Pertamanya kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dengan
izin limpah serta kurnianya dapatlah kami melaksanakan tugasan kumpulan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia iaitu Dato’ Hj Arpan Shah Bin Satu kerana memberi kebenaran untuk mengadakan Kursus Induksi Bil 2/2011 ini. Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada En Mazlan Bin Ahmad selaku Ketua Cawangan Pembangunan Organisasi LPP merangkap Pegawai Penyelaras Kursus Induksi Bil 2/2011 ini serta ucapan terima kasih diucapkan kepada En Sahabudin Bin Ibrahim selaku Urusetia Kursus Induksi Bil 2/2011 kerana bertungkus lumus merancang, menjadualkan serta melaksanakan program-program yang telah diatur sehingga mencipta kejayaan di pengakhirannya. Mereka tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu yang dimiliki kepada pemacu ke-2 LPP yang bakal memimpin Lembaga Pertubuhan Peladang terus maju ke hadapan. Sekalung budi ditujukan juga kepada Tuan Pengurus Institut Pengurusan Peladang Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Pn Hajah Rokiah serta pihak pengurusan IPP kerana telah menyediakan kemudahan yang secukupnya kepada kami sepanjang kursus ini berlangsung. Bagi ahli kumpulan kami, seribu ingatan dan sejuta penghargaan kerana telah membanting tulang mencurahkan buah fikiran, memberikan kerjasama yang kuat serta semangat bersatu- padu yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Tanpa anda semua, kita tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini. Serta rakaman terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Kami mendoakan agar dibalas seribu rahmat yang tidak terasa nilainya….Aminnnn…