Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar

Behrang, 35950 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan www.instun.gov.my

SEMINAR :

SEMINAR PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN TANAH UNTUK PEGAWAI DAERAH / PENTADBIR TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA 15 16 DISEMBER 2003

TAJUK :

AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 DAN ENAKMEN MINERAL NEGERI-NEGERI: KE ARAH MENINGKATKAN SUMBER KEWANGAN NEGERI

Oleh

Ir. Haji Abdullah Zawawi b Amir Mohd Zaim bin Abdul Wahab JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

1 __________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 DAN ENAKMEN MINERAL NEGERI: KE ARAH MENINGKATKAN SUMBER KEWANGAN NEGERI.

Synopsis

Kemakmuran sesebuah negeri sedikit sebanyak bergantung kepada kemampuan pentadbiran negeri mengenalpasti, merancang dan menjana sumber-sumber yang terdapat dalam sempadannya. Sumber mineral adalah salah satu daripada sumber tersebut. Namun begitu dasar dan undangundang perlombongan yang digubal sebelum negara mencapai kemerdekaan tetapi masih dipakai oleh negeri-negeri sekarang sudah tidak berupaya lagi memenuhi keperluan dan menangani permasalahan yang dihadapi oleh industri. Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Negeri yang digubal berasaskan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang lebih moden bagi menggantikan Enakmen Melombong sedia ada yang merupakan satu undang-undang kacukan mengenai perlombongan. Endapan mineral hanya wujud di lokasi tertentu dan ia perlu diusahasilkan bagi manfaat negeri dan rakyat. Enakmen Mineral Negeri yang digubal ini akan ditadbir oleh pihak Kerajaan Negeri dan bertujuan menyediakan pasarana perundangan yang jelas dan telus bagi menarik pelaburan ke dalam industri perlombongan. Dalam Enakmen Mineral Negeri kuasa pentadbiran akan berpusat di pejabat Pengarah Tanah dan Galian. Enakmen Mineral ini mempunyai beberapa ciriciri utama seperti pembentukan Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri, jaminan keatas pajakan, urusan kerja carigali, pemeliharaan alam sekitar, Lesen Melombong Tuan Punya, royalti dan juga konsep timbangtara untuk menyelesaikan masalah. Faedah yang diperolehi dari industri pelombongan bukan sahaja datang dalam bentuk cukai. Dengan menerima pakai EMN dan dengan perancangan rapi industri perlombongan boleh memberi faedah lain seperti pewujudan pekerjaan, industri hiliran dan sampingan, pembukaan kawasan baru serta peningkatkan ekonomi melalui penggunaan optima sumber.

2 __________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

1.

PENGENALAN

1.1

Kemakmuran sesebuah negeri sedikit sebanyak bergantung kepada

kemampuan pentadbiran negeri mengenalpasti, merancang dan menjana sumber-sumber yang terdapat dalam sempadannya. Kayu-kayan, tenaga manusia yang mahir, tanah yang subur dan juga mineral serta batuan adalah di antara sumber yang boleh dibangunkan. Jika dianalisis dari aspek sejarah

kemakmuran negara sekarang adalah hasil dari kejayaan negeri-negeri memanfaatkan sumber yang ada. Pulau Pinang, umpamanya, memacu ekonominya berdasarkan kedudukan pelabuhan yang strategik dan tenaga

manusia yang terlatih, manakala Selangor dan Perak merupakan negeri yang mengasaskan pembangunannya dari perlombongan mineral terutama bijih timah.

1.2

Disamping itu negeri-negeri juga bertuah kerana telah mewarisi sistem Namun begitu tidak semua

pentadbiran tanah yang baik dan berkesan.

undang-undang dan peraturan berubah dan diselaraskan secepat yang diharapkan mengikut perubahan dan keperluan semasa. Salah satu darinya ialah perundangan berkaitan industri perlombongan dan pembangunan sumber mineral. Dasar dan undang-undang perlombongan yang digubal

sebelum negara mencapai kemerdekaan tetapi masih dipakai oleh negerinegeri sekarang sudah tidak berupaya lagi memenuhi keperluan dan menangani permasalahan yang dihadapi oleh industri tersebut.

Ketidakupayaan perundangan ini di samping kejatuhan harga timah di pasaran dunia dalam tahun 1985 menyebabkan industri perlombongan timah negara jatuh merundum dan masih tidak bermaya untuk bangkit semula. Pada hari ini sumbangan dari industri perlombongan sumber mineral kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara adalah sekitar 0.5% sahaja dengan tidak mengambilkira sumbangan industri petroleum.

