Draft Minit Post Mortempmr2010 12 Jan 2011 2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SMK KULAI BESAR, KULAIJAYA, JOHOR

MINIT MESYUARAT POST MORTEM PMR 2010

Tarikh : 12 Jan. 2011 (Rabu)


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Kulai Besar
Pengerusi : Pn Hajah Fouziah binti Abu Hamid
Kehadiran : 35 orang

Nama yang hadir

1. Pn. Hajah Fouziah binti Abu Hamid Pengetua


2. En. Azman bin Safii PK Pentadbiran
3. En. Masaud bin Baharum PK HEM
4. Pn. Nor Aznain binti Mahyudin GK Sains & Matematik
5. Pn. Jaemah binti Ali GK Kemanusiaan & Kemasyarakatan
6. Pn. Chua Chai Lian GK Bahasa
7. Pn. Nor Intan binti Mohamad GK Teknik & Vokasional
8. En. Misran bin Ali Kaunselor
9. Pn. Wan Norlela binti Wan Ab rahman Kaunselor
10. Pn. Norhazlinah binti Md Basri SUP
11. Pn. Roha binti Yatin SU Kurikulum
12. Pn. Rosmawati binti Zukni KP Bahasa Melayu
13. Pn. Zuriati binti Mohd Salleh KP Bahasa Inggeris
14. Pn. Ruzaini binti Parimin KP Sains Teras
15. Pn. Yong Mee Choo KP Matematik
16. Pn. Siti Zarina binti Adam KP Sejarah
17. Pn. Rosmahiza binti Ismail KP Geografi
18. Pn. Mardiana binti Tuan Kamaludin KP Pendidikan Islam
19. Pn. Hajah Zaini binti Hassan KP Kemahiran Hidup
20. Pn. Khoo Peik Ing KP Bahasa Cina
21. Cik Shanti a/p Chandrasekaran KP Bahasa Tamil

Nama yang tidak hadir

1. Pn. Roshaliza binti Ali S/U Pep. PMR CRK


2. Pn. Norhaisarah binti Suboh Guru MP Pendidikan Islam Ada kelas
3. Pn. Norbaizura binti Abdul Wahab Guru MP Matematik Ada kelas

Turut Hadir

1. En. Mohd Nizam bin Jamsari Guru MP Kemahiran Hidup


2. Pn. Norizan binti Mohamed Guru MP Kemahiran Hidup
3. Pn. Chong Kwee Chin Guru MP Bahasa Melayu
4. Pn. Citra Dewi binti Saidy Guru MP Bahasa Melayu
5. Pn. Sharina binti Sairan Guru MP Sains
6. Cik Zakiah binti Shokhaimi Guru MP Bahasa Inggeris
7. Pn. Nurul Aziana binti Abd. Rahman Guru MP Sejarah
8. Pn. Normaisarah binti Abd Talib Guru MP Geografi
9. Pn. Siti Raudah binti Mohamad Guru MP Pendidikan Islam
10. En. Hilman bin Muhamad Guru MP Matematik
11. En. Arshad bin A. Razak Guru MP Bahasa Inggeris

Tidak Hadir

1. En. Roslee bin Jarkasee Guru MP Sejarah


Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi.
2. Pembentangan prestasi PMR SMK Kulai Besar 2010.
3. Post Mortem mata pelajaran.
4. Program-program Kecemerlangan 2011.

1.0 Kata alu-aluan Pengerusi.

1.1 Puan Hajah Fouziah binti Abu Hamid, Pengetua SMK Kulai Besar selaku pengerusi mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang hadir di dalam mesyuarat ini. Pengerusi juga merakamkan ucapan
terimakasih kepada guru-guru yang telah berusaha meningkatkan peratus prestasi sekolah melepasi
50%empat tahun berturut-turut iaitu dari 54.30% pada 2009 kepada 57.75% pada tahun 2010 namun
pencapaian dari segi GPS merosot daripada 3.07 pada 2009 kepada 3.20 dan SMK Kulai Besar berada
di kedudukan 1543 dalam Negeri Johor merosot 208. Pencapaian semua matapelajaran adalah
adalah penting kerana ianya menyumbang kepada gred purata sekolah yang akan menentukan
kedudukan sekolah dalam Negeri Johor.

1.2 Pengerusi meminta program meningkatkan prestasi murid-murid diperbanyakkan kerana ramai murid
berpotensi untuk cemerlang.

