Sejarah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sejarah

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam;


sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di
Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah
dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat,
badminton muncul daripada sebuah sukan yang
dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua
atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara
menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai
"Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai
tentera British mengaplikasikan versi India semasa
kembali ke England pada 1860an, yang mana ia
dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti
kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak
patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu,
"Badminton Battledore - a new game" pada 1860,
tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton
House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of
Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada
"The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini
kemudian menjadi Badminton.[3]
Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di
bawah peraturan yang terdapat di India. Bath
Badminton Club mempiawaikan peraturan dan
mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris.
Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.
[3]
 Pada 1893, Badminton Association of England
diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut
ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika
ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan
iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth,
England pada13 September tahun yang sama.
[4]
 Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan
Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan
badminton pertama di dunia, pada 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini
dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang
telah ditubuhkan pada 1934 yang
dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belan
da, Ireland, New Zealand, Scotland,
dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai
pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini
merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan
menguruskan sukan ini secara global.[5]

You might also like