Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Hakisan Tanah Di Malaysia

Hakisan ialah proses pemechan


ketulan-ketulan tanah dipermukaan
bumi dan pemindahannya ke tempat
lain oleh air atau angin yang bergerak.

Air merupakan agen yang sangat


berbahaya berbanding angin. Air
bukan sahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan
menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur
ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian.

hakisan tanah merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah
dan boleh menyebabkan kematian.Hakisan tanah merupakan kejadian geologi yang
termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun,
dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam
merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:

 hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
 Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
 gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah
runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
 letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran
sampah.
 gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan
keruntuhan cerun lemah.
 berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu
atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang
memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
 Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
 pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium
kepada batu asas. 

Bentuk Hakisan

Terdapat dua bentuk hakisan, iaitu hakisan geologi dan hakisan tercepat. Haksian geologi
terjadi dengan sendiri yang disebabkan oleh keadaan semulajadi, prosesnya perlahan dan
tanah terhakis adalah sedikit. Manakala hakisan tercepat berlaku daripada aktiviti
pembangunan tanah terutama jika dibuat dikawasan curam. Walaubagaimana pun
pengawalan hakisan adalah sangat perlu.

Jenis Hakisan Tanah    

1. Hakian Serata

2. Hakisan Alur

3. Hakisan Gaung

4. Hakisan Tebing Sungai

5. Tanah Runtuh

Di dalam eksperimen yang di jalankan di dalam kelas didapati tanah yang ditutupi oleh
rumput kurang mengelunsur kerana tanah tersebut dicengkam oleh akar rumput. Jenis
rumput yang sesuai untuk tanaman ini ialah rumput Brachiaria humidecola adalah sejenis
rumput perennial, agressif serta menjalar, ianya mudah bertumbuh di kebanyakan
kawasan pada umumnya dan sesuai dikawasan yang berpaya dan lembab (water logged
atau wet area). Jenis rumput ini boleh dikenali dari bentuk daun yang tajam dipenghujung
bahagianya dibandingkan dengan daun Brachiaria decumbens. Jenis rumput ini mudah
ditanam secara keratan dengan jarak antara 1 - 3 m. Walaupun demikian penanaman
secara biji benih memakan masa yang agak lama untuk bercambah dibandingkan dengan
tempoh yang diperlukan oleh jenis rumput yang lain seperti   B. decumbens Panicum
maximum, dan Setaria sphacelata (anceps) cv. kazungula. Tanaman bercampur kekacang
adalah sukar oleh kerana stolon rumput yang begitu agressif menghalang pertumbuhun
lain-lain jenis rumput. Ini merupakan suatu kebaikan yang juga digunakan bagi tujuan
mengatasi masalah hakisan tanah.

Tanah di kawasan yang berhutan ternyata masih kekal kesuburannya disebabkan oleh
kurangnya kejadian hakisan. Lindungan yang diberikan oleh daun-daun pokok dapat
mengelakkan tanah daripada ditimpa terus oleh air hujan. Daun yang gugur atau
tumbuhan yang mati dapat menambahkan bahan organanik di dalam tanah dan
memperbaiki lagi teksturnya. Tanah yang gembur dapat menyerap air dan mengurangkan
larian permukaan serta hakisan.

PANDUAN UNTUK MENGAWAL HAKISAN

Kerja-kerja membangunkan tanah bercerun untuk pertanian boleh dibahagikan kepada


tiga peringkat. Peringkat pertama ialah mengenai pembukaan kawasan, peringkat kedua
ialah mengenai pembinaan struktur pemuliharaan tanah dan yang ketiga mengenai
amalan agronomi yang sesuai untuk mengawal hakisan.

(i) Pembukaan Kawasan

Kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok, memotong kayu,


mencabut tunggul, membaris/ melonggok kayu, membakar kayu dan membersihkan
kawasan. Semasa menjalankan aktiviti ini beberapa peraturan di bawah hendaklah
diikuti:

a) Bagi kawasan yang luas, kerja pembukaan tanah hendaklah dijadualkan berperingkat-
peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan.
b) Pembukaan tanah lebih sesuai dilakukan pada musim kering.
c) Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman biasa seperti sayur-sayuran,
buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Sekiranya tidak perlu menebang bersih, seperti
untuk sistem tanaman agro-forestry, penebangan pokok secara selektif adalah
digalakkan. Pokok yang ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada
hakisan.
d) Tunggul-tunggul kayu hanya perlu dicabut jika sistem penanaman memerlukan. Bagi
tanaman jangka panjang seperti durian, getah dan kelapa sawit, tunggul-tunggul kayu
tidak menghalang kerja operaso ladang dan ia dapat membantu menakan hakisan.
e) Pembakaran sisa kayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Sisa kayu yang dilonggok
atau dibaris membantu menahan hakisan.
f) Pokok-pokok asal di tepi sungai dan taliair utama hendaklah dibiarkan bagi menahan
tebing daripada terhakis (river buffer zone)
Panduan yang lebih terperinci mengenai cara pembukaan kawasan bagi jenis-jenis
tanaman berikut mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual a. Panduan aktiviti dalam
Jadual a tersebut hendaklah digunakan bersama dengan panduan dalam Jadual b dan c.

(ii) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah

Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan. Sistem


perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat. Kebanyakan
struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang mudah didapati
seperti tanah, batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di bawah adalah sesuai
dibina dalam ladang-ladang pertanian.

1. Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit
hendaklah ditanam dengan rumput.
2. Perangkap kelodak (silt/pits)
3. Pentas untuk tapak pokok/tanaman
4. Teres-teres bagi menyekat larian air
5. Empangan kecil bagi menampan had laju air parit
6. Pembentungan di bawah jalan (culvert)
7. Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam

Panduan yang lebih terperinci mengenai keperluan membina struktur pemuliharaan tanah
bagi jenis-jenis tanaman mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual b.

(iii) Amalan Agronomi Untuk Mengawal Hakisan

Banyak amalan agronomi bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan


menambahkan hasil, tetapi turut juga memulihara tanah daripada ketandusan dan
mengawal hakisan. Berikut ialah amalan agronomi yang dapat mengawal hakisan dengan
berkesan.

1. Menanam penutup bumi seperti kekacang


2. Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah
3. Menanam rumput di tebing-tebing
4. Mengamalkan tanaman padat boleh melindungi permukaan tanah
5. Membajak secara minimum supaya tidak banyak tanah yang terhakis
6. Menanam mengikut kontor dapat menahan hakisan
7. Menanam tanaman selingan antara tanaman jangka pendek dengan tanaman
jangka panjang
rumput

You might also like