Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN KES ISU SOSIAL DI

KAWASAN SETEMPAT

Rujukan Kami : SMKSI


Rujukan Tuan:

SMK Saujana Impian


43000 Kajang,
Selangor.

Ahli Kumpulan 1,
Kajian Kes Isu Sosial Di Kawasan Setempat,
Tingkatan 5 Cendekia,
SMK Saujana Impian.

Tuan, 17 April 2011


Kebenaran Menjalankan Kes Isu Sosial Di Kawasan Setempat

Dengan segalan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak sekolah membenarkan ahli Kumpulan 1,


dari Tingkatan 5 Cendekia sekolah ini untuk menjalankan Kajian Isu Sosial di Kawasan
Setempat di luar kawasan sekolah dan di luar waktu persekolahan.

3. Kajian Kes Isu Sosial di Kawasan Setempat iaitu Melepak yang dijalankan
merupakan satu daripada komponen wajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewargenagaraan KBSM Tingkat 5.

4. Dengan kebenaran ini, diharapkan murid-murid akan menjalankan tanggungjawab


dalam melaksanakan projek ini dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi segala
peraturan yang ditetapkan oleh pelbagai pihak yang terbabit.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

…………………..............
(BASINAH BINTI HAJI TAIB)
Pengetua,
SMK Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor
SURAT PENGENALAN DIRI MURID

Rujukan Kami : SMKSI


Rujukan Tuan :

SMK Saujana Impian,


43000 Kajang,
Selangor.

Kepada,

Sesiapa yang berkenaan. 17 April 2011

Datuk/Datin/Tuan/Puan,

KAJIAN KES ISU SOSIAL DI KAWASAN SETEMPAT


Dengan segalan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pembawa surat ini merupakan ahli Kumpulan 1,
dari Tingkatan 5 Cendekia SMK Saujana Impian. Murid ini sedang menjalankan Kajian
Kes Isu Sosial di Kawasan Setempat iaitu Melepak yang merupakan satu daripada
komponen wajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan KBSM Tingkatan 5.
3. Diharapkan agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada murid ini agar
kajian yang telah dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.
4. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan ribuan terima
kasih atas kerjasama pihak tuan.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

…………………..............
(BASINAH BINTI HAJI TAIB)
Pengetua,
SMK Saujana Impian,
43000 Kajang,
Selangor.
SURAT PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN ISU SOSIAL
DIKAWASAN SETEMPAT

SMK Saujana Impian,


43000 Kajang,
Selangor.

Tuan, 18 April 2011

Memohon Menjalan Kajian Isu Sosial di Kawasan Setempat

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya, Aida Batrisyia bin Anuar, murid Tingkatan 5 Cendekia bersama-sama lima
ahli kumpulan yang lain dari SMK Saujana Impian, sedang menjalankan kajian isu sosial
iaitu melepak. Untuk pengetahuan tuan, projek ini merupakan komponen wajib dalam
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 5.
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
menjalankan satu projek yang bertemakan “ Isu Sosial di Kawasan Setempat”. Tajuk
kajian ini ialah “Kajian Budaya Melepak”. Tujuan projek ini adalah untuk mengkaji
remaja di kawasan setempat tentang budaya melepak dan mengetahui punca,kesan dan
cara untuk menanganinya.
4. Sekiranya kami dibenarkan menjalankan kajian ini di tempat tuan, kami akan
berbincang dengan pihak tuan tentang kajian yang akan dijalankan dengan lebih
terperinci pada masa yang akan ditetapkan.
5. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama daripada tuan
amat kami hargai. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan
dankeprihatinan tuan.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

……………………….
(AISYA BINTI MOHD YUSOF)
Pengerusi Kumpulan 1,
Kajian Isu Sosial di Kawasan Setempat,
Tingkatan 5 Cendekia,
SMK Saujana Impian
SURAT PENGHARGAAN KEPADA PERSATUAN PENDUDUK IMPIAN
INDAH

SMK SAUJANA IMPIAN


43000 Kajang,
Selangor

Pengerusi,
Persatuan Penduduk Impian Indah,
43000 Kajang,
Selangor. 20 APRIL 2011

Tuan,

Ucapan Penghargaan

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

1. Kami, ahli Kumpulan 1 yang menjalankan kajian tentang melepak yang bertemakan
isu sosial di kawasan setempat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada kami untuk menjayakan
projek ini.
2. Untuk pengetahuan tuan, kami telah berjaya melaksanakan kajian kami pada tahun
ini dengan lancar dan sempurna. Banyak nilai dan pengajaran yang telah kami peroleh
semasa menjalankan projek ini.
3. Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih dan berharap agar tuan
dapat memberikan kerjasama yang serupa pada masa akan dating.

Yang menjalankan tugas

……………………….
(AISYA BINTI MOHD YUSOF)
Pengerusi Kumpulan 1,
Kajian Isu Sosial di Kawasan Setempat (Melepak)
Tingkatan 5 Cendekia
SMK Saujana Impian

You might also like