Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau Bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran dapat diketogorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam, antaranya ialah: 1. Pencemaran udara

Contoh: Pencemaran dari pelepasan asap kilang dan asap kenderaan bermotor yang terdapat di kawasan kajian saya.

2. Pencemaran air

Contoh: Pembuangan industri perkilangan dan sisa domestik ke dalam longkang dan sungai.

3. Pencemaran bunyi

Contoh: Bunyi bising kilang industry, bunyi bising kenderaan, contohnya lori, bas, kereta api, LRT dan sebagainya terdapat dikawasan kajian saya. Muzik yang dipasang dengan kuat oleh pihak tidak bertanggungjawab juga menyebabkan pencemaran bunyi.

4. Pencemaran bau

Contoh: Dikawasan kajian saya juga terdapat pencemaran bau busuk dari asap kilangkilang, asap kenderaan bermotor, tempat pembuangan sampah, longkang tersumbat dan sebagainya.

Jenis pencemaran alam sekitar

Jadual: Jenis Pencemaran Alam Sekitar yang paling banyak berlaku berdasarkan pemerhatian penduduk di Ukay Perdana.

Bil. Bahan 1 Pencemaran Udara 2 Pencemaran Air 3 Pencemaran Bau 4 Pencemaran Bunyi 5 Pencemaran Tanih Jumlah

Bil. Responden 12 04 08 06 0 30

Sumber : Berdasarkan soal selidik responden seramai 30 orang di kawasan kajian

Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar di Ukay Perdana.

Pencemaran Udara

Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik yang saya lakukan di kawsan kajian, pencemaran udara merupakan pencemaran yang paling utama. Pencemaran udara ini berlaku dalam bentuk asap, habuk dan jerebu.

Pencemaran Bau

Selain itu, pencemaran bau juga berlaku di kawasan kajian. Bau busuk dan kurang menyenangkan telah mengganggu ketenteraman penduduk .

Pencemaran Bunyi

Berdasarkan pemerhatian, saya juga terdapat pencemaran bunyi telah berlaku di kawasan kajian iaitu bunyi bising yang telah mengganggu ketenteraman penduduk.

Pencemaran Air

Pencemaran air juga berlaku berdasarkan pemerhatian saya. Longkang dan parit telah menjadi tempat untuk membuang sisa dan sampah oleh pihak yang bertanggungjawab.

Punca Pencemaran Alam Sekitar

Terdapat beberapa punca pencemaran alam sekitar di Ukay Perdana. Brikut merupakan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

Kenderaan bermotor

Berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan penduduk (responden) di kawasan kajian, kenderaan bermotor ialah penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

Bilangan kenderaan di kawasan kawasan kajian adalah sangat tinggi. Kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran uadar iaitu melalui pembebasan asap kenderaan. Terutamanya dari kenderaan berat seperti lori dan bas yang menggunakan minyak diesel dan minyak berplumbum. Kenderaan ini mengeluarkan asap yang banyak.

Asap kenderaan ini juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan busuk. Seterusnya, ia menyebabkan pencemaran bau.

Selain itu, bunyi enjin kenderaan juga menyebabkan pencemaran bunyi. Terutamanya daripada enjin kenderaan berat. Selain itu, ekzos kenderaan yang telah diubah suai juga mengeluarkan bunyi bising terutamanya motosikal dan kereta.

Perniagaan/restoran

Aktiviti perniagaan juga menyebabkan pencemaran. Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan, saya dapati ada segilintir peniaga terutama daripada perniagaan restoran membuang sisa air basuhan pinggan mangkuk dan sisa makanan ke dalam longkang. Hal ini menyebabkan pencemaran air dan menyebabkan pencemaran bau terutama apabila longkang tersumbat.

Pembinaan

Berdasarkan pemerhatian saya juga terdapat pembinaan bangunan baru di kawasan ini. Hal ini menyebabkan pencemaran bunyi, pencemaran udara akibat habuk dari kawasan pembinaan yang baru dibina.

Sisa/sampah domestik

Sisa domestik ialah sampah daripada kegunaan harian penduduk. Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat penduduk membuang sampah sesuka hati. Sepatutnya penduduk membuang sampah di dalam tong sampah besar yang di sediakan di rumah sampah. Tetapi mereka membuang di luar dan di tempat yang tidak sepatutnya. Hal ini menyebabkan pencemaran bau jika sampah itu ada mengeluarkan bau.