3 __________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

1.3

Kesan dari penguncupan sumbangan industri perlombongan timah

kepada ekonomi negara menyebabkan mineral dan batuan yang terdapat di negeri-negeri tidak lagi dipandang sebagai sumber kekayaan. Negeri-negeri menoleh kearah lain sebagai sumber baru untuk menjana aktiviti ekonomi. Tetapi pada hakikatnya mineral tidak boleh dipisahkan dari pembangunan. Ia diperlukan dalam kehiduapan harian manusia. Kini industri pembuatan tempatan terpaksa mengimport berbagai mineral dari luar negara bagi kegunaan industri mereka sama ada sebagai bahan suapan atau bahan campuran negara ini. walapun ada di antara sumber tersebut boleh diperolehi dalam

1.4

Menyedari keadaan ini, pada tahun 1989 pihak Kerajaan memutuskan

untuk mengambil langkah menyediakan satu dasar mineral serta perundangan yang lebih moden bagi memperbaiki kedudukan industri mineral dalam negara ini. Undang-undang yang disediakan bertujuan menggantikan pelbagai

Enakmen Perlombongan Negeri-negeri sedia ada yang kesemuanya digubal sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Undang-undang baru yang

dimaksudkan ialah Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Negeri. Akta Pembangunan Mineral 1994 akan dikuatkuasakan oleh agensi Persekutuan manakala Enakmen Mineral Negeri pula dipertanggungjawabkan keatas pihak negeri-negeri. 2. APAKAH AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 DAN ENAKMEN MINERAL NEGERI (EMN)?

2.1

Akta

Pembangunan

Mineral

1994

digubal

untuk

mengadakan

peruntukan bagi pemeriksaan dan pengawalseliaan kerja penjelajahan (exploration), pencarigalian (prospecting) dan perlombongan mineral dan bijih mineral dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. Manakala Enakmen Mineral Negeri-Negeri pula adalah untuk mengadakan peruntukan bagi 4 __________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

tenemen mineral dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

Kedua-dua

undang-undang tersebut menggantikan pelbagai Enakmen Melombong di negeri-negeri yang merupakan satu undang-undang kacukan mengenai perlombongan.

2.2

Pemisahan

keatas

peruntukan-peruntukan

dalam

Enakmen

Melombong negeri-negeri dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan di mana di bawah Jadual 9 iaitu senarai perundangan, permit dan lesen mencarigali dan juga pajakan dan sijil melombong terletak dibawah senarai negeri (State List) manakala pembangunan sumber mineral, lombong, perlombongan, mineral dan bijih mineral terletak di bawah senarai

persekutuan ( Federal List) 3. KENAPA ENAKMEN MINERAL NEGERI (EMN) DIPERLUKAN

3.1

Pada asasnya semua sumber mineral adalah terletak hak kepada

kerajaan negeri. Memandangkan mineral ini adalah berbentuk anugerah dan oleh kerana ia tidak akan wujud di sebarangan lokasi maka seharusnyalah ia tidak diketepikan dan diabaikan sama sekali. Kewujudan endapan mineral yang berekonomi untuk diusahasilkan perlu dimanfaatkan untuk

pembangunan dan keselesaan rakyat. Bergantung kepada pihak Berkuasa Negeri bagaimana sumber ini boleh dihasilkan, samada diusahakan sendiri melalui syarikat-syarikat kerajaan atau pun diberikan kepada pelabur untuk menghasilkannya. Kaedah yang kedua ini selalunya menjadi pilihan banyak kerajaan negeri kerana ia bukan sahaja tidak membebankan tetapi juga lebih menguntungkan, kawasan yang cepat telah dan berkesan dalam membangunkan potensi sesuatu yang

dikenalpasti

mempunyai

mineral

berekonomi. Kerajaan hanya memajakkan kawasan tersebut kepada pelabur dan mengutip cukai tertentu keatas mineral yang dihasilkan.

