Tunku Abdul Rahman

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tunku Abdul Rahman

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid

Shah merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah dari 1955, dan Perdana Menteri pertama

sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Beliau juga dikenali sebagai “Bapa

Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”. Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Kota

yang terletak di tengah-tengah Bandar Alor Setar. Beliau merupakan anak keenam daripada dua

belas adik beradik hasil perkahwinan Sultan Abdul Hamid dengan bonda beliau, Che Menjalara.

Ketika berumur 8 tahun, Tunku bersekolah di Government English School di Alor Setar.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap

bersama abangnya, Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1915, Tunku pulang dan

meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Menjelang tahun 1919, beliau melanjutkan

pelajaran ke University Of Cambridge di England.

Tunku memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Pelatih di Pejabat Penasihat Undang-

undang di Alor Setar pada tahun 1930. Menjelang tahun 1931, beliau telah dilantik menjadi

Penolong Pegawai Daerah Kulim. Beliau dinaikkan pangkat menjadi pegawai daerah pada 1932

di Kuala Nerang. Beliau juga pernah bertugas di Pulau Langkawi dan di Sungai Petani sebagai

pegawai daerah. Pada 1940, beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah

Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke

England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Pada 1940,

beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Tunku akhirnya

dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.


Pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat sebagai Pegawai Undang-

undang di Alor Star. Kemudian beliau menjadi Tmbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik

sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada Ogos 1951, Tunku dilantik sebagai presiden

bagi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO).

Dasar-dasar yang Diperkenalkan.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dengan mengabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura

dengan Tanah Melayu merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung. Pada 16

September 1963 dengan persekutuan negeri-negeri tersebut, beliau menjadi Perdana Menteri

Malaysia yang pertama. Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan

pemasukan Singapura dan ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya

Singapura meninggalkan Malaysia. Sehungan dengan itu, pemisahan dan kemerdekaan

Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang

memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina. Perkumpulan ini kemudian digantikan

dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persekutuan Negara-negara Asia Tenggara

(ASEAN) pada 8 Ogos 1967.  Selepas menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia pada

1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan

untuk membantu mualaf Islam  untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau

memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran

Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan

Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun

1951. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Kemudian, beliau menubuhkan Bank

Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan

Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982

sehingga 1988.

Tunku juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada pembentukkan dasar luar

Malaysia. Peranan beliau memberi kesan terhadap pengiktirafan Negara ini di peringkat

antarabangsa serta dengan cepat dapat diterima oleh PBB. Hal ini terbukti dengan perlantikan

Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB dan Menghantar tentera

pengaman PBB ke Congo pada tahun 1960-an. Keputusan dan dasar luar Negara dihormati oleh

Negara-negara luar terutamanya Negara-negara maju serta dapat memimpin Negara-negara yang

menghadapi masalah.

You might also like