Professional Documents
Culture Documents
Mengapa Hasil Pembelajaran Harus Ditentukan
Mengapa Hasil Pembelajaran Harus Ditentukan
Mengapa Hasil Pembelajaran Harus Ditentukan
1. Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil
pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk.
2. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat:
a. menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar
b. menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil
c. membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran
dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran
itu
d. menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif
3. Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil pembelajaran
4. Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh
memberi tumpuanuntuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.
1. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan
kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
2. Contoh hasil pembelajaran ialah:
a. Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia
b. Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat
c. Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000
d. Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan
e. Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai
f. Menerangkan kepentingan kebersihan
g. Melukis seekor kucing
h. Mengetam sekeping papan
i. Memukul bole hoki yang bergolek
j. Membuang sampah ke dalam tong sampah
3. Perkatian di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan
dalam Rajah 2.
4. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah
hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
5. Isi kandungan, kaedah emngajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan
alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
6. Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi
kandungan, proses pengajaran dan pkroses pembelajaran.Contohnya diberi dalam Jadual 1.
Pernyataan Jenis
a. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas,
merespons kepada stimuli Isi kandungan
7. Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus
menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.
8. Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkanpengetahuan
mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran
9. Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan
proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.
10. Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil
pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan
pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti:
a. Menyatakan sifat benda hidup
b. Mengenal pasti sifat benda hidup
c. Menerangkan sifat benda hidup
d. Memberi contoh benda hidup
e. Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup
f. Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup
11. Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil
pembelajaran khusus.
12. Dalam pembelajaran masteri guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana
mudah dinilai.
13. Di sekolah menengah, guru boleh menyatakanhasil pembelajaran yang umum
denganberfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.
a. Bentuk:
i. Hasil Pembelajaran Umum
ii. Hasil Pembelajaran Khusus
b. Bidang:
i. Kognitif
ii. Afektif
iii. Psikomotor
c. Aras:
i. Satu
ii. Dua
iii. Tiga (lebih tinggi)
1. Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti
pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
2. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut
Taksonomi Bloom:
a. Pengetahuan:
b. Kefahaman:
c. Aplikasi:
Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum,
kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru
d. Analisis:
e. Sintesis:
f. Penilaian:
Pelajar dapat
mengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur
memahami sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur.
mentafsir sesuatu bahan bahasa, rajah, carta atau graf.
menggunakan atau mengaplikasikan sesuatu konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara prosedur dalam
situasi yang baru.
menyelesaikan sesuatu masalah
menganalisis sesuatu konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur atau hasil
bertutur atau berucap tentang sesuatu
menulis sesuatu sama ada cerita, esei, pantun, sajak, atau muzik
merancang sesuatu
menilai sesuatu sama ada penulisan, cerita, artikel, lukisan, persembahan, hasil kerja
4. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan perkataan kata kerja
berikut (Gronlund N.E., 1970):
Pelajar dapat:
(a) Pengetahuan:
(c) Aplikasi
(d) Analisis:
(e) Sintesis:
(f) Penilaian:
1. Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi
seperti sikap dan nilai.
2. Nilai murni sarwajagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran:
baik hati
berdikari
hemah tinggi
hormat
kasih sayang
keadilan
kebebasan
keberanian
kebersihan fizikal dan mental
kejujuran
kerajinan
kerjasama
kesederhanaan
kesyukuran
rasional
semangat bermasyarakat
5. Guru harus tahu bahwa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa
yang panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai
6. Walau bagaimanapun anda harus menyerapkan sikap yang positif dan nilai murni di
kalangan pelajara semasa pengajaan dan pembelajaran.
Pelajar dapat:
Pelajar dapat:
Selain daripada senarai di atas, guru boleh mmenambahkan hasil pembelajaran yang
lain.
1. Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung di bawah pelbagai
lajur seperti:
a. Objektif atau Objektif Khusus
b. Huraian atau Huraian Kandungan
c. Kemahiran, Kemahiran Saintifik, atau Kemahiran Berfikir
d. Aktiviti atau Kegiatan
e. Nilai
f. Unsur Patriotisme
g. Catatan
2. Guru harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam bidang
kognitif, afektif dan psikomotor seperti diterangkan di atas.
3. Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, guru boleh menyatakannya
semula secara khusus dengan panduan yang diberi.
4. Beberapa contoh HSP diberi di bawah untuk menunjukkan bagaimana anda boleh mengenal
pasti atau menyatakan hasil pembelajaran khusus.
5. Guru boleh teruskan kepada contoh HSP bagi mata pelajaran yang berkenaan.
1. Contoh HSP tentang kemahiran, "bercerita" dalam SP diberi dalam Jadual 2 di bawah.
2. Hasil pembelajaran khusus diberi di bawah lajur Kemahiran sebagai "Bercerita berpandukan
gambar atau keadaan sebenar".
Jadual 2
Contoh:
pekerja sedang membelah dan memotong kayu
balak
jentera sedang mengangkat kayu balak dari lori
- Pelajar bercerita tentang keadaan sebenar yang
diperlihatkan
1. HSP tentang satu kemahiran matematik, "2. Menambah dalam lingkungan 10 000" ditunjukkan
dalam Jadual 3.
Jadual 3
+2 000
--------
2. Hasil pembelajarankhusus dinyatakan di bawah lajur Huraian dan beberapa hasil
pembelajaran khusus diberi, misalnya:
"1.1 Menambah sebarang dua gandaan seribu yang hasil tambahnya tidak lebih daripada 9000:
a. secara lisan
b. secara bertulis
Jadual 4
Objektif Pencapaian
Cadangan Pengalaman Pengajaan
Objektif Umum Objektif Khusus
2. Memahami bahawa sifat 2.1 Mengenal sifat-sifat fizikal Memerhati sifat-sifat fizikal
fizikal dan ciri haiwan dan yang boleh dilihat pada haiwan yang terdapat pada haiwan
tumbuhan boleh digunakan untuk
mengkelaskan kehidupan 2.2 Membezakan haiwan Mengkelaskan haiwan mengikut
mengikut sifat-sifat fizikal yang sifat fizikal seperti berlulu,
dikenal pasti bersisik, berkaki, berkepak dan
bercengkerang
1. Satu contoh HS{ dalam bidang "Alam kehidupan" di beri dalam Jadual 4.
2. Hasil pembelajaran umum dinyatakan di bawah lajur objektif umum
3. Hasil pembelajaran khusus yang mesti dikuasai dinyatakan di bawah lajur objektif khusus.
1. Satu contoh HSP tentang Topik 3.3 "Keselamatan Api" diberi dalam Jadual 5.
2. Hasil pembelajaran khusus dinyatakan bawah lajur Objektif Pembelajaran.
3. Hasil pembelajaran khusus tambahan diberi bawah lajur Kegiatan
Jadual 5
Rumusan
1. Hasil pembelajaranialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan
kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
2. Penentuan hasil pembelajaran penting untuk:
a. mengetahuan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar;
b. memberi tumpuan kepada penguasaannya;
c. merancang kaedah-kaedah mengajar; dan
d. membina ujian formatif dan sumatif
3. Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan dengan hasil
pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi kandungan, proses pengajaran
dan proses pembelajaran.
4. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang, dan aras
5. Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan boleh dikategorikan
mengikut Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.
6. Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan hasil rohani dan emosi termasuk sikap
dan nilai dan perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam jangkamasa yang pendek.
7. Hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor menegaskan kemahian gerakan
8. Guru perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulum khasnya huraian sukatan pelajaran.