Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Syiah: Tiada Perbezaan Sembahyang Ahlus Sunnah Dengan Perzinaannya

Dipetik daripada www.darulkautsar.net

Terjemahan
Syiah: Tiada Perbezaan Sembahyang Ahlus Sunnah Dengan Perzinaannya

Daripada Hannan daripada Abi Abdillah a.s. katanya: Tidak memberi apa-apa erti (sama sahaja) seorang Nasibii[1] itu sama ada ia bersembahyang atau berzinaii[2]. Ayat ini turun berkenaan mereka:

)*(
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, (*) Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar)iii[3].iv[4] (Rujukan: Muhammad bin Yakob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 160,161) Kesimpulan: Syiah mengatakan amalan Ahl as-Sunnah tidak memberikan sebarang erti kerana meninggalkan keimanan kepada imam-imam dua belas sebagaimana pegangan mereka. Syiah telah melakukan penghinaan terhadap Ahl as-Sunnah kerana menyamakan amalan Ahl as-Sunnah yang baik dan dimuliakan oleh Allah iaitu sembahyang dengan amalan yang keji dan dimurkai Allah iaitu zina. Syiah mengatakan amalan Ahl as-Sunnah sama seperti amalan orang kafir yang lain iaitu amalan mereka biar sebesar mana dan sebanyak manapun, ia menjadi sia-sia sahaja di hadapan Allah taala di hari akhirat kelak.

i[1]

Nasibi ialah gelaran yang diberikan oleh Syiah kepada orang yang tidak beriman kepada imam-imam Ahl al-Bait sebagaimana pegangan mereka. Golongan yang dimaksudkan di sini ialah Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah.

ii[2] Dalam nota kaki

yang dibuat oleh Ali Akbar al-Ghifari pentaliq kepada kitab al-Kafi beliau mengatakan: Ia adalah balasan yang sesuai dengan amalannya kerana kecuaiannya terhadap sebesar-besar syarat (penerimaan amalan seseorang-penterjemah berdasarkan riwayat rukun Islam di sisi Syiah) iaitu al-Walayah. Maka amalannya itu sama seperti orang yang sembahyang tetapi tidak berwudhu.

iii[3] Surah al-Ghasyiah ayat 3 dan 4. iv[4] Ali


Akbar al-Ghifari mengatakan dalam nota kaki: Zohirnya Imam Jafar as-Sadiq maksudkan dengan an-Nasibah dalam ayat ini ialah orang yang menyatakan permusuhan Ahl al-Bait a.s.. Boleh jadi juga Imam a.s. maksudkan dengan makna keletihan iaitu mereka keletihan melakukan amalan-amalan yang rumit dalam keadaan ia tidak memberikan sebarang manfaat kepadanya.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3416

You might also like