Pencemaran Alam Sekitar

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 35

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan
projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-
masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-
kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini
mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan
manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif
pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan
dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti
manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan
Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan
bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-
sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan
berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada
kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan
haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7Pencemaran sungai dan kolam


Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah
ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep
pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada
pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia
yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap
makhluk hidup adalah berbeza.
Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan
kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

b)Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.

Pencemaran udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun
2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan
setahun.
Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana
kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran
terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau
membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam
bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur
Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri .

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam
kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak
1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan
menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.
Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas
karbon dioksida pada kenderaan.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa
elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.
Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu
sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap
ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan
kepada pencemaran udara.

Pencemaran air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak
sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari
segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan
pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air
merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga
merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang
dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke
dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya
banjir akan berlaku.
Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang
kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti
haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan
ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan
pembangunan industri.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan
perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan
mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap
persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba
mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan
alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam
sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.
Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan
pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang
keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil
rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .
3. Pencemaran laut
 Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.
b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.
c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh
burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian
memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan
radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Rajah 1.5 Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai.

4.Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya
pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada
berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran
tanah.
d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan
indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk
menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah
sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah
dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari
tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara
meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar,
penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah
runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah
tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi
merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah
secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan
tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Rajah 1.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

5.Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi
biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-
masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan
selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya


daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu
ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran
bunyi.

Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun
dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan
sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan
pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan
dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat
punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan
udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai
peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.
Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat
pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI  MODEN


Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai
contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin  untuk membersihkan tumpahan minyak di
laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain,
bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang
bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh
digunakan untuk menghasilkan metana.
Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan
dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu
hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang
menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan
mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM


Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut
dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka
perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab
pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.
Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam
sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul
akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada
peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata
pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains
Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media
massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu,
terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. 

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan
patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja.
Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang
melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.
Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada
Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan
yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang
bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali.
Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula
menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih
racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di
panjangkan usianya.
Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:
a.Pameran
b.Kempen-kempen
c.Pertandingan
d.Projek  Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM


Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran.
Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.
Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa
yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan
keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan
pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar
masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR


Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan.
Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar
semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap
peserta-pesertanya.
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-
cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam
sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang
boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.
Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan
kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu
kawasan. Selain itu, ia juga dapat
,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan
kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.
Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain
membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.
C.PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran
tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami
apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga
mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan
kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah
baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada
orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga
dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.
D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum
akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak
membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada
membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-
bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada
manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh
manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur
darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma,
kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata
merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

 Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses


pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini
menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan
sampingan kepada kesihatan kita.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan
industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

 Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida
(pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur
dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas
antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan
peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

 Sulfur dioksida
 Karbon monoksida
 Nitrogen dioksida dan ozon
 Alergen
 Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

 Pelepasan asap kenderaan


 Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/
bateri kereata
 Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
 Pembakaran hutan
 Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
 Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
 Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

 Kesihatan terjejas
 Pertanian yang tidak produktif
 Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
 Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit
Mikamas, 1996

Pencemaran air
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pencemaran sungai
Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair
sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti
manusia.

[sunting] Malaysia
Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia
dan najis binatang ternakan seperti ayam,babi,lembu dan lain-lain ke dalam
sungai.Sungai Semenyih,sebagai contoh pernah dicemari dengan puluhan ladang babi
pada tahun 1980-an.

Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada
pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam
longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara ke atas
Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai,Pulau Pinang menunjukkan warna air di
Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.

Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga
menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja
tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan najis manusia tidak
dirawat dengan betul. Kes ini didedahkan kepada wartawan dan ditontonkan di
televisyen. Selepas itu barulah Majlis Daerah Cameron Highland turun padang untuk
mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan.

Pengilang dari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di
kawasan terpencil di Johor,Malaysia. Beberapa negara maju membuang sisa radioaktif
dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangkannya ke
dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk kononnya
akan dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar laut terutama di Laut China Selatan.
Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu wujud 'pulau
sampah' secara terancang atau tidak dirancang. oleh itu, kita mesti menjaga dan
memulihara air kita.

