Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ZZZT2253 Pengurusan Emosi Emosi dan Kesihatan

Emosi memainkan peranan yang sangat penting terhadap sistem badan dan reaksi

manusia yang menjadikan manusia memiliki kehidupan yang sihat dan berkualiti. Emosi juga

berkait rapat tehadap tahap kesihatan manusia yang menjadi kayu ukur keberkesanan pengurusan

emosi seseorang manusia itu.

Menurut Bedworth dan Bedworth (1982), kesihatan mutu(kualiti), fizikal, fisiologikal

dan sosial yang membolehkan manusia menguruskan diri sendiri dan juga orang lain dengan

sepatutnya dalam pelbagai situasi. Mereka juga ada menyatakan bahawa kesihatan boleh dilihat

daripada beberapa dimensi iaitu fizikal, fisiologikal, mental dan sosial. Kenyataan ini sejajar

dengan definisi kesihatan yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan SeDunia (WHO) yang

menyatakan bahawa kesihatan merupakan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dan bukannya

hanya ketiadaan penyakit. Oleh itu, jelaslah bahawa kesihatan boleh dilihat daripada aspek

pengurusan emosi seseorang yang berkait rapat antara satu sama lain.

Dalam perbincangan ini, kesihatan manusia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

kesihatan positif dan kesihatan negatif. Kesihatan positif dan negatif ini wujud daripada lahirnya

variasi emosi yang mempengaruhi hubungannya dengan kesihatan. Bagi kesihatan positif, emosi-

emosi yang bersifat positif lebih dominan dalam mempengaruhi sistem tubuh badan dan sekali

gus memberi rangsangan positif kepada badan untuk kekal sihat dan cergas. Begitu juga

sebaliknya yang berlaku terhadap kesihatan negatif.

Kesihatan positif lahir daripada variasi emosi-emosi yang positif seperti gembira, kasih,

sayang dan kepuasan. Dengan adanya emosi-emosi sedemikian, sistem tubuh badan dengan

sendirinya akan bertindak balas dengan melahirkan ekspresi dan mimik muka yang tenang.
ZZZT2253 Pengurusan Emosi Emosi dan Kesihatan

Sebagai contoh, ekspresi muka seperti senyum dan ketawa merupakan reaksi tubuh badan yang

bertindak balas dengan emosi gembira mahupun suka. Menurut HelpGuide (sebuah laman web

kesihatan), ketawa merupakan ubat yang paling mujarab. Para saintis percaya bahawa ketawa

dan senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang

seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-

hormon.

Selain itu, senyum dan ketawa mampu menggalakkan sistem imunisasi tubuh badan. Ini

kerana ekspresi emosi gembira tersebut mengurangkan hormon-hormon tekanan(stress) dan

meningkatkan sel-sel imun yang mampu meningkatkan rintangan(resistance) terhadap penyakit.

Fakta semakin kukuh apabila ekspresi ketawa melahirkan pembebasan endorphins, sejenis bahan

kimia semulajadi yang baik untuk badan. Endorphins menggalakkan rasa tenang dan gembira

terhadap tubuh badan dan sekali gus melegakan secara sementara terhadap sesuatu kesakitan.

Tambahan pula, emosi positif dipercayai secara saintifik apabila ekspresi senyuman yang

diakhiri dengan ekspresi ketawa mengaktifkan bahan kimia di dalam badan dan secara tidak

langsung merendahkan risiko penyakit jantung. Ini kerana ketawa mampu meningkatkan fungsi

urat darah dan meningkatkan aliran darah, yang boleh membantu melindungi sistem badan

menentang serangan jantung dan masalah-masalah kardiovaskular yang lain. Fakta ini dibuktikan

melalui sebuah Pusat Perubatan Universiti Maryland apabila menjalankan kajian ke atas 300

responden dan mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung adalah mereka

yang kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Bagi kesihatan negatif pula, emosi-emosi negatif yang memainkan peranan penting

dalam sistem tubuh badan apabila sesuatu mekanisma bertindak balas dengan badan. Marah,
ZZZT2253 Pengurusan Emosi Emosi dan Kesihatan

sedih, takut dan malu merupakan contoh variasi emosi-emosi negatif yang wujud pada manusia.

Secara kebiasaanya, emosi marah dan sedih lebih dominan dalam mengganggu kesihatan tubuh

badan. Emosi marah akan membawa seseorang kepada tekanan(stress) manakala emosi sedih

lebih cenderung kepada kemurungan(depress). Kedua-dua emosi tersebut sebenarnya memberi

kesan dan implikasi buruk terhadap kesihatan seseorang dengan mengganggu sistem tubuh badan

seseorang itu.

Stress dan depress saling berhubung kait terhadap kesihatan manusia. Stress mampu

membantutkan imunisasi badan. Ini kerana kartisol dihasilkan semasa situasi-situasi tekanan

berlaku yang boleh membantutkan tindak balas sistem imunisasi badan. Situasi ini boleh

meyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak. Ini dibuktikan melalui keputusan satu

penyelidikan yang mendapati tekanan dalam kehidupan mampu mempercepatkan perebakkan

penyakit AIDS terhadap pesakit HIV positif. Kajian menunjukkan bahawa AIDS merebak lebih

pantas apabila pesakit HIV positif dalam keadaan tertekan, tiada sokongan sosial daripada

keluarga merupakan satu mekanisma di mana ia meningkatkan tahap kartisol. Seseorang yang

mudah terkena jangkitan selsema bermaksud seseorang itu sedang berada dalam keadaan stress.

Selain itu, kekerapan sistem badan menerima respons-respons tekanan, sistem badan akan

meningkatkan satu hos molekul-molekul yang berkemungkinan berbahaya untuk kesihatan

jantung. Ini disebabkan oleh lipoproteins berketumpatan rendah(low-density lipoproteins, LDL)

dan jenis-jenis lipid lain seperti trigliserida membentuk pengumpulan kolestrol. Pengumpulan

tersebut boleh menyebabkan seseorang berisiko menghidapi penyakit aterosklerosis dan

arteriosklerosis.
ZZZT2253 Pengurusan Emosi Emosi dan Kesihatan

Secara tuntasnya , jelaslah bahawa kesihatan tubuh badan berkait rapat terhadap variasi

emosi yang dihadapi sama ada emosi positif mahupun emosi negatif. Kesihatan manusia

bergantung sepenuhnya kepada pengurusan emosi seseorang yang mampu mempengaruhi

kehidupan seseorang itu.


ZZZT2253 Pengurusan Emosi Emosi dan Kesihatan

Rujukan

 Laughter is the Best Medicine


http://helpguide.org/life/humor_laughter_health.htm
 Rahsia Senyum dan Ketawa
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8880.0
 Endorphin
http://en.wikipedia.org/wiki/Endorphin
 Stress and Health
http://www.lifepositive.com/mind/psychology/stress/stress-and-health.asp
 Understanding Stress
http://helpguide.org/mental/stress_signs.htm
 Dylan Evans, Pierre Cruse(2004). Emosion, Evolution, and Rationality

You might also like