2.0 Pembentangan Prestasi PMR 2010

2.1

En. Azman membentangkan pencapaian peperiksaan PMR 2010 bagi setiap mata pelajaran.

2.1.1 Prestasi SMK Kulai Besar 2008-2010 secara keseluruhan seperti ditunjukkan dalam jadual A.
Peratus kelulusan keseluruhan PMR 2010 adalah 57.75 dengan GPS 3.2.

Matapelajaran % Lulus GPS

2008 2009 2010 2008 2009 2010

Bahasa Melayu 86.58 87.04 85.48 -1.56 2.87 2.92 2.94

Bahasa Inggeris 77.35 67.11 70.78 +3.67 3.56 3.54 3.49

Sejarah 90.52 86.91 86.22 -0.69 3.42 3.35 3.37

Geografi 84.55 85.05 81.50 -3.55 3.63 3.46 3.46

Bahasa Cina 73.33 79.35 76.77 -2.58 3.40 3.08 3.28

Bahasa Tamil 71.43 77.78 72.73 -5.05 3.43 2.89 3.06

Pendidikan Islam 80.09 94.51 94.31 -0.2 3.35 2.49 2.84

Matematik 82.91 86.67 85.14 -1.53 3.45 3.21 3.25

Sains 88.51 87.33 88.95 1.62 3.03 3.34 3.30

KH 1 93.41 92.00 95.31 3.31 3.04 2.78 2.90

KH 2 100.00 98.03 100 1.97 4.00 2.73 2.66


Jadual A

2.1.2 Jadual B adalah pencapaian murid-murid dari aliran Rancangan Khas iaitu produk
sulung SMK Kulai Besar pada PMR 2010. Aliran RK mendapat peratus kelulusan
100% dengan GPS1.6.
Matapelajaran % Lulus GPS

100 1.35
Bahasa Melayu
100 1.78
Bahasa Inggeris
100 1.59
Sejarah
100 1.68
Geografi
- -
Bahasa Cina
- -
Bahasa Tamil
100 1.88
Pendidikan Islam
100 1.54
Matematik
100 1.59
Sains
100 1.17
KH 1
100 1.48
KH 2

3.0 Pembentangan Post Mortem Matapelajaran

3.1 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Bahasa Melayu disampaikan oleh Puan Citra Dewi binti
Saidy.
3.1.1 Keputusan Bahasa Melayu mencapai 85.48% merosot sebanyak 1.56% berbanding 2009.
Kelemahan berpunca daripada beberapa soalan aras tinggi pada soalan Kertas 1 iaitu soalan
tatabahasa. Kelemahan juga berpunca dari masalah pertukaran guru mengajar kerana
pertukaran jadual waktu. Terdapat juga kelas yang diajar oleh guru sandaran tidak terlatih yang
tiada pengalaman dalam mengajar matapelajaran Bahasa Melayu seterusnya tidak dapat
membimbing murid mengatasi kelemahan mereka.
Tindakan: makluman

3.2 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Bahasa Inggeris disampaikan oleh Puan Zuriati binti Mohd
Salleh .
3.2.1 Pencapaian yang masih rendah iaitu 70.78% adalah disebabkan oleh kekeliruan murid
terhadap corak pengajaran dan pembelajaran guru. Pertukaran jadual waktu turut melibatkan
pertukaran guru mengajar. Komponen sastera tidak dihafal oleh murid dengan itu mereka gagal
membuat ulasan yang baik dalam menjawab soalan berkaitan. Murid-murid lemah dan
sederhana terlalu bergantung kepada guru menyebabkan mereka gagal semasa menjawab
soalan sebenar PMR. Program yang telah dirancang untuk tahun 2011 adalah Bengkel Teknik
Menjawab PMR, Program Anak Angkat, Program EW20, Program Vocabulary, Program “Score
A” untuk murid RK dan Bengkel Penandaan Untuk Guru-Guru PMR.

