Elemen 2 Sejarah

You might also like

Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 10

sejaroh eleman 2 Hasil Kajian 1.

Institusi Pentadbiran Tempatan : - Nama Rasmi/Nama Ringkas/Nama Lain : Nama rasmi bagi institusi pentadbiran tempatan yang saya kaji ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu bagi nama ringkasnya ialah (MPKB). Selain itu,MPKB juga diberi nama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan bagi nama ringkasnya pula ialah (MPKB-BRI). Pada tahun 1950, ianya dikenali sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu. Majlis ini kemudiannya dinaiktaraf menjadi Lembaga Bandaran Kota Bharu pada tahun 1971. Pada tahun 1978, LBKB disusun semula dan sekali lagi dina iktaraf menjadi MajlisPerbandaran Kota Bharu (MPKB). Nama MPKB kemudiannya dirangkaikan bersama Banda Raya Islam sehingga menjadi MPKB-BRI apabila YAB Dato Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat menerapkan dasar Membangun Bersama Islam pada tahun 2003 - Lokasi : Majlis Perbandaran ini Bertempat di Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu,Kelantan Darul Naim. Bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Negeri Kelantan, Selain itu,Pe jabat Majlis ini kedudukan dibelakangnya terdapat Pejabat Tabung Haji Negeri Kelantan. Di depannyan pula bertentangan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan. - Matlamat/Objektif / Misi/ Visi penubuhan Matlamat penubuhan MPKB-BRI ialah Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang sempurna kepada warga kota supaya dapat mewujudkan persekitaran yang bersih , indah dan selesa. Selain itu,Merancang dan menyusun pembangunan dengan kemas dan teratur kepada penduduk Kota Bharu. Tambahan juga, Membangunkan projek-projek sosio ekonomi serta kemudahan-kemudahan riadah Menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin kesejahteraan warga kota. Objektif Penubuhan MPKB-BRI juga iaitu Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur dan tersusun kepada warga Kota Bharu. Selain itu, Memperkukuhkan juga kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera pungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru. Tambahan juga, MPKB-BR I Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada aspek kebersihan dan keindahan bandar. Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani selaras dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam.MPKB-BRI juga ing in Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan progr am pembangunan majlis.MPKB-BRI Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan kemungkaran dalam kawasan majlis.

Misi penubuhan MPKB-BRI ialah Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan mempertingkatkan kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya.

Manakala, Visi MPKB-BRI pula ialah ingin menjadi sebagai sebuah organisasi yang unggul akan membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam yang bersih, indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun Bersama Islam.

-Carta Organisasi dan senarai pentadbir. Majlis diketuai oleh yang Dipertua sebagai Ketua Eksekutif.24 orang Ahli Majlis termasuk Yang Dipertua turut dilantik sebagai penggubal dasar. Jentera pentadbir an majlis diketuai oleh Setiausaha dan dibantu oleh 10 Pengarah Jabatan serta 29 ba hagian pelaksana. Sehingga 2004 Majlis mempunyai kakitangan tetap seramai 1207 orang. Jabatan -Jabatan yang terdapat di Majlis Perbandaraan Kota Bharu : Jabatan Khidmat Pengurusan Jabatan Perbendaharaan Jabatan Kejuruteraan Jabatan Perancangan Dan Kawalan Bangunan Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan Perlesenan Dan Kawalan Perniagaan Jabatan Kemasyarakatan Jabatan Undang-Undang Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan Jabatan Pengurusan Korporat Jabatan Audit Dalam

2.Latar Belakang : -Sejarah Penubuhan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Waka f Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan. Kawasan MPKB adalah merupakan modus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan. Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat Institusi. Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majli

s Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tah un 1978. - Undang-undang tubuh/ Undang-undang kecil/ Garis Panduan penubuhan MPKB-BRI telah menubuhkan undang-undang tubuh,undang-undang kecil dan garis panduan penubuhan.Antara undang-undang tubuh ialah : 1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar Yang Cekap Dan Berkesan: Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Dan Pengindahan Kawasan Penyenggaraan Parit Dan Longkang Pembinaan Dan Penyenggaraan Jalan Penyenggaraan Bangunan-bangunan Awam Penyenggaraan Tempat-tempat Awam Perlindungan Dan Pengawalan Kesihatan Awam Penyenggaraan Tanah-tanah Perkuburan

Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima: - Cukai Taksiran - Bayaran-bayaran Lesen & Denda - Geran Pelancaran - Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan - Geran Untuk Projek-projek Pembangunan - Geran Penyenggaraan Jalan Melaksanakan Projek-projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan: - Perumahan - Perindustrian & Perdagangan - Kemudahan-kemudahan Rekreasi - Infrastruktur Bandaran 1. Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Aktan 172) a) Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya b) Mengatur, Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya c) Mengusaha, Membantu dan Menggalakkan Pemungutan, Penyelenggaraan Dan Penyiaran Perangkaan, Buletin dan Monograf dan Lain-lain Yang Berhubung Dengan Perancangan Bandar dan Desa, dan Methodologinya d) Melaksanakan Apa-apa Tugas Lain Yang Dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa Oleh Pihak Berkuasa Negeri. 1.Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) Meluluskan Pelan Bangunan a) Meluluskan Pelan Bangunan b) Mengawal Untuk Memastikan Kerja-kerja Tanah Yang Dilaksanakan Mengikut kehendak-kehendak Yang Ditetapkan c) Memastikan Pembinaan Sesuatu Bangunan Adalah Mengikut Pelan Yang Diluluskan Memastikan Penggunaan Sesuatu Bangunan Adalah Seperti Yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan d) Mengawal Penggunaan Bahan-bahan Mudah Terbakar Dalam Pembinaan Sesuatu Bangunan e) Penyediaan Infrastruktur Untuk Sesuatu Pemajuan

Kawalan Ke Atas Bangunan Yang Berada Di Dalam Keadaan Bahaya f) Pemeriksaan Berjadual Ke Atas Bangunan-bangunan Yang Sudah Siap Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) Selain itu terdapat juga undang-undang kecil dalam MPKB untuk membuat dasar yang sistematik kepada penduduk Kota Bharu,di dalam kajian ini menunjukkan apa i tu undang-undang kecil dan selayak dengannya. Apakah Undang-Undang Kecil? Undang-Undang Kecil atau 'by-laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari kepada undang-undang ibu. Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perundangan subsidiari ini dikenali juga dengan nama Perintah , Kaedah, Peraturan dan sebagainya Pindaan Undang-Undang Kecil Pindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada m asa ke semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama Kadar Kompaun Berdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran kompaun adalah sehingga maksima RM 500.00. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ialah RM 1,000.00. Penalti/Denda Sekiranya tawaran kompoun tidak dijelaskan, perlanggaran mana-mana undangundang kecil boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/denda sehingga RM2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan, denda boleh dikenakan maksima RM200.0 0 sehari. Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Sehingga 2008, undang-undang kecil yang digunapakai di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam adalah sebagaimana berikut: 1 2 3 4 5 6 7 Undang-Undang Undang-Undang Undang-Undang Undang-Undang Undang-Undang Undang-Undang Undang-Undang Kecil Kecil Kecil Kecil Kecil Kecil Kecil Mencegah Kekotoran MPKB 1983 Haiwan Merayau MPKB 1983 Pasar MPKB 1986 Iklan MPKB 1990 Taman MPKB 1986 Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB 1986 Penjaja MPKB 1986

8 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB 1986 9 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB 1987 10 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB 1985 11 Undang-Undang Kecil Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB 1987 12Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPKB 1985 13 Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985 14 Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB 1989 15 Undang-Undang Kecil Tandas Awam MPKB 1990

