Folio PJK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGENALAN

Daya tahan kardiovaskular atau daya tahan kardiorespiratori ialah keupayaan jantung, salur darah, dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah atau sederhana. Daya tahan kardiovaskular sememangnya berkait dengan kecergasan fizikal. Ini kerana, kecerdasan fizikal merupakan kemampuan dan kebolehan melakukan aktiviti seharian tanpa berasa lesu serta masih mempunyai lebihan tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan atau kecemasan. Untuk mendapat keupayaan ini, otot perlu mendapat oksigen yang mencukupi daripada jantung. Selain itu, untuk mendapatkan daya tahan kardiovaskular yang maksimum seseorang perlu menjalankan latihan yang tersusun. Antara latihan yang dapat memaksimumkan dilakukan ialah larian jarak jauh, berlari pantas dua hingga tiga kilometer, latihan senamrobik dan latihan fartlek. Dengan menjalankan latihan ini, saiz ruang jantung akan bertambah (hipertrofi jantung), pertambahan ketebalan dinding jantung, pertambahan keanjalan otot jantung serta pertambahan jaringan kapilari darah di otot. Ini akan membolehkan sistem kardiovaskular berfungsi dengan efisien.

Sistem kardiovaskular
System kardiovaskular merupakan sistem yang terdiri daripada jantung dan salur darah. Kombinasi inilah disebut sebagai sistem kardiovaskular. Jantung memainkan peranan penting sebagai tempat untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan manakala salur darah berfungsi sebagai tempat darah mengalir. Darah yang mengandungi hemoglobin berfungsi mengangkut oksigen. Namun begitu untuk berfungsi dengan lebih efisien, ia mesti dibantu oleh sistem respiratori normal yang terdiri daripada saluran-saluran respiratori dan paru-paru. Darah yang dipam oleh jantung mengandungi oksigen yang diperoleh daripada alveolus. Alveolus pula mendapat oksigen apabila kita menarik nafas yang udara yang mengandungi oksigen dihantar ke paru-paru yang mengandungi alveolus. Oksigen ini akan di menyerap ke dinding-dinding alveolus yang nipis. Hemoglobin akan bergabung dengan oksigen dan akan membentuk oksi hemoglobin. Darah beroksigen ini akan mengalir ke jantung dan dipam ke seluruh anggota badan. Darah yang dipam oleh jantung ini akan melalui arteri. Arteri akan membawa darah beroksigen ke tisu-tisu dan organ termasuk jantung. Oksigen ini akan digunakan untuk menghasilkan tenaga. Proses ini akan menghasikan karbon dioksida dan bahan-bahan kumuh lain yang perlu dikeluarkan dari tubuh. Terdapat juga karbon dioksida yang melarut ke dalam darah dan dibawa keluar daripada organ melalui vena ke jantung. Darah dari jantung akan dipam ke paru-paru untuk membebaskan karbon dioksida. Jantung yang terdiri otot jantung (cardiac muscle) yang boleh menguncup dan relaks. Jantung juga mempunyai empat bahagian iaitu atrium kiri dan atrium kanan manakala di sebelah bawah ialah ventrikel kiri dan ventrikel kanan.darah tanpa oksigaen akan memasuki atrium kanan kecuali paru-paru. Darah beroksigen dari paru-paru memasuki atrium kiri. Kemudian kedua-dua atrium menguncup untuk memaksa darah ke kedua ventrikel (ventrikel relaks). Kemudian kedua ventrikel menguncup untuk mengepam darah keluar dari jantung. Darah dihantar ke paru-paru.darah yang keluar dari ventrikal kiri

adalah beroksigen. Dihantar ke seluruh tubuh. Jika otot jantung tidak kuat darah tidak sampai sepenuhnya ke bahagian yang jauh dan mengalami kekurangan oksigen

Latihan meningkatkan daya tahan kardiovaskular


Keupayaan jantung boleh dipertingkatkan supaya boleh membekalkan darah yang banyak ke seluruh tubuh. Contohnya jika kita melakukan latihan setiap hari, lama-kelamaan kita tidak akan mudah tercungap-cungap. Ini disebabkan oleh daya tahan kordiovaskular telah Berjaya dipertingkatkan ataupun jantung berupaya mengepam lebih banyak darah keseluruh tubuh dalam masa yang singkat. Dengan ini, bahagian tubuh akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Sebenarnya apabila kita menjalankan latihan seperti berjoging otot-otot di bahagian kaki akan menjadi lebih kuat. Seorang perenang mempunyai otot bahu, tangan dan kaki yang kuat. Ini kerana, kekerapan melakukan latihan menjadikan otot-otot yang terlibat lebih kuat. Latihan demikian menjadikan otot jantung lebih kuat. Dengan ini, ia akan menghasikan tekanan yang lebih tinggi apabila menguncup. Tekanan tinggi ini akan membolehkan darah yang beroksigen dihantar keseluruh bahagian badan dengan sepenuhnya. Namun jika daya tahan kordiovaskular rendah, seseorang akan mudah lesu semasa melakukan aktiviti. Ini disebabkan pengumpulan asid latik yang berlebihan dalam otot. Ini kerana kekurangan oksigen dalam otot ketika bekerja keras semasa latihan. Namun begitu, jika daya tahan kardiovaskular tinggi asid laktik tidak akan berkumpul kerana bekalan oksigen mencukupi. System kardiovaskular bersama-sama dengan sistem respiratori dapat berfungsi dengan efisien untuk menyerap dan mengedarkan oksigen.

