Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Kementerian Pelajaran Malaysia

www.moe.gov.my
= = = Disember 2010 =

KWAPM Bantu Pelajar Miskin


Guru Boleh Bantu Selesai Isu Beg Berat

Perbezaan Antara Yuran Khas, Bayaran Tambahan Dan Sumbangan PIBG

Hukuman Di Sekolah Untuk Mendidik Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
1

Sidang Pengarang
Penasihat Dato Dr. Rosli bin Mohamed Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Dato Abd. Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengarang Mohd Solihan bin Badri Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malysia Diterbitkan oleh: Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 5, Blok E8 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03 88846243 Faks: 03 88893698 Email: solihan.badri@moe.gov.my

Kandungan
Muka Surat
2 4 5

Tajuk
KWAPM Bantu Pelajar Miskin Guru Boleh Bantu Selesai Isu Beg Berat Beza Yuran Khas, Bayaran Tambahan Dan Sumbangan PIBG Hukuman Di Sekolah Untuk Mendidik Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Amaran Mengeluarkan Kenyataan Berbaur Perkauman Program Pembangunan Prestasi Imbangi Sekolah Berprestasi Tinggi Memperkukuhkan Aktiviti Sukan Di Sekolah

6 7

10

13

KWAPM Bantu Pelajar Miskin


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenalpasti bahawa antara faktor keciciran dalam kalangan pelajar sekolah adalah disebabkan kemiskinan. Untuk mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang mewajibkan ibubapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Tahun Satu (1). Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu Tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Sumber kewangan diperoleh daripada peruntukan Kerajaan dan sumbangan pihak luar, termasuk dari pegawai dan kakitangan KPM sendiri. Objektif KWAPM ialah memberi bantuan secara khusus kepada pelajar miskin dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

Gambar Hiasan... Pelajar Dari Keluarga Miskin Sentiasa Dibantu Melalui Pelbagai Sistem Dan Kemudahan Yang Disediakan.

Kriteria Kelayakan Bantuan KWAPM


1. Murid warganegara Malaysia di semua sekolah Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan; Murid yang ketua isi rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan dikategorikan sebagai miskin (M) dan miskin tegar (MT); Murid bukan penerima salah satu bantuan berbentuk kewangan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan , Biasiswa Sukan, Elaun OKU, biasiswa kerajaan negeri, biasiswa swasta dan yayasan; dan Murid Orang Asli (yang berdaftar dengan eDAMAK) dan murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan).

Pelajar Sekolah Menengah: BAP - RM300 bagi seorang murid setahun BB - RM30/RM60 bagi seorang murid untuk tempoh 10 bulan

2.

Cara Agihan
Bagi BAP a) b) c) Bagi BB a) b) Masuk ke akaun murid; atau Barangan; atau Tunai Masuk ke akaun murid; atau Tunai

3.

Tata Cara Permohonan


Semua murid yang KIRnya telah berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai M dan MT, akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan. Bagi KIR yang belum mendaftar, permohonan boleh dibuat melalui lawan web http:www.ekasih.gov.my. Ibubapa/penjaga yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional dan belum tersenarai dalam sistem eKASIH juga boleh membuat permohonan dengan mengisi borang yang boleh diperolehi di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

4.

Kes Kecemasan
Bagi kes-kes kecemasan, permohonan boleh dibuat oleh pihak sekolah melalui PPD dan JPN. Gambar Hiasan... KPM mensasarkan pada tahun 2010 hanya menggunakan data dari sistem eKASIH untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar yang layak. Ini selaras dengan keputusan kerajaan supaya hanya KPM sahaja yang akan menguruskan bantuan persekolahan. Walau bagaimanapun, sehingga akhir Oktober 2010, bilangan murid yang berdaftar dengan eKASIH terlalu kecil berbanding data penerima bantuan sedia ada. Data sedia ada bagi penerima KWAPM ialah 531,183 orang tetapi data eKASIH hanya 76,462 orang sahaja. Oleh itu, sebagai cadangan penyelesaian, pihak Jabatan Pelajaran Negeri perlu mengetahui kaedah pendaftaran ke Sistem eKASIH dan menyebarluaskannya ke sekolah-sekolah.

