Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Perutusan YDP

  Y. Bhg. Dato' Mislan bin Tugiu


Tuan Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Klang

  Selamat datang ke laman web Majlis Perbandaran Klang. Sejak


ditubuhkan pada tahun 1890, Pihak Berkuasa Tempatan Klang terus berkembang maju
sehingga mencapai taraf Majlis Perbandaran Klang pada hari ini. Lebih dari seabad lalu, ia
telah berfungsi untuk memberi perkhidmatan perbandaran bagi keselesaan dan kesentosaan
penduduk Klang.

Hasil dari perancangan dan pembangunan yang seimbang, Klang hari ini
telah muncul sebagai sebuah Bandar DiRaja yang indah dan permai.
Kawasan pentadbiran seluas 573.8 km persegi ini mengandungi kawasan
perumahan, perdagangan, perindustrian dan pelabuhan.

Penduduk Klang kini telah mencapai lebih dari setengah juta orang
manakala pegangan harta berjumlah lebih daripada 175,000 pegangan.
Kepesatan pembangunannya banyak memberi peluang-peluang
pekerjaan, perniagaan dan pelaburan bukan sahaja untuk penduduk
tempatan tetapi juga bagi mereka yang datang dari dalam dan luar
negara.

Kedudukan geografinya di persisiran pantai Selat Melaka telah


menjadikan Klang sebagai pelabuhan utama negara Malaysia.
Keistimewaan ini juga menjadikan Klang sebagai pusat rekreasi air dan
terkenal dengan hidangan makanan lautnya. Maklumat yang terkandung
di dalam halaman ini akan membantu anda semua mengenali MPK lebih
dekat serta Bandar Klang yang bersejarah dan bakal menjadi bandaraya
pelabuhan antarabangsa yang terkemuka dunia.
Latar Belakang

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali
sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah
ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan
dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga
Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran


Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya
sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan
menjadi Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua
penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu
Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.

Tahun Tahun Berkuasa


1890 Lembaga Kesihatan Klang
1945 Lembaga Bandaran Klang
1954   Lembaga Bandaran Klang
1975 Majlis Daerah Klang
1977   Majlis Perbandaran Klang
Objektif & Strategi

Objektif

 Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai Bandar DiRaja dan


Bersejarah.
 Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan selamat.
 Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan.
 Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis.

Strategi

 Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam.


 Memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan.
 Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadah.
 Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan.
 Mengeratkan perpaduan di antara rakyat di samping. mewujudkan masyarakat yang
bertanggungjawab dan berdisiplin.
 Menyusun dan mengawasi pembangunan melalui kawalan pembangunan yang berkesan
serta terancang.
 Mewujudkan suasana kecantikan seluruh kawasan selaras dengan objektif untuk menjadikan
bandar Klang sebagai 'Bandar Taman'.
 Menjadikan Klang bandar dalam taman yang indah dan permai.
 Memelihara khazanah yang mempunyai nilai sejarah dan estetika.
 Memastikan kebersihan dan kesihatan awam terjamin.
Misi & Visi

Misi

Merancang Dan Mengawal Pembangunan Yang Mampan Dan


Memberi Perkhidmatan Bandar Yang Berkualiti Melalui
Tadbir Urus Yang Cemerlang Untuk Masyarakat
Klang Yang Gemilang
 

Visi

" KE ARAH MEWUJUDKAN BANDARAYA TERBILANG


DI MALAYSIA MENJELANG 2015 "
Moto & Logo

Moto

"PERPADUAN SENDI KEKUATAN"

Logo
Piagam Pelanggan

 Memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pengurusan perkhidmatan kemudahan awam


dan tanggungjawab sosial kepada warga Majlis Perbandaran Klang
 Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap, sistematik dan
berkesan
 Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan prihatin di samping mengekalkan
suasana mesra dan harmoni
 Berusaha meningkatkan taraf kesihatan, kebersihan dan kestabilan alam sekitar di kawasan
Majlis Perbandaran Klang ke tahap yang terbaik melalui perancangan, pelaksanaan dan
pengawasan dinamik dan menyeluruh
 Berusaha membantu golongan peniaga dan penjaja dalam bidang perniagaan dengan
menyediakan kemudahan yang sempurna dan menyeluruh
 Membuat penilaian harta secara adil bagi maksud cukai taksiran dan menguruskan harta
tetap Majlis dengan cekap
 Memproses permohonan pelan-pelan pembangunan secara adil, cekap dan efisyen agar
pembangunan tanah mencapai imbangan yang baik antara pembangunan fizikal, sosial,
ekonomi dan alam sekitar
 Memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam
dan taman rekreasi dalam keadaan baik
Kawasan Pentadbiran
Carta Organisasi

Local Agenda 21
Maklumat Am Local Agenda 21

Local Agenda 21 atau LA 21 ialah program


untuk membentuk perkongsian antara pihak
berkuasa tempatan, masyarakat dan agensi
swasta untuk merancang, mencapai kata
sepakat dan selepas itu bersama-sama
bertindak terhadap isu-isu pembangunan
mampan yang mempengaruhi kehidupan
mereka.