Jenis-jenis latihan
Antara jenis-jnis latihan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular adalah seperti larian jarak jauh perlahan. Latihan ini dilakukan dengan berlari perlahan-lahan untuk jarak jauh dalam masa 30 minit hingga 2 jam. Latihan perlu dilakukan dengan intensiti rendah supaya tidak menimbulkan stres dalam sistem pernafasan. Selang-selikan hari latihan dengan rehat untuk membolehkan badan pulih. Selain itu, berjalan pantas dua hingga tiga kilometer adalah latihan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Ini adalah seperti mencari tempat yang selamat dan udaranya bersih. Pada permulaan latihan kalajuan bukanlah perkara yang penting tetapi kekalkan kelajuan sepanjang jarak yang ingin dihabiskan dan tambah jarak secara berterusan apabila sudah biasa dengan keadaan tersebut. Latihan senamrobik boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Apabila dilakukan di kawasan terbuka cuaca hendaklah tidaklah terlalu panas semasa melakukan latihan di kawasan tertutup pengudaraan hendaklah baik. Rentak muzik juga perlulah sesuai kerana kepantasan kita melakukan latihan ini dipengaruhi oleh muzik. Latihan ini boleh menjadi aktiviti yang menyeronokan disamping meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesihatan gan Latihan fartlek merupakan aktiviti dengan pelbagai kelajuan. Kita boleh melakukannya dengan berjalan dan berlari. Semasa berjalan atau berlari kelajuan boleh diubah-ubah. Kita boleh menentukan sandiri jarak dan masa yang ingin dianbil. Aktiviti ini diselang-selikan dengan berjalan dan berjoging. Apabila selesai melakukan latihan kita tidak boleh berhenti dengan serta-merta. Ini kerana proses di dalam badan seperti denyutan jantung peredaran darah dan pengguncupan otot berlaku dengan cepat. Aktiviti latihan perlu diperlahankan secara beransur-ansur. Oleh itu, kita perlu melakukan aktiviyti menyejukkan badan.

Mengelakkan penyakit kardiovaskular


Penyakit kardiovaskular ialah penyakit yang berhubung kait dengan kerosakan pada salur darah atau jantung. Salah satu punca penyakit ini berlaku adalah disebabkan pengumpulan lemak didalam salur darah yang menyebabkan salur darah menjadi sempit dan tersumbat. Aktiviti aerobik dapat meningkatkan sistem pengaliran darah dan membakar lemak yang terkumpul di dalam salur darah dan jantung. Aktiviti aerobik juga dapat mengekalkan paras gula dalam darah, membantu mengawal berat badan, mengurangkan stres, membolehkan kita tidur dengan nyenyak dan menjadikan kita lebih cergas dan bertenaga

Kesan latihan.
Setelah menjalankan latihan, beberapa perubahan berlaku terhadap fizikal kita. Perubahan tersebut adalah perubahan dari segi fisiologi. Contohnya pertambahan saiz jantung dapt meningkatkan isipadu ruang jantung yang boleh diisi dengan darah.dengan ini lebih banyak banyak darah beroksigen dapat dibekalkan oleh jantung kepada tubuh. Darah beroksigen ini dapat dihantar oleh jantung dengan cekap dan berkesan kerana dinding jantung menjadi lebih tebal. Dengan ini,jantung akan mengepam dengan lebih kuat. Pengaliran darah ke otot meningkat karana jaringan kapilari darah dalam otot bertambah. Selain itu, penurunan kadar denyutan jantung semasa rehat kerana tahap daya kardiovaskular yang tinggi, kadar denyutan jantung semasa latihan meningkat sedikit serta selepas latihan dengupan jantung kembali normaol pada jangka masa yang singkat. Selain itu, selepas menjalani latihan ini, otot mengalami perubahan dari segi kekuatan. Dengan pertambahan kekenyalan otot, kekuatan otot bertambah. Sistem respiratori juga mengalami perubahan iaitu kadar pernafasan semasa rehat berkurang. Isipadu udara keluar masuktidak berubah tetapi meningkat semasa melakukan latihan. Keupayaan paru-paru membekalkan darah beroksigen meningkat.

TAJUK

Disediakan oleh Nama: Maliki Hanafi bin Ismail No. Maktab: 10099 Kelas: 4 Cemerlang Disediakan untuk En Muhammad Nizam bin Hussin Cik Anis Fadzilatul Khirin binti Anas Tarikh hantar 22 September 2010

You might also like