Jenis Bantuan
1. Bantuan Am Persekolahan (BAP) pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan lain; dan Bantuan Bulanan (BB) perbelanjaan harian lain. wang saku dan

2.

Kadar Bantuan
Pelajar Sekolah Rendah: BAP - RM200 bagi seorang murid setahun BB - RM25/RM50 bagi setiap murid untuk tempoh 10 bulan

Guru Boleh Bantu Selesai Isu Beg Berat


Isu beg berat akan muncul setiap kali musim persekolahan bermula. Aduan dan cadangan mengenainya sering memenuhi dada akhbar tempatan. Perkara ini turut ditimbulkan ketika persidangan Dewan Rakyat di Parlimen awal tahun ini. Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian khusus mengenai isu ini di semua jenis sekolah rendah di beberapa buah negeri di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka, bagi mengenalpasti punca sebenar yang menyumbang kepada beg berat. Hasilnya mendapati, berat sebenar keseluruhan buku teks Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah di antara 2.8kg 3.0 kg sahaja. Berat buku teks ini akan jauh berkurang sekiranya murid membawa buku teks mengikut jadual waktu harian. Oleh itu Ibu bapa disaran supaya menyemak jadual waktu setiap hari bagi memastikan buku dan barang-barang yang dibawa oleh anak-anak mereka ke sekolah hanya yang berkaitan sahaja. Langkah kerajaan menyediakan buku teks secara jilid juga bertujuan untuk mengurangkan berat beg yang dibawa oleh murid khususnya murid Tahap 1. Pihak sekolah boleh memainkan peranan besar dalam mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan kaedah berkesan bagi menetapkan hanya bahan bacaan tertentu dan yang perlu sahaja dibawa oleh setiap murid ke sekolah. Pihak sekolah juga khususnya guru mata pelajaran, perlu menyediakan jadual waktu kedua yang memperincikan komponen apa yang akan diajar pada hari berkenaan. Guru mata pelajaran juga perlu menetapkan hari-hari tertentu di mana buku teks tidak perlu dibawa. Berhubung cadangan agar sekolah-sekolah di Malaysia menyediakan pigeonhole di belakang bilik darjah untuk menyimpan buku-buku teks, ia memerlukan penelitian mendalam kerana ia melibatkan peruntukan yang agak besar untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun kita yakin bahawa permasalah ini boleh diatasi melalui kerjasama, persefahaman dan kebijaksanaan di antara murid, guru dan ibubapa.

Gambar Hiasan... Isu Beg Berat Sering Menjadi Perbincangan Di Media

Perbezaan Antara Yuran Khas, Bayaran Tambahan dan Sumbangan PIBG

Gambar Hiasan... Satu Mesyuarat PIBG

YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yassin disambut peserta Konvensyen Persatuan Ibubapa-Guru Kebangsaan di Institut Aminuddin Baki pada Mac, 2010 mereka. lni memerlukan secara khusus. peruntukan tambahan

Pihak sekolah perlu membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memberi penerangan yang tepat dan jelas kepada pelajar dan ibu bapa berhubung perbezaan antara Yuran Khas, Bayaran Tambahan dan Sumbangan kepada Persatuan Ibubapa-Guru (PIBG) untuk mengelak kekeliruan. Ini kerana masih ramai ibu bapa tidak dapat membezakan antara ketiga-tiga bayaran tersebut. Pada masa yang sama mereka mempersoalkan mengapa wujud perbezaan dari segi kadar sumbangan kepada PIBG antara satu sekolah dan sekolah yang lain. Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2010 yang perlu dibaca dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2009 berkaitan dengan bayaran-bayaran tambahan persekolahan menjelaskan bahawa semua Yuran Khas di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan telah dimansuhkan berkuatkuasa pada 1 Januari 2008. Yuran Khas ialah yuran yang dibayar oleh setiap ibu bapa sebanyak RM4.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM9.00 bagi setiap murid sekolah menengah kepada sekolah setiap tahun sebelum ini. Arahan itu telah dikuatkuasakan oleh semua sekolah. Namun demikian, sekolah sebagai institusi pendidikan perlu merencana dan melaksanakan beberapa aktiviti serta menyediakan beberapa perkhidmatan dan kemudahan tambahan kepada murid-murid

