Geo Folio

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman


1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Dapatan Kajian
6.1 Konsep pencemaran alam sekitar
6.2 Jenis pencemaran alam sekitar di Taman Eng Ann, Klang
6.3 Punca pencemaran alam sekitar di Taman Eng Ann, Klang
6.4 Kesan pencemaran alam sekitar di Taman Eng Ann, Klang
6.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
di Taman Eng Ann, Klang
6.6 Bahan Grafik
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Jenis

Kebangsaan Kwang Hua, Dr. Chin Kok Goon yang telah memberikan kebenaran untuk

membuat kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Puan Ng Ah

Mee, guru Geografi Tingkatan 3B, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hua

kerana beliau telah memberi bimbingan dan cara untuk membuat kerja kursus ini. Di

samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi

sokongan moral dan memberi sumber kewangan semasa membuat kerja kursus ini.

Akhirnya, saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah menolong untuk

menyiapkan kerja kursus ini, Kong Chiu Yun dan Lee Shih En dengan mengongsikan

maklumat yang mereka ada.


PENDAHULUAN
Semua pelajar Tingkatan 3 perlu membuat kerja kursus untuk memenuhi

keperluan PMR. Tajuk kerja kursus ini adalah Kajian Tentang Pencemaran Alam

Sekitar di Taman Eng Ann, Klang, Negeri Selangor Darul Ehsan. Setelah mengkaji

tempat ini, tempat ini memang terdapat banyak masalah pencemaran. Longkangnya

selalu tersumbat, sampah dibuang merata-rata dan lain-lain lagi. Tempoh kajian ini

adalah dari April hingga Jun.


OBJEKTIF KAJIAN
 Menghuraikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Eng Ann, Klang.

 Menyatakan dan menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar di Taman Eng Ann,

Klang.

 Mengkaji dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Taman Eng Ann,

Klang.

 Mengkaji dan menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Eng Ann,

Klang.

 Mencadangkan dan menghuraikan cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam

sekitar di Taman Eng Ann, Klang.

 Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.


KAWASAN KAJIAN
Kawasan Taman Eng Ann adalah beralun dan bertanah pamah. Kawasan ini

merupakan ladang kelapa sawit pada masa dahulu. Oleh sebab kawasan ini bertanah

pamah, ia berkembang maju menjadi kawasan tumpuan penduduk yang dilengkapi

dengan infrastruktur seperti jalan raya, pusat perniagaan dan lain-lain.

Taman Eng Ann terletak di Daerah Klang, Selangor di bawah pentadbiran Majlis

Perbandaran Klang (MPK). Kawasan ini terletak di arah barat dari Bandar Baru Klang

dan arah selatan dari Bukit Raja. Kedudukannya berhampiran Taman Berkeley.

Kdudukannya kira-kira 2 km dari Pusat Bandar Klang.

Taman Eng Ann ialah kawasan perumahan dan petempatan yang padat. Pelbagai

jenis kediaman seperti rumah teres setingkat, rumah teres dua tingkat, rumah semi-D dan

banglo telah dibina.

Terdapat juga banyak pusat pendidikan terletak di Taman Eng Ann. Antaranya

ialah SMJK Kwang Hua, SM (P) Kwang Hua, Sekolah Rendah dan Menengah Acmar

(Persendirian) serta SRK Jalan Batu Tiga. Di samping itu, Taman Eng Ann menyediakan

kemudahan asas yang lengkap seperti kedai, balai polis, telefon awam, klinik, taman

permainan dan lain-lain lagi. Terdapat juga pusat beli-belah berhampirannya. Contohnya,

Klang Parade, Bukit Raja Jaya Jusco dan Centro Mall. Kegiatan ekonomi di kawasan

Taman Eng Ann adalah pesat dan sibuk berbanding dengan kawasan-kawasan lain seperti

Taman Berkeley dan Bandar Baru Klang.


KAEDAH KAJIAN
1. Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian sewaktu menjalankan kajian ini. Pada

13 April 2011, saya telah pergi ke Jalan Serindit 4 di Taman Eng Ann, Klang bersama

kawan-kawan saya, Kong Chiu Yun dan Yap Loo Swan selepas waktu persekolahan.

Kami pergi ke sana untuk memerhatikan keadaan pencemaran di tempat tersebut dan

kami mendapati Taman Eng Ann memang menghadapi masalah pencemaran yang

agak serius. Sebagai contoh, longkang-longkang di Taman Eng Ann tersumbat,

sampah sarap bertimbun di kawasan perumahan dan udara juga telah dicemar.