5 __________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

3.2

Perlombongan merupakan satu pelaburan yang berisiko tinggi dan Ini akan

mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan pulangan.

lebih ketara dalam kes perlombongan endapan mineral dalam batuan keras. Projek pelombongan lazimnya memerlukan modal yang besar serta teknologi yang tinggi. Kebanyakan pelombong yang mempunyai modal besar dan berteknologi tinggi ini adalah syarikat luar negara. Bagi menarik pelaburan yang besar ini, dasar dan perundangan yang lebih moden dan telus yang mirip kepada peraturan dan amalan antarabangsa perlu disediakan. Oleh itu EMN ini adalah jawapannya. EMN yang digubal bersama wakil kerajaan negeri telah mendapat nasihat dari sekumpulan pakar dari United Nation Development Project (UNDP) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). EMN ini selain bertujuan menarik pelaburan, ia juga adalah untuk memperkemas pengawalan aktiviti perlombongan bagi menangani isu baru seperti persoalan berkaitan alam sekitar serta teknologi pelombongan moden yang diperlukan untuk mengerjakan dan mengusahasilkan endapan mineral dalam batuan keras. Permasalahan ini tidak dapat ditangani sepenuhnya dengan enakmen melombong yang sedia ada. 4. CIRI-CIRI UTAMA ENAKMEN MINERAL NEGERI

4.1

Dengan adanya Akta Pembangunan Mineral 1994 dan juga Enakmen

Mineral Negeri-Negeri ini maka pemisahan bidang kuasa antara Persekutuan dengan Negeri adalah jelas. Dalam Enakmen Mineral Negeri-Negeri kuasa pentadbiran akan berpusat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian. Peruntukan di dalamnya lebih jelas dan terperinci jika dibandingkan dengan Enakmen Melombong yang sedia ada. Ini adalah baik untuk mengelakkan

wujudnya terlalu banyak kuasa budibicara kepada pegawai yang mentadbir. Pemusatan pentadbiran Enakmen Mineral Negeri-Negeri membolehkan

semua maklumat mengenai tenemen mineral tersimpan di satu tempat dan ini memudahkan pengurusannya. 6 __________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

4.2

EMN juga mempunyai peruntukan bagi pembentukan Jawatankuasa

Sumber Mineral Negeri (JSMN) yang bertanggungjawab menyelaras dan membuat perakuan kepada Pihak Berkuasa Negeri mengenai pemohonan tenemen mineral. Keanggotaan JSMN ini terdiri dari PTG dan pegawai agensi teknikal lain seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan sebagainya. Jawatankuasa ini dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih baik dalam menentukan pengurusan mineral negeri dilaksanakan dengan cekap dan telus. Ciri ketelusan adalah penting dalam menarik pelaburan ke dalam industri perlombongan dan mineral.

4.3

Selain ciri ketelusan, pelabur memerlukan security of tenu mereka. Ini dimantapkan melalui peruntukan mengenai

pelaburan

penghapusan pajakan kecil.

Pengeluaran pajakan melombong berdasarkan

hayat rezab enapan kepada pemegang lessen penjelajahan atau lesen mencarigali yang telah menemui endapan mineral yang berekonomi untuk diusahakan selepas menjalankan aktiviti mencarigali merupakan satu jaminan kepada pelabur.. 4.4 Dalam EMN juga, Pihak Berkuasa Negeri setelah memperolehi

maklumat yang relevan boleh mewartakan kawasan kepada beberapa kategori seperti berikut: 4.5

Kawasan tutup untuk perlombongan Kawasan untuk tawaran bersaingan ( competitive bidding) Kawasan rezab mineral Kawasan untuk Lesen Melombong Individu

Memandangkan Enakmen Melombong yang lama kurang berkesan

dalam menyelesaikan keperluan semasa maka beberapa peruntukan baru 7 __________________________________________________________________


Sumber : www.instun.gov.my

telah dimasukkan dalam Enakmen Mineral Negeri. Peruntukan berkaitan kerja mencarigali diperkemaskan. Kebenaran kerja mencarigali ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu Lesen Penjelajahan dan Lesen Mencarigali. Lesen Mencarigali ini pula boleh diubah kepada Lesen mencarigali dengan Peluasan Batuan Keras bagi membolehkan pelabur meneruskan kerja carigali mereka dalam kawasan batuan keras yang memakan masa yang lebih panjang daripada kebiasaannya. Disamping itu pemegang lesen mencarigali perlu mengemukakan laporan perbelanjaan dan kemajuan berkala termasuk keputusan aktiviti mencarigali kepada Pengarah Tanah dan Galian.

