Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 48

IPGM KAMPUS PENGAJIAN ISLAM KANAKKANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

NAMA PENSYARAH : PN. ZAHARA BT ZULKIFLY NAMA AHLI KUMPULAN: 1) HERLINA BT ROSLI 2) MUHAIRAWANI BT SURATMAN 3) NUR SYAHIRAH BT ANUAR KULIAH : PISMP IPGM 1.04 (PRASEKOLAH)

PENGENALA N

PENDEFINISIA N

JENIS-JENIS KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

RUJUKAN

KANAKKANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUA N KHAS

KESIMPULAN IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya. Disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka agak berbeza dan digelar sebagai Pendidikan Khas. Menurut Chua Tee Tee, Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak pendidikan khas merujuk kepada pendidikan kanak-kanak luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa.

DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


McDonnell et al.(1995), Perkembangan Kanak-kanak (OUM) mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas atau pelajarpelajar istimewa ini kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecatatan deria serta kecatatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku. Lerner et al. (1998), Perkembangan Kanak-kanak (OUM) dalam memperihalkan kanak-kanak istimewa di peringkat prasekolah, mencadangkan dua kategori kanak-kanak iaitu: 1. kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam pelajaran di bangku sekolah 2. kanak-kanak yang mempunyai kecatatan yang diambil kira di bawah sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara.

Mahmood Nazar (2000), Perkembangan Kanak-kanak (OUM) kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya. Kesimpulannya, pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada pelajar-pelajar yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat mental, bermasalah pembelajaran dan tingkah laku, cacat budaya atau sosial, cacat fizikal dan sebagainya. Hal ini termasuk juga pelajarpelajar pintar cerdas.

Kebolehan mental yang berbeza termasuk kanak-kanak pintar cerdas dan kecatatan mental iaitu lemah untuk belajar

Kecatatan deria termasuk kanak-kanak cacat pendengaran dan cacat penglihatan.

JENIS-JENIS KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Masalah komunikasi termasuk kesukaran belajar dan masalah pertuturan dan bahasa.

Masalah tingkah laku termasuk gangguan emosi dan kesalahlarasan sosial.

Kanak-kanak cacat anggota.

Masalah Kecacatan Fizikal

Masalah Penglihatan

Masalah Pendengaran

KATEGORI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS Masalah pembelajaran


-Disleksia -ADHD -Masalah Tingkahlaku -Lembam -Terencat Akal Ringan -Sindrom Down -Autisme -Pintar Cerdas

Masalah Pertuturan

CIRI-CIRI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS Masalah Kecacatan Fizikal


Merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal (tubuh badan tidak seimbang dan menggigil) Juga berbentuk ketidakupayaan neurologi (otak dan urat saraf yang rosak) juga kelukaan ortopedik (luka pada tulang, sendi dan otot). Kanak-kanak istimewa ini akan menghadapi masalah sendi yang kaku dan tidak ada koordinasi.

Bermasalah Penglihatan
Pelajar pelajar yang bermasalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu : 1) Buta yang langsung tidak dapat melihat 2) Separuh buta yang kabur penglihatan. Pelajar pelajar buta belajar melalui : Deria sentuhan Deria pendengaran Deria hidu Deria rasa

Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pelajar pelajar separa buta pula mempunyai deria penglihatan yang kabur dan memerlukan bantuan seperti pemakaian cermin mata atau dapatkan rawatan doktor pakar.

SISTEM BRAILLE

Selain dua kategori di atas, ia juga boleh dibahagikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya iaitu : - Astigmatisme ( rabun ) - Strabismus ( juling ) - Amblipia ( mata malas ) - Diplopia ( nampak dua ) - Glaukoma ( tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata) - Albinisme ( sensitif pada cahaya ) - myopia ( rabun jauh ) - hyperopia ( rabun dekat )

Masalah Pendengaran
Seseorang yang rosak atau bermasalah pendengaran, kerap kali dikatakan sebagai pekak. Anggapan ini adalah salah kerana bukan semua orang yang bermasalah pendengaran tidak boleh mendengar, tetapi pendengarannya tidak jelas dan perlu alat bantuan. Seseorang yang dilahirkan dengan masalah pendengaran, perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat.