Justeru, ibu bapa mempunyai peranan untuk turut sama membantu sekolah melaksanakan aktiviti tambahan tersebut dengan membayar bayaran tambahan sebagai tanda komitment terhadap pendidikan anak-anak mereka. Senarai bayaran tambahan yang dibenarkan adalah seperti beriku:Bil 1. 2. 3. 4. Jenis Bayaran Sekolah Rendah/Menengah Kokurikulum RM3.00/RM6.00 Kertas Ujian Dalaman RM6.00/RM10.00 Sukan Tahunan Sekolah RM6.00/RM6.00 Kegiatan Pendidikan Islam RM6.00/RM6.00 (murid beragama Islam) atau Pendidikan Moral (murid bukanBeragama Islam) MSSM RM2.00/RM4.00 Insurans Takaful RM1.50/RM1.50 Jumlah RM24.50/RM33.50

5. 6.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah perlulah terlebih dahulu berbincang bagi mendapatkan persetujuan daripada PIBG dalam menentukan bayaran tambahan, sama ada melalui Mesyuarat Agung PIBG atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

Pihak sekolah perlu memastikan bahawa sebarang bayaran tambahan ialah semata-mata untuk perkhidmatan yang diberikan kepada murid-murid sekolah sahaja. Sekiranya pihak sekolah bercadang untuk membuat kutipan bayaran-bayaran lain, pihak sekolah perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dan kelulusan Pendaftar Sekolah. Mengenai Sumbangan kepada PIBG sekolah pula, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan IbubapaGuru) 1998 perkara 5 (4) Tujuan-tujuan dan batasbatas persatuan menyebut . persatuan dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada

Pendaftar. Selain itu, perlu diingatkan bahawa kadar sumbangan yang ditetapkan dalam mesyuarat agung hanya dikenakan ke atas setiap keluarga tanpa mengira bilangan anak dan bukan dikenakan ke atas setiap murid. Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh membuat permohonan kepada pihak sekolah untuk mendapat pengecualian jika tidak mampu membayar. Malah sekiranya murid ini terdiri daripada pelajar miskin, mereka boleh mendapat bantuan melalui beberapa sistem bantuan yang disediakan oleh Kerajaan melalui sekolah.

Hukuman Di Sekolah Untuk Mendidik


Fungsi asas sesebuah sekolah adalah sebagai institusi untuk mendidik. Hukuman yang dilaksanakan adalah dalam konteks mendidik atau mengajar mereka erti undang-undang dan tanggungjawaban pematuhan undang-undang dan peraturan. Oleh itu ibu bapa dan murid-murid perlulah diberi penjelasan mengenai disiplin dan peraturan sekolah supaya mereka faham. Sungguh pun kuasa dan budi bicara diberikan kepada pihak berkuasa disiplin di sekolah, namun dalam pelaksanaannya pihak berkuasa tersebut perlu juga mengamalkan keadilan dan karisma. Contohnya seseorang murid tidak boleh dihukum tanpa diberi peluang membela dirinya. Sekiranya berlaku dimana hukuman dianggap melampau terhadap seseorang murid apabila melanggar disiplin di sekolah ia bukan merupakan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ia mungkin dilakukan oleh beberapa orang guru yang masih kurang memahami dasar tersebut atau mungkin terpengaruh dengan emosi kendiri akibat provokasi atau seumpamanya. Berdasarkan peraturan yang ditetapkan menerusi Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, jenis-jenis hukuman yang dibenarkan oleh KPM, di peringkat sekolah hanyalah Amaran, Denda, Penahanan (detention), Rotan, Penggantungan dan Pembuangan.

