Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin menyatakan rasa syukur saya ke hadrat ilahi di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya, saya dapat menyiapkan kerjas kursus sejarah ini . Kerja Kursus Sejarah ini akhirnya telah berjaya disiapkan dengan ilhamnya,kurnia dan petunjuk yang dianugerahkan oleh-Nya. Selain itu, setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada guru mata pelajaran sejarah saya, Pn Saniah binti Mohd Radzi kerana telah memberi bimbingan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus sejarah sehingga selesai. Tanpa bantuan daripada guru sejarah saya tidak mungkin untuk saya menyiapkan kerja yang telah diarahkan oleh kerajaaan . Seterusnya, tidak lupa juga kepada pengetua sekolah saya, Tuan Hj. Surimin Bin Giman kerana telah membenarkan saya melakukan kerja kursus ini.Selain itu, membenarkan kajian di luar kawasan dalam mencari dan mengumpul maklumat tentang FELDA.Saya begitu terhutang budi kepada mereka kerana dengan kerja kursus ini saya mendapat banyak ilmu yang sangat berharga. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu En.Sidik bin Silong dan Pn. Haslizamina Binti Hasan. Kedua dua mereka telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini.Selain itu mereka juga telah memberi bantuan dari segi kewangan.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kerja kursus sejarah ini ialah: 1.Kajian yang saya lakukan ini dapat melatih saya dalam aspek mencari,mengumpul, menganalisis, mentafsir serta merumus maklumat dan fakta tentang sejarah pentadbiran institusi tempatan iaitu tentang FELDA.

2.Melalui kajian ini juga saya mengetahui dan memahami sejarah penubuhan, latar belakang dan peranan yang dimainkan oleh FELDA.

3.Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui tahap perkembangan dan kemajuan serta cabaran yang dihadapi oleh FELDA.

4.kajian ini dilaksanakan sebagai satu wadah penghargaan untuk menunjukkan rasa bangga dengan kewujudan dan kemajuan yang dibawa oleh FELDA.

KAEDAH KAJIAN
Antara kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan -bahan untuk kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk kajian.Antara laman web yang saya layari untuk mendapatkan maklumat tentang kajian adalah seperti: a) http://www.felda.net.my/feldav3/ b) http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan

Selain itu,saya telah menggunakan kaedah temubual dalam kajian ini, iaitu saya telah menemubual Mohd Kamal Basha bin Ariffin seorang pekerja FELDA. Beliau merupakan orang sumber yang menjadi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.

Seterusnya, kaedah lawatan dan pemerhatian turut saya gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian ini. Saya telah pergi ke FELDA buki rokan utara yang terletak di FELDA
wilayah Raja Alias ,Negeri Sembilan.

Akhir sekali, saya menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapatkan maklumat tambahan. Antara dokumen yang dianalisis ialah laporan projek, keratan akhbar dan gambar-gambar berkaitan dengan perkembangan dan aktiviti kakitangan Pejabat Penyelaras FELDA.

HASIL KAJIAN
1.Institusi Pentadbiran Tempatan (Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah)
Nama Rasmi : Federal Land Development Authority (FELDA) Nama Lain : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Nama Ringkas : FELDA atau LKTP Lokasi : Serata tanah semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak Matlamat : Satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar Bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka Objektif : Mengurangkan kemiskinan di luar Bandar melalui petempatan semula Misi : Meningkatkan kesejahteraan hidup warga peneroka FELDA melalui : a) Penghasilan kebun yang tinggi b) Menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden c) Meningkatkan potensi dan kualiti model insane d) Mewujudkan budaya inovasi dan kreatif e) Mempelbagaikan sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi f) Memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia g) Memupuk budaya kecemerlangan Visi : Felda sebagai peneraju industry sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi

ISI KANDUNGAN
Perkara Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 1.Institusi Pentadbiran Tempatan 2.Latar Belakang 3.Peranan 4.Perkembangan Rumusan Lampiran Rujukan Muka Surat

