Agromedia - Cendawan Susu Harimau

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Herba Cendawan Susu Harimau Harta-Karun Negara.

Dr. Tan Chon Seng, MARDI Anak-anak muda sekarang sudah tidak kenal cendawan ini. Sungguh pun begitu, datuknenek kita pasti tahu akan khasiatnya. Ia merupakan harta-karun negara yang semakim dilupai dan perlu diperingati semula. Cendawan susu rimau atau cendawan susu harimau (Lignosus rhinocerus) merupakan cendawan herba yang boleh ditemui di bumi negara kita. Menurut dongeng orang purbakala, cendawan ini dipercayai tumbuh di atas titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau meyusukan anaknya. Dari itulah ianya mendapat nama. Ubi (sclerotium) berwarna putih akan terbentuk dan terbenam di dalam tanah bumi buat masa yang lama, boleh jadi berbulan-bulan, bertahun-tahun ataupun berabad lamanya. Apabila tiba masanya, ia akan bercambah keluar dan menjadi cendawan untuk mencari tuannya. Mengikut kepercayaan, hanya orang yang bertuah dan murah rezeki sahaja yang akan menemui cendawan ini. Cendawan susu rimau mempunyai banyak khasiat yang menakjubkan. Selama berabad lamanya, ia digunakan sebagai herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan. Bahagian ubi cendawan susu rimau yang mempunyai khasiat perubatan. Pengamal Cendawan susu rimau yang di tanam perubatan traditional kaum Melayu pada pasu. menggunakannya untuk mengubati barah dara, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang, dan bengkak-bengkak badan. Manakala pengamal perubatan traditional kaum Cina pula menggunakannya untuk mengubati derman, lelah, ashma dan menguatkan kesihatan badan. Bahkan berdasarkan pengalaman bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyakit batuk kromiknya telah berjaya disembuhkan oleh cendawan susu rimau ini. Pada tahun 2004, Dr. Chang dan Dr. Lee daripada FRIM telah melakukan termubual dengan puak-puak orang asli di negara kita dan mendapati bahawa di antara 19 jenis cendawan herba tempatan, cendawan susu rimau merupakan cendawan herba terpenting sekali dan digunakan secara meluas oleh kesemua puak orang asli. Ianya digunakan untuk mengubati lebih daripada 15 jenis penyakit badan termasuk derman, batuk, ashma, barah, keracunan makanan, luka, tonik, dan lain-lain. Ilmu ini telah dari diturunkam dari satu generasi ke generasi lain secara turun temurun. Sesetengah orang asli yang masuk ke hutan pula pasti bawa sama sebiji ubi cendawan susu rimau kerana mereka percaya ia akan memberi kekuatan kepada mereka dan memastikan agar mereka tidak sesat dalam hutan. Apabila mereka letih tatkala di dalam hutan, mereka akan memakan sedikit cendawan susu rimau ini untuk memulihkan kekuatan mereka.

Persoalannya di sini, jika cendawan susu rimau ini begitu berkhasiat, mengapa cendawan ini tidak digunakan dan dikomersialkan secara meluas? Antara sebab utamanya ialah, cendawan susu rimau ini sangat sukar didapati. Kebiasaannya ia wujud sebagai cendawan tunggal pada satu tempat di tengah hutan dan ianya jarang dijumpai. Ia hanya boleh temui berdasarkan nasib. Oleh kerana itu, bekalannya adalah sangat terhad dan tiada sumber untuk tujuan pengkomersialan. Di samping itu, kekurangan sumber bekalan menyebabkan ianya tidak dapat dikaji dengan lebih mendalam. Dan disebabkan sumber yang terhad, orang asli yang menjumpainya di hutan semasa mencari rezeki akan menjual cendawan susu rimau yang bersaiz sebiji buah rambutan dijual denagn harga puluhan ringgit dan ianya boleh mencapai puluhan ribuan ringgit bagi saiz yang lebih besar. Untuk menjadikan cendawan susu rimau itu diketahui ramai dan agar khasiatnya dapat dinikmati bersama, hanya satu cara sahaja boleh dilakukan. Iaitu dengan menanam dan membiakkannya dengan apa jua cara sekali pun. Negara China sebagai penghasil dan pengguna cendawan herba, terutamanya Ganoderma lucidium (Reishi, Ling-zhi) dan Cordyceps sinesis yang terbesar didunia telah memilih cendawan susu rimau pada tahun 2000 sebagai salah satu di antara 10 jenis cendawan yang paling berpotensi untuk dikromesialkan. Malangnya ia cuma boleh didapati secara liar daripada Asia Tenggara. Mereka turut menyatakan bahawa perusahaan dangangan adalah untuk sesiapa yang berjaya menghasilkan kultivarnya. Sejak 7 tahun yang lalu, saya dan beberapa kawan pencinta cendawan mula mencari cendawan susu rimau di hutan-hutan tempatan untuk ditanam. Kini, kami sudah berjaya menghasilkan kultivar cendawan susu rimau mutasi yang boleh tumbuh dengan mudah di agar kultur. Kami juga berjaya mendapatlkan kaedah bagi menghasilkan ubi cendawan ini dan seterusnya membiakkan ubi ini hingga menjadi cendawan susu rimau di dalam pasu. Kejayaan ini pasti dapat menampung permintaan dan menjamin bekalan cendawan susu rimau yang mencukupi untuk tujuan kajian penyelidikan yang lebih mendalam agar kita semua boleh menikmati khasiatnya.Harapan saya, usaha ini akan menjadi titik permulaan kepada kegemilangan kembali cendawan susu rimau.

