Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Perlembagaan Malaysia dalam

konteks hubungan etnik


UMS 1122
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Perlembagaan dan hubungan etnik
di Malaysia
Pengenalan:
Perlembagaan merupakan elemen penting
dalam pembentukan sebuah negara, ia
merupakan satu set perundangan yang
mengatur perhubungan antara pemerintah
dan rakyat, juga antara rakyat dengan
rakyat yang bersifat majmuk seperti
Malaysia.
Konsep Ketertinggian
Perlembagaan
Sesebuah negara berdaulat perlu mempunyai
perlembagaan yang dianggap sebagai undang-
undang tertinggi (Perkara 4 (1).
Di Malaysia, tiada satu institusi yang boleh
mengatasi Perlembagaan, malahan Badan
Kehakiman,Badan Perundangan,Badan eksekutif
dan YDPAgong tertakluk dibawah ketertinggian
Perlembagaan Malaysia.
Ianya perlu dipatuhi oleh setiap individu rakyat
pelbagai kaum.
Sejarah Perkembangan
Perlembagaan Persekutuan
Malaysia
1. Perlembagaan Malayan Union 1 Mac
1946
2. Perlembagaan PTM 1 Febuari 1948
3. Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 31 Ogos 1957
4. Perlembagaan Perseketuan Malaysia 16
September 1963
Perlembagaan Malaysia : Kontrak
Sosial
• Perlembagan Persekutuan Malaysia pada hari ini merupakan hasil
dari kontrak Sosial yang telah dipersetujui antara etnik dalam
proses pembentukan negara s/a semasa;
(a) Bantahan orang melayu terhadap rancangan Malayan Union
melahirkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
(b) Pemuafakatan pelbagai etnik di wakili oleh Parti Perikatan,
cadangan NGO’s dan Raja-Raja Melayu-Perlembagan Persekutuan
Tanah Melayu 1957
(c) Pemuafakatan antara etnik merangkumi Sabah dan Sarawak
dalam Penubuhan Malaysia-Perlembagan Persekutuan Malaysia 16
September 1963
Samb…
Semasa proses pembentukan Perlembagaan Perseketuan
terdapat beberapa kaedah yang di praktikan antara etnik
- konsep win-win solution/situation
- persefahaman, tolenrasi,berkongsi kuasa.
- sedia berkorban
Contoh; Orang melayu sanggup memberikan kerakyatan
manakala bukan melayu sanggup menerima hakikat
kedudukan istimewa orang melayu. Hasilnya prinsip “jus
soli” diterima dan 800,00 etnik cina diterima menjadi
warganegara.
Jadual 1 : Bilangan orang bukan
melayu yang menjadi warganegara
dengan cara pendaftaran
Tahun Bilangan
31 Ogos-31 Dis 1957 120078
1958 822567

1959 67227

1960 77858
Unsur-Unsur Tradisi dalam
Perlembagaan : Sebagai Kontrak
Sosial
- Unsur tradisi ini penting kerana menjadi
faktor penting untuk mewujudkan identiti
Malaysia dan memupuk persefahaman ke
arah perpaduan, ia juga merupakan satu
“kontrak sosial”.
Unsur-unsur Tradisi ini meliputi bahasa,
“agama,Kedudukan istimewa orang
Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak, dan Sistem pemerintahan
beraja. Ianya telah pun wujud semenjak
ratusan tahun sebelum Perlembagaan
Persekutuan 1963 dan ia berperanan
menstabilkan sistem politik negara”(Tun
Salleh Abbas bekas Ketua Hakim Negara).
Unsur-unsur tradisi ini dilindungi dibawah
Akta Hasutan 1948-ia dianggap perkara
sensitif, dilarang menjadi perbincangan
awam
“Marilah kita semua sematkan dalam ingatan terhadap
pengajaran yang diperolehi dari peristiwa 13 Mei
1969,janganlah kita bincang dan bahaskan lagi…kerana
ia boleh menanamkan benih-benih syak wasangka
dikalangan kaum-kaum…cara mempersoal dan
mempersendakan syarat-syarat dalam perlembagaan
mengenai bahasa Malaysia, kedudukan Istimewa orang
melayu…menimbulkan perasaan tidak terjamin
dikalangan orang melayu…apabila mereka melihat
luasnya perbezaan antara mereka dan bukan melayu…
didalam lapangan ekonomi dan pelajaran”
(ucapan Tun Razak semasa pembentangan Rang
Undang-undang Perlembagaan 1971).
Peruntukan Perlembagaan
berkaitan Hubungan Etnik
• Perkara 3 Islam sebagai Agama rasmi.
Walaupun agama Islam dianggap sebagai
agama rasmi, namun agama-agama lain
boleh diamalkan secara bebas dalam
persekutuan Malaysia.
Samb…

• Perkara 152(1) Bahasa Melayu sebagai bahasa


rasmi,namun penggunaan dan pembelajaran
bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Cth-
penggunaan bahasa cina,tamil dimedia cetak
atau elektronik,disekolah-sekolah- ada subjek
bahasa iban, kadazan,cina dan tamil di sekolah.