2. Rujukan

Saya telah menggunakan beberapa bahan rujukan untuk mendapatkan butiran

terperinci untuk kajian ini. Bahan rujukan yang telah digunakan adalah buku-buku

rujukan dari perpustakaan, buku teks dan bahan lain. Untuk mencari maklumat-

maklumat yang tertentu dan huraian pencemaran alam sekitar, saya telah merujuk

kepada Buku Teks Geografi Tingkatan 3, muka surat 100 dan 158. Bahan rujukan

tersebut adalah dari rumah saya. Saya juga telah melayari Internet untuk mendapatkan

maklumat tertentu. Maklumat tersebut amat berguna.

3. Temu Bual

Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk di Taman Eng Ann, Klang selepas

waktu persekolahan. Melalui kaedah ini, saya telah memastikan jenis, punca dan

cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran di Taman Eng Ann. Saya telah

meletak borang temu bual di lampiran.


6.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-

bahan hasil dari akitiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya

keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada

secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras

radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau

meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang

menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk

pencemaran alam iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut, pencemaran

bunyi, pencemaran bunyi dan pencemaran tanah.


6.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI
TAMAN ENG ANN, KLANG
1. Pencemaran Udara

Pencemaran udara berlaku apabila bahan kimia yang berbahaya dilepaskan ke dalam

atmosfera. Pencemaran udara ialah pencemaran utama di Taman Eng Ann, Klang.

Udara di Taman Eng Ann telah dicemar oleh bahan-bahan bertoksik, asap dan bahan

buangan kimia. Pelepasan gas beracun ke udara juga menyebabkan berlakunya

pencemaran udara. Selain itu, pencemaran udara juga berpunca daripada pembakaran

bahan api kilang, semburan racun serangga dan ekzos kenderaan.

2. Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan

warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila

digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik. Air

longkang di Taman Eng Ann, Klang telah dicemar dan dikotorkan . Pencemaran air

berpunca daripada pembuangan sisa pepejal dan cecair ke dalam saliran. Pembuangan

sisa pepejal seperti plastik, kayu dan logam biasanya dilakukan oleh sektor

perindustrian dan perlombongan.

3. Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.

Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A). Pencemaran bunyi yang berlaku di

Taman Eng Ann, Klang disebabkan oleh bunyi hon kereta dan juga kerja-kerja
pembinaan jalan raya yang turut menghasilkan bunyi bising. Taman Eng Ann

memang menghadapi pencemaran bunyi yang agak serius.

6.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR


DI TAMAN ENG ANN, KLANG
1. Perkilangan

Pencemaran udara, air dan bunyi berlaku kerana industri perkilangan. Udara di

Taman Eng Ann, Klang telah dicemar apabila kilang-kilang yang berdekatan

melepaskan bahan pencemar seperti karbon monksida, klorofluorokarbon (CFC) dan

sulfur dioksida. Air pula dicemar oleh air sisa kilang dan air kumbahan bertoksik

yang dilepaskan oleh kilang-kilang. Pencemaran bunyi berlaku apabila mesin dan

jentera kilang-kilang berdekatan berfungsi dengan bising.

2. Kenderaan

Kenderaan menyebabkan pencemaran udara dan bunyi. Bilangan kenderaan di Jalan

Serindit 4, Taman Eng Ann, Klang semakin bertambah. Kenderaan bermotor seperti

kereta, motosikal, bas, lori dan lain-lain mengeluarkan gas-gas seperti nitrogen

oksida, karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida. Pemandu-pemandu

yang kurang kesabaran sering mengeluarkan bunyi hon kereta yang menganggu

terutamanya pada waktu senja adalah punca pencemaran bunyi.

3. Pembakaran Terbuka

Pencemaran udara berlaku kerana pembakaran terbuka sering dijalankan. Penduduk

di Taman Eng Ann, Klang membakar sisa-sisa domestik dan sampah-sarap. Sisa-sisa

domestik terdiri daripada sisa organik dan sisa bukan organik. Biasanya, penduduk

hanya mambakar sisa-sisa bukan organik. Contoh-contoh sisa bukan organik ialah
kaca, tin-tin, aluminium, besi, plastik, kotoran dan lain-lain. Pembakaran terbuka juga

sering dilakukan oleh pekerja-pekerja di kilang ataupun di kedai. Ini telah

menyebabkan debu, asap dan jerebu.