[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air"
Kategori: Bekalan air | Pencemaran air | Sains alam sekitar

Related searches: pencemaran air di malaysiapencemaran udara di


malaysiawater pollution
Search Results

The core of environmental Pencemaran air ini berlaku Pencemaran air juga akan
700 × 409 - 63k - gif 1024 × 768 - 129k - jpg 400 × 300 - 40k - jpg
landungtj.blogspot.com gcgeografismkkn.blogspot.co bmpk12.blogspot.com
Find similar images m Find similar images
Find similar images

Pencemaran air adalah suatu Pencemaran air adalah Spoiler for pencemaran air:
362 × 275 - 34k - jpg suatu 399 × 600 - 276k - jpeg
makalahsekolah.wordpress.com 292 × 320 - 41k - jpg kaskus.us
Find similar images niki21mei.wordpress.com Find similar images
Find similar images

kepada pencemaran air di tingakat pencemaran air Sumber pencemaran air yang
450 × 319 - 38k - jpg 330 × 244 - 37k - jpg 315 × 236 - 39k - jpg
mhafiznizam.blogspot.com aga152aulia.wordpress.com idkf.bogor.net
Find similar images Find similar images Find similar images
Punca berlaku pencemaran Secara umum bahan PENCEMARAN AIR
640 × 480 - 86k - jpg pencemar air 400 × 346 - 21k - jpg
sayangialamsekitar.blogspot.co 320 × 210 - 25k - jpg bmpengurusankumpulan15.blog
m minidisini.wordpress.com m
Find similar images Find similar images

adalah pencemaran air, PENCEMARAN AIR tentang pencemaran air


400 × 233 - 19k - jpg 360 × 412 - 59k - jpg 315 × 236 - 29k - jpg
yosnex.blogsome.com members.fortunecity.com gemaalam.wordpress.com
Find similar images Find similar images Find similar images

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada
dari segi  biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di
laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan
pencemar dari kilang.

Punca Pencemaran

 Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti  sisa toksid dibuang ke sungai
atau laut.
 Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
 Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan
hakisan tanah yang seterusnya  mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan
mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

Kesan Pencemaran

 Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain.
 Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan
minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
PENCEMARAN BUNYI

Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi
pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak
bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada
penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

Klasifikasi Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

 Kebisingan selenjar
Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila
seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
 Kebisingan fluktasi
Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang
tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih
cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja.
Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.

 Hentakan impuls
Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh :
tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap
ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini
intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan
tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan
memberi kesan yang lama terhadap getaran.
 Kebisingan selang-seli
Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising 
menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang
sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran
tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik
intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak
disorongkan.

Punca Pencemaran

Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :

 Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material,


jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan
memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
 Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di
dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
 Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga .
 Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat .
 Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi :


 Wujud pelbagai penyakit
 Menjejaskan produktiviti
 Gangguan psikologi
 Hilang imbangan diri
 Pekak
 Kesan kepada ibu yang mengandung

Sumber :

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit
Mikamas, 1996

Pencemaran bunyi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebuah pesawat Boeing 747-400 berlalu agak dekat dengan rumah sebelum mendarat di
Lapangan Terbang Heathrow London.

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan
atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau
haiwan.

Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi
kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api.[1][2] Perancangan bandar yang
lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman
bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman.

Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta,
siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan,
peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan
lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising.

Isi kandungan
[sorokkan]
 1 Kesan pada kesihatan manusia
 2 Kesan alam sekitar
 3 Kesan pencemaran bunyi di UK
 4 Pengurangan dan mengawal bunyi
 5 Rujukan

 6 Pautan luar

[sunting] Kesan pada kesihatan manusia


Kesan kesihatan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara
semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi
yang tidak diingini ini mampu merosakkan secara fisiologi dan kesihatan fisiologi .
Pencemaran bunyi mampu menyebabkan rimas dan agresif, hipertensi, tahap tekanan
tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.[3][4][5][6] Lebih
lanjut lagi, tekanan dan hipertansi adalah punca utama masaalah kesihatan, di mana
telinga berdengung tinitus boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya
ingatan, tekanan teruk dan kadang-kala serangan panik.[4][7]

