Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nama : Yulisa Irna Binti Mohd Ainin

Unit : PISMP Pendidikan Khas 3

ANALISIS TUGASAN

Bidang : Pengurusan Diri

Komponen : Memakai Seluar Berzip (lelaki)

Tingkah Laku sasaran : Murid boleh memakai seluar berzip dengan bantuan guru

Cara penyampaian : 1. Demonstrasi

2. Shaping (pembentukan) – prosedur yang menggunakan


langkah-langkah kecil diikuti dengan latihan berturut-turut
dan menggunakan jadual peneguhan yang bersesuaian.

Alatan :

1. Seluar panjang berzip


2. Tali pinggang
3. Seluar dalam

Langkah pengajaran

1. Guru mengarahkan murid mengeluarkan seluar.


2. Guru mengibas seluar agar terlerai dari lipatan.
3. Guru memperkenalkan bahagian-bahagian seluar iaitu bahagian hadapan,
bahagian belakang, kiri dan kanan seluar. (bahagian berzip merupakan bahagian
hadapan seluar).
4. Sebelum memakai seluar berzip, guru mengingatkan muridnya agar memakai
seluar dalam.
5. Guru menggulung kaki seluar sebelah kanan dari aras pinggang hingga ke
hujung kaki dan seterusnya memasukkan kaki kanan.
6. Langkah yang sama diulang bagi bahagian kaki kiri pula.
7. Seluar ditarik ke atas hingga ke paras pinggang.
8. Seluar dikemaskan agar selesa dipakai.
9. Seterusnya, bahagian zip ditarik ke hadapan dan zip ditarik naik dan seluar
dibutangkan.
10. Tali pinggang dikenakan untuk mendapatkan lebih kemasan.
11. Kaki seluar dibetulkan agar pemakaian lebih selesa.
12. Seluar yang labuh perlulah dilipat.

You might also like