Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengajaran,teknologi dan Pentaksiran

SRGA 3016

Tugasan :
Ulasan dan Kritikan Artikal
( Tugasan 1 )
Disediakan untuk :
Dr Rafisah Osman ( rafisah@uum.edu.my )
Disediakan oleh :
Tan Soo Lean
No IC :740915075574
No Matriks :210463
UUM PPG BAHASA MELAYU BM KOHORT 1,2011
Pengenalan

Sejajar dengan perkembangan teknologi, bahan-bahan pengajaran multimedia turut

dihasilkan dalam pelbagai bentuk. Paparan dalam bentuk imej, animasi bergambar dan tulisan

yang ditambahkan dengan video atau audio yang menarik melalui CD, DVD dan laman web

dimasukkan ke dalam ‘courseware’ . Penggunaan multimedia secara interaktif dalam bidang

pendidikan pada masa kini telah mendapat perhatian yang meluas terutamanya para pendidik.

Gabungan animasi, audio, video dan grafik yang menarik menjadikan ‘courseware guru’ lebih

menarik dan sangat sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, terdapat

‘pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Antaranya adalah seperti kesesuaian bahan atau

media tersebut dengan kehendak pelajah dan juga suasana bilik darjah. Pembangunan

‘Courseware’ in teraktif seperti video boleh dilihat melalui kajian Nicholson (1996) menerusi

jurnalnya yang bertajuk “ Managing the Development and Production of Interactive Multimedia

Courseware in Education ”. Menurut beliau, pembangunan sesuatu courseware harus

mengambilkira cirri-ciri seperti yang terdapat di dalam model rekabentuk instruksional yang ada

sekarang. Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sesuai dijadikan asas bagi

pembangunan ‘courseware’ pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah model

ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik iaitu Yusup Hashim (2006) yang

menyatakan bahawa model ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru untuk merancang,

membina dan menghidupkan pengajaran dan pembelajaran.


Isu-isu yang terdapat dalam Jurnal Ke Arah Pengajaran Dan Pembelajaran

Berintegrasikan Komputer dan Permasalahannya ( Oktober 2005 )

Terdapat beberapa isu dan permasalahan dalam setiap bahagian dalam jurnal ini yang

dapat dicungkil dan dibincangkan tetapi penumpuan dan fokus ditekankan dalam bahagian

mengenai bekalan CD ‘ software ’ atau ‘ courseware ’ di sekalah. Antara isu yang timbul adalah

seperti Pembina CD courseware ini lebih memberikan perhatian mengenai isi kandungan

pelajaran tanpa memberikan fokus kepada penekanan mengenai pendekatan dan keadah

pedagogi.Selain itu juga, terdapat aktiviti-aktiviti dalam ‘ courseware ’ tersebut yang bersifat

membosankan dan tidak dapatmenerokainya. Besar kemungkinan ini adalah kerana arahan atau

penerangan mengenai cara penggunaan “ courseware ” tersebut yang tidak jelas. Isu yang kedua

yang dapat dikupaskan adalah mengenai model ‘ courseware ’ tersebut yang tidak memenuhi

kehendak atau objektif pengajaran dan pembelajaran guru. Ini menyebabkan guru terpaksa

mengedit semula bahan tersebut. Lebih teruk lagi, ada ‘ courseware ’ yang tidak dapat diedit dan

guru terpaksa menggunakannya walaupun sesetengah bahan dalam ‘ courseware ’ tersebut tidak

dapat membantu mencapai objektif pengajaran. Isu yang ketiga pula adalah mengenai banyak ‘

courseware ’ tersebut yang bersifat pembelajaran sendiri di mana murid terpaksa menerokanya

sendiri sama ada di sekolah mahupun di rumah. Ini memerlukan minat dan kesediaan diri murid

yang mendalam supaya kaedah inkuiri ini ( Mak Soon Sang 1997 )dapat berlangsung dengan

berkesan. Isu yang terakhir yang timbul adalah mengenai bahan ‘courseware’ yang dibekalkan

mempunyai masalah untuk digunakan. Contohnya apabila bahan tersebut memerlukan perisian

lain untuk dijalankan dan tidak bersifat ‘ stand alone program ’. Ini menyukarkan guru untuk

menggunakannya dalam sesi pengajaran. Akhirnya guru itu sendiri terpaksa menyediakan

bahannya sendiri dan ini tentulah memakan masa dan menyukarkan guru tersebut ketika hendak

menyampaikan sesuatu pengajaran.


