Tajuk 1 - Penyakit Kanser

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Pengajian Am Kertas 2

Karangan Disiplin Sains Tajuk 1

Kanser penyakit yang berbahaya dan


boleh membawa maut. Kajian sains telah membuktikan bahawa merokok ialah punca utama
penyakit kanser paru-paru tetapi terdapat punca-punca lain yang juga dapat mencetuskan
penyakit kanser.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan merokok sebagai punca utama penyakit kanser dan tiga punca
lain yang mencetuskan penyakit kanser.

Isi-isi
► amalan merokok; tembakau dalam rokok mengandungi bahan kimia bertoksik; boleh menyebabkan kanser paru-
paru, mulut, kerongkong, dan ginjal
► pemakanan yang tidak sempurna; boleh menyebabkan obesiti, seterusnya mencetuskan kanser
► pendedahan kepada bahan yang berbahaya seperti asbestos dan bahan kimia
► pendedahan kepada bahan radioaktif; mengubah struktur DNA dan menyebabkan mutasi genetik; pendedahan
yang berpanjangan kepada sinar matahari boleh menyebabkan kanser kulit

Tajuk 2

Kemajuan kejuruteraan genetik mecetuskan perkembangan bidang bioteknologi. Kefahaman yang


kukuh tentang proses hidup peringkat gen mampu memberikan sumbangan yang bererti kepada
penyelidikan dan pembangunan dalam bidang bioteknologi
Bincangkan maksud bioteknologi dan langkah-langkah untuk memajukan bidang bioteknologi di
negara ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menjelaskan maksud bioteknologi dan menghuraikan tiga langkah untuk memajukan
bidang ini.

Isi-isi
►maksud bioteknologi
 menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma seperti bakteria dan juga proses biologi
untuk menghasilkan produk bagi kegunaan manusia atau untuk membuat tugas bagi manusia
 dalam bidang perindustrian, perubatan dan pertanian, bioteknologi digunakan untuk menghasilkan
makanan dan ubat-ubatan, untuk menguji penyakit, dan untuk melupuskan bahan buangan.

Langkah-langkah untuk memajukan bioteknologi


► menyediakan Dasar Bioteknologi Negara (DBN) yang memberikan hala tuju dan strategi pembangunan
yang jelas dan menyeluruh
► menyediakan insentif cukai dan geran kepada syarikat yang terlibat dalam industri dan perniagaan
bioteknologi.
► melahirkan tenaga pakar yang dapat menjalankan R&D dalam bidang ini.

Tajuk 3

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


Kes kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung di Malaysia belakangan ini semakin
meningkat. Salah satu punca penyakit jantung ialah tekanan yang dihadapi oleh seseorang dalam
menjalani kehidupan moden.
Berikan ulasan anda tentang penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan tekanan hidup sebagai punca penyakit jantung punca dan tiga punca
yang lain.

Isi-isi
► tekanan hidup; menaikkan tekanan darah; risiko utama bagi serangan jantung dan strok
► amalan merokok; meningkatkan risiko penyakit kadiovaskular, terutamanya dalam orang yang merokok
sejak muda dan orangyang kuat merokok
► kekurangan senaman; meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 50%
► pemakanan yang tidak sihat; kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi dan kurang buah-buahan
dan sayur-sayuran; meningkatkan risiko sakit jantung koronari dan strok

Tajuk 4

Pembangunan lazimnya dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar, Oleh itu, kerajaan sentiasa
menjalankan usaha-usaha untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar yang
diakibatkan oleh pembangunan.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk memastikan bahawa pembangunan tidak
menjejaskan kualiti alam sekitar.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat langkah yang dapat diambil oleh kerajaan untuk memastikan
pembangunan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.

Isi-isi
► projek pembangunan mesti melalui Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)
► hanya projek yang mesra alam diluluskan
► tenaga alternatif yang mesra alam seperti tenaga solar dan hidroelektrik digunakan
► meningkatkan teknologi merawat alam sekitar

Tajuk 5

Kerajaan berusaha untuk mempermoden sistem perhubungan dan komunikasi negara demi
kemajuan dan pembangunan negara. Oleh itu, sistem perhubungan dan komunikasi negara telah
mengalami perubahan yang besar sejak belakangan ini.
Bincangkan kemajuan yang telah dicapai dalam sistem perhubungan dan komunikasi negara.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat kemajuan dalam sistem perhubungan dan komunikasi negara.