Tindakan: makluman
3.3 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Sejarah disampaikan oleh En Roslee bin Jarkasi

3.3.1 Penurunan sebanyak 0.69% bagi mata pelajaran Sejarah disebabkan kehilangan minat
murid-murid terhadap mata pelajaran ini. Beberapa kelemahan dikenalpasti seperti guru
mengajar kurang dari 3 tahun, guru yang mengajar adalah bukan opsyen dan murid-murid
sukar mengingati terminalogi Sejarah. Murid-murid tidak mampu menguasai skop
topic yang banyak kerana sangat kurang membaca buku teks sejarah. Program yang akan
dilaksanakan pada tahun ini adalah Program Celik Sejarah, Gerak Gempur dan Bengkel Teknik
Menjawab Sejarah.
Tindakan: makluman

3.4 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Geografi disampaikan oleh Cik Rosmahiza binti Ismail

3.4.1 Murid tidak dapat memahami soalan berunsur KBKK.Murid tidak sepenuhnya menguasai topik
melibatkan Peta iaitu Geografi fizikal berbanding Geografi manusia. Pelajar sederhana dan
lemah kurang menguasai Peta Malaysia dan Dunia. Soalan peperiksaan mempunyai aras yang
tinggi dan pelajar yang lemah tidak dapat menjawab soalan tersebut.Terdapat guru bukan
opsyen mengajar dan belum mahir mengenai matapelajaran Geografi. Topik-topik yang Kurang
dikuasai oleh murid-murid pada tahun ini akan diberi tumpuan supaya mereka dapat
meningkatkan kualiti pencapaian mereka seperti mengadakan latih tubi terhadap tajuk-tajuk
yang sukar. Beberapa program telah di rancang untuk tahun 2011 iaitu latih tubi menjawab
soalan tingkatan 1 dan 2, latihan topikal mengikut bab terutamanya topic yang penting,
menjawab soalan model PMR dan gerak gempur PMR.

Tindakan: makluman

3.5 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Pendidikan Islam disampaikan oleh Puan Mardiana
binti Tuan Kamarudin

3.5.1 Pencapaian yang sedikit menurun iaitu 0.2% berbanding keputusan PMR 2009. Murid-murid
keliru pada soalan berbentuk KBKK. Soalan bentuk ini tidak sempat didedahkan kepada murid
kerana guru sendiri lewat diberi pendedahan. Perancangan akhir panitia tidak dapat
dilaksanakan dengan menyeluruh disebabkan pertindihan masa dengan aktiviti gerak gempur
mata pelajaran lain. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan program
Memperkasa PNP, Tuisyen Percuma, Program Gemilang dan Cemerlang, Seminar Teknik
Menjawab, Latih Tubi Berfokus, Smart Hafazan dan Solat Hajat dan Qiamulail.

Tindakan: makluman

3.6 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Bahasa Cina disampaikan oleh Puan Khoo Peik Ing

3.6.1 Soalan PMR adalah pada aras tinggi, kebanyakan murid masih lemah dan murid-murid gagal
memahami kehendak soalan.Masalah disiplin terutama murid-murid lelaki menyebabkan guru
tidak dapat memberikan mereka input yang terbaik . Murid-murid lelaki hanya menjawab kertas
soalan 1 dan soalan penulisan mesti menggunakan perkataan-perkataan yang memerlukan
ingatan yang kuat. Tulisan hodoh murid-murid menyukarkan pemeriksa dan ini mendorong
kepada nilai pemarkahan yang rendah.Untuk meningkatkan prestasi PMR Bahasa Cina,
Bengkel Menjawab Soalan dan latihan pemulihan penulisan ayat-ayat dan karangan akan
dilaksanakan.

Tindakan: makluman
3.7 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Matematik disampaikan oleh Puan Yong Mee Choo
.

3.7.1 Peratus kelulusan merosot iaitu dari 86.67% kepada 85.14%. Penguasaan murid dalam topic
tingkatan dua adalah rendah kerana kekangan masa untuk menghabiskan sukatan yang
banyak dan guru-guru tingkatan dua tidak dapat mengajar dengan mendalam. Pada hari
peperiksaan guru tidak dapat memastikan semua murid membawa kalkulator dan alat
geometrid an ini menyukarkan murid untuk menjawab soalan yang berkaitan. Guru-guru tidak
Berjaya menarik minat murid lemah mengikuti pelajaran. Murid lemah tidak mampu mencapai
tahap minimum kerana guru tidak member latihan mengikut tahap dan keperluan mereka. Pada
tahun 2011 program Kem Matematik, Seminar Matematik dan Program Mentor Mentee akan
dijalankan.