4. Sampah sarap

Pembuangan sampah sarap menyababkan berlakunya pencemaran air. Terdapat

segelintir penduduk di Taman Eng Ann, Klang yang tidak mempunyai kesedaran

tentang kepentingan menguruskan sampah sarap. Penduduk yang tidak

bertanggungjawab ini sering membuang sampah sarap ke dalam longkang. Hal ini

menyebabkan berlakunya pencemaran air dan menyebabkan longkang-longkang di

kawasan tersebut sering tersumbat. Sampah sarap yang kerap dibuang ke dalam

longkang termasuklah sisa-sisa makanan dan sisa-sisa bertoksik.

5. Sisa Domestik

Pembuangan sisa-sia domestik telah menyebabkan berlakunya pencemaran air dan

pencemaran bau. Pembuangan sisa domestik ke dalam longkang bukan sahaja

menyebabkan longkang-longkang tersebut tersumbat dan menyebabkan pencemaran

air, namun juga membusukkan kawasan tersebut.

Saya bersyukur saya belajar di Taman Eng Ann walaupun tempat ini mempunyai

masalah pencemaran alam sekitar. Saya berbangga kerana penduduk-penduduk di sini

bekerjasama untuk mencari punca pencemaran supaya langkah-langkah pencegahan

dapat diambil.
6.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
DI TAMAN ENG ANN, KLANG
1. Hujan Asid

Aktiviti perkilangan, pembakaran bahan api kenderaan, dan pembakaran terbuka

membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida (CO2), karbon monoksida (CO), nitrus

oksida (NOx), dan sulfur dioksida (SO2) ke udara. Pembebasan gas ini boleh

mencemari udara dalam dua keadaan, iaitu sebagai deposit basah dan deposit kering.

Deposit basah terdiri daripada hujan asid, kabus, dan salji. Hujan asid berlaku apabila

kedua-dua gas ini bertindak balas dengan wap air, oksigen, dan bahan kimia lain di

atmosfera bagi membentuk asid lemah. Hujan asid memberi kesan kepada tumbuhan

dan haiwan. Kesan hujan asid bergantung kepada paras keasidan hujan, kandungan

bahan kimia, dan keupayaan tanih untuk menampan hujan tersebut.

Deposit kering ialah gas dan partikel berasid yang terdapat dalam udara. Ketika angin

bertiup, deposit kering melekat pada bangunan, kenderaan, dan tumbuh-tumbuhan.

Apabila hujan turun, bahan ini akan larut menjadi asid lemah. Asid lemah

merosakkan dinding bangunan dan menambahkan paras keasidan air larian.

2. Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi

ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap

kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.

Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan

terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk
sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan

dan menurunkan kadar penglihatan.

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu

termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar

untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap

bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

3. Bau Busuk

Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan

baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan-bahan lain menyebabkan

sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bau yang kurang menyenangkan penduduk Taman Eng Ann, Klang juga berlaku

apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah.

4. Air Tercemar

Pencemaran air berpunca daripada pembuangan sisa pepejal dan cecair ke dalam

saliran. Pembuangan sisa pepejal seperti plastik, kayu, dan logam dilakukan oleh

sektor perindustrian dan perlombongan. Bahan sisa cecair yang dibuang terdiri

daripada air kumbahan yang kotor dan berbau.

Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan

simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul.

Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia

bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah

terhadap kesihatan mereka sendiri. Di mana antara kesan yang dianggap kronik akibat
pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkah

laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan

sumber air tersebut.

5. Udara Tercemar

Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan gas beracun ke udara yang mengandungi

karbon monoksida (CO), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), dan gas

metana. Pencemaran udara juga berpunca daripada pembakaran bahan api kilang,

semburan racun serangga, ekzos kenderaan, dan kerja-kerja pemecahan batu di kuari.

Walaupun kesan pencemaran alam sekitar terdapat di Taman Eng Ann, saya

bersyukur belajar di sini kerana kesan pencemaran di sini tidak begitu ketara jika

dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Malaysia. Saya berbangga dan bersyukur

belajar di Taman Eng Ann kerana kawasan ini adalah selesa untuk penghuni.
6.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI
TAMAN ENG ANN, KLANG
1. Kuat kuasa undang-undang

Kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang tidak diingini boleh dikurangkan melalui

undang-undang. Peranan undang-undang adalah untuk mengawal semua pihak supaya

tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan pencemaran.

Undang-undang digubal dan dikuatkuasakan oleh agensi-agensi yang dilantik.