Gambar Hiasan... Murid Sekolah Dalam Satu Perhimpunan

Hukuman rotan, penggantungan dan pembuangan hanyalah merupakan pilihan terakhir setelah semua usaha-usaha bimbingan, nasihat serta tunjuk ajar dilakukan, malah pihak sekolah perlu memaklumkannya terlebih dahulu kepada ibu bapa mereka. Peraturan-Peraturan Pelajar (Disiplin Sekolah)

1959 telah memberi kuasa kepada Guru Besar melaksanakan hukuman rotan seperti yang diperuntukan dalam peraturan tersebut. Guru Besar juga boleh menurunkan kuasa kepada guru-guru lain melaksanakan hukuman ini dengan syarat guru tersebut berdaftar. Pelaksanaan hukuman rotan di khalayak adalah dilarang; hukuman ini juga dilarang dikenakan ke atas murid-murid perempuan.

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)


Kerajaan pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah di ganti dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Memartabatkan bahasa Malaysia bermaksud meletakkan bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Manakala memperkukuh bahasa Inggeris pula bermaksud memantapkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Semua guru dinasihatkan supaya memahami sepenuhnya maksud dan denasi MBMMBI serta dapat memaklumkan kepada murid-murid dan masyarakat dengan jelas, agar hasrat kerajaan yang murni ini dapat dilaksanakaan dengan jayanya.

sangat jelas kerana ia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Begitu pula dengan memperkukuh bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, P&P bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris diperlukan menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan menerusi PPSMI, mulai tahun 2011, murid tahun satu sekolah Kebangsaan akan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam P&P sains dan matematik, manakala di SPJK (C) dan SJK (T) menggunakan bahasa pengantar masingmasing.

TUJUAN MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan bahasa Malaysia

Sebanyak 12 strategi diperkenalkan untuk mencapai matlamat MBMMBI iaitu :4 Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia; 4 Asas Berbahasa (Back To Basics); 4 Didik Hibur; 4 Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum; 4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P; 4 Program Bacaan; 4 Guru Bahasa Malaysia Berkualiti; 4 Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif; 4 Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi; 4 Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara; dan 4 Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi. Manakala strategi memperkukuh bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut: 4 Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris; 4 Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah;

4 4 4 4 4 4 4 4 4

Asas Berbahasa (Back to Basics); Didik Hibur Modul Language Arts; Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris; Penetapan Model Bahasa Inggeris; Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah; Sumber P&P Makmal Komputer; Guru : Contact Time Berkualiti; Perkongsian dan Jaringan Guru; dan Kepimpinan Sekolah.

Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat memartabatkan bahasa Malaysia, pemperkukuhkan bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara.

Amaran Mengeluarkan Kenyataan Perkauman

Gambar Hiasan... Murid Sekolah Di Johor Sedang Mencuba Bahan Bantu Mengajar Melalui Komputer.

Sekolah merupakan sebuah institusi mendidik muridmuridnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Manakala guru-guru merupakan golongan sangat dihormati masyarakat kerana jasa mereka yang tidak ternilai mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berilmu untuk merintis kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Justru janganlan menjadikan profession perguruan sesuatu yang boleh mencemarkan peranan murni mereka selama ini. Akhir-akhir ini ada segelintir guru yang sengaja menggunakan sekolah dengan mengeluarkan kata-kata sensitif berunsur perkauman yang boleh mendatangkan kekeliruan dan permusuhan. Kita sepatutnya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata sedemikian kerana sedar bahawa negara ini terdiri dari pelbagai kaum, budaya, agama dan fahaman politik. Latarbelakang sejarah Malaysia membuktikan segala kelainan itu berjaya disimpulkan dalam satu persefahaman dengan dasar tolak ansur, bantu membantu dan saling menghormati di antara satu sama lain bagai aur dengan tebing. Maka lahirlah sebuah negara merdeka dan berdaulat seperti yang kita sama-sama nikmati selama ini. Soalnya apakah kita tidak mahu bersyukur dengan kehidupan masyarakat majmuk yang aman damai di negara ini? Dalam konteks ini sekolah merupakan tapak utama yang boleh menyemai pemahanan perpaduan kaum selain berperanan mendidik anak bangsa pewaris negara, menjadi insanul kamil, yang berilmu, beriman, berketerampilan, seimbang dari segi rohani dan jasmaninya untuk meneruskan kelansungnan hidup yang ideal merentasi zaman. Apakah ertinya kalau kita berjaya melahirkan generasi yang berpelajaran tinggi tetapi jiwanya kosong. Nilai kemanusiaannya hambar, tidak berbudi, tidak beradap sopan dan saling bercakaran kerana dihasut dengan unsur-unsur negatif dan perkauman? Justeru itu semua warga sekolah khususnya guru, sekali lagi diingatkan bahawa tugas mereka bukan sahaja mendidik anak-anak muridnya dengan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan tetapi memberikan juga penerangan dengan jelas dan berhemah terhadap latarbelakang dan sistem pemerintahan negara ini, tanpa menyentuh isuisu berunsur perkauman dan prejudis yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mencetuskan padah yang sukar diubati. Kita tahu bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia Gambar Hiasan... Murid Pelbagai Kaum Membuat Persembahan. (KPM) amat memandang berat terhadap segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman ini. Sekiranya berlaku KPM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidik sama ada Pengetua, Guru Besar, guru-guru serta kakitangan sekolah untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka selaras dengan peringatan YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran. Semoga dengan peringatan ini warga pendidik lebih berdisiplin, sensitif dengan perkembangan semasa seterusnya mengekalkan kegemilangan profession mereka dalam memacu kemajuan sesuai dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Program Pembangunan Prestasi Imbangi Sekolah Berprestasi Tinggi