16 Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya MPKB 1989 17 Undang-Undang Kecil Kedai Dobi MPKB 1990 18 Undang-Undang Kecil Vandalisme MPKB 1994 19 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MPKB 1995 20 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MPKB 1990 21 Kaedah-Kaedah Pegawai MPKB (Kelakuan Dan Tatatertib) 1983 22 Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta) (Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu) 1985 23 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB 2000 24 Perintah Lalulintas Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan ) MPKB 2002 25 Perintah Tetap MPKB 2001 26 Perintah Tetap Tatacara Kompaun MPKB-BRI 2006 27 Perintah Tetap Tatakelakuan Anggota Penguatkuasaan MPKB-BRI 2007

Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan) Sehingga 2004, undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan) adalah sebagaimana berikut:1 Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB (Pindaan) 1987 2 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB (Pindaan) 2003 3Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB (Pindaan) 2003 4 Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB (Pindaan) 2003 5 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB (Pindaan) 1990 6 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 1989 7 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 2003 8 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002 9 Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB (Pindaan) 2003 10 Undang-Undang Kecil Pasar MPKB (Pindaan) 2004 11 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB (Pindaan) 2004 12 Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan & Perindustrian MPKB (Pindaan) 2002 13 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB-BRI (Pindaan) 2007 (Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan jabatan undang undang)

-Perincian peranan/Tanggungjawab bidang tugas pentadbir Peranan Yang Dipertua dalam MPKB-BRI ialah sebagai Ketua Eksekutif dan juga penggubal dasar.Manakala Setiausaha memainkan peranan penting dalam kalangan jentera pentadbiran Ahli Majlis MPKB-BRI sebagai ketua.Ahli Majlis juga memainka n peranan penting untuk menguruskan di setiap jabatan-jabatan yang dipegang.Terdap at pelbagai jabatan untuk melicinkan pentadbiran MPKB-BRI,antaranya ialah : JABATAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN FUNGSI BAHAGIAN : Menyelaraskan persidangan penuh dan mesyuarat majlis Menyelaraskan minit-minit mesyuarat jawatankuasa Menguruskan pinjaman perumahan,kenderaan dan komputer Menguruskan dan menyelaraskan Majlis-Majlis rasmi anjuran Majlis Menguruskan kebajikan kakitangan termasuk urusan Insurans Berkelompok Memantau dan menyelaras laporan pasukan Naziran

JABATAN PERBENDAHARAAN FUNGSI BAHAGIAN : Bertanggongjawab terus ke atas pungutan Cukai Bandar dan mengambil tindakan ke a tas tunggakan serta mengemaskini rekod akaun Cukai Bandar Menyediakan baucer-baucer dan cek-cek bayaran Menerima hasil-hasil Majlis Menguruskan gaji kakitangan Mengakaunkan hasil dan perbelanjaan termasuk waran Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Menyelenggara rekod-rekod kewangan dan penerimaan bayaran balik deposit JABATAN KEJURUTERAAN FUNGSI BAHAGIAN : Merancang dan melaksana projek-projek membina jalan Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan Melaksanakan tugas dan kerja-kerja berhubung dengan sistem dan kawalan lalulinta s seperti permohonan penutupan jalan, pemasangan papantanda dan kajian lalulinta s Meluluskan pelan-pelan kerja tanah dan infrastruktur yang dikemukakan oleh perun ding untuk projek-projek pembangunan dalam kawasan Majlis. Mengeluarkan kebenaran kenderaan berat untuk memasuki bandar Mengeluarkan permit membelahgali jalan dalam kawasan Majlis Merancang dan melaksana projek-projek membina longkang. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan longkang JABATAN PERANCANGAN & KAWALAN BANGUNAN FUNGSI BAHAGIAN : Kebenaran Merancang (KM) Pecah Sempadan/Bahagian/Serah & beri milik tanah KM Perintah Pembangunan (PP) Khidmat Nasihat Perancangan (KNP) Ubah Syarat, milik/sewa tanah Kerajaan Pengambilan Balik Tanah Bertanggungjawab terhadap kes-kes Binaan Tanpa Izin JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA BAHAGIAN PENILAIAN FUNGSI BAHAGIAN : Mengekalkan dan mengemaskinikan Senarai Nilaian Majlis dengan membuat pindaan te rhadap bangunan-bangunan yang baru dibina semula sebagaimana peruntukkan seksyan 141 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 Megemaskinikan rekod maklumat harta yang dicukai, urusan ini meliputi tugas-tuga s membuat semakan ke atas butiran maklumat harta sebagaimana yang terdapat di pe jabat tanah Menilai dan menyediakan laporan penilaian lagi maksud pengambilan tanah Menyediakan dan membuat penilaian semula setiap lima tahun atau dalam tempoh yan g dilanjutkan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri Menguruskan tuntutan ulangan balik hasil terhadap bangunan-bangunan yang tidak d iduduki seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1 976 Mmbuat pemeriksaan ke atas harat-harta yang dilaporkan runtuh/roboh/terbakar unt uk maksud pengahapusan cukai Menentukan kedudukan harta-harta di bawah caruman mmbantu kadar untuk harta-hart a kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun. Memproses harta-harta untuk penukaran hakmilik serta memproses surat-surat rayua n yang diterima dan surat-surat yang berkaitan dengan permohonan penyewaan darip ada orang ramai