Ulasan dan Kritikan

Isu-isu yang timbul dari jurnal tersebut diselesaikan dengan menggunakan model

pembelajaran ASSURE. Model ini dapat digunakan sebagai prosedur atau panduan untuk

merancang dan menguruskan sesuatu ‘ courseware ’. Ringkasnya, model ini menekankan

pembangunan ‘courseware’ yang sesuai dengan pengajaran di dalam bilik darjah. Model

ASSURE merupakan ringkasan atau neumonik daripada beberapa perkataan iaitu Analyze

Learner, State Objectives, Select Methods, Media and Materials, Require Learner and

Participation dan yang terakhir sekali adalah Evaluate and Revise.

Ciri pertama dalam model ASSURE ini adalah mengenalisa murid. Asasnya sebelum

sesuatu ‘courseware’ itu digunakan, guru harus mengenalpasti murid, sama ada dari segi umur,

latar belakang, sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan murid yang pasif,

maka guru harus menggunakan ‘courseware’ yang lebih menarik dan sesuai supaya pembelajaran

murid tidak membosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu

diambilkira supaya ‘courseware’ yang digunakan dapat membantu mencapai sasaran guru.

‘courseware’ yang baik mampu mendorong murid untuk memahami dan mengenalpasti

maklumat atau isu-isu pengajaran yang berkaitan dengan pembelajaran yang hendak dipelajari

dengan mudah.

Ciri kedua dalam model ASSURE adalah menyatakan objektif. Sebelum memulakan

sesuatu pengajaran, menyatakan objektif adalah sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa

yang seharusnya murid dapat setelah pengajaran menggunakan ‘courseware’ tersebut dijalankan.

Objektif adalah sebagai penduan kepada guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran di dalam

bilik darjah dan ‘courseware’ yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
Ciri yang ketiga dalam model ASSURE ini adalah memilih kaedah dan media. Sebelum

sesuatu topik itu diajarkan, guru seharusnya memilih terlebih dahulu kaedah atau media yang

sesuai supaya pengajaran itu tercapai. ‘Courseware’ yang digunakan haruslah sesuai dengan

aktiviti pengajaran. Contohnya seperti penggunaan video. Ini kerana penggunaan video dalam

‘courseware’ yang digunakan dapat memberi satu pengelaman baru kepada murid. Ini turut

disokong oleh Nicholson ( 1996 ) yang dalam kajiannya menyatakan bahawa guru di Hong Kong

yang menggunakan ‘courseware’ berbentuk video dalam pengajaran Geografi bagi topik gempa

bumi mampu memberikan satu pengalaman baru kepada muridnya ( konstruktivisme ).

Ciri yang keempat dalam model ASSURE adalah menggunakan media. Berdasarkan

ASSURE, terdapat lima prinsip bagi menggunakan media iaitu ‘preview’ media, memastikan

media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, murid dan media yang akan

digunakan. Lima prinsip menggunakan media seperti yang dinyatakan amat penting untuk

dilaksanakan oleh guru. Berdasakan kajian Adeline & Rafiza ( 2006 ) dari Universiti Malaya yang

menggunakan prinsip asas berdasarkan model ASSURE ini, didapati selepas murid menggunakan

CD ‘courseware’ untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris, 60% murid bersetuju bahawa

bahan tersebut mampu membantu murid menguasai kemahiran berbahasa Inggeris. Jika diteliti,

penggunaan media yang mengambilkira lima prinsip yang ditetapkan mampu menghasilkan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Ciri yang kelima dalam model ini adalah tindak balas murid. ‘Courseware’ yang tidak

melibatkan muridd secara aktif sebenarnya kurang membantu murid dan tidak efektif. Pendapat

ini turut disokang oleh Smaldino et. Al. ( 2005 ) yang menyatakan bahawa pembelajaran yang

efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti dan kemahiran murid yang

mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran. Penggunaan dan pembangunan ‘courseware’

yang kreatif, mampu melibatkan murid secara aktif, secara tidak langsung dapat memupuk
budaya berfikir di kalangan murid. Justeru ‘courseware’ yang digunakanharuslah berasaskan model

ASSURE yang mampu merangsang tingkah laku dan murid adalah amat diperlukan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Ciri yang terakhir dalam model ASSURE adalah menilai dan menyemak semula bahan.

