Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Para hadirin sekalian,

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita diharapkan sekiranya para hadirin

dapat mengambil tempat masing-masing dan mengurangkan pergerakan sepanjang

majlis berlangsung. Kerjasama hadirin sangat dihargai. Terima kasih.

Mengumumkan PERARAKAN MASUK KE DEWAN pelajar-pelajar Smk Desa Skudai

dan Guru- guru SMK Taman Desa Skudai. Hadirin diminta berdiri.

Mengumumkan perarakan masuk ke dewan Yang Berbahagia Tn Hj Kamaruddin Bin

Saayon, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru diiringi Tn Hj Shaharuddin

Bin Saari, Pengetua Smk Desa Skudai.


BUKU PROGRAM DIEDARKAN KEPADA VIP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Yang Berbahagia Tn Hj Kamaruddin Bin Saayon

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru,

1
Yang Berusaha Tn Hj Shaharuddin Bin Saari,

Pengetua SMK Taman Desa Skudai,

Yang Dihormati …………………………………

Barisan kepimpinan sekolah,

Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.


Pada majlis yang permai ini, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana

dengan izin dan limpah rahmat-Nya, kita diberikan kekuatan untuk sama-sama

berhimpun dan memeriahkan majlis Graduasi Sijil Pelajaran Malaysia 2010 yang

melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5. Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang

Berbahagia Tuan Haji Kamaruddin Bin Saayon, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Johor ke majlis ini.


Yang Berbahagia Tn., tuan-tuan, puan-puan hadirin sekalian,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan

2
bermunajat, memohon berkat agar seluruh urusan mendapat rahmat. Untuk itu,

majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Zakir Abdul Razak bin

Poniran untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.


DOA TAMAT

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Zakir Abdul Razak bin Poniran

atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Yang Berbahagia Tn. dan hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Shaharuddin Bin

Saari, Pengetua SMK Taman Desa Skudai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.

UCAPAN TAMAT

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tn Hj Shaharuddin Bin Saari.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

3
Hadirin yang dikasihi sekalian,

Kini majlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang

Berbahagia Tuan Haji Kamaruddin Bin Saayon, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Johor menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 sesi 2010.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn..


Mengumumkan nama-nama penerima sijil…

5uitm
Seterusnya nama-nama penerima sijil

5um
Berikut penerima sijil

5uiam
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil

5upm

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia

Tuan Haji kamaruddin Bin Saayon atas kesudian menyampaikan sijil kepada pelajar-

4
pelajar.

Hadirin yang dihormati,

Majlis berehat seketika. Untuk memeriahkan lagi majlis, marilah sama-sama kita

menghayati alunan muzik piano yang akan dimainkan oleh

………………………………………… Alunan muzik yang akan didendangkan berjudul

…………………………………………………………………
PERSEMBAHAN TAMAT

Terima kasih diucapkan kepada Saudara John Ryyan atas persembahan sebentar

tadi.

Hadirin yang budiman,

Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn Hj

Kamaruddin Bin Saayon untuk menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar tingkatan 5

sesi 2010.
Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada pelajar 5ukm
Seterusnya penyampaian sijil kepada pelajar 5uhtm
Akhir sekali adalah penyampaian sijil kepada pelajar 5utm
5
PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Bebahagia Tn Hj Kamaruddin Bin

Saayon atas kesudian menyampaikan sijil kepada pelajar pelajar.

Hadirin sekalian,

Tinggi bukit gilang-gemilang

Air pasang tenang-tenangan

Budi sedikit tidakkan hilang

Di dalam hati kenang-kenangan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian menyempurnakan Majlis

Graduasi Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2010, majlis dengan sukacitanya

mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Shaharuddin Bin Saari, untuk menyampaikan

cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tn Hj Kamaruddin Bin

Saayon.

Majlis mempersilakan tuan.


Yang Berbahagia Tn. dan hadirin sekalian,

6
Dengan ini berakhirlah sudah majlis Majlis Graduasi Sijil Pelajaran Malaysia 2010.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang

Berbahagia Tn Hj kamaruddin Bin Saayon, Timblan Pegawai Pelajaran Daerah Johor

Bahru, Yang Berusaha Tn Hj Shaharuddin Bin Saari, Pengetua SMK Taman Desa

SKudai,

Barisan kepimpinan guru,

Guru-guru,

Ahli Jawatankuasa Majlis Graduasi Sijil Pelajaran Malaysia 2010 yang bertungkus-

lumus dari mula hingga ke akhir dan tidak lupa kepada semua yang hadir kerana

telah menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.

Andai kami tersilap gerak

Andai kami terkasar adab

Andai kami tersasul kata,

Andai kami terlanjur bicara

7
Kami menyusun jari sepuluh

Memohon sejuta kemaafan. 

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama Tuan Hj Kamaruddin Bin

Saayon, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Pengetua,

Pentadbir sekolah, guru-guru dan pelajar 5utm

Yang Berbahagia Tn. dan hadirin sekalian,

Sebelum berpisah, majlis mempersilakan Tn Hj Shaharuddin Bin Saari untuk

menjemput dan mengiringi Tn Hj Kamaruddin Bin Saayon, Timbalan Pegawai

Pelajaran Daerah Johor Bahru menikmati jamuan ringan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

8
9

You might also like