Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGHARGAAN Saya ingin berterima kasih kepada Ibu dan bapa saya yang selama ini member banyak

dorongan kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan sekalung apresiasi yang tidak terhingga kepada pengetua Maktab Rendah Sains Mara Kubang Pasu kerana telah memberi kebenaran kepada kami pelajar tingkatan tiga keluar daripada kawasan maktab untuk mencari bahan-bahan untuk menyiapkan folio Geografi ini. Tidak lupa juga kepada guru matapelajaran Geografi saya, Puan Yusniza bt. Md. Yusof kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan telah banyak membantu saya dalam proses untuk menyiapkan folio ini.

PENDAHULUAN Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk Pencemaran alam sekitar di kawasan Kg. Tanjung, Mukim Jeram, Tunjang . Antara sebab mengapa saya memilih kawasan tersebut sebagai kawasan kajian saya adalah kawasan tersebut berhampiran dengan kawasan sekolah saya. Hal ini akan memudahkan saya untuk menjalankan kajian tentang pencemaran alam sekitar yang terjadi di kawasan tersebut.

Faktor kedua mengapa saya memilih kawasan tersebut sebagai kawasan kajian saya adalah kawasan tersebut mempunyai ciri-ciri pencemaran yang mudah untuk dikaji. Antara pencemaran yang berlaku di kawasan tersebut adalah pencemaran bunyi, pencemaran bau dan pencemaran udara.

Bagi tempoh saya menjalankan kajian ini adalah selama dua minggu.

OBJEKTIF KAJIAN

Banyak objektif yang perolehi daripada penghasilan folio ini. Antaranya:

1. 2. 3. 4.

Mengenalpasti konsep pencemaran alam sekitar Dapat mengetahui jenis-jenis pencemaran alam sekitar Dapat mengetahui punca-punca pencemaran alam sekitar Mengenalpasti kesan pencemaran alam sekitar

Saya cadangankan agar penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan lagi agar masalah pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.

Walaupun di Malaysia terdapat banyak pencemaran alam sekitar, saya masih bersyukur dan berbangga dilahirkan di Malaysia kerana pencemaran di Malaysia berbanding Negara asing amat sikit.

KAWASAN KAJIAN

Saya memilih Kg. Tanjung, Mukim Jeram, Tunjang, Kedah sebagai kawasan kajian saya.

KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan, saya menggunakan 3 kaedah yang amat berkesan bagi saya mendapatkan maklumat:

1. Kaedah Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah ini iaitu kaedah pemerhatian. Saya bertindak pergi ke kawasan kajian iaitu di Tunjang dan memerhati segala jenis pencemaran yang terdapat di kawasan tersebut 2. Kaedah Rujukan Kaedah ini telah digunakan oleh saya iaitu kaedah pengumpulan maklumat mengenai bahan-bahan yang diterbitkan di perpustakaan awam Jitra dan Arkib Negara Cawangan Alor Setar.

3. Kaedah soal selidik Saya juga telah membuat kaedah soal selidik dengan menemu ramah orang-orang rujukan seperti menemu ramah penduduk Kg.Tanjung untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

You might also like