Penilaian ‘courseware’ boleh dilakukan setelah selesainya pengajaran. Aspek yang dinilai adalah

berkaitan keberkesan atau kekuatan ‘courseware’ itu secara menyeluruh. Walau bagaimanapun,

terdapat beberapa aspek yang harus difikirkan terlebih dahulu seperti yang disarankan oleh

Yusup (2006 ). Menilai dan menyemak semula bahan, amat diperlukan kerana guru bukan sahaja

dapat mengenalpasti kekuatan ‘courseware’ tersebut, malah guru juga boleh memperbaiki

kelemahan bahan tersebut supaya ianya sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran
Rumusan

Model ASSURE menpunyai asas yang kukuh untuk diaplikasikan dalam proses

menggunakan dan membina ‘courseware’ untuk pengajaran dan pembelajaran. Model ini bukan

sahaja dapat memberi panduan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

pengajaran malah setiap cirri yang terdapat dalam model ini dapat membantu guru

menyelesaikan isu-isu atau pelbagai permasalahan yang timbul seperti yang terdapat dalam Jurnal

Ke Arah Pengajaran dan Pembelajaran Berintegrasikan Komputer dan Permasalahannya ( Oktober

2005 ).sekiranya cirri-ciri model ASSURE ini diaplikasikan dengan sepenuhnya dalam

penggunaan dan membangunkan ‘courseware’ pengajaran dan pembelajaran. Syukurlah murid akan

tertunggu-tunggu saat-saat pengajaran guru pada hari tersebut. Dari segi pihak guru pula, proses

pengajaran akan menjadi lebih mudah, menarik dan bekesan.


Rujukan

1. Kharul Adawiah Binti Abdul Jalil ( 2005 ). Ke Arah Pengajaran dan pem belajaran

Berintegrasikan Komputer dan Pemasalahannya.

2. Maarof Redzuan dan Haslinda Abdullah, Psikologi Edisi Kedua, McGrawHill,2004.

3. Norizan Abdul Razak Phd, Mohd Azul Mohamad Salleh, Nik Hairi Omar, Memacu

Kerjasama ke arah E-Pembelajaran : Isu dan Cabaran UKM & UNPAD, Pusat Kajian E-

Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2000.

4. Jamalludin, Baharudin dan Zaidatun, Pembangunan Perisian Multimedia, Satu Pendekatan

Sistemmatik, Venton Publishing 2003.

5. Robiah Sidi (1994). Pendidikan di Malaysia ,cabaran untuk masa depan. K.Lumpur :

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

6. Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Teknologi pengajaran. K. Lumpur : Dewan Bahasa Dan

Pustaka . Bab 12.

7. V.V George (1998). Teknologi Pendidikan di Malaysia dan Cabarannya Masa Depan. Suara

Pendidikan Disember 1998.

8. Zarina Abdul Malik (2004). Artikel Pendidikan “ Kemampuan Mengajar Guru : Teori,

Strategi dan Pengkaedahan dalam Pendidikan Komputer ”.

9. Murdoch, S. What a Difference Technology Makes. Learning and Leading with

Technology v.30 no. 1 9 (september 2002) pg.28-9

10. Adelina Asmawi & Rafiza Abdul Razak ( 2006 ). The Instructional Design Evalution of a

Courseware of a Malaysia Virtual University. Diperolehi pada 20 April 2011. Sumber

dari http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/0406/01-0705Adelina UM edited(1)-final.pdf.


11. Yusup Hashim. (2006).Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan

Instruksi. Diperolehi pada 17 april 2011. Sumber dari

http://yusuphashim.blogspot.com/2006/12/12/penggunaan-teknologi-instruksional.html

You might also like