Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Soalan Lazim Perkhidmatan Guru 1

Jumaat, 04 September 2009 01:33 pentadbir

SOALAN DAN JAWAPAN LAZIM (FAQ) CAWANGAN PERKHIDMATAN, UNIT PERKHIDMATAN GURU I (KG I) BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Soalan 1: Apakah syarat lantikan untuk menjadi seorang guru Jawapan: i. Warganegara Malaysia. ii. Mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda yang diiktiraf. iii.Mempunyai kelayakan iktisas perguruan. iv.Lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM, dan v.Berumur tidak kurang 18 tahun Soalan 2: Bagaimana cara graduan IPTA memohon jawatan sebagai seorang guru? Jawapan: Pemohon boleh menghantar permohonan kepada BPSM melalui aplikasi e-GST dalam laman web Kementerian @moe.gov.my. Data dalam sistem tersebut akan digunakan oleh BPSM untuk urusan temuduga bagi graduan bukan tajaan KPM dan graduan tajaan KPM yang mendapat purata nilai gred kumulatif 2.74 kebawah. Bagi yang mendapat 2.75 keatas, penempatan akan diuruskan pada sesuatu tarikh yang ditentukan.

Soalan 3: Bilakah tarikh pelantikan guru-guru dibuat?

Jawapan: Terdapat empat tarikh pelantikan bagi graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari universiti-universiti tempatan yang telah berjaya dalam urusan temuduga iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Manakala bagi lepasan Institut Perguruan akan ditempatkan pada bulan Januari dan Jun.

Soalan 4: Bilakah temuduga akan dijalankan? Jawapan: Temuduga bagi lepasan IPTA akan dilaksanakan pada bulan Februari, Jun, September, dan November.

Soalan 5: Bila surat tawaran pelantikan Guru Sandaran Terlatih akan dikeluarkan bagi graduan IPG dan graduan IPTA? Jawapan: Surat tawaran pelantikan GST bagi graduan IPG akan diserahkan semasa taklimat perkhidmatan yang akan diadakan pada minggu terakhir graduan di IPG. Manakala bagi graduan lepasan IPTA surat tawaran pelantikan akan diserahkan ke JPN.

Soalan Lazim Khidmat Guru


Jumaat, 04 September 2009 01:32 pentadbir

SOALAN DAN JAWAPAN LAZIM (FAQ) CAWANGAN PERKHIDMATAN, UNIT PERKHIDMATAN GURU II (KG II) BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

A)

PENGURUSAN PEGAWAI DALAM JAWATAN KUMPULAN

Soalan 1: Siapakah kategori pegawai yang boleh ditempatkan ke Jawatan Kumpulan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawapan: Pegawai yang boleh dicadangkan untuk ditempatkan ke dalam Jawatan Kumpulan adalah seperti berikut: i. Pegawai yang menghadapi masalah sakit berpanjangan melebihi 6 bulan serta mendapat sijil sakit yang dijangka berterusan selama 180 hari atau lebih. ii. Pegawai yang menghadapi masalah sakit tibi, kusta, barah atau penyakit yang setaraf. iii. Pegawai yang menghadapi masalah sakit mental. iv. Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji mengikut pasangan bertugas/berkurusus di dalam atau di luar Negara selama setahun atau lebih. Soalan 2: Bagaimanakah cara untuk mencadangkan seseorang pegawai untuk ditempatkan ke Jawatan Kumpulan. Jawapan: Cadangan hendaklah dikemukakan kepada Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan,Jabatan Pelajaran Negeri dengan mengemukakan dokumendokumen seperti berikut: a. Bagi Yang Menghadapi masalah Kesihatan: i. Salinan surat daripada Pegawai Perubatan Kerajaan yang mengesahkan pengawai menghadapi masalah sama ada sakit yang berpanjangan, sakit tibi, kusta atau barah atau Laporan Lembaga Perubatan bagi jenis penyakit yang setaraf. ii. Salinan kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti pegawai yang kemaskini. iii. Salinan sijil-sijil sakit pegawai. iv. Laporan dari Pengetua/Guru Besar/Ketua Jabatan mengenai pegawai menggunakan format Borang Lampiran 1 Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bil. 10 Tahun 1998.