Jika kanak kanak langsung tidak mendengar, sudah pasti mereka tidak dapat bercakap atau dengan kata lain bisu. Kanak kanak yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu : a) penerimaan ( getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga) b) pengamatan ( masalah saraf deria pada bahagian telinga) c) pusat ( sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera) d) Psikogenik ( tidak boleh mendengar apa apa kerana gangguan emosi yang terpendam)

Kanak kanak yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: a) pekak b) separa pekak Ciri ciri kanak kanak cacat pendengaran : kurang memberi perhatian susah mengikut peraturan selalu berkhayal memerlukan bantuan daripada kawan kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan cara percakapan janggal mempunyai masalah kesihatan

Masalah Pertuturan
Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran menyebut perkataan. Contohnya saya menjadi caya Kelancaran dalam sebutan juga agak lambat dan teragakagak. Ia menyebabkan mereka sukar untuk memahami istilah atau perkataan terutama apabila menggabungkan perkataan untuk melafazkannya. Perkara tersebut juga menyebabkan berlakunya masalah komunikasi yang akan memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak.

Masalah ini juga berkaitan dengan nada suara yang garau, kasar dan sengau. Ianya melibatkan emosi seperti rasa malu, kurang keyakinan dan perasaan rendah diri. Gagap pula merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Kanak-kanak yang gagap menghadapi masalah dengan nada suara. Ini menyebabkan mereka menggunakan satu nada suara rendah atau tinggi. Masalah ini akan dapat diatasi sekiranya mendapat bantuan daripada ahli terapi pertuturan.

Masalah Pembelajaran
Masalah ini timbul bersama-sama dengan koordinasi yang lemah, pergerakan yang berulang-ulang, ingatan yang lemah dan lambat dalam pembelajaran.

Disleksia
Kajian menunjukkan masalah disleksia berlaku 4 kali kerap kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanakkanak perempuan. (Miriam Stoppard, 1997). Kanak-kanak ini menghadapi masalah membaca atau menulis dan juga agak lembap dalam pembelajaran. Ini kerana mereka kidal atau menggunakan keduadua tangan dan kecenderungan membaca dari kanak ke kiri serta menulis huruf-huruf secara terbalik. misalnya huruf b menjadi huruf d.

Attention Deficit/Hyperactivity Disorder ADD/ADHD


Kanak-kanak ini tidak dapat mengekalkan perhatiannya yang menyebabkannya; i- mudah mengalih perhatian ii- sukar menyiapkan tugasan iii- sentiasa lupa Mereka juga tiada kawalan ke atas tindakan impulsnya, iaitu; i- sering menggangu perbualan atau aktiviti ii- menyatakan sesuatu tanpa berfikir

ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap penumpuan mereka masih tidak sama kanak-kanak yang normal. (Barbaresi & others, 2006; Tucha & others, 2006) Namun, penggunaan dadah tidak berkesan untuk semua kanak-kanak ADD/ADHD dan dalam jangka masa panjang dadah ini masih tidak diketahui. David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007)  mencadangkan satu bentuk terapi dengan menggunakan kekuatan dalam diri mereka untuk mengawal masalah tersebut.

Beliau memberi perspektif baru bahawa; i- ADHD antara faktor yang boleh ii- Kesukaran diasingkan daripada iii- Kebosanan kanak-kanak tersebut. iv- Kesukaran dikawal Beliau mencadangkan kanak-kanak dengan bimbingan guru menggunakan masa yang singkat supaya mereka dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan adalah ADD/ADHD.

Masalah Tingkahlaku Kanak kanak menunjukkan masalah tingkahlaku menunjukkan ciri ciri seperti berikut: mungkin

1. Tingkahlaku kurang sesuai dalam situasi situasi biasa. 2. Tidak dapat mangawal perasaan atau tingkahlaku mereka. 3. Menunjukkan simptom simptom fizikal yang berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di sekolah. 4. Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan rakan atau gurunya. Kanak kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul dengan kanak kanak lain. 5. Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor faktor kesihatan, sensori atau intelek.