Tindakan: makluman

3.8 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Sains disampaikan oleh Puan Ruzaini binti Parimin

3.8.1 Murid-murid sukar untuk menjawab soalan berbentuk aplikasi dalam kehidupan harian
menyebabkan mereka tidak dapat menjawab dengan baik. Guru-guru tidak dapat member
latihan yang banyak bagi soalan yang mudah mendapat markah. Guru-guru tidak dapat
memastikan semua murid membuat latih tubi kerana sikap mereka yang sememangnya tidak
mahu belajar. Panitia akan meneruskan program sedia ada dan menambah latihan semasa
jadual anjal dilaksanakan.

Tindakan: makluman

3.9 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Bahasa Tamil disampaikan oleh Cik Shanti a/p
Chandrasekaran.

3.9.1 Peratus kelulusan merosot sebanyak 5.05% kerana murid tidak memahami kehendak soalan.
Soalan esei terbuka yang agak sukar untuk murid galus menjawab kerana ada di kalangan
mereka yang masih tidak boleh membaca dan menulis. Guru mengajar 2 tahap peperiksaan
dan kekangan masa untuk member tumpuan kepada murid-murid. Untuk meningkatkan
prestasi Bahasa Tamil kelas tambahan intensif untuk murid galus, bengkel menjawab PMR,
latih tubi dan latihan karangan menggunakan peta minda akan dilaksanakan.

Tindakan: makluman

3.10 Pembentangan Post Mortem mata pelajaran Kemahiran Hidup disampaikan oleh Puan Hajah Zaini
binti Hassan.

3.10.1 Kelemahan sehingga KH 1 tidak mencapai 100% adalah disebabkan topic-topik yang berbeza
tidak berkaitan sukar dikuasai oleh murid-murid lemah. Soalan berkaitan teori dan soalan-
soalan aras tinggi agak sukar dijawab oleh murid lemah. Guru-guru KH dibebani dengan tugas-
tugas penting seperti setiausaha peperiksaan, setiausaha biasiswa dan setiausaha perabot.
Program –program untuk tahun 2011 adalah Pintar KHB iaitu latih tubi soalan mirip PMR.

Tindakan: makluman
4. Program-program Kecemerlangan 2011.

4.1

Semua panitia membentangkan program-program yang akan dilaksanakan pada tahun ini untuk
meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid tingkatan tiga 2011.

4.2 Program-program kecemerlangan 2011 dibentangkan oleh ketua-ketua panitia adalah seperti berikut

Panitia Program
Bahasa Melayu 1. Elit PMR
2. Minimum Adequate Syllabus
3. Gerak Gempur
4. Ceramah Teknik Menjawab
5. Kem Akademik PMR.
6. Hikmah.
Bahasa Inggeris 1. Kursus Penandaan untuk Guru-guru PMR
2. Program Gerak Gempur 3 kali setahun
3. Bengkel Teknik Menjawab PMR
4. Program Anak Angkat
5. Program “Vocabulary” – Learn A World A Day
6. Program EW20
7. Program “Score A” kelas RK
Sejarah 1. Program Celik Sejarah
2. Program Gerak Gempur
3. Bengkel Teknik Menjawab Sejarah PMR
Geografi 1. Latih Tubi Menjawab Soalan Tingkatan 1 dan 2
2. Latihan Topikal mengikut bab yang penting
3. Menjawab Soalan Model PMR
4. Gerak gempur PMR
Bahasa Cina 1. Bengkel Menjawab PMR
2. Latihan Pemulihan Penulisan Karangan.
3. Latih Tubi.
4. Mendampingi Murid-murid.
Bahasa Tamil 1. Kelas Tambahan Intensif
2. Bengkel Teknik Menjawab PMR
3. Latih tubi
Pendidikan Islam 1. Memperkasa P&P.
2. Tuisyen Percuma.
3. Program Gemilang.
4. Program Cemerlang.
5. Seminar Teknik Menjawab.
6. Latih Tubi.
7. Kem Akademik.
8. Smart Hafazan.
9. Solat Hajat dan Qiamulaill.
Matematik 1. Kem Matematik
2. Seminar Matematik.
3. Program Mentor Mentee.
Sains 1. Kursus Penandaan dan Teknik Menjawab Sains PMR pada semua guru
Sains menengah rendah
2. Guru penanda kertas PMR mengajar murid tingkatan 3.
3. Latih tubi dalam Jadual anjal
Kemahiran Hidup 1. Pintar KHB
2. Bestari.
3. Bantuan Buku.
5.0 Respon dan Cadangan Pengerusi

