Istilah Komponen Kesusasteraan Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

ISTILAH KOMPONEN KESUSASTERAAN MELAYU(KOMSAS) A. TEMA DAN PERSOALAN 1.

Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit). Contoh: Kepayahan hidup yang terpaksa dilalui oleh tukang rumah akibat daripada perubahan zaman(Cerpen Tukang Lama) 2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. i. ii. Khidmat tukang rumah tradisional yang semakin dipinggirkan. Kerenah isteri yang suka berleter dan menyalahkan suami atas kesempitan hidup.

B. WATAK DAN PERWATAKAN: Watak ialah pelaku dalam sesebuah cerita dan berfungsi untuk menyampaikan idea penulis . i. ii. C. LATAR Watak utama : watak penting yang menghidupkan sesuatu cerita. ( watak penting 1 sahaja) dalam cerpen tukang lama Pak Talib adalah watak utama. Watak sampingan : watak pembantu kepada watak utama. (banyak watak sampingan)

Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita
a) Latar tempat Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi. (b ) Latar waktu atau masa Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya. (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat

C. GAYA BAHASA 1. Personafikasi: Personafikasi bermaksud memberi unsur manusia atau benda hidup kepada bukan benda hidup . Contoh: i. Angin sepoi bahasa di pinggiran pantai itu menampar pipiku. (menampar ialah perbuatan manusia) Kira kira tak akan mati.(mati ialah sifat manusia)---cerpen Tukang lama(m.s 96)

ii. iii. 2. Metafora:

Metafora bermaksud perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata iaitu konkrit dan abstrak . Contoh: i. ii. Wang masuk---cerpen Tukang lama(m.s 96) Kotak fikiran---kotak(k), fikiran(a)

3. Simile Simile bermaksud perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan sebagainya . Contoh: i. ii. iii. Suaranya merdu seperti buluh perindu Hatinya hampa bagai kaca jatuh ke batu. Rumah awak sendiri seperti sarang ayam; Pak Talib cepat-cepat tunduk seperti membilang anak tangga.

4. Inversi: Inversi ialah pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik . Contoh: i. ii. iii. Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya petang semalam ) Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya cuaca panas ) Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya secawan kopi )

5. Sinkope: Sinkope bermaksud singkatan perkataan . Contoh: i. ii. 6. Anafora: Anafora bermaksud pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat . Contoh: i. ii. iii. Dia masih berdiri di situ. Dia mengingati saat manisnya di kota Paris. Masihkah lagi kau mengingatiku. Masihkah lagi detik itu kau ingati. Belum tiba masanya dia bersuara. Belum tiba masanya dia mengakui hakikat itu. Dia dah datang semalam, Pak Abu kata Ariff perlahan. Cerita tu mungkin benar , jelas Inspektor Zamri ringkas.

7. Epifora: Epifora bermaksud pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat . Contoh: i. Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama. ii. Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akan menangis. 8. Asonansi: Asonansi selalunya digunakan bagi mengulas sesuatu hasil puisi (sajak/ pantun/syair dan sebagainya). Asonansi bermaksud pengulangan vokal dalam sesuatu baris ayat . Contoh: i. Adakah ayah amat marah akan kakak lagi.(Pengulangan vokal a sebanyak 13 kali) ii. Di sini kita masih tercari-cari erti harga diri sendiri(Pengulangan vokal i sebanyak 12 kali) 9. Aliterasi: Aliterasi bermaksud "pengulangan konsonan dalam sesuatu ayat". Contoh: i. Gadis gigih itu menggigil gementar(Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali) ii. kakak masih kaku ketika kita kembali(Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali)

10. Hiperbola: Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih lebihan dari maksud yang sebenar. Contoh: Kemumu didalam semak, Jatuh melayang selaranya, Meski ilmu setinggi tegak, Tidak sembahyang apa gunanya. 11. Perlambangan: Perlambangan atau symbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,keadaan, atau peristiwa. Contoh: i. ii. iii. NILAI Antara contoh nilai ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat-menghormati Kasih sayang Air jernih melambangkan air mata(sajak hari akhir persekolahan) Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda) Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)

PENGAJARAN Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton. Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung. Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan i) ii) Kita hendaklah .. ii) Kita seharusnya . Jika nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan - Kita jangan . Kita tidak boleh . diikuti dengan contoh dalam teks.

You might also like