4.6 juga

Pemuliharaan alam sekitar dan pemulihan kawasan bekas lombong telah diberikan lebih perhatian. Sebelum permohonan pajakan

melombong dipertimbangkan dan diluluskan beberapa hasil kajian perlu dikemukakan seperti kajian kebolehlaksanaan (feasibility study), pelan pemulihan lombong dan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) kepada Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri. Pengeluaran pajakan melombong hanya boleh diluluskan setelah pihak JSMN berpuas hati. Selain itu peruntukan mengenai penggunaan air dalam EMN adalah jelas. Ini

membolehkan pemajak mengambil langkah perlu untuk menjalankan aktiviti perlombongan diatas pajakan berkenaan dengan baik. Namun begitu penggunaan ini tidak boleh mengganggu bekalan kepada pengguna lain serta tidak merosakkan sungai dan punca air tersebut.

4.7

Dalam

aspek

pemulihan,

pemegang

pajakan

melombong

atau

pengusaha lombong-lombong yang beroperasi perlu menyumbang kepada Tabung Pemulihan Lombong atau Tabung Pemulihan Bersama yang

ditubuhkan.

Dengan cara ini kawasan lombong akan dapat ditebusguna

selepas aktiviti perlombongan tamat untuk membolehkannya dibangunkan oleh aktiviti ekonomi lain. Dengan mewujudkan keperluan ini beban pemulihan kawasan bekas lombong adalah keatas bahu pihak pelombong. Pihak 8 __________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

kerajaan akan mengawalselia supaya matlamat penebusan semula tanah lombong dapat dicapai.

4.8

Satu lagi ciri yang menarik dalam EMN ialah peruntukan bagi Lesen

Melombong Tuan Punya. Ia tidak terdapat dalam Enakmen Melombong lama melainkan dalam Enakmen negeri Johor. membolehkan pemilik tanah tersebut Peruntukan ini bertujuan untuk pertanian menjalankan aktiviti

perlombongan di atas miliknya tanpa perlu menyerahkan tanah untuk ditukar syarat terlebih dahulu. Namun begitu permohonan dan kelulusan hendaklah

diperolehi dari Pihak Berkuasa Negeri. Dalam kes ini pemilik tanah tersebut dikehendaki memulihkan tanahnya selepas dilombong.

4.9

Ada satu lagi senario yang boleh wujud di mana terdapat enapan

mineral dalam batuan keras di bawah tanah berimilik. Sekarang ini aspek melombong dibawah tanah berimilik tidak mempunyai peruntukan undangundang yang jelas. Ada dua undang-undang yang berasingan yang

membolehkan enapan ini diusahakan iaitu Enakmen Melombong dan Enakmen Melombong Bawah Tanah Berimilik 1941. Tetapi dalam hal ini EMN menyediakan peruntukan bagi menjalankan aktiviti perlombongan sebegini dan juga akses ke tanah tersebut Peruntukan ini tidak pula bermaksud Kebenaran

pelombong boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan.

Pihak Berkuasa Negeri perlu diperolehi dan tertakluk kepada beberapa syarat seperti tidak mengganggu dan menghalang tuan punya tanah berimilik tersebut menikmati haknya.

4.10

Dari aspek kewangan, ada peruntukan mengenai pembayaran royalti

oleh pemegang tenemen mineral kepada Pihak Berkuasa Negeri ke atas mineral yang dilombong. Sekarang ini, ada di antara Enakmen Melombong negeri sedia ada yang tidak mempunyai peruntukan ini. Kewujudan

peruntukan ini boleh memberikan sedikit insentif kepada pihak negeri. Kadar 9 __________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

royalti adalah berasaskan kepada peratusan nilai pasaran atau berat atau isipadu mineral yang dikeluarkan bergantung kepada jenis mineral.

4.11

Ada

kalanya

aktiviti

pencarigalian

dan

perlombongan

akan

menyebabkan masalah kepada pemegang hakmilik tanah yang berjiran. Untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul, diperkenalkan satu peruntukan bagi pemegang lesen mencarigali dan pajakan melombong mendeposit wang sebagai jaminan bagi tujuan bayaran pampasan kepada pihak yang terjejas akibat dari aktiviti pencarigalian dan perlombongan. Dalam hal ini Pengarah Tanah dan Galian adalah pegawai yang dipertanggungjawabkan sebagai penimbangtara. 5. FAEDAH KEPADA NEGERI

5.1

Sebelum sesuatu kawasan itu boleh dilombong ia perlu melalui

beberapa proses. Kerja mencarigali perlu dijalankan untuk mengenalpasti kawasan yang berpotensi mineral. Ia juga secara tidak langsung dapat mengetahui yang sebaliknya. Maklumat ini amat berguna dalam perancangan gunatanah negeri. Ia memberi peluang kepada kerajaan menentukan kawasan yang boleh dibangunkan selepas mengetahui sesuatu kawasan tidak berpotensi mineral. Perancangan yang baik tidak akan mengakibatkan kawasan berpotensi mineral dimajirkan.

