Projek ABJK - LPKM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Kenali Kami

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah beroperasi pada 1 April 2007 berikutan
pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651). LPKM merupakan
sebuah badan berkanun yang pertama ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia.

Objektif utama LPKM adalah untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan
penglibatan masyarakat secara intensif yang digerakkan bersama melalui pertubuhan-
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

LPKM berperanan memacukan pengamalan cara hidup sihat dengan mengambil tindakan
atau menganjurkan aktiviti yang dapat memperkukuhkan kemahiran dan kemampuan
kesihatan seseorang individu, kumpulan atau masyarakat di samping mempertingkatkan
keadaan sosial dan persekitaran bagi memperbaiki kualiti hidup rakyat Malaysia.
 

Visi & Misi

VISI :

Ke arah masyarakat Malaysia yang sihat dan aktif

MISI :

Menjadi sebuah pusat kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang
promosi kesihatan malalui cara hidup, persekitaran dan masyarakat yand sihat.

Objektif & Fungsi

Objektif

 Untuk memajukan keupayaan pertubuhan-pertubuhan termasuk pertubuhan berkaitan


kesihatan dan berasaskan komuniti bagi promosi kesihatan;
 Untuk merancang dan melaksanakan program dan aktiviti promosi kesihatan
bagi faedah masyarakat, dengan memberi tumpuan khusus kepada golongan
remaja;
 Untuk membentuk dan menyokong program-program yang menggunakan pelbagai
strategi bagi mempromosi dan menyokong cara hidup sihat dan persekitaran sihat melalui
pelbagai lapangan atau setting dan sektor;
 Untuk membentuk dan menyokong program yang dapat menambahbaik kesihatan
rakyat  dengan cara mencegah, mengurang atau menghentikan penggunaan hasil
tembakau;
 Untuk membiayai penyelidikan yang relevan dalam promosi kesihatan; dan
 Untuk membiayai dan menyokong organisasi-organisasi sukan, rekreasi dan
kebudayaan dalam usaha mempromosikan cara hidup sihat dan persekitaran sihat.

Perkhidmatan
Teras perkhidmatan kami ialah membina upaya organisasi dalam bidang promosi kesihatan
melalui latihan dan pemberian geran atau lain-lain bantuan kewangan dari Kumpulan Wang
Lembaga bagi membantu program dan aktiviti promosi kesihatan.

Apa Itu Geran?

Suatu jumlah wang yang diberikan kepada mana-mana pertubuhan berdaftar oleh Lembaga
bagi membiayai perbelanjaan, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, apa-apa aktiviti atau
program kesihatan untuk dilaksanakan oleh pertubuhan berkenaan.

Kategori Geran

1. Projek Promosi Kesihatan


2. Sukan dan Rekreasi
3. Kebudayaan
4. Penyelidikan
5. Bina Upaya

Bidang Keutamaan Promosi Kesihatan


Bidang-bidang promosi kesihatan yang diberi keutamaan atau prioriti untuk sesuatu
permohonan adalah seperti berikut :  
1. Kawalan dan pencegahan penggunaan tembakau dan alkohol
2. Promosi cara hidup sihat seperti promosi senaman atau aktiviti fizikal dan makan cara
sihat
3. Kesihatan persekitaran
4. Kesihatan mental
5. Pencegahan kanser
6. Pencegahan diabetes
7. Pencegahan penyakit kardiovaskular
8. Pencegahan obesiti (kegemukan)
9. Kesihantan seksual (termasuk HIV/AIDS)
10. Penyelidikan di bidang promosi kesihatan
11. Promosi kesihatan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan
catatan : Walau bagaimanapun Lembaga berhak untuk mempertimbangkan dan
meluluskan mana-mana projek atau aktiviti di bidang-bidang kesihatan tertentu yang
dirasakan penting kepada pembangunan kesihatan awam masa kini atau di masa
hadapan.

