Latihan Moral - Form 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PEN . MORAL FORM 2 Nama :_______________________ 1] Alam merupakan anugerah Tuhan.

Kita perlu A] Menebang pokok untuk mencari keuntungan yang maksimum B] Membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai C] Melindungi keaslian alam D] Membangunkan kawasan hutan dengan Sewenang-wenangnya 2]Seseorang yang mempunyai harga diri akan melakukan perkara-perkara yang berikut kecuali... A] Merosakkan diri dan menjejaskan masa depan diri B] Sentiasa menjalani kehidupan C] Melakukan aktiviti-aktiviti membawa memfaat kepada diri D] Menjaga maruah diri 3]Pilih ciri-ciri yang berkaitan dengan nilai Kesederhanan. l] Tidak terlalu mementingkan orang lain ll] Bertindak mengikut kemampuan diri lll] Bersimpati dengan orang lain lV] Mengabaikan kepentingan diri demi kepentingan orang lain A] l C] ll dan lll B] l dan ll D] lll dan llll 4]Seseorang yang mempunyai sifat amanah akan A ]Dicurigai oleh rakan-rakan sekerja sewaktu menjalankan tugas B] Mampu memberi keyakinan kepada orang lain sebelum menjalankan tugas C] Disukai oleh rakan sekerja semasa menjalankan tugas D] Mampu memperoleh kepercayaan dan keyakinan kepada orang kerana melaksanakan tugas . 5] Setiap kelakuan di bawah menunjukkan Nilai hemah tinggi kecuali A] Rosli bertutur secara sopan dan lemah lembut kepada semua orang,tidak kira yang tua atau yang muda B] Rafidah tidak menggunakan kata-kata kesat dalam pertuturannya C] Zunaidah suka bermegah-megah apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan D] Yong Chai duduk dengan sopan di hadapan tetamu keluarganya 6]Pilih ciri-ciri yang mencerminkan nilai kasih sayang terhadap keluarga I] Mengambil berat masalah Keluarga II] Menggembirakan ahli-ahli keluarga III]Sanggup berkorban untukkeluarga IV]Mengejek kelemahan ahli keluarga A] I dan II C] I,II,III B] II dan IV D]Semua di atas 7] Menjelang perayaan Deepavali, Ravi yang bekerja di bandar patut A] Melancong ke luar negara bersama rakannya dan membiarkan kedua-dua orang tuanya di kampung B] Berkeseorangan di bandar walaupun mempunyai cuti tahunan yang banyak C] Pulang ke kampung dan meraikan Deepavali Bersama ibu bapa dan saudara-maranya D] Meraikan Deepavali di pusat-pusat hiburan di Bandar 8] Amalan adat dan pantang larang keluarga A] Membuktikan kita tidak mengejar arus pemodenan B] Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan C] Menunjukkan kepada orang luar tentang kebudayaan masyarakat kita D] Membuktikan kepada kaum lain kita ialah masyarakat yang bertamadun 9] Kasih sayang dalam sesebuah keluarga amat penting.Antara yang berikut,manakah merupa kan kepentingan tersebut? I] Merapatkan hubungan antara ahli-ahli Keluarga II] Melahirkan keluarga bahagia III] Ahli-ahli keluarga dapat bantuan apabila menghadapi masalah IV] Ahli-ahli keluarga tidak rasa terabai A] I dan II C] I,II,IV B] I,II,III D] Semua diatas

10]Sekiranya anda mengetahui tindakan sebuah kilang yang melupuskan bahan-bahan toksik secara haram,anda perlu A] Berdiam diri dan berpura-pura tidak mengetahui apa-apa B] Memberitahu guru dan sekolah C] Melaporkan kepada pihak berkuasa D] Mengambil gambar dan meletakkan dalam bilik anda

11]Kemusnahan hutan di negara kita boleh mengakibatkan bencan alam.Antara bencana berikut merupakan implikasi kemusnahan hutan? I] Banjir kilat II] Tanah runtuh III]Gempa bumi IV] Ribut petir A] I dan II C ]II dan III B ] I dan IV D] II dan IV 12]Semua perlakuan di bawah adalah betul kecuali A] Menderma kepada tabung menyelamatkan haiwan liar B] Membuang sisa-sisa kilang kedalam laut negara jiran untuk menjimatkan kos pelupusan C]Menyaman pemilik-pemilik yang membebaskan asap-asap hitam D]Mewujudkan kawasan pembuangan sampah secara terancang 13]Antara yang berikut,manakah boleh dikitar semula, I] Aluminium II] Besi III]Kaca IV]Plastik A] I,II dan III C] I,III dan IV B] I,II dan IV D] Semua diatas

16]

KENALILAH MALAYSIA,ANDA PASTI TIDAK MENYESAL

Kenyataan diatas mencerminkan A] Perasaan hairan terhadap Malaysia B] Perasaan bangga terhadap Malaysia C] Perasaan khuatir terhadap Malaysia D] Perasaan gembira terhadap Malaysia 17]Kita menghormati pejuang-pejuang Negara kerana I] Mereka sanggup mengorbankan nyawa untuk negara II] Mereka menentang penjajah demi mempertahankan kedaulatan negara III]Mereka diberi anugerah dan pingat kebesaran IV]Mereka berjuang untuk diingati untuk selama-lamanya A] I dan II B] II dan III C ]I dan III D] I dan IV 18]Pilih kebaikkan melancong dalam negeri. I] Mengelakkan pengaliran luar wang negara II] Menggalakkan pertumbuhan perindustrian kraf tangan III]Mempromosikan keindahan negara IV]Menyatupadukan rakyat A] I dan II B]I,II dan III C] I,III,IV D]Semua diatas 19]Seseorang rakyat yang cinta akan negara akan I]Menyokong program-program pembangunan negara II]Memberi sumbangan ke arah kemajuan negara III]Memastikan diri sentiasa berpakaian kemas untuk menjaga imej negara IV]Bekerja kuat untuk meningkatkan pendapatan sendiri A] I dan II B] I dan III C] II dan III D] III dan IV 20]Sekiranya berlaku peperangan, kita patut, I]Menjadi askar suka rela II]Mendapatkan bantuan negara-negara lain III]Berhijrah keluar negara IV]Menentang musuh sehabis-habisan A]I dan II C] I,III, dan IV B]I dan III D] I,II dan IV

14]Pilih kebaikkan yang diperolehi daripada aktiviti kitar semula I] Pengurangan timbunan sampah sarap II] Kebersihan terpelihara III]Menjimatkan sumber alam IV]Memperoleh keuntungan A] I,II dan IV B] I,III C] I,II,dan III D] II,III dan IV 15]Pilih perlakuan yang berkaitan dengan nilai cinta akan negara A] Seorang ayah menghantar anaknya yang sakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan B] Rakyatnya tidak bermusuhan antara satu sama lain C] Zainal berusaha mengharumkan nama negara dengan memenangi acara sukan badminton di peringkat antarabangsa D] Melindungi sungai di Malaysia daripada Pencemaran

You might also like