5.2

Faedah yang diperolehi oleh pihak negeri bukan sahaja datang dalam

bentuk cukai. Malahan hasil cukai yang dikutip daripada mineral mungkin tidak banyak jika dibandingkan dengan industri lain. Dengan menerimapakai EMN ini dan sekiranya perancangan rapi yang dibuat berjaya menarik pelaburan, industri perlombongan mampu memberi faedah dalam bentuk:

Pewujudan pekerjaan 10

__________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

5.3

Penghasilan pertukaran asing Pewujudan industri hiliran dan sampingan Pembukaan kawasan baru Pembinaan infrastruktur Pembekalan bahan mentah Penggunaan optima sumber untuk peningkatan ekonomi

Mungkin ada yang beranggapan bahawa EMN ini akan hanya relevan

sehingga mana arang batu, timah, emas atau mineral berlogam lain terdapat di sesuatu tempat. Sebenarnya EMN ini boleh diperluaskan skopnya kepada mineral perindustrian lain seperti pasir silika, tanah liat yang bermutu tinggi seperti kaolin, serisit dan lain-lainnya. Mineral perindustrian ini akan amat

diperlukan di masa hadapan. Tidak keterlaluan jika setengahnya perlu dianggap sebagai bahan strategik bagi menampung keperluan industri tertentu.

6.

CABARAN MENDATANG

6.1

Walaupun sumber mineral terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri

industri perlombongan dan mineral masih menghadapi cabaran untuk membangun. Kedudukan endapan mineral di kawasan yang sensitif kepada alam sekitar atau dalam tanah berimilik yang terletak dalam kawasan yang sedang membangun boleh menyebabkan sumber tersebut terbiar untuk selama-lamanya. Pihak kerajaan tidak akan mendapat apa-apa pulangan

daripada sumber mineral yang termajir tersebut.

6.2

Langkah pertama yang boleh diambil oleh pihak kerajaan negeri dalam industri mineral di negeri-negeri ialah menghilangkan 11

membangunkan

kegusaran masyarakat terhadap industri perlombongan serta menjadi lebih __________________________________________________________________


Sumber : www.instun.gov.my

mesra kepada pelabur dalam industri ini. Masyarakat sering mempunyai persepsi negatif mengenai industri ini dan menanggapnya sebagai industri yang semata-mata merosakkan alam sekitar dan seolah-olah tidak boleh memberi sumbangan kepada pembangunan.

6.3

Disamping itu bagi meningkatkan lagi keberkesanan perancangan

gunatanah, lebih banyak kawasan perlu dibuka untuk kerja carigali. Tujuan kerja carigali ialah untuk mengetahui potensi mineral bagi kawasan berkenaan. Dengan cara ini banyak maklumat dapat dikumpul dan

seterusnya dimanfaatkan dan pada masa yang sama dapat meningkatkan minat pelabur kedalam sektor ini.

6.4

Enakmen Mineral Negeri ini boleh dikatakan suatu perundangan yang

baru kepada kebanyakan pentadbir. Tidak dinafikan perkara yang baru selalunya mendapat tentangan. Oleh itu usaha perlu dijalankan bagi menambah kefahaman para pentadbirnya bagi melaksanakan undang-undang ini dengan cekap dan berkesan menetapi semangat undang-undang tersebut. 7. KESIMPULAN

7.1

Sumber mineral yang telah dianugerahkan kepada setiap negeri tidak

seharusnya dirugikan dengan pemajiran oleh pembangunan kekal yang lain. Lebih banyak usaha perlu dijalankan untuk menarik pelabur yang berminat untuk menjalankan kerja carigali dan seterusnya melombong. Dengan mempunyai dasar yang lebih terbuka kepada perlombongan pihak negeri tidak akan rugi. Malahan dengan mempunyai lebih maklumat mengenai kawasan berpotensi mineral, perancangan negeri akan lebih berjaya. Enakmen Mineral Negeri ini mempunyai ciri-ciri yang baik yang mampu menarik pelaburan. Pelaburan ini seterusnya akan memberi banyak faedah dan menambah lagi sumber kewangan negeri.

12 __________________________________________________________________
Sumber : www.instun.gov.my

You might also like