Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

RUMUSAN

Saya telah menubuhkan perniagaan Strawberry Furniture pada 1 Januari 2011 dengan modal sebanyak RM 60 000 dan dibantu oleh seorang pekerja. Dalam perniagaan saya,konsep dan prinsip perakaunan merupakan garis panduan atau piawai yang telah diterima dan di akui umum dalam pemprosesan dan mempersembahkan data perakaunan dan tujuan untuk memestikan bahawa laporan kewangan telah dibuat dengan jujur dan adil. Oleh itu,konsep dan prinsip perakaunan haruslah diketahui untuk memahami proses perakaunan. Antara prinsip yang diamalkan ialah urusan yang berterusan ,entity berasingan,ketekalan,materialiti,wang sebagai ukuran,konservatisme,asas perakaunan akaun,tempoh perakaunan,kos sejarah,pelaporan bersaskan nilai saksama dan catatan bergu. Dengan melaksanakan prinsip di atas,perniagaan saya berjalan dengan begitu lancer.

30

USAHA YANG BERTERUSAN Perniagaan mempunyai hayat yang berterusan,perniagaan akan terus beroperasi untuk memajukan perniagaan. ENTITI BERASINGAN Konsep entiti berasingan mengandaikan bahawa perniagaan adalah badan berasingan daripada pemilik pernigaan. TEMPOH PERAKAUNAN Sesebuah perniagaan perlu membahagikan hayat perniagaan kepada tempoh perakaunan yang sama kerana hayat perniagaan diandaikan berterusan. KOS SEJARAH Kos sejarah merujuk kepada kos sebenar yang dibayar atau ditanggung semasa sesuatu urusan itu berlaku dalam perniagaan. PELAPORAN BERASASKAN NILAI SAKSAMA Menurut konsep ini,nilai atau angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaraskan pada nilai pasaran sekiranyan nilai asal ialah nilai kos sejarah tersebut tidak lagi menunjukkan nilai yang saksama. CATATAN BERGU Prinsip catatan bergu menyatakan bahawa setiap urus niaga direkodkan dalam dua akaun yang berasingan.Stu akaun di debitkan dan satu akaun di kreditkan dengan amaun yang sama. KETEKALAN Mengikut konsep ketekalan suatu kaedah merekodkan perakaunan yang sama diamalkan dalam penyediaan laporan kewangan bagi tempoh perakaunan.Prinsip ini di kenali sebagai konsistensi yang penting agar dapat mengelakkan penyelewengan dalam laporan kewangan. MATERIALITI Dalam perbelanjaan perakaunan boleh bersifat kebendaan,bergantuhg pada saiz firma dan pertimbangan tentang kepentingan perbelanjaan tersebut kapada perniagaan.Material adalah satu ukuran yang subjektif dalam perakaunan. 31

WANG SEBAGAI UKURAN menurut konsep ini setiap urus niaga dicatatkan dalam bentuk kewangan.Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran dalam setiap urusniaga.Dalam perniagaan ini unit mata yang digunakan ialah Ringgit Malaysia (RM) dan sen. KONSERVATISME Prisip ini menekankan bahawa hanya jangka kerugian sahaja akan diambil kari sebagai belanja dalam penyata pendapatan.Prinsip ini digunakan supaya aset perniagaan tidak nyata dan liabiliti tidak berkurang. ASAS PERAKAUNAN Prinsip asas perakaunan menyatakan bahawa bagi menentukan untung bersih sesuatu perniagaan,jumlah belanja yang terlibat bagi memperoleh hasil tempoh berkenaan mestilah ditolak daripada hasil yang dilaporkan.

32

You might also like