Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

2 INTERAKSI DAN KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

2•1 Interaksi dalam Bilik Darjah


Pada asasnya, proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah merupakan satu interaksi di antara tiga faktor
penting iaitu murid, guru dan isi kandungan mata pelajaran
Ketiga-tiga faktor ini harus wujud dalam satu persekitaran
pembelajaran yang baik, aman dan menggalakkan.

2.2Jenis-jenis Interaksi Dan Kepentingannya


•Dua jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu
interaksi dua hala dan interaksi tiga hala
•Lima ciri atau angkubah yang saling berhubung

kait antara satu sama lain yang perlu ada dalam


kedua-dua jenis interaksi ini ialah murid, guru,
objektif pelajaran, isi kandungan dan alam sekitar

Interaksi Dua HalaTerdiri daripada enam kategori


iaitu :

• Interaksi Guru – Murid


• Interaksi Guru – Objektif Pelajaran
• Interaksi Murid – Objektif Pelajaran
• Interaksi Guru – Isi Kandungan
• Interaksi Murid – Isi Kandungan
• Interaksi Isi Kandungan – Objektif Pelajaran
i) Interaksi Guru – Murid
- Kesedaran guru terhadap masalah yang dihadapi
oleh murid,reaksi terhadap murid yang lebih
aktif dan murid yang lemah dalam pelajaran
- Penilaian murid terhadap guru dari segi
sikap,penampilan diri, kebolehan kemahiran dan lain-lain

ii) Interaksi Guru - Objektif Pelajaran


- Penilaian guru terhadap objektif pelajaran dan
persediaan yang dilakukan bagi
menepati kehendak objektif pelajaran
- Perancangan aktiviti ke arah pencapaian
objektif pelajaran iaitu objektifyang
tersurat atau tersirat

iii) Interaksi Murid - Objektif Pelajaran


- Penyataan objektif pelajaran mempengaruhi
perubahan tingkah laku, ciri-ciri keseluruhan murid
- Kesan objektif pelajaran terhadap murid yang lemah
dan murid yang maju dan cergas
iv) Interaksi Guru – Isi Kandungan
- Manipulasi isi kandungan oleh guru dan
penguasaan guru terhadap
isi pelajaran dari segi kefahaman dan
penggunaan keperluan alat
bantuan mengajar yang bersesuaian
v) Interaksi Murid – Isi Kandungan
- Keupayaan murid untuk menguasai isi
pelajaran dan kesesuaian isi pelajaran
mengikut ciri-ciri murid
- Perubahan tingkah laku murid terhadap isi
pelajaran yang diajar

vi) Interaksi Isi Kandungan – Objektif


Pelajaran
- Pernyataan semula objektif pelajaran
khususnya objektif pelajaran yang tersurat
- Kesesuaian isi pelajaran dari segi kehendak
dan kesesuaian objektif pelajaran samada
yang tersurat dan tersirat serta penggunaan
alat bantuan mengajar
yang dibina khas untuk mencapai objektif pelajaran

Interaksi Tiga Hala


Terdiri daripada lapan kategori iaitu :
• Interaksi antara Guru, Isi Kandungan dan Objektif
Pelajaran
• Interaksi antara Guru, Murid dan Objektif Pelajaran
• Interaksi antara Murid, Isi Kandungan dan Objektif
Pelajaran
• Interaksi antara Guru, Murid dan Isi Kandungan
• Interaksi antara Alam Sekitar, Guru dan Murid
• Interaksi antara Alam Sekitar, Guru dan Isi Kandungan
• Interaksi antara Alam Sekitar, Objektif Pelajaran dan Guru
• Interaksi antara Alam Sekitar, Objektif Pelajaran dan Murid
i) Interaksi antara Guru,Isi Kandungan dan
Objektif Pelajaran
- Penyediaan isi pelajaran olehguru
mengikut objektif pelajaran yang
tersurat
- Penggunaan alat bantuan mengajaryang
disediakan oleh guru dalam membantu
mencapai objektif pelajaran

ii) Interaksi AntaraGuru, Murid dan Objektif


Pelajaran
- Pemahaman objektif pelajaran oleh murid
- Tindakan yang diambil oleh guru supaya
murid dapat mencapai objektif pelajaran yang
tersurat

iii) Interaksi Antara Murid, Isi Kandungan dan


Objektif Pelajaran
- Kesesuaian isi pelajaran yang dipelajari oleh
murid bagi mencapai objektif pelajaranyang
tersurat
- Kefahaman murid terhadap objektif pelajaran
berdasarkan penguasaan mereka terhadap isi
pelajaran

iv) Interaksi Antara Guru, Murid dan Isi


Kandungan
- Penguasaan isi pelajaran oleh murid
- Penyelarasan alat bantuan mengajar yang disediakan oleh
murid sama dengan yang disediakan olehguru
v) Interaksi Antara Alam Sekitar, Guru dan
Murid
- Penggunaan aspek alam sekitar untuk merapatkan
perhubungan peribadi antara murid dengan guru
- Penyesuaian yang dibuat oleh guru terhadap
kesan - kesan lokasi kelas pada murid