Gambar Hiasan... Murid Di Terengganu Sedang Mencuba e-Buku Pada 26 Januari 2010, YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun ini. Program ini diadakan adalah untuk memastikan sekolah-sekolah yang telah cemerlang serta mempunyai etos dan watak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Pengiktirafan ini diharap menjadi benchmark kepada sekolah-sekolah lain untuk melonjakkan kecermelangan ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat dalam dan luar negara. Pada 29 April 2010 pula YAB Menteri Pelajaran telah merasmikan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (PPPS) iaitu satu mekanisme bagi membantu sekolah berprestasi rendah meningkatkan keberhasilan murid secara konsisten. Perincian program ini perlu difahami supaya dapat dilaksanakan secara berkesan dengan merujuk kepada 15 butiran seperti berikut:-

Apakah yang dimaksudkan Program Pembangunan Sekolah?

dengan Prestasi

Merupakan suatu usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi, bagi mencabar, memotivasi dan membantu semua sekolah di Malaysia meningkatkan prestasi murid dan menjadikan semua sekolah cemerlang. Teras kepada program ini ialah sistem pengumpulan data berpusat dan toolkit pembangunan prestasi yang membantu Guru Besar mengakses dan menjejaki maklumat prestasi sekolah dengan mudah dan merancang kaedah-kaedah bagi meningkatkan prestasi masing-masing.

Mengapakah Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini dilancarkan?


Program ini dilancarkan kerana peningkatan pencapaian pelajar berada dalam keadaan

10

yang sangat krusial dalam membangunkan tenaga kerja. Tindakan segera yang diambil ialah meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan kepada semua, supaya lebih ramai rakyat Malaysia mendapat peluang pendidikan. Langkah ini dijangka dapat meningkatkan taraf hidup mereka selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi Negara Maju pada tahun 2020, Setiap kanak-kanak mampu berjaya. Kegagalan akademik adalah kumulatif. Oleh itu lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan setiap kanak-kanak diberikan peluang yang saksama untuk berjaya sementara program SBT menentukan standard emas untuk kecemerlangan. Pada masa sekarang guru-guru dibebani dengan tugas-tugas di luar bidang pengajaran dan pembelajaran mereka. PPPS yang dibangunkan ini bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi serta memberi ruang kepada Pengetua dan Guru Besar mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efektif bagi meningkat prestasi murid.

Pengetua/Guru Besar, guru, pelajar dan ibu bapa, serta infrastruktur. Sementara SBT menentukan piawai kecemerlangan yang perlu dicontohi. PPPS merupakan usaha meningkatkan prestasi kesemua sekolah serta menghubungkait inisiatif yang dilaksanakan seperti Tawaran Baru (New Deal) untuk para Guru, LINUS dan transformasi kurikulum.