Isi-isi
► sistem pengangkutan jalan raya yang moden; Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Timur
Barat, Sistem Transit Aliran Ringan(LRT), monorel, kereta api elektrik, landasan kereta berkembar
► sistem pengangkutan udara yang canggih: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


► sistem pengangkutan laut yang bertaraf antarabangsa: Pelabuhan Klang di Selangor dan Pelabuhan
Tanjung Pelepas di Johor
► sistem komunikasi satelit: MEASAT I, MEASAT II, MEASAT III, TiungSAT, dan RazakSAT;
membolehkan penyiaran televisyen satelit (Astro) serta memperkembang perkhidmatan komunikasi
tempatan dan serantau

Tajuk 6

Malaysia kini sedang menuju ke arah status negara perindustrian. Namun demikian, masalah
kekurangan tenaga teknokrat dan profesional merupakan kekangan yang perlu ditangani segera.
Cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat langkah untuk melahirkan tenaga teknokrat dan
profesional yang secukupnya.

Isi-isi

► pendidikan sains dan teknologi yang lebih menarik sejak sekolah rendah
► pameran dan pertandingan reka cipta yang kerap dan meliputi pelbagai lapisan masyarakat
► pertambahan pelajar bidang teknokrat dan profesional di institusi pengajian tinggi
► menggiatkan projek penyelidikan dan pembangunan (P & P) dengan pemberian pelbagai insentif oleh
kerajaan

Tajuk 7

Sungai merupakan sumber air minuman tetapi pencemaran sungai di negara kita telah sampai ke
tahap yang agak membimbangkan.
Bincangkan kesan negatif akibat pencemaran sungai dan cadangkan langkah untuk menangani
masalah tersebut.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua kesan negatif akibat pencemaran sungai dan dua langkah untuk
mengatasi masalah ini.

Isi-isi

Kesan-kesan negatif akibat pencemaran sungai


► kematian dan kepupusan hidupan laut
► masalah krisis air akan berlaku

Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran sungai


► kaedah rawatan sungai yang moden; menapis dan menyekat sampah
► pusat rawatan untuk merawat sisa bertoksik daripada kilang-kilang

Tajuk 8

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


Penggunaan racun makhluk perosak dengan tidak mengikut peraturan boleh membawa kesan
buruk. Dengan ini, langkah-langkah harus diambil untuk mengatasi masalah penggunaan racun
makhluk perosak tanpa mengikut peraturan.
Bincangkan penyataan di atas.

Kehendak Soalan

Calon hendaklah menghuraikan dua kesan buruk penggunaan racun makhluk perosak yang tidak
mengikut peraturan dan dua langkah untuk mengatasi masalah ini.

Isi-isi

Kesan buruk penggunaan racun makhluk perosak


► keracunan makanan dan kesihatan manusia terjejas
► pencemaran alam dan menjejaskan ekologi alam sekitar

Langkah-langkah untuk mengatasinya


► kaedah pertanian moden seperti akuakultur
► kawalan biologi untuk menghapuskan makhluk perosak

Tajuk 9

Krisis kekurangan air yang berlaku di sesetengah kawasan di dunia diakibatkan oleh kemarau
panjang tetapi punca krisis ini juga diakibatkan oleh kerakusan manusia yang merosakkan alam
semula jadi.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan

Calon hendaklah menghuraikan kemarau panjang sebagai punca krisis air dan tiga punca lain yang
diakibatkan oleh kerakusan manusia.

Isi-isi

► kemarau panjang; faktor hidrometereologi yang tidak dapat dielakkan; kerap berlaku di benua Afrika;
tiada hujan berbulan-nulan lamanya; sungai menjadi kering
► pemusnahan kawasan tadahan air akibat pembalakan hutan tanpa kawalan; sumber air berkurang; sungai
menjadi kering
► pencemaran sumber air akibat tindakan manusia seperti pembalakan dan pembuangan sampah ke dalam
sungai; sumber air bersih terjejas
► pembangunan tanpa kawalan; menyebabkan hakisan tanah; mendakan di sungai; mengotorkan sungai

Tajuk 10

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


Industri pelancongan kesihatan semakin penting di Malaysia kerana beribu-ribu orang pelancong
dari Singapura, Indonesia, Negara Thai, dan negara-negara Timur Tengah mendapatkan rawatan
di hospital swasta di Malaysia semasa lawatan mereka ke negara ini.
Bincangkan cara-cara kerajaan dapat memajukan industri pelancongan kesihatan.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat cara Malaysia dapat memajukan industri pelancongan kesihatan.