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA FUNGSI BAHAGIAN : Menguruskan penyewaan harta harta milik Majlis kepada orang ramai Menyediakan perjanjian penyewaan antara Majlis dengan penyewa Menguruskan kerja kerja pencucian, pembersihan bangunan pejabat Menguruskan Dewan Jubli Perak serta Kompleks sukan MPKB dipadang Perdana Mengawalselia penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah a kta 663 JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR BAHAGIAN KEBERSIHAN FUNGSI BAHAGIAN : Mengurus dan memantau kerja-kerja pembersihan jalan, tanah-tanah lapang dan temp at awam Mengurus dan memantau perkhidmatan angkut sampah Mengurus dan memantau aktiviti potong rumput di bahu-bahu jalan, kawasan-kawasan perumahan dan tanah lapang Mengurus, menyelaras dan memantau aktiviti pembersihan longkang-longkang, operas i tapak pelupusan sampah dan perjalanan kenderaan angkut sampah. Mengurus operasi tangkapan haiwan rayau Mengurus tindakan ke atas aduan-aduan yang berkaitan dengan kebersihan dan kacau ganggu Menyelaras program-program kempen kebersihan serta kerja-kerja gotong royong. Menguatkuasa Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran, Pemungutan, Pengangkutan da n Pelupusan Sampah MPKB BAHAGIAN KESIHATAN AWAM FUNGSI BAHAGIAN : Mengurus penggredan premis perniagaan dan tandas awam Mengurus pengendali makanan dan kawalan mutu makanan Kawalan ke atas penyakit berjangkit Kawalan kebersihan dalaman premis perniagaan Mengurus tempahan peralatan khemah, kerusi, meja dan kalin jalur Mengurus penghantaran dan pemasangan peralatan sewaan Mengurus tindakan ke atas adua-aduan yang berkaitan dengan kebersihan premis Menguatkuasa Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB BAHAGIAN PEMBENTUNGAN FUNGSI BAHAGIAN : Mengawal selia penyelenggaraan tapak pelupusan najis supaya tidak mencemari / me ngganggu penduduk Memproses dan memeriksa pelan-pelan tangki najis atau system rawatan najis yang hendak digunapakai pada bangunan, perumahan, atau perniagaan dan sebagainya sert a memberi komen Membuat pengawasan terhadap air buangan dari pusat rawatan najis dengan cara sam ple air buang untuk diperiksa oleh Jabatan Kimia bagi mana-mana pusat rawatan na jis yang dicurigai tahap keberkesanan rawatannya Menerima dan mengurus permohonan sedut najis Memeriksa bangunan atau rumah persendirian yang menghadapi masalah berhubung den gan penyedutan najis Mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor berhubung dengan pembentungan dalam kawasan Majlis Mengurus tindakan ke atas aduan-aduan yang berkaitan dengan pembentungan najis