Bagaimanakah Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini berbeza dengan inisiatif-inisiatif yang sedia ada?
PPPS ini adalah usaha secara berpusat bagi menyeragamkan sistem-pemantauan dan penaksiran sedia ada untuk memberi autonomi yang lebih besar kepada Pengetua/Guru mentadbir dan mengurus sekolah dan guru untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Berlainan daripada inisiatif sedia ada yang dirancang dan dilaksanakan secara bersendiri oleh oleh Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), PPPS ini adalah program sepadu yang digunapakai di 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Program ini tidak bermaksud untuk menggantikan atau mengganggu inisiatif penambahbaikan sekolah yang sedang dilaksanakan, tetapi ia diharap dapat memberi impak dengan pantas bagi memastikan Program Transformasi Kerajaan dalam bidang pendidikan mencapai hasratnya seperti yang dirancang.

Bagaimanakah Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini akan berkesan?


Program yang dilaksanakan ini mengandungi tiga elemen utama iaitu : 1. Band Prestasi Sekolah - Penyenaraian band prestasi sekolah berdasarkan kepada Gred Purata Sekolah dalam peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri sekolah menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2. Toolkit Penambahbaikan Sekolah Instrumen secara online ini mengumpul maklumat keperluan spesik sekolah bagi membantu Pengetua dan Guru Besar membuat perancangan serta mengadakan perbincangan dengan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah keperluan utama sekolah, bagi menangani masalah-masalah di sekolah. 3. Talian Khidmat Bantuan - Bantuan dan sokongan diberikan berdasarkan maklumat keperluan sekolah yang dijana oleh Kementerian (KPM) untuk membantu

Apakah objektif Penyenaraian Kedudukan (Ranking/Banding) Sekolah?


Penyenaraian kedudukan atau Band pada awalnya diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Tawaran Baru kepada Guru Besar. Band menjadi asas kepada pemberian ganjaran berasaskan kepada penilaian pencapaian. Band membolehkan pihak kementerian memantau prestasi sekolah-sekolah terutamanya sekolah berprestasi rendah dan mengambil langkah-langkah penambaikan yang sesuai di bawah Program Pembangunan Prestasi Sekolah. Di sub NKRA Tawaran Baru

11

untuk Pengetua /Guru Besar, pihak kementerian komited dalam melaksanakan transformasi dan penambahbaikan daripada semasa ke semasa untuk menjamin kualiti pendidikan negara berada pada tahap yang tinggi.

Pemindahan dan penukaran antara sekolah tidak digalakkan; sepatutnya tindakan ini menjadi pilihan terakhir ibu bapa. Memindahkan pelajar adalah suatu pengalaman yang mungkin memberi tekanan dan boleh dikatakan lebih mengganggu daripada membantu. Kerajaan akan melancarkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah bagi memastikan kegusaran ibu bapa terhadap keadaan sekolah-sekolah diberi perhatian khas. Program ini disediakan untuk membantu sekolah-sekolah terutamanya yang berprestasi rendah, meningkatkan prestasi pelajar dengan lebih cepat dan berkesan. Salah satu daripada komponen penting bagi program ini adalah bantuan yang disasarkan terhadap ibu bapa dan para pelajar.

Berapa kerapkah sekolah-sekolah akan diberi penarafan?


Penarafan sekolah dilakukan secara tahunan berasaskan kepada prestasi sekolah-sekolah berkenaan dalam peperiksaan awam dan Skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) yang menggunakan instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

Apakah bentuk dan nilai ganjaran yang diberi kepada sekolah berjaya meningkat prestasi?
Ganjaran dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan akan diberikan kepada sekolahsekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi.

Sekolah-sekolah manakah yang menerima impak program ini?

akan

Sekiranya sekolah berprestasi lebih baik diberi ganjaran, bagaimana pula Kementerian Pelajaran menangani sekolah berprestasi rendah?
Penarafan sekolah berperanan sebagai alat analitikal bagi menentukan sekolahsekolah yang amat memerlukan bantuan dan sokongan daripada Kementerian Pelajaran (KPM) meningkatkan prestasinya. Pengetua/ Guru Besar sekolah yang berprestasi rendah akan menerima bantuan atau sokongan yang dikenali sebagai Talian Khidmat Bantuan. Contohnya: 4 Pembangunan kapasiti (seperti menambahbaikan kemahiran, latihan semula dan kaunseling) 4 Bahan-bahan sokongan/bantuan (seperti garis panduan untuk perancangan dan bahan pengajaran preskriptif) 4 Sumber-sumber tambahan (seperti menaik taraf prasarana)

Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini menyokong kesemua 10,000 sekolah di Malaysia yang mengikuti kurikulum kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan. Sekolah yang berprestasi rendah adalah sasaran utama untuk diberikan bantuan dan sokongan. Fasa pertama program ini akan melibatkan pembabitan kesemua 7,700 sekolah rendah. Fasa kedua pula akan tertumpu kepada semua sekolah menengah.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyelesaian khusus (tailored solution)?


Penyelesaian akan berasaskan kepada penilaian ketua sekolah tentang isu dan kekangan utama yang dihadapi oleh sekolah. Maklumat ini memberi Pengetua dan Guru Besar dan Kementerian (KPM) gambaran yang lebih mendalam untuk menentukan jenis sokongan yang diperlukan. Pihak KPM kemudiannya akan berbincang dengan Pengetua/Guru Besar terhadap perkhidmatan yang diperlukan seperti pembangunan kapasiti, peralatan sokongan atau sumber tambahan seperti menaiktaraf prasarana.

Apakah alternatif yang disediakan kepada ibu bapa yang mahu anak mereka keluar daripada sekolah berpretasi rendah?

Berapakah jangkamasa yang dianggarkan untuk melaksanakan perubahan di sekolahsekolah setelah keperluan itu dipastikan?
Jangka masa bagi penyelesaian masalah

12

bergantung kepada kesungguhan dan komitmen Pengetua/guru dalam memastikan masalah yang dihadapi diselesaikan bersesuaian dengan strategi yang dirancang. Kementerian akan memberi sokongan sambil memantau progres sekolah mencapai sasarannya.

Adakah ini akan mengakibatkan gangguan kepada kurikulum / peperiksaan?


Program Pembangunan prestasi sekolah adalah sebahagian besar daripada matlmat Program Transformasi Kerajaan bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar. Walaupun Program Pembangunan prestasi sekolah akan memastikan kurikulum dan peperiksaan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan terbaik.

sekali gus membolehkan pihak kementerian KPM) membantu dan menyokong rancangan mereka dengan sistem pemantauan yang lebih sistematik. Pemahaman dan maklumat yang diperolehi melalui program ini membolehkan para Pengetua dan Guru Besar merangka strategi yang sesuai berasakan peruntukkan yang ada secara optima dengan sokongan padu daripada pihak Kementerian.

Apakah kesan program ini ke atas para warga pendidik dan pelajar?
Pelaksanaan program ini akan membantu para Pengetua/Guru Besar merancang usaha penambahbaikan berasaskan kepada penilaian kendiri. Pada masa yang sama ia membolehkan para Pengetua bekerjasama dengan pihak Kementerian (KPM) mencapai sasaran tahunan mereka. Berasaskan kepada usaha penambahbaikan yang dikenalpasti, program ini mampu meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran di sekolah, contohnya melalui program latihan dan mentor untuk warga pendidik menguasai dan meningkatkan kepakaran mereka dalam matapelajaran yang mereka ajar ataupun memperuntukkan sumber kewangan untuk membeli buku teks.

Siapakah yang akan membiayai program ini ataupun untuk cadangan penambahbaikan sekolah yang lain? Adakah ini bermakna peningkatan anggaran perbelanjaan untuk sekolah?
Program Pembangunan Prestasi Sekolah bertujuan untuk membantu Pengetua/Guru Besar sekolah mengenalpasti cabarancabaran khusus untuk sekolah mereka dan

Memperkukuh Aktiviti Sukan Di Sekolah


Ketua Pengarah Pelajaran melalui surat bertarikh 22 Februari 2010 telah mengarahkan semua pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai tahun 2011. Dasar ini akan memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah masingmasing. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah diminta membuat perancangan rapi berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah mereka dengan menjadualkan program sukan sepanjang tahun supaya setiap pelajar berpeluang menyertainya.

YAB Menteri Pelajaran Malaysia Menyampaikan Pingat Kepada Pemenang Satu Acara Sukan Sekolah-Sekolah Asean Di sini.