Contohnya, Jabatan Alam Sekitar merupakan agensi yang menguatkuasakan undang-

undang alam sekitar. Selain itu, terdapat juga akta dan peraturan alam sekitar yang

lain, iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan Kenderaan Bermotor

(Kawalan Asap dan Gas) 1977, Peraturan Alam Sekitar (Sisa Buangan Industri) 1979,

Peraturan-peraturan Alam Sekitar (Pembuangan Sisa Pepejal) 1989, dan Arahan

Kualiti Alam Sekitar) 1987.

2. Kempen cintai alam sekitar

Kempen ialah aktiviti mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai, mempelajari,

dan mengamalkan sesuatu amalan yang baik di samping meninggalkan amalan yang

buruk. Dalam isu alam sekitar, kempen dijalankan untuk mengingatkan orang ramai

supaya jangan mencemarkan alam sekitar, menerangkan akibat-akibat pencemaran

dan menunjukkan cara-cara mengurangkan pencemaran seperti kitar semula.

Kempen dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa

tempatan seperti majlis perbandaran, dewan bandar raya dan lain-lain pihak. Sekolah
dan pusat pengajian tinggi juga turut menganjurkan kempen. Saluran berkempen ialah

melalui radio, televisyen, akhbar, poster, papan kenyataan, dan laman web.

3. Pendidikan alam sekitar

Pendidikan alam sekitar dijalankan untuk menyedarkan penduduk tentang

kepentingan memelihara alam sekitar supaya tidak dicemari. Di peringkat sekolah

rendah, pendidikan alam sekitar diserapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Di peringkat menengah pula, pendidikan alam sekitar diajar dalam mata pelajaran

Geografi dan Sains. Kelab Alam Sekitar diajar dalam mata pelajaran Geografi dan

Sains. Kelab Alam Sekitar turut ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah. Di

peringkat pengajian tinggi, terdapat program pengajian yang mengkhusus dalam

bidang kajian alam sekitar.

4. Petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam

pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang

sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti

batuk dan selsema daripada berlarutan.

5. Catalytic Converter

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan

catalytic converter. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan

penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan

bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two-way Catalytic Converters) boleh

mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan hidro

karbon dan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan wap. Penukar bermangkin
tiga hala (Three-way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-oksida

nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan

penggunaan minyak kenderaan bermotor.

Saya berbangga dan bersyukur belajar di Taman Eng Ann, Klang. Banyak

cadangan dapat dilaksanakan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di

sini. Diharapkan Taman Eng Ann dijadikan satu kawasan perumahan yang bersih dan

selesa untuk ditinggal.


6.6 BAHAN GRAFIK

Peta Minda

Tajuk : Kajian Tentang Pencemaran Alam Sekitar di Taman Eng Ann, Klang,
Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman


Eng Ann, Klang

Hujan Asid Bau Busuk Jerebu Air Tercemar Udara Tercemar


Rajah Aliran

Tajuk : Pembentukan Hujan Asid

Kilang membebaskan gas sulfur dioksida dan oksida nitrogen


ke atmosfera.

Gas yang dibebaskan bertindak balas dengan wap air dan


membentuk asid sulfurik dan asid nitrit.

Asid yang terbentuk akan berkumpul dalam awan dan bergerak


membawa asid ke tempat lain.

Asid turun ke bumi bersama hujan mengakibatkan hujan asid


berlaku.
RUMUSAN
Saya berasa gembira dan bersyukur kerana saya telah menyiapkan kajian dalam

tempoh yang ditentukan.

Selepas membuat kajian ini, saya dapat menghuraikan konsep pencemaran alam

sekitar. Saya juga dapat menyatakan dan menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar.

Saya juga telah mengkaji dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar. Saya telah

mengkaji dan menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar. Saya juga telah mencadang

dan menghuraikan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

Seterusnya, saya juga dapat menerapkan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan

kajian.

Saya berasa bangga Taman Eng Ann, Klang menjadi pilihan tempat melakukan

kajian ini. Penduduk Taman Eng Ann harus bertanggungjawab terhadap tempat tinggal

mereka supaya kelihatan lebih bersih dan kemas.


RUJUKAN
1. Chong Mai Sen, Azizah Bin Haji Abu Samad, 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah Geografi Tingakatan 2, Kuala Lumpur, Cetakan Saufin.

2. Abd Rahim Md Nor, 2004. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Geografi

Tingakatan 3, Shah Alam, Cetakan Monosetia.

3. Puan Lee Lay Chin, 40 tahun, No. 37, Jalan Kasawari Empat, Taman Eng Ann, 41150

Klang, Selangor Darul Ehsan.

4. Melawat tempat kajian. Jalan Serindit 4, Taman Eng Ann, 41150 Klang, Selangor

Darul Ehsan.

You might also like