Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Fonologi, Fonetik dan Fonemik

 Apakah Fonologi? 

Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang
diucapkan oleh manusia. Ia merupakan kajian mengenai pola bunyi bahasa,
iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Fonologi juga merupakan sebahagian daripada linguistik deskriptif.
 
Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) “…bidang fonologi
mengkaji sistem bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu
bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan ‘The study of
the systematic organization of selected speech sound in the spoken form of
Individual language has variously been called phonology’ ”.
 
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib pula dalam bukunya Pedagogi Bahasa Melayu
halaman 100, “Fonologi bermaksud sistem bunyi. Setiap bahasa di dunia
mempunyai sistem bunyi atau fonologi sesuatu bahasa itu mencakupi aspek
seperti sebutan, intonasi, tekanan dan aliran ucapan.
 
Siti Hajar Hj Abdul Aziz dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan)
halaman 6 pula berpendapat “ Fonologi merupakan bidang yang mengkaji
bunyi-bunyi bahasa secara am menggunakan kriteria-kriteria linguistik untuk
pembahagian dan penjenisan bahan-bahan yang dikutip balam bidang fonrtik.”
 
Sebagai kesimpulannya, dapatlah disimpulkan disini bahawa fonologi
merupakan pembelajaran bunyi sesuatu bahasa yang boleh difahami pengucap
dan pendengar mengikut kelaziman dan koloqial.

Apakah Fonetik?
Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau
"suara").Fonetik  ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia
berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi,
penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.
 
Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan
catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi
konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem
huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini.
 
Menurut Drs. Lufti Abas, (1985:46), “ Fonetik mempelajari segala bunyi yang
diucapkan dalam atau melalui mulut manusia baik bunyi bahasa, bunyi bukan
bahasa, mahupun bunyi marginal dan memberikan symbol fonetik untuk
masing-masing bunyi.”
 
Menurut Arbak Othman, (1983:53) pula, “ Fonetik adalah kajian tentang bunyi-
bunyi ujar. Senagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran
umum dan memformulasikan hokum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan
pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif
dasar daripada fonetik ilmiah bagi member kemungkinan pengenalan dan
pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.”

Jenis Fonetik
Fonetik mempunyai tiga cabang utama iaitu 
            i.     Fonetik penghasilan bunyi berkenaan penghasilan bunyi percakapan:
kedudukan, bentuk, dan pergerakan organ percakapan seperti bibir, lidah dan
lipatan vokal.
             ii.   Fonetik akustik berkenaan dengan sifat akustik percakapan: sifat gelombang
bunyi, seperti kekerapan dan harmonik bunyi.
iii.   Fonetik auditori berkenaan dengan persepsi bunyi: bagaimana bunyi
diterima oleh telinga dalam dan seterusnya ditafsir di dalam otak.

Apakah Fonemik?
Fonemik ialah salah satu cabang fonologi. Fonemik menganalisis sistem sesuatu
bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu. Tujuan kajian ialah
untuk mengenal pasti fonem-fonem dalam sesuatu bahasa. Fonem-fonem
tersebut seterusnya menghasilkan sistem ejaan atau tulisan bagi bahasa
tersebut.

You might also like