b. Bagi Yang Bercuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bertugas/Berkursus Di Dalam/Di Luar Negara: i. Salinan kelulusan cuti tanpa gaji. ii. Salinan kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti Soalan 3: Siapakah yang bertanggung jawab mengendalikan hal-hal yang berkaitan perkhidmatan dan pentadbiran pegawai yang telah ditempatkan ke Jawatan Kumpulan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Jawapan: Ketua Jabatan dimana pegawai berada atau bertugas adalah bertanggungjawab mengendalikan urusan perkhidmatan dan pentadbiran pegawai.

B)

URUSAN PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN SENDIRI

Soalan 1: Bilakah seorang guru itu boleh dipertimbangkan untuk bersara pilihan? Jawapan: Syarat-syarat Permohonan Persaraan Pilihan Sendiri ialah mengikut Akta Pencen 1980. Walau bagaimanapun demi kepentingan perkhidmatan bagi guru yang mengajar subjek kritikal pada sesuatu masa. Kementerian Pelajaran Malaysia hanya mempertimbangkan PPPLD dan PPPS yang berumur 50 tahun untuk pegawai lelaki dan 45 tahun untuk pegawai perempuan. Bagi PPPS dan PPPLD yang tidak mengajar subjek kritikal adalah seperti berikut : 1. PPPLD Lelaki 40 tahun Wanita 40 tahun 2. PPPS Lelaki 50 tahun Wanita 45 tahun Soalan 2: Bilakah mesyuarat permohonan persaraan pilihan sendiri saya boleh dipertimbangkan? Jawapan: Permohonan tuan akan dipertimbangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan 2 kali setahun yang dijadualkan pada bulan Februari dan Julai setiap tahun.

Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya sebulan sebelum mesyuarat diadakan. Soalan 3: Sekiranya permohonan persaraan pilihan sendiri saya gagal, bolehkah saya membuat rayuan? Jawapan: Tuan boleh membuat rayuan sebaik sahaja keputusan dikeluarkan. Mesyuarat jawatankuasa Rayuan akan diadakan sebulan selepas Mesyuarat Pemohonan Persaraan Pilihan Sendiri. Soalan Bagaimana cara untuk memohon Persaraan Pilihan 4: Sendiri?

Jawapan: Tuan boleh merujuk kepada Ketua Jabatan/Jabatan Pelajaran Negeri. Jabatan akan mengarahkan tuan mengisi meklumat untuk tujuan persaraan dan jabatan akan mengemukakan kesemua dokumen yang diperlukan kepada BPSM, KPM untuk pertimbangan mesyuarat Jawatankuasa bersara pilihan.

C)

SOALAN LAZIM URUSAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Soalan 1: Bilakah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan? Jawapan: Anda boleh disahkan ke dalam perkhidmatan setelah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama satu hingga tiga tahun dan memenuhi syarat-syarat pengesahan perkhidmatan seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran. Soalan 2: Apakah syarat untuk disahkan dalam perkhidmatan? Jawapan: Tuan layak disahkan dalam perkhidmatan setelah: (i) berjaya menjalani tempoh percubaan 1-3 tahun; (ii) hadir dengan jayanya kursus Induksi; dan (iii) mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.

Soalan 3: Apakah dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan? Jawapan: (i) Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176/2005); (ii) Borang Opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Jadual Kelima P.U. (A) 176/2005); dan (iii) Kenyataan Perkhidmatan kemaskini dengan catatan; (a) (b) (c) hadir dengan jayanya kursus Induksi; pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan); dan keputusan tatatertib (jika berkenaan)

Soalan 4: Apa yang perlu dilakukan sekiranya Ketua Jabatan tidak memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai? Jawapan: Pegawai tersebut boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan satu salinan permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.

D)

URUSAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

Soalan 1: Bilakah seseorang pegawai perlu mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh percubaan? Jawapan: Mengikut P.U.(A) 176/2005 peraturan 28 (2) seseorang pegawai yang tidak disahkan dalam perkhidmatannya dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat tempoh percubaannya Soalan 2: Berapa tahunkah pelanjutan tempoh percubaan boleh diluluskan?