Pendedahan kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran


akibat bising. Lelaki berusia yang didedahkan kepada bising pengilangan menunjukkan
statistik jelas pengurangan sensitif pendengaran berbanding sejawat yang tidak terdedah,
sungguhpun perbezaan dalam sensitif pendengaran berkurangan dengan masa dan kedua-
dua kumpulan sukar dibezakan pada usia 79.[8] Perbandingan dengan puak Maaban di
Ghana, yang tidak begitu terdedah kepada kebisingan pengangkutan atau perkilangan,
berbanding penduduk Amerika Syarikat biasa, menunjukkan bahawa pendedahan kronik
kepada bising persekitaran tahap bising serdahana menyumbang kepada kehilangan
pendengaran.[3]

Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan
pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal mampu
menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan
peningkatan tekanan perasaan [3] dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan
tekanan darah dilihat di atas termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.

Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan orang ramai. Kajian 2005 oleh
penyelidik Sepanyol mendapati bahawa penghuni kawasan bandar sanggup membayar
sekitar empat Euro setiap decibel setahun bagi pengurangan bunyi.[9]

[sunting] Kesan alam sekitar


Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat
risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak
pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan
terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh
mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal.[10]
Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi
bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan.
Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri
mereka menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.[11]

Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai
tindak balas vokal Lombard.[12] Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang
menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan.[13]
Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh
bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian
mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat,
ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi
akhirnya bercakap lebih kuat.

Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih
cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran
bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana
ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan
lebih jelas.[14] Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu
siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding pencemaran
cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut.

Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi
trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang
biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik
dan evolosi yang besar.[15]

[sunting] Kesan pencemaran bunyi di UK


Angka yang dikumpulkan oleh Rockwool, pengilang kapas mineral penebat bangunan,
berdasarkan tindak balas pihak berkuasa tempatan kepada permintaan berasaskan Akta
Kebebasan Maklumat ("Freedom of Information Act - FOI") menunjukkan dalam tempoh
April 2008 - 2009 majlis dewan menerima 315,838 aduan berkait pencemaran bunyi dari
kediaman persendirian. Ini menyebabkan pegawai kesihatan persekitaran diseluruh UK
mengeluarkan 8,069 notis pengurangan bunyi, atau sebutan di bawah syarat Akta
Tingkah-laku Anti-Sosial ("Anti-Social Behaviour (Scotland) Act"). Dalam tempoh 12
bulan terakhir, 524 rampasan peralatan telah dibenarkan termasuk mengalih pembesar
suara, stereo dan televisen kuat. Majlis Dewan Bandar Westminster telah menerima
aduan tertinggi bagi setiap seorang penduduk berbanding daerah lain di UK dengan 9,814
aduan mengenai bunyi, yang bersamaan dengan 42.32 aduan setiap seribu penduduk.
Lapan dari 10 majlis tertinggi menurut aduat setiap 1,000 penduduk terletak di London.
[16]

[sunting] Pengurangan dan mengawal bunyi


Tiub bunyi di Melbourne, Australia, direka bagi mengurangkan bising laluan jalan tanpa
mengurangkan kecantikan kawasan tersebut.

Teknologi bagi mengurangkan atau menyingkir bunyi boleh dilaksanakan seperti berikut:

Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi jalan termasuk: penggunaan


halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan,
menghadkan kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik
bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam
perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu
menangani topografi, meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis tempatan.
Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada penyelesaian
ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan.

Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin
jet yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an.
Strategi ini telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar.
Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan
landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang.
Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat
kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh
Amerika Syarikat.

Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan
termasuk reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan
fizikal di tempat kerja.

Amerika Bebas Bising ("Noise Free America"), pertubuhan anti pencemaran bunyi,
sering melobi bagi perlaksanaan undang-undang bunyi disemua tahap kerajaan.[17]