Bahasa Melayu dijadikan alat perpaduan etnik di


Malaysia.
Samb…

Perkara 32,38(4) Kedudukan Raja-Raja


Melayu dalam sistem pemerintahan
negara, Kewujudan institusi ini adalah
sebagai simbol kuasa,kestabilan politik
dan perpaduan etnik.
Perkara 153 Kedudukan Istimewa
orang-orang malayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak
Hak keistimewaan ini meliputi pejawatan dalam
perkhidmatan awam,biasiswa,pendidikan,permit
dan lesen perniagaan, selain itu berkaitan
dengan Per. 89 dan 90 (perezaban tanah)
perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika
mengakibatkan penarikan hak berkaitan
terhadap kaum lain eg.Etnik lain juga diberikan
ruang utk memperolehi pekerjaan dalam sektor
awam,biasiswa atau pinjaman pelajaran
PTPN,memiliki tanah, dan terlibat dalam sektor
ekonomi.
Rasional Perkara 153

1. Perkhidmatan awam- Rezab yang


memperuntukan bagi Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak
memandangkan pada era penjajahan dan
awal kemerdekaan kekurangan orang
melayu menjawat jawatan profesional
dalam perkhidmatan awam berbanding
bukan bumiputera. (Rujuk Jadual 2)
Jadual 2:Pegawai Kumpulan A
dalam perkhidmatan awam pada 1
November 1968
Perkhidmatan melayu Bukan melayu jumlah

Perkhidmatan 706 515 1221


pentadbiran
Arkitek,jurutera, 73 370 443
Peg.profesional
Perkhidmatan 70 37 107
Undang-undang
Pegawai 64 693 727
perubatan

Ahli sains sejati 60 108 169

Perkhidmatan 331 369 700


beruniform
2.ekonomi

- Data yang diperolehi pada 1970


Etnik melayu bumiputera berada dalam
kemiskinan 64.8 % manakala bukan
melayu 26%
Samb…ekonomi

Jadual 3 Jurang Pendapatan antara etnik


Nisbaha 1970 1980 1990 2000
Ketaksamaan
Isirumah
berdasarkan RM
Luar Bandar : Bandar 1: 2.1 1:1.8 1:1.7 1:1.8

Bumiputera: Cina 1: 2.3 1: 1.9 1:1.7 1:1.7

Bumiputera : India 1: 1.8 1:1.3 1:1.3 1:1.4


3. Pendidikan
Walaupun kedudukan etnik melayu/bumiputera
mengenai pendidikan termaktub dalam per 153,
namun tolenrasi antara etnik dapat dilihat
melalui pengekalan sekolah-sekolah Cina dan
Tamil sehingga kini terdapat 60 buah sekolah
menengah harian cina berbahasa pengantar
Cina w/p bertentangan dengan penyata Razak
yang ingin menjadikan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar disemua peringkat
pendidikan.
Samb…pendidikan
Diperingkat Pengajian Tinggi berasaskan statistik
Nisbah Pelajar Bumiputera di IPTA berbanding
Bukan Bumiputera adalah
60% (Bumiputera) : 40% (Bukan Bumiputera) –
dari 392,552 pelajar pada tahun 2005.
Nisbah di IPTS
20%(Bumiputera) : 80% (Bukan Bumiputera)- dari
294,600 pelajar pada 31 Disember 2002.
Contoh;tolakansur
1. Sistem kuota telah digantikan dengan
sistem meritokrasi ke IPTA
2. Biasiswa digantikan dengan pinjaman
PTPN-semua etnik menikmatinya.
Walaupun semua ini telah termaktub dalam
perlembagaan, tetapi etnik melayu
/bumiputera sanggup berkorban dan
bertolakansur
Beberapa isu berkaitan sosial
kontrak
1.Pada 1986 Pemuda MCA mendakwa
bahwa etnik melayu,cina dan india berasal
dari negeri lain, dan tiada satupun etnik
adalah pribumi.
2.Persatuan cina SUQUI –isu tuntutan 83
perkara yg boleh membawa kepada
penghapusan perk. 153
Samb…isu kontrak sosial
3. Presiden Gerakan Datuk Seri Lim Kheng Yaik
menyarankan agar isu kontrak sosial dilupakan
kerana ia boleh mengguris perasaan orang cina
dan india.
4. Konsep Malaysian Malaysia/meritokrasi – idea
Lee Kuan Yew…membawa kepada perpecahan
singapura dari Perseketuan Malaysia…
bagaimana keadaan etnik lain di singapura
kini?...idea ini diteruskan oleh DAP
Jaminan terhadap Hak asasi
warganegara tanpa mengira etnik
dalam perlembagaan
1. Per 11 dan 12-kebebasan beragama
2. Per. 8 – hak samarata disisi undang-undang
3. Per. 5-kebebasan diri
4. Per 10-kebebasan
bercakap,berhimpun,berpesatuan
5. Per.13-Pemilikan harta, utk terlibat dalam apa
jua kegiatan ekonomi dan pekerjaan selagi
tidak melanggar undang-undang
Kesimpulan…
Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil
dari semangat tolenrasi,pengorbanan dan
pemuafakatan jenerasi terdahulu dari
pelbagai etnik-telah melahirkan kontrak
sosial yang dipersetujui dan telah tercatat
secara bertulis dalam perlembagaan yang
harus setiap etnik menghormatinya,atas
prinsip ketertinggian dan keluhuran
Perlembagaan.

You might also like