Jawapan: Mengikut P.U. (A) 176 peraturan 28(6) seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua tahun dan diikuti dengan penamatan perkhidmatan.

E) URUSAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN Soalan 3: Bilakah Ketua Jabatan perlu mengemukakan perakuan ke Suruhanjaya? Jawapan: Mengikut Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 4 Tahun 2008 i) Dalam tempoh satu (1) bulan selepas pegawai genap berkhidmat secara berterusan selama tiga (3) tahun dari tarikh lantikan tetapnya. ii) Pegawai telah mencapai genap berkhidmat selama tiga (3) tahun yang boleh di masuk kira setelah menolak (jika ada) tempoh-tempoh perkhidmatan yang tidak diambil kira kerana cuti tanpa gaji atau hari-hari tidak hadir bertugas. F) URUSAN PINDAAN TARIKH LAHIR DALAM BUKU REKOD PERKHIDMATAN Soalan 4: Mengapakah perlu catatan tarikh lahir di Lembaran Kenyataan Buku Rekod Perkhidmatan dicatat dengan tepat? Jawapan: Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2002, tarikh lahir yang diiktiraf untuk tujuan perkhidmatan dan persaraan pegawai awam ialah tarikh lahir yang tercatat dalam rekod perkhidmatannya. Soalan 5: Bagaimanakah prosedur untuk memohon pindaan tarikh lahir di Buku Rekod Perkhidmatan dan siapakah yang meluluskannya? Jawapan: BPSM akan memproses dan meluluskan untuk meminda tarikh lahir yang dicatat dalam BRP. Permohonan untuk pindaan hendaklah melalui Ketua Jabatan ke

BPSM dan sertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: i) salinan Sijil Kelahiran; atau ii) salinan Kad Pengenalan; atau iii) salinan Cabutan Daftar Kad Pengenalan; dan iv) salinan Kenyataan Perkhidmatanyang kemaskini. v) Surat permohonan pegawai vi) Surat sokongan daripada Ketua Jabatan G) URUSAN PINDAAN NAMA DI BUKU REKOD PERKHIDMATAN Soalan 1: Bagaimanakah prosedur untuk mohon Pindaan Nama di Buku Rekod Perkhidmatan? Jawapan: Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985, pegawai berkenaan hendaklah memohon pindaan nama melalui Ketua Jabatan ke BPSM dan sertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: i) salinan Sijil Kelahiran; atau ii) salinan Kad Pengenalan; atau iii) salinan Cabutan Daftar Kad Pengenalan; atau iv) salinan kad memeluk Agama Islam; dan v) salinan Lembaran Perkhidmatan tanpa pindaan H) SOALAN LAZIM URUSAN PERMOHONAN SIJIL PENGHARGAAN Soalan 1: Siapakah yang layak menerima Siji Penghargaan? Jawapan: Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2004, pegawai yang layak menerima Sijil Penghargaan adalah seperti berikut: i) pegawai tetap ii) telah memberi perkhidmatan yang baik iii) telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun secara berterusan kecuali pegawai yang meninggal dunia Soalan 2: Siapakah diberi kuasa menandatangani Sijil Penghargaan?

Jawapan: i) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional ditandatangani oleh Ketua Perkhidmatan ii) Kumpulan Sokongan ditandatangani oleh Ketua Jabatan Soalan 3: Bagaimanakah prosedur penyediaan Sijil Penghargaan? Jawapan: Ketua Jabatan perlu mengemukakan permohonan 3 (tiga) bulan sebelum persaraan bagi PPP Siswazah Gred DG41 hingga Gred DG54 dan JUSA berserta dokumen-dokumen berikut ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia:i) Latar Belakang Perkhidmatan dan Ringkasan Perkhidmatan; ii) Laporan Tindakan Tatatertib (LAMPIRAN); danii) Buku Rekod Perkhidmatan kemaskini sila pastikan catatan bersarawajib/bersara pilihan/meninggal dunia tercatat di Buku Rekod Perkhidmatan Soalan 4: Bilakah penyampaian Sijil Penghargaan perlu dibuat? Jawapan: i) Sijil Penghargaan bagi pegawai yang akan bersara perlu diserahkan pada masa yang sesuai sebelum pegawai bersara ii) Sijil Penghargaan bagi pegawai yang meninggal dunia hendaklah dibuat dalam masa 2 (dua) minggu selepas pegawai berkenaan meninggal dunia I) PELEPASAN JAWATAN DENGAN IZIN.