Lembam / Slow Learner


Perkembangan yang agak lambat sejak peringkat bayi. Lambat dari segi senyum, bertindak balas terhadap bunyi atau suara, ataupun tindak balas menggenggam masih belum hilang walaupun bayi berusia lebih 3 bulan. Kanak-kanak ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Ini disebabkan kerana mereka kurang memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Terencat Akal Ringan


Kanak kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri ciri seperti yang berikut: 1. Kurang koordinasi motor 2. Sukar menumpukan perhatian 3. Kemahiran membaca dan bahasa lemah serta berada pada tahap yang rendah daripada rakan sebaya. 4. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. 5. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.

Sindrom Down
Kanak-kanak golongan ini sukar mempelajari; i-kemahiran dan konsep, ii-mengingati maklumat untuk menyelesaikan masalah, iii-sukar menurut perintah iv-tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan yang tidak sempurna. Namun, kanak-kanak ini boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional dan sosial.

Autisme
Merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh; i- mengenali atau mentafsir air muka, ii- gerak isyarat atau iii- nada suara yang berlainan. Mereka juga menunjukkan tabiat yang seperti berikut; i- stereotaip, ii- tidak suka menatap iii- tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apaapa situasi. Mereka lebih berminat kepada barang permainan daripada berinteraksi dengan orang lain.

Cerdas Pintar
Kanak kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri ciri berikut: 1. Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya. 2. Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih ika dibandingkan dengan rakan sebaya. 3. Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya 4. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar.

5. Kemahiran bahasa, membaca dan perbendaharaan kat yang luas. 6. Kemampuan memberi pandangan atau idea yang asli 7. Kebolehan untuk memimpin. 8. Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH.


Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas difokuskan pada: Masalah Kecacatan Fizikal Masalah Penglihatan Masalah Pendengaran

Masalah Pembelajaran -Disleksia -ADHD -Masalah Tingkahlaku -Lembam -Terencat Akal Ringan -Sindrom Down -Autisme -Pintar Cerdas

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Masalah Pertuturan

Masalah Kecacatan Fizikal


Guru perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak. Guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya, seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen atau pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya melibatkan tugasan penulisan.

Masalah Penglihatan
Guru boleh meyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz cetakan yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, iaitu huruf yang dibuat mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas. Semasa menulis di depan, guru menyebut secara lisan. Pengalaman ini boleh diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti hands-on. Guru perlu menyusun bilik darjah untuk memudahkan pergerakan kanak-kanak.

Masalah Pendengaran
Guru perlu bercakap dengan jelas semasa mengajar dan tidak membelakangkan kanak-kanak semasa memberi arahan atau mengajar. Ditempatkan di bahagian hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Arahan lisan boleh diiukuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan pemahaman mereka. Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara afektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak jenis ini. Oleh itu, guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja.

Masalah Pertuturan
Kanak-kanak diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka digalakkan untuk memberi respon secara bertulis. Guru menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru boleh menjadi model kepada kanak-kanak dengan mengulang perkataan secara jelas dan perlahan atau menggunakan alat audio.

Masalah Pembelajaran

Guru memilih sudut yang senyap dan kurang aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini ditempatkan berhampiran dengan meja guru. Memaparkan peraturan dan prosedur dalam bilik darjah dengan jelas dan guru perlu memastikan kanak-kanak memahami peraturan tersebut. Semasa guru mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang beberapa kali. Beri peluang kepada murid hiperaktif untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif. Tugasan yang diberikan perlulah jenis yang ringkas.


1.

Disleksia
Kanak-kanak disleksia diletakkan di bahagian hadapan di dalam kelas supaya guru boleh memantau mereka. Mengawasi mereka apabila memberikan mereka tugasan dari semasa ke semasa. Memberikan latihan yang berulang kali dan berterusan kepada mereka. Guru tidak menunjukkan perlakuan pilih kasih terhadap murid-murid yang menghidapi disleksia dan rakannya yang lain.

