Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ABSTRAK Sebuah kajian telah dilakukan di Rumah Kanak-Kanak (RKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi melihat implementasi hak

kanak-kanak usulan Konvensyen Hak Kanak-kanak. Tiga objektif kajian adalah untuk mengenal pasti hak kanak-kanak usulan Konvensyen Hak KanakKanak yang diimplementasi dan yang tidak diimplementasi oleh RKK, mengenal pasti masalahmasalah yang dihadapi oleh RKK dalam usaha mengimplementasi hak kanak-kanak dan mencadangkan tindakan-tindakan susulan yang boleh diambil oleh RKK bagi penerapan hak kanak-kanak yang lebih berkesan. Kajian ini melibatkan 424 kanak-kanak perempuan dan lelaki yang berumur 10 hingga 18 tahun yang sedang mendapat perkhidmatan penjagaan dan perlindungan di semua RKK dalam negara. Satu kajian lapangan yang melibatkan teknik temu bual bersemuka telah dilakukan bagi mengumpulkan data primer kajian. Satu set borang soalselidik berstruktur yang dinamakan sebagai Kajian Implementasi CRC di Rumah Kanak-Kanak 2009/2010 telah digunakan sebagai panduan temu bual bersemuka dan alat pengumpulan data mentah kajian. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan hak utama yang perlu dinikmati oleh kanak-kanak telah diimplementasi oleh RKK. Namun, kebanyakan hak tersebut dilaksanakan sedasar mungkin, mengikut cara yang paling mudah. Justeru, banyak lagi usaha perlu dilakukan oleh RKK bagi menjamin hak kanak-kanak di sampaikan seoptimum mungkin.

You might also like