Soalan 1: Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pelepasan Jawatan Dengan Izin(PJDI)? Jawapan: Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: I.Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini II.Surat Tawaran jawatan baru III.Lampiran 1(Borang:P&K L J/97) iv.Lampiran A

v.Pengesahan Ketua Jabatan bahawa permohonan jawatan baru dibuat mengikut Perintah Am Bab A (21) vi.Salinan Kelulusan Akademik dan Iktisas vii.Salinan Surat Perjanjian (jika berkaitan) viii.Salinan Surat Kelulusan Cuti Belajar/ Belajar Secara Sambilan ix.Surat Iringan Ketua Jabatan x.Surat Akuan Hutang Piutang Pegawai xi.Opsyen / subjek yang diajar Soalan 2: Bilakah pertimbangan akan dibuat bagi PJDI? Jawapan: Pemohonan yang lengkap akan dibawa Mesyuarat Jawatankuasa Khas PJDI Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan setiap bulan. Soalan 3: Siapakah yang layak memohon PJDI? Jawapan: Pegawai yang memilih skim berpencen layak memohon PJDI. Soalan 4: Apakah kriteria yang diguna pakai untuk membuat pertimbangan kelulusan PJDI ? Jawapan: Kriteria yang diberi penekanan bagi tujuan pertimbangan adalah opsyen yang dimiliki pegawai dan umur serta ikatan kontrak dengan kerajaan Soalan 5: Adakah pegawai yang mempunyai ikatan kontrak boleh diberi PJDI? Jawapan: Tidak boleh. Walau bagaimanapun permohonan pelepasan/pemindahan kontrak boleh dipohon ke BPSM, KPM tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pelepasan Jawatan dengan Izin dan Mesyuarat Lembaga Biasiswa KPM.

G) PELETAKAN JAWATAN Soalan 1: Bagaimana prosedur untuk meletak jawatan? Jawapan: Pegawai perlu mengemukakan surat peletakan jawatan beliau kepada Guru Besar/Pengetua dan seterusnya pihak sekolah akan menghantar permohonan tersebut ke Jabatan Pelejaran Negeri (JPN). JPN akan memanjangkan surat tersebut ke Kementerian untuk tindakan selanjutnya. Surat pengesahan peletakan jawatan pegawai yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian. Soalan 2: Apakah dokumen yang diperlukan untuk meletak jawatan Jawapan: Pegawai perlu mengemukakan surat peletakan jawatan kepada KJ. KJ akan mengemukakan dokumen berikut kepada BPSM: i.Surat peletakan jawatan daripada pegawai ii.Salinan Kenyataan Perkhidmatan terkini iii.Surat Akuan Hutang Piutang iv.Surat iringan Ketua Jabatan v.Surat tawaran jawatan baru (jika berkenaan). Soalan 3: Bilakah notis peletakan jawatan perlu dikemukakan? Jawapan: Notis peletakan jawatan boleh diberi dalam keadaan berikut : i.Bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, notis perlu dikemukakan 90 hari sebelum peletakan jawatan berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis ii.Bagi pegawai yang dalam tempoh percubaan, notis perlu dikemukakan 30 hari sebelum peletakan jawatan berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis iii.Bagi pegawai yang dilantik selain pelantikan tetap notis perlu dikemukakan 30 hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa sekiranya tempoh pelantikan tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikan atau sebulan gaji sebagai ganti notis

Soalan 4: Bilakah tarikh kuat kuasa peletakan jawatan? Jawapan: Tarikh peletakan jawatan adalah berkuat kuasa pada hari berikutnya iaitu selepas hari notis yang diberikan oleh pegawai .

You might also like