Pengerusi meminta PK Pentadbiran, Guru Kanan dan Kaunselor masuk ke setiap kelas dan
member i ingatan kepada setiap murid supaya mereka berusaha untuk mencapai ETR sekolah.
Pengetua meminta PK Pentadbiran membuat jadual lawatan ke kelas-kelas untuk
menyampaikan mesej bahawa murid-murid perlu berusaha gigih untuk member kejayaan
kepada diri sendiri dan juga kejayaan kepada sekolah. Kita perlu percaya dan beri kepercayaan
bahawa mereka mampu mencipta kejayaan dan mereka berhak untuk mendapat A dan lulus
dalam peperiksaan PMR. Pengerusi meminta PK Pentadbiran dan Setiausaha Peperiksaan
PMR membuat HC dan menyusun murid-murid sebelum peperiksaan pertengahan tahun
supaya sasaran sekolah untuk mencapai peratus kelulusan melebihi 60% dapat dicapai. Guru-
guru matapelajaran akan membuat HC dan guru penyelaras akan memasukan markah dan
menyelaraskan GPS dan peratus untuk ETR sekolah. Pihak sekolah perlu meletakkan sasaran
tersendiri walaupun sasaran akan ditentukan oleh PPD.

Pengerusi meminta beliau dijadualkan untuk memasuki kelas-kelas tingkatan 3 pada waktu
pendidikan seni kerana beliau ingin memberi focus pada setiap kelas agar murid-murid member
i perhatian yang serius dalam pembelajaran mereka seterusnya mencipta kecemerlangan
dalam peperiksaan PMR. Beliau juga minta penyelaras KRK mengatur pertemuan beliau
bersama murid 3 RK1 dan 3 RK2 sebelum ujian pertama 2011.

Pengerusi mengingatkan bahawa bilangan murid yang ramai tidak boleh dijadikan alasan untuk
tidak cemerlang. Guru-guru SMK Kulai Besar tidak boleh menyebabkan murid gagal . Guru-
guru perlu bangkit untuk meningkatkan pencapaian murid-murid tahun ini. Guru-guru perlu
memperbaiki cara mengajar dengan strategi dan pendekatan yang berkesan. Ini membolehkan
murid-murid menjawab dengan lebih baik. Guru-guru perlu member focus kepada murid yang
tidak mencapai objektif pembelajaran dan mengambil tindakan dengan memberi mereka
latihan tambahan. Guru-guru hendaklah mengenalpasti segala masalah murid dan
menyelesaikannya.

Pengerusi meminta guru-guru menyediakan modul mengikut aras. Murid cemerlang


menggunakan modul aras 3, murid sederhana menggunakan modul aras 2 dan murid lemah
menggunakan modul aras 1. Guru-guru diminta memberikan modul kepada murid setiap hari
untuk disiapkan sendiri di rumah. Pengerusi akan membantu guru dalam penyediaan kertas
modul kerana beliau mahu penggunaan modul ini member impak yang besar dan sangat positif
kepada murid-murid.

Pengerusi meminta ketua panitia melihat semula pencapaian tertinggi setiap matapelajaran
bagi tiga tahun semasa iaitu mulai 2008 hingga 2010. Sekiranya tiada pencapaian tertinggi
dalam tiga tahun semasa tersebut, ketua panitia perlu melihat pencapaian tertinggi yang pernah
dicapai sebelum itu untuk membuat unjuran peningkatan sebanyak 3 % secara
keseluruhannya. Pengerusi meminta ketua panitia melaporkan ETR 2011 kepada beliau
seminggu dari tarikh mesyuarat ini. HC bagi ETR yang baru ini akan disahkan sebagai HC baru
sekolah dan pihak sekolah tidak perlu menunggu HC yang ditentukan oleh PPD.

Semua guru diminta membuat unjuran ETR bagi setiap matapelajaran yang diajar sehingga
ianya membawa kepada peningkatan 3 % keseluruhannya. Semua guru hanya perlu menjaga
ETR kelas yang diajar dan pastikan peningkatan OTI diikuti. Guru perlu melihat prestasi murid
supaya mereka mencapai OTI yang akan datang. Perincikan TOV setiap murid untuk melihat
peningkatan mereka setiap kali peperiksaan.

Semua guru mesti menyiap HC kelas masing-masing. Setelah HC disiapkan, guru-guru


hendaklah merangka strategi dan program yang boleh meningkatkan peratus. HC dan ETR
murid perlu diawasi akan memastikan prestasi mereka meningkat. Ketua panitia perlu melihat
ETR dan OTI supaya peningkatan dari segi peratus kelulusan dan kualiti GPS dicapai.

