Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

PENDIDIKAN JASMANI 1 SUKAN DAN REKREASI (PERKHEMAHAN 1)

PENSYARAH: EN. SYHIBIN BIN JAPAR

1. TANAH ATAU TAPAK YANG RATA

bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun. elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.

2. TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN PUNCA AIR

Air bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Antara punca air ialah sungai, anak sungai, telaga,

kolam atau sebagainya. Air tersebut harus dipastikan kebersihannya. Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.

3. PERHUBUNGAN
Ka asan tapak perkhe ahan yang dipilih haruslah e punyai ke udahan untuk berhubung dengan orang diluar ka asan perkhe ahan, contohnya: i. Jalan raya ii. Telefon a a iii. Balai polis iv. Ru ah penduduk ka pung Bagi e udahkan endapatkan bantuan sekiranya perlu. Sekiranya berkhe ah di ka asan terpencil,pastikan tapak berha piran dengan ka asan yang lapang atau tinggi ( udah dikesan elaui udara)

4.JAUH DARIPADA DAHAN MATI

Pastikan tapak perkhemahan yang dipilih jauh daripada pokok yang mempunyai dahan yang mati. Hal ini kerana apabila hujan atau angin kencang, dahan yang mati mungkin akan patah dan menimpa kawasan tapak perkhemahan.

5.TAPAK YANG LEBIH TINGGI DARI PUNCA AIR

Kawasan tapak perkhemahan haruslah lebih tinggi daripada punca air bagi mengelakkan kawasan perkhemahan tersebut di hanyutkan air. Sekiranya tapak yang dipilih berada berhampiran dengan punca air atau pantai, keselamatan peserta akan terancam.

6.MUDAH UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN

Tapak perkhemahan yang mungkin dipilih haruslah berhampiran dengan kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi. Hal ini dapat memudahkan peserta untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.

7.MUDAH UNTUK MENDAPATKAN BAHAN BAKAR

Bahan bakar amat penting dalam aktiviti perkhemahan. Jika peserta perkhemahan memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting kayu, kawasan yang dipilih mestilah mudah untuk mendapatkan bahan bakar tersebut.

8.KESELAMATAN KAWASAN PERKHEMAHAN

Keselamatan kawasan perkhemahan haruslah diutamakan. Elakkan daripada berkhemah di kawasan binatang buas ataupun kawasan yang mudah diganggu oleh penceroboh luar.

9.DENAI BINATANG

Khemah tidak seharusnya didirikan di kawasan yang mempunyai denai binatang. Ini bagi mengelakkan khemah dirempuh haiwan yang lalu di denai tersebut.

Garis panduan semasa perkhemahan ialah undang-undang dan ketetapan yang perlu dipatuhi oleh peserta perkhemahan tersebut. Peraturan merupakan aspek yang penting dan harus dipatuhi oleh setiap peserta dalam aktiviti yang berisiko tinggi. Antara faktor yang diperlukan untuk keselamatan, merangka peraturan ialah kebersihan dan disiplin. Peraturan boleh disediakan dalam bentuk bertulis atau diterangkan secara lisan dalam taklimat aktiviti. Terdapat 7 perkara dalam peraturan perkhemahan.

1. DISIPLIN

 Semua arahan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pengelola dan penasihat harus dipatuhi.  Semua peserta harus sentiasa menepati masa.  Semasa di kawasan perkhemahan, peserta dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut.  Peserta harus sentiasa menjaga nama baik institut dan bertingkah laku sebagai seorang pelajar.

2. LARANGAN

 Dilarang sama sekali mengambil dadah, sebarang aktiviti yang melibatkan keadaan khayal adalah di larang keras.  Dilarang sama sekali menghisap rokok.  Permainan berbentuk perjudian adalah dilarang.  Senjata api atau senjata tajam tidak boleh dibawa masuk ke kawasan perkhemahan.  Dilarang membawa barang kemas yang berharga.  Sebarang bentuk alat hiburan seperti radio dan gitar tidak boleh dibawa.

3. KESELAMATAN DAN KESIHATAN

 Dilarang turun ke laut tanpa kebenaran penasihat.  Dilarang merayau di kawasan hutan tanpa penasihat atau jawatankuasa pengelola.  Masa rehat yang diperuntukan harus digunakan untuk berehat.  Maklumkan kepada penasihat atau jawatankuasa pengelola jika hendak ke mana-mana sekiranya tidak mempunyai teman.  Laporkan masalah kesihatan kepada penasihat atau jawatankuasa pengelola .

 keselamatan diri harus diutamakan. Alatan merbahaya harus disipman di tempat yang selamat. Dilarang menyalakan api atau lilin di dalam khemah. Pastikan api tidak dinyalakan berhampiran khemah. Mereka yang mempunyai giliran berjaga malam diwajibkan melaporkan diri. Kenal pasti nada wisel yang dibunyikan. Belerang harus di taburkan di sekeliling khemah untuk mencegah binatang berbisa merayap di kawasan khemah.

4. KEBERSIHAN KAWASAN KHEMAH

 Khemah harus dibina di tapak yang telah ditetapkan oleh urus setia.  Tunggu arahan yang diberikan oleh pegawai yang terlibat dalam urusan membina dan menurunkan khemah.  Sampah haruslah dibuang di tempat yang dikhaskan.  Kebersihan kawasan perkhemahan harus sentiasa dijaga.  Sediakan lubang basah dan kering untuk membuang sampah di setiap khemah.

 Jangan simpan makanan dalam khemah.  Jangan jemur pakaian pada tali khemah.jemur di tempat yang telah disediakan.  Kawasan khemah mestilah sentiasa dibersihkan.

5. KHEMAH

Pastikan semua alat keperluan khemah lengkap sebelum mendirikannya. Sebarang kekurangan pada alatan khemah hendaklan diberitahu kepada ketua kumpulan dengan segera. Peserta tidak dibenarkan menyimpan makanan di dalam khemah. Elakkan kasut dan sarung kaki disimpan di dalam khemah. Kasut harus disusun dengan kemas.

6. DAPUR ATAU TEMPAT MEMASAK

Tempat masak perlu jauh dari khemah. Api haruslah dipadamkan apabila tidak digunakan. Elakkan daripada memasak menggunakan api yang besar. Pinggan mangkuk hendaklah dibasuh dan disusun di tempat khas. Jika berlaku sebarang kebakaran, tindakan segera harus diambil.

7. AM

Elakkan membuang air di merata tempat, gunakan tempat yang telah disediakan. Pihak berkuasa harus dimaklumkan dengan segera sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan berlaku. Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak urus setia dari semasa ke semasa. Setiap kumpulan perlu mempunyai buku log bagi mencatat segala aktiviti berkumpulan.

You might also like