Isi-isi
► menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel serta
membentuk rangkaian rujukan antarabangsa
► menggalakkan hospital swasta tempatan mendapatkan akreditasi antarabangsa dan mengadakan
hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di dunia
► melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan pesakit asing
► menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal

Tajuk 11

Perkembangan dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendatangkan
manfaat yang banyak kepada manusia sejagat tetapi di sebalik manfaat itu, terselit ancaman yang
dapat mendatangkan implikasi buruk jika dipandang enteng.
Bincangkan ancaman yang mungkin timbul kesan daripada perkembangan dan kemajuan dalam
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat ancaman yang mugkin timbul kesan daripada perkembangan dan
kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Isi-isi
► pencemaran budaya melalui penyebaran gambar lucah dan bahan-bahan negatif
► penggodam komputer menceroboh komputer dan mencuri serta memusnahkan data
► pengganas dan kartel dadah berhubung dengan menggunakan kod rahsia melalui Internet
► penyebaran propaganda atau fitnah untuk menjatuhkan sesuatu pihak atau kerajaan

Tajuk 12
Kemampuan Malaysia untuk bersaing di pasaran antarabangsa bergantung pada kemampuan
Malaysia untuk mempertingkat produktiviti dalam semua sektor. Pelbagai langkah telah diambil
oleh kerajaan ke arah mencapai matlamat tersebut.
Bincangkan penyataan di atas.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat langkah yang diamnbil oleh kerajaan untuk mempertingkat
produktiviti.

Isi-isi
► penerapan teknologi yang terkini
► penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan teknologi termoden
► latihan kepakaran untuk tenaga kerja
► pengaplikasian teknologi maklumat dalam perancangan dan reka bentuk

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


Tajuk 13
Udara di bandar-bandar besar semakin tercemar oleh bahan-bahan pencemar seperti karbon
monoksida, sulfur dioksida, dan oksida daripada nitrogen serta hidrokarbon yang selalunya
dikeluarkan oleh kilang-kilang dan kenderaan bermotor.
Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah pencemaran udara di bandar-bandar
besar.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat langkah untuk menangani masalah pencemaran udara di bandar-
bandar besar.
Isi-isi
► mengawal kilang-kilang perindustrian atau memindahkan kilang-kilang perindustrian ke kawasan luar
bandar
► memperkenalkan sistem pengangkutan moden seperti LRT dan monorel
► menghijaukan kawasan di sekitar bandar
► bahan tenaga dialih daripada petroleum kepada biojisim/biogas/gas asli

Tajuk 14
Peranan ahli-ahli teknologi makanan ialah menghasilkan makanan yang berkhasiat demi
kesihatan manusia. Namun demikian, peranan ahli-ahli teknologi makanan kini seolah-olah telah
berubah kepada penghasilan makanan untuk tujuan perniagaaan semata-mata dan hal ini
mendatangkan pelbagai kesan.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua sumbangan ahli-ahli teknologi makanan dan dua kesan daripada
penyimpangan peranan mereka.

Isi-isi
Sumbangan ahli teknologi makanan
► menghasilkan makanan berkhasiat seperti susu berformula untuk tumbesaran normal seseorang dan
mengatasi masalah kebuluran
► menghasilkan makanan suplemen seperti vitamin dan ramuan herba yang dapat menjamin kesihatan
manusia serta makanan khas untuk pesakit
Kesan daripada penyimpangan peranan
► makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan
► menjejaskan kesihatan manusia seperti makanan untuk melangsingkan badan

Tajuk 15
Sungguhpun penciptaan satelit komunikasi mempunyai keistimewaan dan kebaikan yang tertentu,
namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua kebaikan satelit komunikasi dan dua keburukan satelit komunikasi.

Isi-isi
Kebaikan satelit komunikasi
► memajukan komunikasi antarabangsa
► memudahkan pengaliran maklumat dan ilmu pengetahuan
Keburukan satelit komunikasi
► pencemaran dan penjajahan budaya
► berlaku pengintipan dan jenayah teknologi maklumat

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1

You might also like