JABATAN PERLESENAN DAN KAWALAN PERNIAGAAN

BAHAGIAN PELESENAN FUNGSI BAHAGIAN : Memproses permohonan lesen Meneliti dan mengkaji kesesuaian premis Membuat pengesyoran dan menetukan jumlah kadar lesen Membuat pemeriksaan dan lawatan ke atas premis Pengeluaran notis kompaun Mengambil tindakan ke atas premis yang melanggar syarat kelulusan MPKB-BRI BAHAGIAN PENGURUSAN PASAR DAN PENJAJA FUNGSI BAHAGIAN : Memantau keadaan kebersihan, keindahan, pengawalan dan penguatkuasaan undang und ang agar pasar-pasar dan gerai-gerai penjaja yang telah diujudkan oleh Majlis Pe rbandaran Kota Bharu berkeadaan bersih, kemas dan ceria Melesen semua gerai-gerai di Pasar dan penjaja-penjaja dalam kawasan Majlis Memproses permohonan lesen untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Temuduga Pen jaja dan Peniaga Kecil MPKB Mengeluarkan lesen bagi permohonan yang telah dilulus oleh Majlis Membuat lawatan pemeriksaan ke semua gerai-gerai perniagaan di pasar-pasar dan d alam kawasan Majis bagi mempastikan pelesen mematuhi sayarat-syarat yang ditetap kan Mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kecil dan penjaja-penjaja tanp a lesen/permit Mengurus lesen peniaga-peniaga pasar malam JABATAN KEMASYARAKATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT FUNGSI BAHAGIAN : Memantau pelaksanaan Pelan Induk Kota Bharu Bandar Raya Islam. Melaksanakan penyelidikan ke atas cadangan-cadangan pelaksanaan atau garis-garis panduan dan kaedah-kaedah pematuhan berkaitan pelaksanaan Kota Bharu Bandar Ray a Islam Memantau kaedah-kaedah pengukuran serta mengukur prestasi pelaksanaan Kota Bharu Bandar Raya Islam. Merancang dan melaksanakan program-program sambutan Bandar Raya Islam Merancang dan melaksanakan program kemasyarakatan MPKB-BRI dengan warga kota seb agaimana kehendak Local Agenda 21 (LA 21). Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Melaksanakan program-program yang menjurus kepada perpaduan kaum. (Melayu, Cina, India & Siam) Merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat membangunkan ekonomi golongan wan ita dalam kawasan MPKB-BRI terutama ibu tunggal (armalah) Merancang, mengurus dan melaksanakan semua aktiviti-aktiviti yang akan berlangsu ng di sepanjang bulan Ramadhan sejajar dengan imej Kota Bharu BRI. Menyelia aktiviti pengeluaran wang panjar kepada 8 golongan asnaf yang layak mem ohon bantuan wang tunai daripada dana Tabung Amal & Kebajikan, MPKB-BRI. Memantau keseluruhan program-program yang dilaksanakan JABATAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN KHIDMAT PERUNDANGAN FUNGSI BAHAGIAN : Menyemak undang-undang yang digunapakai Menggubal/Meminda undang-undang mengikut keperluan Menyediakan kertas kerja/dokumen berkaitan undang-undang Mengemaskini koleksi rujukan undang-undang Menyedia/menyemak dokumen kontrak/perjanjian

