang bukan beragama Islam tidak dapat diselesaikan selagi penama tidak
kembali ke agama Islam bersama keluarganya.
5.5 Isu Sijil Akuan Masuk Islam yang dikeluarkan kepada penama pada 28 Disember, 1989 adalah untuk
pengesahan pengislaman seseorang sebagai dokumen untuk tujuan berurusan dengan lain-lain
jabatan. Sijil Akuan Masuk Islam yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada Sijil Masuk Islam
kedua ibu bapanya yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
pada 30 November, 1983 dan Surat Akuan Bersumpah bapanya pada tahun itu.Surat Akuan
Masuk Islam ini tidak bermaksud untuk mengislamkan penama ketika berumur 7 tahun
sebagaimana yang didakwa.

Disediakan :
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
3 Disember, 2009

Pisau telah meniliti kes Siti Hasnah seperti kes Lina Joy, apa yang dapat disumpulkan,jika mereka berjaya memenangi
kes ini, maka kes ini akan dijadikan sandaran untuk menyerang Artikel 11 Perlembagaan, 

Samada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengishtiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa
perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan. Kes ini menarik perhatian
ramai dan Siti Hasnah menerima sokongan beberapa NGO bukan Islam (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian,
Buddha dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain). Kesan kepada
status dan peranan “ISLAM” di dalam Malaysia. 

1. Artikel 3 : Islam sebagai Agama Persekutuan akan tidak bermakna sama sekali kerana Islam akan dianut dan
diamalkan seperti agama lain. 

2. Mengikut Perlembagaan, Islam diletakkan di status yang tinggi dan berbeza daripada agama lain. Contoh, Artikel
12(2) kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi
Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan lain-lain akan terhapus. 

3. Artikel 11(4), kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam.
Jika kesSiti Hasnah dibenarkan, Artikel 11(4) akan tidak bermakna lagi dan orang bukan Islam boleh memurtadkan
orang Islam. 

4. Artikel 160 — MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan kes Siti Hasnah bermakna membuka ruang
untuk bangsa Melayu dihapuskan. Ini juga bermakna orang Melayu yang dibenarkan murtad secara automatis
melupuskan status, hak-hak dan keistimewaannya sebagai Melayu. 

Kesan kepada Institusi-institusi di bawah naungan Raja-raja Melayu 

1. Kes ini mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja¬raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri. 

2. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Syariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam. 

3. Seseorang Melayu Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsiran dia sendiri, dan tidak
ada mana-mana institusi seperti Majiis Raja-raja, Majiis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam dll. tidak ada hak untuk
mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan pengamalan Agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan
penguatkuasaan diambil terhadap mana-mana individu beragama Islam seperti berkhalwat, berzina, minum arak dsb 

Siti Hasnah dimurtadkan dan diperangkap,apa tindakan anda? NGO NGO sila ambil perhatian

You might also like