13

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, setiap murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti sukan sekolah secara aktif sepanjang tahun. Ia selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu membudayakan sukan di kalangan masyarakat, bermula dari di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti di bawah Sukan Untuk Semua sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan murid-murid. Manakala Sukan Untuk Kecemerlangan pula, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan. Mereka diletakkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan-sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah.

MATLAMAT
Maltamat dasar 1M1S ialah:Pertama, membangunkan modal insan melalui penyertaan semua murid dalam aktiviti sukan sepanjang tahun dan yang keduanya, memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah; ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri yang akan merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah-sekolah. Beberapa strategi telah dikenal pasti untuk melaksanakan program ini dan akan dilaksanakan apabila data berkaitan diperolehi bagi menentukan sasaran yang dikehendaki tercapai. Semua Pengetua, PPD dan JPN diarahkan supaya mengambil tindakan terhadap pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan Konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)


Dasar 1M1S ialah mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah mereka. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan insan yang

14

OBJEKTIF
Objektif dasar 1M1S pula antara lain ialah meningkatkan kecergasan jasmani; membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni; memupuk perpaduan di antara kaum; membentuk budaya sukan di kalangan murid; memenuhi naluri semulajadi murid; memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan zikal; seterusnya mewujud landasan ke arah kecemerlangan sukan.

PRINSIP PELAKSANAAN
Pelaksanaan Dasar 1M1S mengambil kira prinsipprinsip berikut:Mewajibkan murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah, dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan menyertai aktiviti sukan di sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah. Asas 1M1S ialah melaksanakan mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S. Aspek yang diutamakan ialah penyertaan semua murid dalam aktiviti sukan secara aktif. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) murid. Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan digalak dan dialu-alukan menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.

SURAT SIARAN YANG BERKAITAN


Surat siaran yang dikeluarkan oleh KPM memberi kebenaran khas kepada guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) memakai pakaian rasmi sukan sepanjang hari berkenaan. (Rujukan KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010). Begitu juga terhadap Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun yang dikeluarkan, perlulah diikuti sepenuhnya.(Rujukan KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010) Setiap sekolah dikehendaki menggunapakai semua arahan seperti yang terkandung dalam SuratSurat Pekeliling Ikhtisas dan Surat-Surat Siaran yang dikeluarkan oleh KPM.

PENDEKATAN PELAKSANAAN
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S di atas, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan masing-masing mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut :Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan zikal. Aktiviti sukan di sekolah hendaklah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan

15

olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. Mengambil bahagian dalam pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah, dan MSSD/ MSSN/MSSM hingga ke peringkat antarabangsa merupakan aktiviti 1M1S. Di antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah seperti senarai berikut:Badminton Basikal Big Walk Baseball Bola Jaring Bola Keranjang Bola Sepak Bola Tampar Boling Padang Diving Equestrian Futsal Golf Hoki Jimnastik Artistik Jimrama Karate Kriket Kriket kancil Lumba Marathon Memanah Menembak Merentas Desa Modied Games Olahraga Petanque Ping Pong Polo Air Polo(kuda) Ragbi Ragbi Sentuh Renang Silat Senamrobik Sepak Takraw Softball Squash Taekwondo Tenis Ten Pin Bowling Tinju Wush dan Sukan-sukan lain yang sesuai.

PENILAIAN
Selari dengan objektif 1M1S, penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian yang sedia ada iaitu berasaskan kepada:kehadiran; jawatan serta sumbangan; penglibatan; dan pencapaian.

Perubahan pada sistem penilaian sedia ada ini akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

SEBARANG URUSAN BERKAITAN PERHUBUNGAN AWAM DAN MEDIA (PROMOSI & PUBLISITI), PENGURUSAN ADUAN DAN KHIDMAT PELANGGAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT SILA KEMUKAKAN KEPADA KETUA KOMUNIKASI KORPORAT, UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

HOTLINE: 03-7723 7070

EMEL: kpkpm@moe.gov.my FAKS: 03-8888 8431

TALIAN AM: 03-8884 6000 / 6206


16

You might also like