Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Apa Itu Fertigasi?

Sebelum melangkah lebih jauh, saya akan memperkenalkan kepada anda apa
yang dimaksudkan dengan fertigasi (fertigation)?
) Fertigasi merupakan satu sistem pengeluaran tanaman tanpa
menggunakan tanah (soilless culture production system). Lazimnya, media
penanaman yang digunakan ialah campuran habuk sabut kelapa (coco-peat)
dan sekam padi bakar.
) Istilah fertigasi atau fertigation berasal daripada gabungan perkataan
Fertilization (pembajaan) & Irrigation (titisan). Dalam bahasa yang mudah
ialah memberikan nutrien (baja atau makanan) kepada tanaman melalui
titisan kerana nutrien tadi dicampurkan ke dalam air. Dalam kata lain, air
yang diberikan kepada tanaman mengandungi nutrien yang diperlukan
oleh tanaman tersebut.

Tujuan Penanaman
Tujuan utama penanaman fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman yang
ditanam dijangkiti oleh penyakit akar seperti Pythium, Fusarium dan penyakit
layu bakteria yang kebanyakannya adalah jenis-jenis penyakit bawaan tanah.
Kaedah ini juga dapat mengelakkan tanaman dijangkiti oleh penyakit hawar
pucuk dan Antraknos pada tanaman cili.
Kebaikan
Penanaman menggunakan kaedah fertigasi mempunyai kebaikannya yang
tersendiri berbanding penanaman biasa di atas tanah. Antaranya ialah :
1) Penggunaan kawasan tidak terlalu luas.
2) Dapat memaksimumkan hasil, mutu dan kualiti.
3) Pengurusan mudah dilakukan.
4) Waktu kerja yang panjang (musim hujan atau panas terik pun penanaman
masih lagi boleh dilakukan).
5) Keluasan penanaman terhad, tetapi hasilnya lumayan.
6) Boleh mengusahakan sejenis tanaman secara berterusan.

Pemilihan Jenis Tanaman


Lazimnya, tanaman jenis buah sahaja dipilih untuk ditanam menggunakan
sistem fertigasi. Contohnya, tomato, cili, Capsicum, timun, melon, terung,
dan strawbery.

Struktur Pelindung Tanaman (SPT)


SPT bolehlah dianggap sebagai pelengkap kepada tanaman fertigasi. Dalam
hal ini, SPT dapat mengelakkan tanaman daripada ditimpa hujan dan
serangan serangga perosak. Lazimnya, terdapat 3 jenis SPT yang digunapakai
iaitu :
1. SPT kalis hujan.
2. SPT kalis serangga.
3. Gabungan antara SPT kalis hujan dan kalis serangga.

You might also like