Pengerusi meminta guru-guru meneruskan program-program yang telah membawa kejayaan


dan kecemerlangan kepada murid-murid tingkatan tiga 2010 manakala program-program-
program yang kurang berkesan hendaklah digantikan dengan program-program baru yang lebih
baik. Semua program yang dirancang perlu didokumenkan.

Pengerusi mengingatkan guru supaya mendidik murid –murid dengan bersungguh-sungguh


dan menjadi pendorong kepada mereka. Guru-guru diminta membimbing murid-murid dalam
menentukan kejayaan mereka supaya murid-murid dapat memotivasikan diri untuk belajar dan
mendapat keputusan cemerlang. Pengerusi meminta guru-guru melipat-gandakan usaha
supaya peningkatan 3% dicapai.

Pengerusi meminta guru-guru merancang program untuk kelas masing-masing mulai hari ini,
esok dan setiap hari sebelum peperiksaan PMR. Peperiksaan PMR adalah pada 4 Oktober
2011 hingga 13 Oktober . Guru-guru perlu mengingatkan murid-murid tarikh peperiksaan PMR
dan minta bersedia setiap hari menjelang tarikh tersebut.

Pengetua mengingatkan guru-guru bahawa 10 matapelajaran daripada 11 matapelajaran PMR


2010 tidak mencapai ETR yang disasarkan. Guru-guru hendaklah berusaha berlipat kali ganda
untuk mencapai sasaran ETR. Semua barisan pentadbir , guru kanan dan semua guru perlu
turut serta dalam memastikan peningkatan pencapaian murid dari segi kuantiti dan kualiti
dicapai.

Guru-guru perlu menetapkan sasaran perfect score seramai 21 orang daripada 28 orang murid
KRK. Murid-murid ini perlu diingatkan bahawa mereka adalah calon perfect score. Pengerusi
menegaskan sepatutnya semua murid KRK mendapat perfect score. Manakala murid-murid
dari kelas A dan B boleh dibantu untuk mendapat perfect score. Pihak sekolah akan
menulis surat kepada ibubapa untuk memberitahu bahawa anak mereka adalah calon
perfect score. Sekiranya anak mereka gagal mendapat perfect score, pihak sekolah berhak
mengeluarkan mereka ke kelas biasa. Oleh itu, pengerusi meminta guru-guru berusaha agar
murid-murid ini mendapat perfect score kerana mereka adalah pelanggan yang sangat
berpotensi. Peranan guru hanya untuk menggilap dan member i pengukuhan ke arah
kecemerlangan perfect score.

Pengerusi meminta PK pentadbiran menyusun jadual anjal iaitu selama 5 minggu, diadakan
selepas peperiksaan percubaan PMR. Guru-guru matapelajaran akan membuat HC dan guru
penyelaras akan memasukan markah dan menyelaraskan GPS dan peratus Murid-murid
tingkatan 3 akan diletakan dalam 3 kelompok iaitu murid cemerlang, murid sederhana dan
murid lemah. Sekiranya kelompok itu besar murid-murid akan diasingkan dalam kumpulan-
kumpulan kecil. Guru-guru petang akan diminta datang mulai pukul 10.00pagi bagi membantu
mengajar mereka topic-topik tingkatan 1 dan 2 yang gagal dikuasai semasa peperiksaan akhir
tahun 2010 mengikut analisis item. Potensi murid harus dikembangkan supaya mereka lebih
yakin untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan.

Pengerusi meminta panitia setiap matapelajaran menyediakan modul 3 aras untuk digunapakai
oleh murid-murid pada masa ini dan selepas peperiksaan percubaan PMR nanti seperti
berikut:

Murid 3RK1, 3RK2, 3A dan 3B: Modul Aras 1, Aras 2 dan Aras 3.
Murid 3C,3D,3E dan 3F Modul Aras 2 dan Aras 1
Murid 3G,3H dan 3I Modul Aras 1

Pengerusi meminta modul ini disiapkan segera dan diserahkan kepada beliau untuk
penyemakan dan pengesahan dan akan diperbanyakkan untuk kegunaan murid di rumah dan
di sekolah. Modul-modul ini hendaklah didokumenkan dan difailkan.
Pengerusi akan meletakkan calon perfect score di bilik mesyuarat untuk dikuarantin kerana
mereka akan diberi latih tubi yang maksimum soalan-soalan peperiksaan dari negeri-negeri
lain disamping modul yang disediakan oleh pihak sekolah.