Senarai Pentadbir : 1) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Pengerusi FELDA 2) Y. Bhg. Dato Dzulkifli Abd Wahab Pengarah Besar FELDA 3) Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan 4) Y.Mulia Datuk Raja Sharifuddin Hizan bin Raja Zainal Abidin Pengerusi Malayan Sugar Manufacturing Co.Bhd 5) Encik Shamsudin bin Othman Naib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru (Wakil Peneroka) 6) Dr. Omar B Salim Ketua Unit Kawal Selia Jabatan Perdana Menteri 7) Y.B. Dato' Haji Tan Mohd Aminuddin bin Haji Ishak Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang 8) Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin Said Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah 9) Y.Bhg. Dato' Noriyah bt Ahmad Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri 10) Y.B Ir. Haji Hamim Haji Samuri Ahli Parlimen Ledang 11) Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib Ahli Parlimen Maran 12) Y.Bhg. Dato' Sabri Ahmad Group President/ Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH)

2.Latar Belakang
Sejarah Penubuhan FELDA : FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit. FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.

Tugasan 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengalaman unsure patriotism berdasarkan soalan di bawah. Soalan: Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita? Setiap orang di negara kita memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan intergrasi Nasional di negara kita. Institusi pentadbiran tempatan memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan intergrasi nasional di negara kita. Memang benar bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Pers ekutuan (LKTP) atau FELDA dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pers ekutuan atau FELCRA sebagai rancangan pembangunan tanah dan wilayah sememangnya memainkan peranan penting bagi mempertingkat integrasi nasional.Dalam pentadbiran begini unsur-unsur patriotisme sepatutnya diterapkan agar dapat menyatupadukan rakyat di negara kita yang terdiri daripada berbilang kaum. Oleh yang demikian,pihak penjawat-penjawat awam seharusnya bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Dalam hal ini. Penjawat- penjawat awam ini seharusnya tidak terlibat dalam gejala rasuah yang semakin berleluasa di negara kita kini. Rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu dan harmoni sekiranya rasuah dihapuskan. Selain itu, kakitangan PTB juga boleh bersama-sama dalam memperkukuhkan intergrasi nasional dengan bergabung tenaga serta menyumbangkan idea dan cadangan bagi mengatasi masalah sosial yang semakin menular serta semakin kritikal.Apabila semua pihak bersatu padu maka masalah seperti ini dapat diselesaikan. Ini ditambahkan lagi, apabila wujudnya kerjasama antara dua pihak yang berlainan seperti sektor awam dan juga anggotaanggota NGO maka negara kita akan mengecapi kejayaan keraan wujudnya kerjasama antara dua pihak. Tambahan lagi, institusi pentadbiran tempatan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau FELDA, kakitangannya perlu bersifat amanah dan jujur. Sebarang permasalahan perlu diadili dengan adil serta saksama tanpa mengira agama, bangsa dan juga kasta. Dengan ini, rakyat di negara kita akan berganding bahu dalam bekerjasama dengan

kakitangan awam di negara kita. Ini akan mewujudkan perasaan cinta akan bangsa dan negara sekaligus akan dapat meningkatkan intergrasi nasional di negara kita. Akhir sekali,kita sebagai rakyat yang bertangungjawab seharusnya bersatu tidak kira bangsa atau agama serta mengetepikan persengketaan perkauman. Kita bersama-sama bekerjasama dengan sektor awam bagi meningkatkan intergrasi nasional di negara kita. Ini kerana sektor awam merupakan penggerak utama bagi keberhasilan dalam memperkukuhkan intergrasi nasional di negara kita. Kesimpulannya, unsur-unsur patrotisme seharunya diterapkan dalam intitusi pentadbiran di negara kita bagi menjamin semangat kekitaan di kalangan rakyat serta memperkukuhkan intergrasi nasional di negara kita.

MEREKOD FAKTA SEJARAH

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

RUJUKAN
Internet http://www.felda.net.my/feldav3/ http://en.wikipedia.org/wiki/Federal_Land_Development_Authority

Akhbar Harian Metro Khamis 6 Januari 2011 Orang Sumber Encik Mohd Kamal Basha Ariffin, 56 tahun, 3A-3-11,Orkid Apartment,Jalan Bukit Indah ,Taman Bukit Indah,63000 Ampang,Selangor Darul Ehsan Majalah AKADEMIK Disember 1992,Bilangan 88

You might also like