Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TAJUK TUGASAN:

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN KOGNITIF DALAM PROSES PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DAPAT MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Tulis sebuah essei berdasarkan soalan berikut:

a) 1. Huraikan prinsip-prinsip pendekatan Kognitif. 2. Bincangkan kepentingan dan pendekatan Kognitif dengan mengaplikasikan konsep ini dalam amalan bilik darjah.

b) 1. Bagaimana anda mencorak alam pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Bincangkan. Jawapan hendaklah merangkumi 3 aspek alam belajar. 2. Terapkan maklumat dan ilmu yang dipelajari sepanjang semester.

A. Pendahuluan Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-psrinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori ini guru akan dapat menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pada asasnya , teori-teori pembelajaran ini diklasifikasikan kepada 4 mazhab yang utama iaitu , behavioris , kognitif , sosial dan humanis.Kami akan menerangkan prinsip-prinsip pendekatan kognitif , kepentingan dan pendekatannya dalam amalan bilik darjah.

B. Prinsip Pembelajaran Mahzab Kognitif Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler , Bruner , Gagne dan Ausubel , berpendapat pembelajaran ialah satu proses dalaman yang berlaku dala akal fikiran ,dan tidak diperhatikan secara langsung kepada tingkahlaku manusia. Mereka tumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran di bawah mahzab kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt. Cara pembelajarannya seperti celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan , kategori pembelajaran dan resepsi. Menurut teori Gestalt , manusia mempunyai struktur kognitif , dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun maklumat dalam ingatannya.
2

C. Teori Mahzab Kognitif dalam Bilik Darjah Dalam bilik darjah murid-murid kita perlu diberikan peluang untuk menemui perhubungan. Seelok-eloknya , tegaskan penemuan kendiri agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kita sebagai guru hendaklah membekalkan mereka dengan semua maklumat yang penting. Guru juga berperanan sebagai Fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasnya menyusun maklumat yang hendak

disampaikan bagi memudahkan murid-murid mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah mereka pelajari dan ketahui. Murid-murid ketika di dalam kelas mungkin dalam mod yang berbeza sama ada enaktif , ikonik atau simbolik. Bagi memenuhi kehendak kumpulan yang berbeza , guru boleh mengadakan perbincangan berasaskan apa yang telah dipelajari daripada eksperimen yang telah dilakukan. Guru hendaklah membekalkan bahan pembelajaran , aktiviti dan alatan berpadanan dengan tahap kebolehan kognitif mereka. Dengan menyediakan pelbagai jenis bahan bantuan mengajar akan memudahkan murid memahami apa yang diajar oleh guru dan mencapai objektif pengajarannya.

D. Pendekatan Kongnitif dalam Bilik Darjah. Berikut ialah ringkasan idea utama teori pembelajaran kognitif dalam bilik darjah :D1 Kohler menyatakan persepsi perkaitan unsur-unsur di persekitaran iaitu celik akal. Teori ini mengalakkan pelajar dengan menggunakan celik akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. D2 R.M. Gagne merumuskan teori pemproseskan maklumat. Terdapat 8 proses pembelajaran. Terdapat juga 8 hierarki pembelajaran iaitu isyarat , gerak balas , rangkaian motor , bahasa, diskriminasi , konsep , hukum dan penyelesaian masalah. Guru hendaklah menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa. Mengajar sesuatu kemahiran mengikut kemahiran. Membimbing pelajar membezakan ciri-ciri penting , mengenal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum serta membimbing pelajar menggunakan prinsip , hukum dan teorem untuk menyelesaikan masalah. D3 J.S. Bruner memberikan penekanan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Teori pembelajaran penemuan iaitu bebas , terbimbing , ekspositori. 4 perinsip utama iaitu motivasi , struktur , sekuen , peneguhan. Dalam bilik darjah guru memupuk motivasi interinsik pelajar. Membimbing pelajar menyusun konsep-konsep secara
4

hierarki. Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiri penemuan dan kaedah induktif. Menyusun isi pelajaran secara sistematik mengikut tahap kognitif pelajar dan memberikan peneguhan selepas aktiviti penilaian. D4 Ausubel memberikan penekanan pengalaman sedia ada pelajar. Mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logikal dengan ilmu yang sedia ada melalui kaedah pengelola awal dan ekspositori. Pendekatan ini guru menggunakan kaedah deduktif, ekspositori dan pengelola awal. Mengabungkan konsep lama dengan baru untuk pembelajaran resepi lebih bermakna. 2. Konsep Alam Belajar Corak alam pembelajaran sepanjang masa persekolahan mempengaruhi

perkembangan seorang pembelajar dari segi fizikal , intelek dan rohani. Tiga aspek utama alam belajar dalam pembentukan murid yang menyeluruh iaitu psikososial , fizikal dan komuniti pembelajaran. 2.1 Psikososial Seseorang murid mengharapkan guru mereka mudah didampingi, beramah mesra, cekap dan berkeyakinan diri. Mereka inginkan seorang guru prihatin terhadap mereka supaya dapat memenuhi keperluan-keperluan asas merangkumi fisiologi , keselamatan dan keselesaan , kasih sayang dan harga diri. Oleh itu , amat penting bagi kita untuk memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid yang kita ajar merangkumi elemen nada suara , budi bahasa , tingkah laku yang sesuai dan suasana yang kondusif.
5