Guru-guru perlu merujuk analisis item setiap murid untuk membantu mereka mendapat
keputusan yang lebih baik. Guru-guru perlu sentiasa memberi harapan kepada murid
bahawa mereka mampu mendapat markah yang lebih baik . Murid-murid yang ada peluang
peningkatan dari gred B kegred A dan bagi yang gagal mereka masih ada peluang untuk
lulus. Jangan abaikan murid gagal terutama murid-murid dari kelas 3G, 3H dan 3I.
Pengerusi meminta guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mendapat markah 20%
dibimbing supaya mendapat gred D dan murid-murid yang mendapat markah 10% juga
dibantu untuk lulus dalam PMR.

Pengerusi meminta PK Pentadbiran menyediakan fail kepada setiap guru yang mengandungi
jadual anjal dan semua program yang diadakan sehingga peperiksaan PMR. Jadual anjal
hanya untuk guru dan murid tidak akan diberitahu matapelajaran yang akan mereka hadapi
setiap hari.

Pengerusi meminta PK Pentadbiran mengekalkan guru matapelajaran setiap kelas hingga akhir
tahun dan semua guru yang mengajar kelas tingkatan 3 adalah guru terlatih. Guru-guru
tersebut hendaklah dikurangkan waktu mengajar supaya guru-guru ada masa untuk memikirkan
kaedah dan strategi membantu murid mencapai peningkatan dalam peperiksaan.

6.0 Hal-hal lain

6.1 Puan Mardiana menyatakan bahawa panitia Pendidikan Islam sukar untuk
melaksanakan program-program peningkatan kerana tidak diberi ruang dalam jadual kerana
tidak dianggap kritikal.

6.2 Puan Khoo Peik Ing menyatakan murid-murid Cina adalah secara tradisinya mengambil
matapelajaran Bahasa Cina jika mereka berasal dari SJKC, walaupun mereka tidak boleh
menulis dan membaca dalam Bahasa Cina.

6.3Pengerusi memaklumkan bahawa semua matapelajaran mempunyai hak yang sama rata
untuk menjalankan program dan akan diberi ruang untuk berbuat demikian, termasuk
matapelajaran Pendidikan Islam.

Pengerusi meminta Puan Khoo Peik Ing berbincang dengan murid-murid Cina yang tidak boleh
menulis dan membaca dalam Bahasa Cina supaya tidak mengambil matapelajaran tersebut
dalam PMR. Pengerusi meminta Puan Khoo Peik Ing merasionalkan mereka selama mereka
bersekolah di SMK Kulai Besar sejak tingkatan satu bahawa mereka tidak pernah lulus dalam
matapelajaran Bahasa Cina dan keputusan tersebut hendaklah ditunjukan. Kepada murid yang
ingin mengambil matapelajaran Bahasa Cina hendaklah dilatih tubi mulai sekarang
menggunakan modul 3 aras.

Pengerusi membenarkan 2 masa kepada guru tingkatan untuk membimbing murid-murid


menyiapkan kad HC mereka. Ini penting kerana murid perlu tahu bahawa guru-guru adalah
sangat serius terhadap pencapaian mereka. Guru tingkatan perlu sentiasa mengingatkan
murid-murid mengenai pencapaian mereka dalam setiap kali peperiksaan. Pengerusi meminta
guru tingkatan menghantar murid kepada kaunselor sekiranya murid berkenaan mengalami
penurunan dalam pencapaian mereka. Kaunselor hendaklah berbincang dengan murid dan
ibubapa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Pengerusi meminta setiausaha peperiksaan mengadakan inhouse training kepada guru-guru cara
menetapkan HC. Semua guru mesti menguasai pengurusan HC.

Pihak sekolah akan mengadakan Majlis Akujanji PMR 2011 untuk murid- murid tingkatan 3, yang
akan disaksikan oleh PIBG, pengetua dan Pegawai PPD . Pengerusi mengingatkan bahawa semua
guru memikul tanggungjawab meningkatkan peratus PMR sebanyak 3% dari peratus tertinggi yang
pernah diperolehi untuk memastikan SMK Kulai Besar mendapat tempat ke 8 dalam daerah pada
peperiksaan PMR 2011 ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................... ...........................................
(Roha binti Yatin) ( )
Setiausaha Pengerusi

You might also like