Terma & Syarat Permohonan

1.1 Siapa yang layak memohon Geran?


Permohonan terbuka kepada semua pertubuhan kesihatan, sukan dan rekreasi, dan
kebudayaan yang berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (SC), Pendaftar
Pertubuhan Belia (ROY) dan lain-lain agensi kerajaan untuk melaksanakan program dan
aktiviti promosi kesihatan.
Pertubuhan-pertubuhan yang layak memohon geran adalah seperti berikut:
1. Pertubuhan yang tidak bermotifkan keuntungan (non-profit); atau
2. Syarikat berhad menurut jaminan (companies limited by guarantee) yang tidak
bermotifkan keuntungan (non-profit) seperti pertubuhan-pertubuhan
amanah/yayasan.
1.2 Program Atau Aktiviti Yang Layak Menerima Geran
 Program atau aktiviti yang mempromosikan kesihatan dan pencegahan penyakit.
 Program atau aktiviti bertaraf projek perintis yang boleh dijadikan sebagai contoh dalam
sektor dan masyarakat lain.
 Program atau aktiviti yang menggunakan pendekatan berasaskan masyarakat
serta menumpukan kepada isu kesihatan dan kumpulan sasar utama.
 Program atau aktiviti untuk menambahbaik kesihatan persekitaran melalui jalinan
kerjasama dengan pertubuhan dan agensi yang berkaitan.
 Program atau aktiviti yang mempromosikan kesihatan melalui bidang sukan, rekreasi
dan kebudayaan.
 Program atau aktiviti yang dahulunya dibiayai oleh syarikat-syarikat tembakau dan
alkohol.
 Program atau aktiviti promosi kesihatan yang melibatkan jalinan kerjasama/ perkongsian
di antara pelbagai agensi dan pertubuhan.
1.3 Pertubuhan Atau Program Atau Aktiviti Yang Tidak Layak Menerima Geran
 Pertubuhan atau gabungan yang menerima bantuan kewangan daripada syarikat
tembakau atau alkohol atau agen mereka.
 Permohonan daripada pertubuhan atau individu yang bermotifkan keuntungan,
perunding persendirian atau pertubuhan yang tidak berdaftar.
 Program atau aktiviti yang tujuan utamanya adalah untuk mengumpul dana,
menganugerah, membeli atau memberi hadiah.
 Program atau aktiviti yang menyokong mana-mana pertubuhan politik di semua
peringkat.
 Program atau aktiviti yang menjadi aktiviti teras agensi kerajaan atau merupakan
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Negeri, Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan.
 Program atau aktiviti yang berasaskan rawatan, pemulihan, terapi atau perkhidmatan
kesihatan.
 Program atau aktiviti yang tidak selaras dengan objektif dan fungsi Lembaga. 
1.4 Syarat-Syarat Kelulusan Permohonan
Kelulusan permohonan oleh Lembaga hendaklah tertakluk kepada kehendak yang berikut:
 program atau aktiviti promosi kesihatan menepati bidang keutamaan yang disasarkan
oleh Lembaga dan mampu mencapai objektif Lembaga;
 program atau aktiviti promosi kesihatan menumpukan kepada promosi cara hidup
sihat dan pencegahan penyakit;
 program atau aktiviti mampu membina keupayaan bagi promosi kesihatan bagi
pemohon itu sendiri dan benefisiarinya; dan
 potensi program atau aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan dan mengubah
sikap, tingkah laku dan cara hidup untuk memperbaiki taraf kesihatan. 
1.5 Syarat Utama Pelaksanaan Aktiviti
1. Semua pemohon yang berjaya mendapat geran projek hendaklah melaksanakan polisi
awam sihat dalam pertubuhan mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
Lembaga.
2. Penerima geran hendaklah mengiktiraf Lembaga secara lisan melalui pernyataan dan
bertulis melalui penggunaan logo di dalam apa-apa bahan promosi program atau aktiviti.
Jumlah maksima permohonan geran

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia tidak menetapkan jumlah maksima permohonan


geran. Pertubuhan anda boleh memohon geran mengikut jumlah serta kos sama ada
sebahagian atau sepenuhnya untuk membiayai perbelanjaan berdasarkan perlaksanaan
aktiviti dan projek. Walau bagaimanapun, perakuan dan kelulusan permohonan adalah
tertakluk kepada keputusan pihak Lembaga.

