Professional Documents
Culture Documents
OLAHRAGA
OLAHRAGA
OLAHRAGA
LARI BERGANTI-
GANTI
Ash/Nora
P5B
GERKO
PENGENALAN
Acara lari berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah 4 x
100 meter, 4 x 200 meter, dan 4 x 400 meter. Suatu pasukan
lari bergantiganti terdiri daripada empat pelari yang bergilir-
gilir di antara satu sama lain, mereka berlari dalam satu
pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan
dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari
seterusnya.
(c) pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis
permulaan
Baton
Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti.
Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin
diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang keras sebatang
penuh, berukuran tidak lebih daripada 30sm dan tidak kurang daripada 28sm.
Ukur lilitnya hendaklah antara 12sm dan 13sm yang beratnya tidak
kurang daripada 50gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika
dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Penyerahan
baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran (20
meter).
Acara Dalam Lari Berganti-ganti
Acara 4 x 400 meter berbeza dengan acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter. Perbezaan
acara ini adalah dari segi prosedur dan teknik larian. Dalam acara ini, pelari pertama
memulakan larian dengan prosedur yang sama dengan acara 4 x 100 dan 4 x 200 meter.
Perbezaan acara ini dapat dilihat pada pelari kedua. Selepas berlari sejauh 100 meter,
pelari kedua boleh memasuki lorong pertama bersama dengan pelari-pelari yang lain.
Pelari ketiga bagi setiap pasukan akan menunggu pelari kedua masingmasing di lorong
yang pertama dan prosedur ini diteruskan oleh pelari yang keempat.
Pada tanda 100 meter, 200 meter dan 300 meter di balapan 400 meter, ditandakan tiga zon
penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang. Baton mesti bertukar tangan di
antara dua pelari di dalam zon ini. Satu zon lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan
pada 10 meter dibelakang zon penukaran baton. Pelari yang akan menerima baton boleh
mula berlari dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di dalam zon penukaran
baton.
Teknik Penukaran Baton
a) Pergerakan ke atas (upsweep)
b) Pergerakan ke bawah (downsweep)
Pergerakan ke atas (upsweep)
Dalam teknik ini, pembawa baton akan
menghantar baton kepada penerima baton dengan
menghayunkannya dari bawah ke atas.
Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke
tangan penerima baton. Tapak tangan penerima
baton menghadap ke bawah. Penerima baton akan
memegang baton tersebut di antara ruang
berbentuk ‘V’ yang dibentuk ibu jari dan jari
kelingkingnya.
Pergerakan ke bawah (downsweep)
tenang.
Ciri-ciri ini amat perlu kerana pelari ini mungkin