[sunting] Rujukan
1. ↑ Senate Public Works Committee, Noise Pollution and Abatement Act of 1972,
S. Rep. No. 1160, 92nd Cong. 2nd session
2. ↑ C. Michael Hogan and Gary L. Latshaw, The relationship between highway
planning and urision specialty conference, 21-23 Mei 1973, Chicago, Illinois. by
American Society of Civil Engineers. Urban Transportation Division
3. ↑ 3.0 3.1 3.2 S. Rosen and P. Olin, Hearing Loss and Coronary Heart Disease,
Archives of Otolaryngology, 82:236 (1965)
4. ↑ 4.0 4.1 J.M. Field, Effect of personal and situational variables upon noise
annoyance in residential areas, Journal of the Acoustical Society of America, 93:
2753-2763 (1993)
5. ↑ "Noise Pollution". Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
http://www.euro.who.int/Noise.
6. ↑ "Road noise link to blood pressure". BBC News.
http://news.bbc.co.uk/1/hi/health/8247217.stm.
7. ↑ Karl D. Kryter, The Effects of Noise on Man , Academic Press (1985)
8. ↑ Rosenhall U, Pedersen K, Svanborg A (1990). "Presbycusis and noise-induced
hearing loss". Ear Hear 11 (4): 257–63. doi:10.1097/00003446-199008000-
00002. PMID 2210099.
9. ↑ Jesús Barreiro, Mercedes Sánchez, Montserrat Viladrich-Grau (2005), "How
much are people willing to pay for silence? A contingent valuation study",
Applied Economics, 37 (11)
10. ↑ Effects of Anthropogenic Noise in the Marine Environment
11. ↑ Bahamas Marine Mammal Stranding Event of 15–16 March 2000
12. ↑ www.dosits.org/glossary/pop/lvr.htm
13. ↑ Variation in humpback whale (Megaptera novaeangliae) song length in relation
to low-frequency sound broadcasts
14. ↑ Fuller RA, Warren PH, Gaston KJ (2007). "Daytime noise predicts nocturnal
singing in urban robins.". Biology Letters 3: 368–70. doi:10.1098/rsbl.2007.0134.
15. ↑ Milius, S. (2007). High Volume, Low Fidelity: Birds are less faithful as sounds
blare, Science News vol. 172, p. 116. (references)
16. ↑ "London is home to the noisiest neighbours". London Evening Standard.
http://www.thisislondon.co.uk/standard/article-23714071-
details/London+is+home+to+the+noisiest+neighbours/article.do.
17. ↑ http://www.noisefree.org

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan
dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau
fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran
menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna
menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

Punca Pencemaran

 Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja
atau ditanam dalam tanah ).
 Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak
sistematik.
Kesan Pencemaran

Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU


GLOBAL YANG MEMERLUKAN PENELITIAN BERSAMA DI
PERINGKAT ANTARABANGSA . BINCANGKAN .

 
PENGENALAN

Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan
banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-
dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan
'memerlukan penelitian bersama' .

Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama'


membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu
dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini
adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan
akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi
mengatasi masalah ini .

Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab
atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam
sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu
memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?

Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering
menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya
dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang
individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin
rumit .

Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa
kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini
membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan
sumber untuk permintaan ini .

Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .

 Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api,
air dan juga tanah .
 Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .

Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau,
permusnahan ozon dan hujan asid .

Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk
seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah
tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun
begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca
daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang
dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .

Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Jenis-jenis pencemaran

Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua
jenis iaitu :

 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang


berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan
gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang


dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya
adalah:

a. Pencemaran Udara

Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang


terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan
pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b . Pencemaran Air

Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia,


haba, pembuangan sampah dan sebagainya .
c . Pencemaran Tanah

Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan,


pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .

Kesan-kesan Pencemaran

 Mengancam Kesihatan Manusia

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara
kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat
berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi
pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya
pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya
terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui
penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .

Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang
masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan
dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada
yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah
membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

 Mengancam tumbuhan dan binatang

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan
turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak
membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke
laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia
membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan
tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .

Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan
tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan
sumber air tersebut .

Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di
Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba
menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih,
kemudian berlari tidak menentu lalu mati .

Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun
1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun
selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan
dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai
akuakultur .

 Kerosakan Harta Benda

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut
taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta
benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu
Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan
oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda
yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di
kawasan yang terlibat .

 
 
 
 
 
 
 
 
 
LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU
PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR
Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah
mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian
serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat
dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan
pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh
memudaratkan kehidupan masyarakat .

Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan
pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari
negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .

1. Pencemaran Laut

Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak
dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan
minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak
telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan
dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia .
Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat
Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber :
Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )

Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik
tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah
berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan
kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk
memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh
aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan
Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik
(Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)

 Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di


rantau Asia Tenggara .

Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan
Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk
mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha
untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara .
Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-
negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .

Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai
untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun
tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah
didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan
minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos
yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .

Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan
pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai
Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di
Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan
serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan
Malaysia .

Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut
mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-
badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau
dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan
isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability
(TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak
ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang
canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan
pembersihan kawasan tumpahan minyak .

Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk
mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya
telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat
itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari
pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan
Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan
Australia .

Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan
ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan
minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras .
Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :

I. Cara mengepung dan mengumpul tumpahan


II. Menggunakan dispersent dan bahan kimia
III. Pembersihan pantai
IV. Dibiarkan sahaja

Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal
tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :

I. Lokasi tumpahan
II. Kuantiti tumpahan
III. Jenis tumpahan
IV. Keadaan laut
V. Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan


menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat
tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah .
Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang
terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan
apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan
melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama
peringkat wilayah ini ialah :

I. Rancangan Kontigen Lombok - Makasar


II. Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore
III. Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam
IV. ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)

Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara
objektifnya ialah :

I. Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi
menghadapi tumpahan minyak.
II. Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi
peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.
III. Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal
aliran minyak.

Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak
berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara
berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di
kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation
Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama
menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah
didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim
ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari
tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai
3000 orang.

Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara
berleluasa. Antaranya ialah :

I. Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam


dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.
II. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang
diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang
mencemar laut dan pantai.
III. Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara
berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk
meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya.
IV. semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.
Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah
pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia
berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar
(JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan
PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya
dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.

2. Pencemaran Udara

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa
perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya
yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang
bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era
kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95%
kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan
raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun,
perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar.
Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan
keburukan.

Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar
yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta
tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan
hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah
hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan


64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42%
Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74%
Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak
diketahui jumlah peratusannya.

Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka
jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan
punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang
dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api,
menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan
tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang
menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia,
berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi
daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan
kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

 Langkah Penyelesaian
Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian
serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air
Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon
Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara
mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri
pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic
Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara
menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.
Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh
mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin
atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan
minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk
mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan
masyarakat umum, terutamanya penghuni kota.

Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan
kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli
(natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-
bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum
dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan
Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila
menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.

Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan
sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis
minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa
menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk
dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan
bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang
perihatin terhadap persekitaran.

Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga


sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan
udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam
sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada
separuh daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut
terletak dibahu kita sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif
penggunaan kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap
cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting.

Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan
bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh
menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak
hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman
udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap
sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan
belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh
mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat
mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan
seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja


menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak
dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa
banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir
sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan
jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik
untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.

Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi


hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan
bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan
kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di
samping mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.

3 . Pencemaran Darat

Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti
hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api,
mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan
perkhidmatan .

Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan
dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan
menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan
sumber-sumber alam semula jadi .

Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati
membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi
pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan
nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi
eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan
sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .

Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan
kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih
untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di
sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140
juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi
akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka
penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India
dan lain-lain .

Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos
Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa
yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia
dalam menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara
meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam
sekitar .

 Langkah penyelesaian

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan


negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan
pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan
supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan
pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah
memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .

Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika
pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan
hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :

1. Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke


setahun .
1. Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan
hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .
1. Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan
penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .
1. Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .

Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai


undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing .
Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan
tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat
beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa
penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka .
Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam
menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .

 
KESIMPULAN
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan
berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan
bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita
sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh
timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk
hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia
mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap
hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar
supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara
dan bekalan air yang bersih.

Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang
harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul
dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh
agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini.
Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang
awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran
laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang
padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi
pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut
tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri
tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang
yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan
berulang lagi.

Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan


kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam
sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang
harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan
bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan
sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah
diciptakan.

 
 

BIBLIOGRAFI
Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik
Khas, 1991.

Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor
Terhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.

Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.

Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan
dan Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.

Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei
1994.

Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.

Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-


masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

     

1 Pengenalan 1

     
2 Langkah-langkah Bersepadu Penyelesaian Isu 7
Alam Sekitar

     

3 Kesimpulan 20

     

4 Bibliografi 22

You might also like