Tarikh tutup permohonan

Permohonan geran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dibuka sepanjang tahun.

Maklumat Pendaftaran Petubuhan

Pertubuhan anda dialu-alukan untuk menghantar maklumat pendaftaran pertubuhan kepada


Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Maklumat pendaftaran ini adalah bertujuan untuk
membolehkan kami mengemaskini semua maklumat pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar
secara sah dengan jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia (ROS), Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM), Pesuruhjaya Sukan (SC) dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Garis Panduan Permohonan Geran


 
 Projek Promosi Kesihatan
 Projek Sukan & Rekreasi
 Projek Kebudayaan
 Projek Bina Upaya
 Projek Penyelidikan

Bengkel
Bengkel Permohonan Geran LPKM
Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Penilaian & Perancangan Program, Lembaga Promosi
Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada
pertubuhan mengenai kaedah mengisi borang permohonan yang memenuhi syarat
permohonan dan kriteria yang ditetapkan.
Kepada pertubuhan yang berminat untuk menghadiri bengkel ini adalah dialu-alukan dan
sebarang pertanyaan mengenai bengkel ini, sila berhubung dengan urusetia :

1) En. Razmin Ramli : 03-8888 7700 sambungan  210 atau emel razmin@healthpromo.gov.my
2) Cik Yustina Ishak : 03-88888 7700 sambungan 214 atau emel yustina@healthpromo.gov.my

Jadual Bengkel Permohonan Geran :

BI NEGERI LOKASI TARIKH


L

       

1 Seremban, JKKN Negeri 15/5/2010 (Sabtu)


Negeri Sembilan
Sembilan

2 Kuching, JKN Sarawak 8/5/2010(Sabtu)


Sarawak

3 Arau, Perlis JKN Perlis 5/6/2010(Sabtu)

4 Kuantan, JKKN Kuantan 19/6/2010(Sabtu)


Pahang

5 Pulau Pinang JKKN Pulau 12/6/2010(Sabtu)


Pinang

6 Kota Kinabalu, JKN Sabah 22/7/2010(Khamis)


Sabah
7 Hulu Langat, Kolej Komuniti 18/7/2010(Ahad)
Kajang Hulu Langat,
Kajang

8 Kota Bahru, Bahagian 31/7/2010(Sabtu)


Kelantan Pengurusan
Farmasi,
Pengkalan
Chepa

9 Melaka JKKN / JKN 2/10/2010(Sabtu)


Melaka

10 Johor Bahru, JKKN/JKN Johor 16/10/2010(Sabtu)


Johor Bahru

11 Ipoh, Perak JKKN/JKN Perak 30/10/2010(Sabtu)

12 Kuala 6/11/2010(Sabtu)
Terengganu,
Terengganu

13 Shah Alam, JKKN/ JKN 13/11/2010(Sabtu)


Selangor D.E & Selangor
Kuala Lumpur
Atau JKWP

14 Alor Setar, JKN/JKKN 27/11/2010(Sabtu)


Kedah Kedah

15 Labuan, Wp JKWP Labuan 4/12/2010(Sabtu)


Labuan

16 Tawau, Sabah Tawau 13/12/2010(Sabtu)

17 Johor Bharu, Kompleks Belia 17/12/2010


Johor & Sukan Larkin (Jumaat)

18 Kelantan Hotel Raudah, 18/12/2010


Kelantan (Sabtu)

19 Kapit, Sarawak PKB Kapit 19/12/2010(Sabtu)

20 Sibu, Sarawak PKB, Sibu 26/12/2010(Sabtu)

21 Miri, Sarawak PKB, Sarawak 8/1/2011(Sabtu)

Aktiviti NGO
Antara Aktiviti-Aktiviti Yang dijalankan Oleh NGO
September 2010
Oktober 2010

November 2010

Disember 2010

You might also like