2.2 Fizikal Suasana dan susunan fizikal bilik darjah bukan sahaja mempengaruhi faktor psikososial pelajar tetapi juga menunjukkan keperibadian sesaorang guru yang mengajar di kelas itu. Terdapat pelbagai gaya dan corak susunan meja untuk kita berkolaborasi dalam kumpulan kecil atau besar. Selain itu , aksesori tambahan seperti langsir , poster , kata-kata hikmah , sudut bacaan dan sebagainya menambahkan lagi suasana kondusif di dalam kelas. Dengan penambahan aksesori ini murid akan terdorong untuk memberikan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan aktif serta tingkahlaku bermasalah akan dapat dikurangkan. 2.3 Komuniti Pembelajaran Ia membawa maksud sekumpulan manusia yang belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat lagi menggalakkan dengan adanya dialog , maklumbalas , refleksi dan penurunan kuasa. Dalam komuniti bilik darjah , pembelajaran berlaku secara klaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif. Pengibatan murid-murid dalam pengalaman

berkolaborasi bersama-sama rakan sebaya. Perbezaan antara individu tidak dilihat sebagai satu masalah, bahkan dialu-alukan bagi memaksimumkan sumbangan setiap murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid belajar sesama

mereka dalam suasana pembelajaran yang kondusif.


6

3.

REFLEKSI

A) AZIZAN BT HJ ARRIFFIN Teori pembelajaran Mazhab Kognitif menitik beratkan cara pengetahuan disusun dan distruktur juga bagaimana kesediaan murid untuk belajar. Dalam teori Mazhab Kognitif ini juga murid seharusnya terlibat aktif dalam memastikan pengajaran guru itu dapat mencapai objektifnya. Pencapaian sesuatu objektif pengajaran guru dapat diukur dengan murid dapat mengingati pengajaran guru dan distori ke dalam ingatan mereka. Dalam memastikan murid berjaya dalam pembelajarannya, seharusnya guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran. Teori Kognitif berkehendakkan murid

menyelesaikan sendiri masalah yang mereka hadapi agar mereka lebih mengingati pembelajaran tersebut. Justeru itu, guru dapat mengaplikasi kaedah-kaedah daripada teori Kognitif ini bagi memastikan penilaian mereka kepada objektif penyelesaian

masalah murid dapat dinilai. Keperluan pelajar-pelajar berbeza-beza mengikut ciri-ciri mereka. Guru perlu berusaha menarik minat dan perhatian pelajar melalui persembahan bahan pengajaran, bersoal jawab, membuat konferen dengan pelajar dan memberi galakan dan dorongan kepada pelajar agar mereka seronok semasa sesi pembelajaran-pengajaran. Itulah yang ditekankan dalam prinsip-prinsip kognitif. Teori Kognitif memerlukan guru mengajar dengan memberi penekanan kepada tajuk, perkataan atau istilah, membenarkan atau mempelbagai alat/bahan membantu
7

ingatan seperti senarai ejaan yang ditampalkan di tempat tertentu untuk mengingatkan murid. Pelajar akan lebih faham jika guru menggunakan contoh-contoh analogi atau perbandingan secara mengajar. Teori Kognitif; dalam semua keadaan, kesabaran dan komitmen guru adalah penting bagi memastikan pengajaran mereka berjaya.

B) ROMAIZI BIN MUHAMAT Kesimpulan apa yang saya dapati daripada teori pembelajaran Mazhab Kognitif ini ialah teori-teori pembelajaran kognitif ini lebih berpaksikan kepada proses penyusunan maklumat dalam ingatan. Sebagai seorang guru kita hendaklah mempelbagaikan kaedah ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang kita kehendaki tercapai bertambah lagi dengan situasi di mana dalam satu kelas terdapat pelbagai aras peringkat daripada segi emosi , mental, sosial jasmani dan pencapaian murid dengan erti kata lain keperluan pelajar-pelajar bebesa mengikut ciri-ciri mereka. Guru hendaklah memastikan kaedah pengajaran mereka menarik melalui bahan bantuan mengajar dan kaedah pengajaran.Teori Kognitif berkehendakkan murid menyelesaikan sendiri masalah yang mereka hadapi agar mereka lebih mengingati pembelajaran tersebut.Dorongan kepada pelajar juga perlu agar mereka aktif dan seronok semasa pengajaran dan pembelajaran. Justeru , guru haruslah mengaplikasi kaedah-kaedah daripada Kognitif ini bagi memastikan penilaian mereka kepada objektif penyelesaian masalah murid dapat dinilai.

