Kubang Bujuk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MADRASATUL-QURAN,

Kubang Bujuk, Serada 20050 Kuala Terengganu. Terengganu. Malaysia Tel: 609-6198591 Fax : 609-6198587 Hp: 012-9218701 , 012-9595722 , 013-39849596, 013-983957 , 013-9829597 Email : kubangbujuk@gmail.com

Syarat-Syarat Kemasukan Kelas Hafiz.


Pada dasarnya pihak madrasah menerima bakal pelajar yang berumur antara 12 tahun (tamat darjah 6) sehingga 15 tahun (tamat tingkatan 3) dengan beberapa syarat seperti berikut : 1. Sudah khatam Al-Quran dan boleh membaca seluruh Al-Quran dengan baik dan lancar. 2. Kesihatan yang baik. 3. Persetujuan keluarga dan kemampuan penjaga untuk menyara sehingga tamat pengajian. 4. Lulus temuduga daripada pihak madrasah. 5. Berakhlaq mulia ( 3 bulan pertama dalam perhatian ). 6. Mempunyai kelulusan yang baik dari sekolah terdahulu. 7. Bersedia mentaati segala peraturan madrasah dan menghormati para ustaz. 8. Keputusan syura adalah muktamad.

Syarat-syarat kemasukan para pelajar ke Kelas `Alim {Kitab} ialah ;


Syarat-syarat kemasukan: 1. Pelajar seharusnya lancar membaca Al-Quran. 2. Berkebolehan dalam tulisan jawi . 3. Berumur tidak kurang daripada 12 tahun.

Cuti Tahunan
Sementara itu, cuti tahunan bagi pelajar yang menghafal 20 juzuk ke bawah dan pelajar kelas Alim yang tidak hafiz bermula pada l5 Sya`aban hingga 7 atau 10 Syawal setiap tahun bergantung kepada keputusan musywarat . Manakala bagi pelajar yang menghafal 21 juzuk ke atas cuti mereka adalah bermula pada 21 Ramadhan hingga 7 atau10 Syawal.

Hal ini disebabkan pelajar-pelajar ini dilatih menjadi imam Tarawih secara berpasangan di bawah kawalan beberapa orang ustaz sehingga 20 Ramadhan. Curi bagi pelajar yang menghafaz 30 juzuk sama ada pelajar yang masih di dalam kelas Hafiz mahupun kelas Alim khusus mereka yang dipilih sahaja walaupun ada antaranya dari kekas alim yang memilih cuti atau keluar dakwah 40 hari atau beberapa hari. bermula dari 15 sya`aban hingga 23 sya`aban, kemudian mereka perlu datang ke madrasah semula untuk dihantar keseluruh Malaysia sebagai Imam Tarawih. Pelajar-pelajar ini juga perlu datang semula ke madrasah pada 7 atau10 syawal seperti pelajar-pelajar yang lain.

Cuti Hari Raya Qurban


Pada Hari Raya Aidil Adha (hari raya Qurban) para pelajar diberi cuti selama 10 hari. Pelajarpelajar juga dibenarkan pulang kerumah pada waktu yang lain jlka terdapat urusan penting seperti kematian, sakit dan juga sebab-sebab yang munasabah. Cuti ini diluluskan melalui mesyuarat para ustaz mengikut bahagian masing-masing.

You might also like