Professional Documents
Culture Documents
Analisis Keputusan UPSR - Post Mortem
Analisis Keputusan UPSR - Post Mortem
Analisis Keputusan UPSR - Post Mortem
Sembilan
Tel/Fax :03-87660433
E-mail :skkdnba4005@gmail.com
Blog
Blog :skkampongdaching.blogspot.com
Secara totalnya peratus keseluruhan UPSR SK Kampong Daching telah meningkat sebanyak 3.3 % iaitu
89% pada tahun 2009 dan meningkat menjadi 92.3% pada tahun 2010. Jumlah murid yang mengambil
UPSR pada tahun 2009 ialah sebanyak 33 orang, manakala seramai 39 orang pada tahun 2010.
Analisis Keputusan UPSR Mengikut Mata Pelajaran Tahun 2009-2010
Secara keseluruhannya bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan 2 terdapat penurunan dalam
pencapaian mengikut mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 pada tahun 2010
berlaku penurunan sebanyak 2.6% berbanding tahun 2009. Bahasa Melayu kertas 2 pula berlaku
penurunan sebanyak 5.1% berbanding tahun 2009.
Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris terdapat peningkatan yang amat ketara iaitu berlaku kenaikan
sebanyak 12.9% . Pada tahun 2009 keputusan mata pelajaran B. Inggeris ialah 87.1 manakala tahun
2010 ialah 100%.
Mata pelajaran Matematik pula berlaku sedikit penurunan iaitu sebanyak 1.9%. Pada tahun 2009
sebanyak 96.8%, manakala pada tahun 2010 sebanyak 94.9%.
Mata Pelajaran Sains telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan mengekalkan keputusan
100% dalam tahun 2009 dan 2010.
Perbandingan analisis keputusan Bahasa Melayu Kertas 1 Mengikut Gred Tahun 2009-2010
Perbandingan analisis keputusan Bahasa Melayu Kertas 2 Mengikut Gred Tahun 2009-2010
Perbandingan analisis keputusan Bahasa Inggeris Mengikut Gred Tahun 2009-2010
Rumusannya berdasarkan pencapaian keputusan UPSR Tahun 2010 terdapat peningkatan dalam
keputusan keseluruhan iaitu pada tahun 2009 peratus keseluruhan ialah sebanyak 89% meningkat
menjadi 92.3% pada tahun 2010. Namun begitu jika dianalisis dari segi mata pelajaran terdapat
penurunan khasnya dalam mata pelajaran B. Melayu terutama dari segi kualiti gred yang diperolehi oleh
murid tahun 2010. Bilangan murid yang mendapat A dalam kedua-dua kertas menurun iaitu bagi kertas
1 bilangan murid mendapat A telah berkurang sebanyak 10.7% manakala bagi kertas 2 pula penurunan
berlaku sebanyak 20.4%.
Bagi mata pelajaran Matematik juga berlaku penurunan bilangan yang mendapat A iaitu sebanyak
11.2%.
Mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara dalam
peningkatan bilangan A iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris telaha meningkat sebanyak 27.5%.
Manakala bagi mata pelajaran Sains pula telah meningkat sebanyak 22.4%.
Peningkatan bilangan A dalam mata pelajaran B. Inggeris inilah yang telah menyumbang bilangan murid
yang mendapat 5A dalam UPSR tahun 2010.
Cadangan
Bagi memantapkan lagi keputusan UPSR tahun 2011, setiap panitia mata pelajaran harus merangka
pelan strategik bagi memastikan kualiti pencapaian dapat dipertingkatkan. Panitia mata pelajaran harus
mengkaji aspek-aspek yang masih lemah agar keputusan UPSR tahun 2011 akan meningkat.
Kelas-kelas tambahan harus dipertingkatkan dan diperkemaskan agar dapat menjadi pemangkin dalam
mencapai keputusan yang lebih baik. Latih tubi harus diperbanyakkan agar semua murid bersedia.