Penerbitan risalah berkaitan undang-undang Mengurus bahan untuk kursus/bengkel undang-undang BAHAGIAN PENDAKWAAN FUNGSI BAHAGIAN : Menyediakan kertas pengaduan, pertuduhan dan saman Mengurus Notis Tindakan Mahkakmah Mengurus fail dan surat menyurat kes, pendaftaran dan penyerahan saman serta tar ikh sebutan dan penyediaan fail kes. Menjalankan pendakwaan Mengurus penyelesaian kes luar mahkamah Menjalankan Operasi Penguatkuasaan Bersama Jabatan Menyempurnakan waran tangkap JABATAN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN FUNGSI BAHAGIAN : Mengenalpasti dan merancang projek-projek / perkhidmatan yang boleh dilaksanakan secara usahasama atau swasta Mengkaji cadangan projek-projek / perkhdimatan yang dikemukakan Mengkaji kekuatan syarikat yang melabur Mengurus pelaksanaan projek penswastaan Majlis Melaksanakan / mengurus tawaran cadangan projek kepada pelabur yang dicadangkan Mengumpul, mengurus dan menyelaras maklumat berkenaan projek MPKB-BRI dengan age nsi-agensi berkaitan Kajian / penyediaan PIB tahunan dan Rancangan 5 tahun Malaysia Mengenalpasti projek-projek pembangunan termasuk projek infrastruktur dan kemuda han asas Kajian dan pelaksanaan penswastaan Kajian kemungkinan (feasibility studies) dari segi daya maju projek Menyediakan kertas projek pembangunan Menyelaras dan mengurus pelantikan perunding pembangunan Pembentukan pengkalan data (database) kemudahan dan infrastruktur bandar. Merangka strategi dan program Majlis Merancang belanjawan pembangunan Majlis Mengesan dan menyelidik keadaan pembangunan projek-projek khas JABATAN PEMBANGUNAN KORPORAT FUNGSI BAHAGIAN : Menguruskan hal ehwal pentadbiran Unit Perhubungan Awam dan Unit Pengurusan Korp orat. Mempromosi segala aktiviti Majlis secara berkesan melalui Majlis Penerangan Bers ama Rakyat, siaran Radio MPKB-BRI dan lain-lain saluran media termasuk bercetak dan elektronik Menyelaras majlis keraian perayaan serta menerima lawatan-lawatan dari jabatan d an agensi luar Mengurus dan menyelaras media massa dan penerbitan majlis termasuk sidang media Mengurus aspek-aspek imej korporat dalam pentadbiran seperti penampilan kebersih an dan keceriaan persekitaran pejabat,visi,misi,dasar kualiti,fungsi,carta organ isasi dan piagam pelanggan Menyertai dan menyelaras program-program kualiti, kreativiti dan inovasi seperti KMK, 5S, KPI termasuk penyertaan dalam pertandingan-pertandingan Anugerah Kuali ti, Anugerah Inovasi dan seumpamanya Menyelaras aduan-aduan serta maklumat-maklumat dari orang awam, media massa dan seumpamanya Pengurusan tempahan dewan dan bilik-bilik mesyuarat serta peralatan logistick te

rmasuk makanan dan minuman Memastikan penyediaan kemudahan yang berkualiti kepada pelanggan termasuk tempat menunggu yang selesa serta efisyen JABATAN AUDIT DALAM BAHAGIAN AUDIT DALAM FUNGSI BAHAGIAN : Menyemak dan menentukan saman ada operasi-operasi diuruskan dengan betul dan sem purna mengikut dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah dit etapkan Mengulangkaji dan menilai secara teratur dan sistematik keseluruhan operasi Majl is dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, kekesanan dan ekonomi Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi-operasi Majlis berkenaan b idang-bidang yang memerlukan pembaikian atau dalam keadaan di mana tindakan pemb etulan adalah diperlukan Memberi laporan bebas, objektif dan tepat pada masa kepa YABrs. Yang Di Pertua m engenai prestasi dan operasi Majlis supaya tindakan segera boleh diambil bagi me mperbaiki apa-apa kepincangan dan kelemahan yang timbul Memberi kerjasama kepada pihak Juruaudit Luar jika kerjasama seumpama itu diperl ukan setelah mendapat persetujuan dari YABrs. Yang Dipertu atau orang-orang yang telah diberi kuasa Merancang dan menyediakan program-program audit untuk kegunaan pengauditan Majli s dengan mewujudkan buku berbentuk manual atau buku untuk rujukan unit. Dengan p engwujudan tersebut kerja-kerja pengauditan akan berjalan dengan lancer dan bers istematik

You might also like