Agenda 21 merujuk kepada satu Pelan


Tindakan Global Ke Arah Pembangunan
Mampan Untuk Abad  Ke –21 Ia dihasilkan
melalui deklarasi Earth Summit di Rio de
Janeiro, Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri
oleh 178 buah Negara termasuk Malaysia.
Pelan Tindakan Global tersebut mengandungi
40 bab yang menguraikan langkah-langkah
yang perlu dilaksanakan kearah pembangunan
mampan.

Melalui Local Agenda 21, masyarakat


tempatan boleh melibatkan diri untuk
mengenalpasti dan mengkaji isu-isu
pembangunan mampan,  membentuk pelan
tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan
melaksanakan pelan tindakan itu.

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan


"bottom-up", atau dari akar umbi ke atas iaitu
penduduk-penduduk tempatan sendiri akan
terlibat dalam menentukan pelan tindakan
bagi kawasan masing-masing.

Agenda 21 merujuk kepada satu Pelan


Tindakan Global Ke Arah Pembangunan
Mampan Untuk Abad  Ke –21 Ia dihasilkan
melalui deklarasi Earth Summit di Rio de
Janeiro, Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri
oleh 178 buah Negara termasuk Malaysia.
Pelan Tindakan Global tersebut mengandungi
40 bab yang menguraikan langkah-langkah
yang perlu dilaksanakan kearah pembangunan
mampan.

Melalui Local Agenda 21, masyarakat


tempatan boleh melibatkan diri untuk
mengenalpasti dan mengkaji isu-isu
pembangunan mampan,  membentuk pelan
tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan
melaksanakan pelan tindakan itu.

Agenda 21 Klang

Agenda 21 Klang diperkenalkan pada tahun 2000. Hasil daripada perbincangan bersama
penduduk maka 3 Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan bagi memastikan perlaksanaan
Agenda 21 Klang berjalan dengan lancar dan jayanya. Jawatankuasa Kerja tersebut adalah
Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar, Jawatankuasa Kerja Keselamatan & Sosial dan
Jawatankuasa Kerja Infrastruktur. Setiap jawatankuasa kerja ini adalah dipengerusikan oleh
seorang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang yang dilantik.

Wawasan Agenda 21 Klang

“Ke Arah Klang Maju, Selamat Dan Indah Melalui Pembangunan Yang Terancang Untuk
Melahirkan Masyarakat Yang Cemerlang Dan Sejahtera”

Moto Agenda 21 Klang

“Pembangunan Seimbang, Masyarakat Cemerlang”

Logo Agenda 21 Klang


Pembasmian Kemiskinan Bandar

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan program di bawah kelolaan


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Program ini bertujuan membantu
beban tanggungan keluarga, membina keupayaan dan menjana pendapatan keluarga miskin
dan miskin tegar di Bandar.

Visi

 Membasmi Kemiskinan Bandar.

Misi

 Membantu meringankan bebanan tanggungan keluarga, membina keupayaan dan


menjana pendapatan keluarga miskin dan miskin tegar di bandar.

Objektif

 Membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan menjelang 2010


melalui perlaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
 

Program Bandar Selamat

Maklumat Am Program Bandar Selamat

Selayang Pandang

Peningkatan kadar jenayah yang melanda negara telah menjuruskan kepada cadangan supaya
diwujudkan “Program Bandar Selamat”. Persekitaran komuniti yang selamat, harmoni serta
sihat kini menjadi Agenda Utama Negara.

Pengenalan

Y.A.B. Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 januari 2004 telah menyatakan
kebimbangannya terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Lanjutan
daripada mesyuarat tersebut, Jemaah Menteri nencadangkan supaya diwujudkan bandar dan
pekan selamat di negara ini contohnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan
lain-lain pembaikan sebagai langkah pencegahan jenayah. Setiap pelan pembangunan pekan
dan bandar baru hendaklah mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Kementerian
Perumahan & Kerajaan Tempatan telah diminta untuk menyediakan satu program bagi
membenteraskan kegiatan jenayah di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencadangkan Pelaksanaan
Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 Langkah Pencegahan Jenayah. Majlis
Negara bagi Kerajaan Tempatan telah memperakukan pelaksanaan 3 strategi dan 23 langkah
pencegahan jenayah di bawah Program Bandar Selamat pada 11 Oktober 2004. Penglibatan
semua agensi seperti Kerajaan Tempatan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD),
Polis Diraja Malaysia (PDRM), yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan lain-lain
agensi amat diperlukan bagi memainkan peranan di dalam mencapai ke arah pembangunan
bandar yang selamat.

Maksud Bandar Selamat

Bandar Selamat boleh didefinisikan sebagai:

 Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental;
 Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara;
 Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu gugat
kesejahteraan setempat; dan
 Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, ceria, sejahtera, sihat
dan ceria.
Berita 1 - Sinar Harian Berita 2 - Utusan Malaysia
(1 Januari 2009) (1 Januari 2009)

   

You might also like