vi) Interaksi Antara Alam Sekitar, Guru dan Isi


Kandungan
- Penggunaan aspek alam sekitar setempat
untuk memperkayakan isi pelajaran murid
- Penggunaan aspek persekitaran setempat dalam
penyediaan alat bantuan mengajar

vii) Interaksi Antara Alam Sekitar, Objektif


Pelajaran dan Guru
- Penyediaan objektif pelajaran berpandukan
unsur-unsur atau sumbangan alam sekitar
- Kesan penyediaan objektif pelajaran berdasarkan
persekitaran setempat pada persediaanguru

viii) Interaksi Antara Alam Sekitar, Objektif


Pelajaran dan Murid
- Penggunaan bahan-bahan dari persekitaran
setempat oleh murid untuk mencapai objektif
pelajaran
2.3Cara Mewujudkan Interaksi Yang Berkesan
Dalam Bilik Darjah
• Mengadakan proses soal-jawab
• Menggalakkan murid melakukan aktiviti
• Menbimbing murid apabila dirasakan perlu
Mengadakan perbincangan tentang data-data antara

kumpulan
• Sentiasa mengarahkan pandangan-pemerhatian-guru
murid
• Memahami masalah yang dihadapi murid
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai,
demokrasi
dan muhibah
•Menjalankan kawalan dan pengurusan kelas yang baik

•Perbicaraan guru haruslah sentiasa dijaga dan sebaik-


baiknya biarlah berfungsi dan bererti. Elakkan daripada
ucapan-ucapan kosong yang tidak membawa banyak
faedah
kepada murid seperti :
- Ucapan guru haruslah mencungkil maklumat
- Ucapan guru haruslah bersifat mengukuhkan
lagi jawapan
- Ucapan guru haruslah bersifat menggalakkan
jawapan
- Ucapan guru haruslah cenderung dalam bentuk
membetulkan kesilapan murid
- Ucapan guru haruslah dilakukan dalam bentuk
membimbing atau memberi anduan kepada murid-murid
- Ucapan guru haruslah juga secara tidak langsung dapat
mendisiplinkan murid. Hal ini tidak semestinya dilakukan
dalam bentuk arahan
- Ucapan guru kepada kelas seharusnya diperbagaikan

Komunikasi dalam bilik darjah


Jenis-jenis komunikasi

Komunikasi verbal
Komunikasi non-verbal
Komunikasi verbal
•Komunikasi lisan. Berlaku apabila dua orang berbual
secara
bersemuka atau tidak. Penggunaan bahasa adalah perlu.
•Kontek dalam bilik darjah – cikgu menyampaikan

arahan/maklumat kepada anak-anak murid secara bertutur

Komunikasi non-verbal
•Semua bentuk komunikasi bukan lisan dan tidak bertulis.
•Contoh – bunyi, gerakan anggota badan, mimik muka,

objek
atau sebarang rekabentuk.
•Kontek dalam bilik darjah – cikgu mengangguk kepala

sebagai
tanda setuju dengan respon pelajarnya

Gangguan dan halangan


•Kebisingan
suasana persekitaran kelas yang terlalu bising akan
menyukarkan proses penyampaian maklumat dan arahan.
•Emosi guru atau pelajar
Emosi yang tidak tenteram akan mempengaruhi proses
pengajaran oleh guru kepada murid.
Kepada murid pula, ia menjejaskan proses penerimaan
maklumat yang disampaikan.
•Kurang tumpuan

Pelajar tidak memberikan tumpuan yang penuh semasa


proses
pengajaran dijalankan

Kritikan
Para pelajar akan berdiam diri jika dikritik
Ancaman
Menghadkan komunikasi terbuka
Mimik muka
Mimik muka guru yang marah akan membuatkan pelajar
takut,
ini akan menjejaskan perasaan pelajar.
Pelajar akan takut bersuara
Bahasa
Penggunaan bahasa yang tidak sesuai akan menyebabkan
maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh
pelajar.
Kurang Persediaan
Boleh berlaku kekeliruan ketika penyampaian maklumat,
menyebabkan mesej tidak dapat disampaikan dengan
sempurna.
Aktiviti pembelajaran yang kurang menarik
Minat pelajar untuk belajar akan berkurang dan cenderung
ke arah kebisingan dan ketidakhadiran
Cara mewujudkan komunikasi
b e r k e s a n d a la m b ilik d a r ja h.
Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
yang
menggalakkan interaksi dua hala.
Menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dan
canggih
Memastikan yang penglibatan pelajar sangat tinggi dalam
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Memberi ganjaran atau peneguhan positif jika pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik
dalam pengurusan bilik darjahnya di mana terdapat
suasana
sosio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat di
antara
guru dan pelajar.
Pendengar yang baik dan mengelak daripada menonjolkan
pandangan kendiri.
Bersifat peramah dan menaplikasikan konsep peneguhan
positif di dalam bilik darjah.
Memikirkan strategi pengajaran yang lebih kreatif dan
inovatif
untuk meningkatkan lagi interaktif pelajar dalam bilik darjah

You might also like