Keseluruhan pandangan cendawan susu rimau.

Ubi cendawan susu rimau yang berisi putih itu adalah bahagian yang mempunyai khasiat perubatan.

Koleksi cendawan susu rimau yang berbagai saiz,

Sampingan : Semasa kecil, ibu saya selalu menggunakan susu rimau yang diberi oleh datuk saya untuk mengubati deman dan ketakutan. Apabila saya berrtanyakan kepada ibu tentang apa yang diberi kepada saya, ibu saya akan menjawab, susu harimau. Saya secara naifnya percaya itulah sebenar-benarnya susu harimau. Namun demikian, semasa persidangan BioMalaysia 2002, saya mendengar ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan susu rimau telah menyembuhkan batuk kroniknya, iaitu sejenis kulat yang terdapat di hutan kita. Barulah saya sedar bahawa susu rimau itu bukan sebenarnya susu harimau, ianya adalah sejenis kulat atau cendawan. Bermula dari hari itu, minat untuk mengkaji cendawan susu rimau secara mendalam mulai timbul. Saya berazam untuk mengetengahkan segala ilmu, kepercyaan dan amalan ibu bapa serta nenek moyang kita. Artikel ini dan kejayaan saya dalam penyelidikan susu rimau adalah sebagai penghargaan dan kenangan terhadap ibu saya yang telah meninggal dunia pada awal tahun ini. ~~ Dr. Tan Chon Seng ~~

Ciri-ciri Cendawan Susu Rimau :


Tudung : Berbentuk bulat berdiameter hingga 20 cm dengan pusatnya pada hujung batang. Ketebalan 2-5 mm. Berwarna perang kemerahan pada bahagian atas dan berwarna putih dan berporus pada bahagian bawah. Batang : Berunjur daripada Ubi. Panjangnya 520 cm dan berdiametern 10-15 mm. Padat dan berkulit keras (0.5 mm) berwarna perang jingga.

Bahagian bawah tudung : Berporus dengan saiznya 0.15-0.2mm diameter. Untuk penghasilan spora.

Paras Tanah
Akar Rhizom : Panjang 15 cm dan berdiameter 1 -3 mm. Mejalar melalui tanah lembut.
Panganan porus menggunakan microskop.

Ubi (Sclerotium) : Beberapa cm saiznya. Bentuk oval tak sekata. Berisi putih padat. Kulit luar berwarna perang kehitaman yang keras dan

Panganan spora pada porus menggunakan microskop.

Penanaman Cendawan Susu Rimau :

PDA Medium

1. Kulat susu rimau liar sukar tumbuh pada plat kultur media PDA. Bahkan kulat susu rimau varieti baru yang telah dimutasi secara cahaya UV boleh tumbuh dengan baik pada plat kultur media PDA.

2. Penumbuhan kulat susu rimau varieti baru dalam media bijian.

3. Penumbuhan kulat susu rimau varieti baru dalam beg bongkah cendawan.

4. Penanaman kulat susu rimau varieti baru dalam tanah untuk menghasilkan ubi cendawan susu rimau.

5. Penanaman ubi cendawan susu rimau varieti baru dalam pasu boleh pertumbuhan tudung cendawan

You might also like