2.

3.

4.

ADHD Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terhadap kanak kanak ini ialah: 1. Oleh kerana kanak kanak ini sukar memberi perhatian, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. 2. Kedudukan mereka seeloknya berhampiran dengan tempat duduk guru. 3. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguhan di mana kanak kanak ini diberi peneguhan positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

4. Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas dan pastikan murid faham peraturan perturan tersebut. 5. Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklumbalas dengan segera. 6. Semasa mengajar, arahan perlulah ringkas dan diulang. 7. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktif. 8. Beri tugasan yang ringkas.

Masalah Tingkahlaku Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah ialah: 1. Peneguhan positif- memberikan pujian kepada murid yang menunjukkan sikap positif dimana biasanya bersikap negatif. 2. Time-Out- diasingkan daripada rakan yang lain buat sementara waktu supaya dapat memberi peluang kepadanya untuk memikirkan tentang tingkah lakunya. 3. Tidak peduli- tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. 4. Mengajar tingkah laku yang dikehendakimenggalakkan murid untuk meluahkan perasaan yang tidak disukainya. Mereka memerlukan persekitaran sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah.

Lembam ( slow learner)


Gunakan bahasa yang mudah. Arahan yang dinyatakan jelas dan perlu diulang. Ubahsuai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk bina keyakinan dan beri perasaan kejayaan. Tugasan dan penilaian yang bersesuaian dengan tahap kanak kanak Tugasan yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan dan salinan boleh diberikan pada ibubapa.

Terencat Akal Ringan


Kanak kanak ini boleh diajar dengan pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional dan kemahiran sosial untuk membantu menjadikan mereka sebagai individu yang produktif.

Sindrom Down
Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak kanak. Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Perlu diberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik kerana mereka kurang keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat dengan mudah dan kaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka

Autisme
Berfokus kepada kemahiran kemahiran kesediaan untuk belajar Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak kanak berdikari seperi mengisi borang permohonan, membaca notis dan sebagainya. Bimbing kanak kanak ini mengurus diri misalnya membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan. Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Kanak kanak ini memerlukan rutin. Perubahan adalah sesuatu oleh mereka yang sukar diterima. Amalan rutin harus dipraktikkan.

Pintar Cerdas
Boleh dibantu melalui tiga program: 1. Pengasingan Kanak kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas. Bertujuan untuk mengeluarkan kanak kanak daripada kelas biasa yang tidak membantu perkembangannya secara optima. 2. Pemecutan ( acceleration) Dilaksanakan dengan dua cara. Pertama, kanak kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek subjek spesifik atau dengan kata lain berada di kelas peringkat yang lebih tinggi dan belajar bersama pelajar yang lebih tua dari mereka.

Cara kedua ialah murid disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Ini akan membantu mereka belajar sesuatu dalam bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat. 3. Pengayaan. - Program ini melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan samada di dalam atau di luar kelas. - Selain itu, guru juga boleh merancang projek atau aktiviti yang memerlukan murid murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

KESIMPULAN
Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak keperluan khas terletak di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Walaupun mereka tergolong dalam kategori ini, peluang pendidikan perlu diberikan kepada mereka sepertimana kanak-kanak normal perolehi. Kanak-kanak keperluan khas memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus dan menuntut kasih sayang, perhatian dan kesabaran. Mendidik golongan ini amat mencabar dan menuntut kesabaran serta komitmen guru yang tinggi.

RUJUKAN Ee Ah Meng (1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2009). Perkembangan kanak-kanak, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rahil Hj. Mahyudin & Habibah Elias (2003). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan, Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. http://www.skdua.blogspot.com/2008/04/ciri-ciri-kanak-kanak berkeperluan-khas.html - 112k http://pkbpsksj.blogspot.com/2008/03/hiperaktif-hiperaktifdipercayai.html - 184k

You might also like