Surat Laporan Ian Januarai Jqaf 2011-2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA MUDA/YAN

JALAN BADLISHAH
TELEFON: 04-4212370
08000 SUNGAI PETANI FAX: 04-4235645
KEDAH DARUL AMAN http://www.ppdkmy.net

“KEDAH GEMILANG”
Ruj Tuan :
Ruj Kami : PPD/KMY/30/001/27 ( 32 )
Tarikh : 3 Mac 2011
28 Rabiul Awal 1432H

Guru Besar,
SK.................................
Daerah Kuala Muda/Yan.

Tuan,

LAPORAN PENCAPAIAN MURID PROGRAM j-QAF (JANUARI DAN FEBRUARI) SEKOLAH-


SEKOLAH PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF NEGERI KEDAH TAHUN 2011

Merujuk surat JPK (UG) 03-22/2984/11/Jld.9(14) bertarikh 26 Februari 2011 bersamaan 23hb Rabiul
Awal 1432 H.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam ,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sedang
berusaha mendapatkan laporan pencapaian murid-murid sekolah pelaksanaan program j-QAF yang telah
dilaksanakan di seluruh negeri Kedah dalam tempoh bulan Januari hingga Februari tahun 2011untuk
dilaporkan kepada Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Sehubungan itu dipohon kepada semua sekolah pelaksanaan Program j-QAF untuk melaporkan
pencapaian tersebut di atas mengikut format yang disertakan bersama surat ini ke Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan pada atau sebelum 9hb Mac 2011.

4. Serahan laporan pencapaian murid tersebut hendaklah disampaikan dalam bentuk MICROSOFT
EXCEL (SOFT COPY) dan HARD –COPY.

5. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut, bolehlah hubungi Ustaz Jamalluddin B.Said di
talian 019-4714346.

6. Kerjasama tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih .

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

( HAJI ABD GHANI BIN HARON, B.K.M)


Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan.

You might also like