C) ABD LATIFF BIN AHMAD Tugasan Murid dan Alam Belajar yang diberi kepada saya merupakan suatu tugasan yang menarik dan mencabar diri saya sebagai seorang pendidik. Tugasan ini memugarkan minda saya berkenaan kepentingan psikososial , komuniti dalam pembelajaran dan prinsip teori kognitif dalam pendidikan. Sepanjang pembacaan saya berkenaan tugasan ini, saya berpendapat suatu keutamaan bagi setiap pendidik mengambil berat tentang apa yang akan disampaikan kepada setiap murid-muridnya yang berbeza kognitif mereka agar pembelajaran menjadi sesuatu yang bermakna . Selama ini ada di kalangan pendidik beranggapan pembelajaran pedagogi yang diajar di institusi perguruan seolah-olah tidak membantu semasa pengajaran di sekolah. Walhal pembelajaran Murid dan Alam Belajar , sewajarnya dihayati oleh setiap pendidik agar perkhidmatan profesionalnya lebih cemerlang dan efisien. Oleh yang demikian, setiap pendidik haruslah sedia membawa perubahan dalam dunia pendidikan agar hasrat negara ingin menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia mencapai realiti bukan ilusi.

D) ROHANA BT RAHMAT Melalui huraian di atas, jelas kepada kita bahawa manusia banyak dan sentiasa menggunakan mental secara aktif untuk menyimpan, mengingat, dan menggunakan semula ilmu yang telah mereka pelajari dan perhati. Ini bermakna manusia secara aktif telah, akan, dan sentiasa memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali, dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang
9

berlaku dalam persekitaran bagai mencapai matlamat mereka. Kita terus bersetuju dengan Slavin (1997) yang telah menyatakan bahawa pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis maklumat yang tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan dan keputusan. Apabila kita telah memahami bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental penting iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan), maka kita perlu menggabungkan beberapa prinsip pembelajaran untuk dipraktikkan di dalam bilik darjah semasa kita melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil yang dapat kita lihat adalah hasil yang lebih baik daripada kita menggunakan satu sahaja prinsip dan mengabaikan beberapa prinsip yang lain. Saracho & Spodek telah menyatakan bahawa pencapaian akademik pelajar adalah lebih baik sekiranya guru dan pelajar mempunyai gaya kognitif yang sama. Untuk

mencapai keadaan yang ideal adalah sukar, tetapi sebagai guru kita perlu tahu gaya kognitif pelajar dan cuba merancang pengajaran dan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi kehendak gaya kognitif pelajar kita sendiri.Oleh itu, guru merancang pengajarandan latihan untuk pelajar agar menjurus kepada pembelajaran secara dalaman. membuat latihan-latihan untuk Ia akan memberi lebih peluang kepada pelajar menyelami atau internalising maklumat dan

mengaitkannya dengan pengetahuan yang sedia ada. Proses pengajaran seharusnya memberikan peluang kepada pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

10

RUJUKAN :
Choong Lean Keow,PhD.(2008).Murid dan Alam Belajar.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang.(2008).Murid dan Alam Belajar.Multimedia Sdn. Bhd. Azizi Yahya & Zurihanmi Zakaria.(2005).Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan.PTS Professional Sdn. Bhd. Shahbuddin Hashim & Rohizani Yaakub.(2007). Pedagogi.PTS Professional Sdn. Bhd. Perkembangan Kognitif [Online]. Diperoleh: http://www.akhmadsudrajat.wordpress.com/perkembangan-kognitif [2008,Disember 4 ] 11

Kognitif [Online]. Diperoleh: http://www.geocities.com/siti_ros/kognitif.htm [2008,Disember 4] Cogntv[Online].Diperoleh: http://www.geocities.com/uranus_stewart/sinop_cogntv.htm [2008,Disember 5] Teori dan strategi pengajaran-pembelajaran [Online]. Diperoleh: http://saungwali.wordpress.com/2007/05/23/teori-dan-strategi-pengajaran-pembelajarandalam-merekabentuk-perisian-kursus-ppbk [2008,Disember 5]

12

You might also like