Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar.
Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif. Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.
2.0 KONSEP DISIPLIN
Perkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model-model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model Terapi Realiti Glasser