Nilai atau Unsur Patriotisme

Saya berasa amat bangga dan bersyukur kerana saya dapat menjalankan kajian ini dan mengetahui punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Oleh itu, kita haruslah prihatin dan peka terhadap penjagaan alam sekitar di kawasan tempat tinggal kita.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Udara tercemar

Berdasarkan kajian dan pemerhatian kesan pencemaran di kawasan kajian ialah udara telah tercemar. Udara di kawasan kajian telah member kesan buruk kepada penduduk terutama dari segi kesihatan.

Jerebu

Pembebasan asap kenderaan bermotor yang berlebihan di kawasan kajian telah menyebabkan jerebu. Jerebu juga boleh memudaratkan kesihatan penduduk seperti sakit mata (konjuntivitis), radang paru-paru (bronchitis), masalah pernafasan dan asma.

Penyakit

Penyakit juga akan merebak akibat pencemaran udara yang tidak terkawal terutama penyakit yang melibatkan pernafasan. Selain itu, pembuangan sampah ke dalam

longkang menyebabkan longkang tersumbat. Seterusnya, air bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk AEDES yang menyebabkan penyakit demam denggi. Bau busuk

Kesan pencemaran lain ialah bau busuk yang menyebabkan ke tidak selesaan penduduk dan mengganggu kehidupan harian penduduk.

Hujan asid

Hujan asid juga menjejaskan kesihatan manusia dan menyebabkan kanser kulit, mengganggu pernafasan dan penyakit mata.

Nilai atau Unsur Patriotisme

Saya amat berasa bangga dan bersyukur kerana saya dan penduduk di kawasan kajian mempunyai kesedaran tentang kesan-kesan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita haruslah prihatin dan bekerjasama menjaga alam sekitar di kawasan tempat tinggal kita agar tidak timbul sebarang kesan dan masalah.

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Ukay Perdana

Kuat kuasa undang-undang

Petrol tanpa plumbum

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Catalytic coverter

Pendidikan Alam Sekitar Kempen Cintai Alam Sekitar

Terdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Ukay Perdana. Berikut merupakan beberapa cadangan yang dapat mengurangkan kesan alam sekitar.

Kuat kuasa undang-undang

Pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan undang-undang. Denda dan hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan kepada pihak yang melakukan pencemaran. Contohnya, penguatkuasaan undang-undang kepada peniaga restoran yang membuangkan sisa ke dalam lngkang yang menyebabkan pencemaran air dan bau.

Kempen Cintai Alam Sekitar

Kempen hendaklah dijalankan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kesan buruk jika alam sekitar tidak di jaga dengan sempurna. Pihak berkuasa boleh menjalan kempen dengan meletakkan poster dan papan tanda berkaitan dengan penjagaan alam sekitar di kawasan kajian saya.

Petrol tanpa plumbum

Orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan masalah pencemaran udara. Penggunaan petro berplumbum boleh menyebabkan alam sekitar tercemar dan seterusnya memudaratkan kesihatan manusia.

Catalytic converter

Pihak berkuasa sepatutnya mewajibkan semua kenderaan memasang alat Catalytiv converter pada kenderaan untuk mengurangkan masalah pencemaran udara. Alat ini berfungsi menapis asap kenderaan dari mengeluarkan bahan-bahan yang berbahaya kepada alam sekitar.

Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar haruslah dijalankan bagi mewujudkan kesedaran penduduk tentang kepentingan memelihara alam sekitar supaya tidak dicemari. Pendidikan alam sekitar hendaklah diajar di sekolah dan begitu juga di peringkat pengajian tinggi. Program pengajian yang mengkhusus dalam bidang kajian alam sekitar haruslah diwujudkan dan diperbanyakkan.

Nilai atau Unsur Patriotisme

Kerjasama yang berterusan oleh semua pihak iaitu individu, masyarakat, pihak berkuasa, media massa, kerajaan dan pihak swasta amat dituntut untuk menjamin kesejahteraan alam sekitar. Oleh itu, saya dan penduduk di kawasan kajian hendaklah bekerjasama untuk memastikan alam sekitar di sini dijaga dan dipelihaa agar tidak tercemar.

You might also like